.:: Para Imam yang ku hormati dan ku cintai...(^_^) ::.


Para Imam yang ku rindui, ku cintai dan ku hormati..(^_^)

Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa alihi wa Sahbihi waSallam.

para sahabat Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa alihi wa Sahbihi wa Sallam.

Akidah :
--> al-Imam Abu al-Hasan al-Asya'ari (260 H/873 M - 324 H/935 M)
--> al-Imam Abu Manshur al-Maturidi (wafat 333 H/944 M)

Tassawuf :
--> al-Imam Abu Hamad Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali / Imam al-Ghazali
--> Sheikh Junaid al-Baghdadi (wafat 297 H/910M)

Fiqh :
--> al-Imam Nuqman bin Thabit bin Zhuthi'
(80 H/699 M - 150 H/767 M) / al-Imam Hanafi
--> al-Imam Malik bin Anas bin Malik bin Amar
(93 H - 179 H) / al-Imam Malik
--> al-Imam Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafie
(150 H/768 M - 204 H/820 M) / al-Imam Syafie
--> al-Imam Ahmad bin Muhammad bin Hanbal
(164 H - 241 H) / al-Imam Hanbali.

dan para Imam Ahlul Sunnah Waljamaah yang lain..wallahua'lam..

.:: Zikrullah ::. (T__T)

.:: Ambo ::.

alhamdulillah..ambo adalah hamba Allah (Abdullah) yang berusaha untuk kembali kepada Allah dalam keadaan beriman kepada-Nya (mukmin)..amin..

.:: Umat Nabi Muhammad S.A.W ::.

16 March 2013

kisah 'jururawat' dan 'bayi'..^_^

Seketika tadi, aku "menziarah" dari Fb sahabat ke sahabat yang lain, dan aku menemui "satu foto" dan "satu ayat", kemudian aku menziarah lagi, lalu aku perasan akan beberapa status Fb dari sahabat dan teman jururawat..^_^

Iaitu, foto berkenaan seorang bayi yang comel, tapi dari foto itu kelihatannya kakinya berdarah atau mempunyai kesan ditempat cucuk jarum untuk "set line", mungkin..


kesian baby comel ni..

Baik lah, saya lihat ramai yang kritik, ramai yang berkata kata, yang positif, yang negatif,

Just my opinion...

Buat sahabat dan teman di luar sana, atau yang di luar "bidang kami" sebagai anggota perubatan..

Pertamanya, kami mohon maaf jika rawatan atau perkhidmatan kami tidak sebaik yang kalian jangkakan atau bayangkan..

Terutama di dalam "set line", atau memasukkan 'branula' atau satu jarum ke bahagian tangan (kebiasaannya), dengan tujuan untuk masukkan ubat, atau 'air', atau ambil darah pesakit, dan lainnya..

Sebenarnya, walau hebat mana pun teknik yang digunakan, walau betul macam mana pun kedudukan tangan untuk 'set-kannya', walau teliti sekalipun untuk cucuk dengan jarum ke bahagian nak 'set-kan' tu,

Tetap ia mempunyai 1% atau 0.1 % kegagalan untuk memasukkannya..

Banyak sebabnya..

Bukan hanya pengalaman, bukan hanya sikap, 

Tetapi kami cuba beri yang terbaik, tapi ketentuannya milik Allah..

Seperti seorang bayi ini, tanyalah mana mana jururawat pun, kebanyakan jururawat, mereka adalah perempuan, perempuan mana yang tak "jatuh hati" apabila melihat seorang bayi yang comel, akan terusik jiwa mereka, akan sensitif perasaan mereka,

Kenapa? Kerana mereka jua perempuan, bakal menjadi ibu,bakal mempunyai anak, atau sudah pun menjadi ibu, atau sudah pun mempunyai anak,

Maka tak mungkin dia main main di dalam melayani bayi yang comel itu,

Dia cuba yang terbaik untuk memberi keselesaan buat bayi itu, sama ada nak 'set-kan branula' itu atau seumpamanya,

Tapi keputusannya, sama ada berjaya or tak, tetap ia milik Allah,

Mungkin dia dah 'set-kan' branula tu baik-baik kat bayi itu, kemudian bayi bergerak gerak, mungkin kerana tak selesa, sakit atau selainnya dengan tiba tiba tempat itu tercabut tanpa disedari, dan terkeluar darah tanpa disedari staf yang lain atau seumpamanya kemungkingan..

Dan saya jua pernah berada di tempat dia, tempat yang lain, 

Ada ketika, mudah melakukan sebarang prosedur, ada ketikanya, sukar untuk melakukan prosedur..

Kerana usaha itu, kita lakukan, kita usaha beri yang terbaik, tapi keputusannya, berjaya atau tidak, ia adalah milik Allah..^_^

Maka saya mohon maaf jika 'kami' ada terlaku demikian, dan 'kami' akan cuba perbaiki kesilapan dari semasa ke semasa..

Dan,

Soal jawapan jururawat itu ketika di tanya kenapa jadi macam tu, kenapa jadi macam ni,

Mungkin jawapannya itu tidak baik, atau kasar, atau tidak sepatutnya,

Wallahua'lam..

'Kami' jua manusia, kadang kadang melakukan kesalahan, kadang kadang terikut dengan emosi, perasaan, sensitif, cepat marah, atau seumpamanya,

Maka, maafkanlah 'kami', Insya Allah, 'kami' akan cuba dari waktu ke waktu untuk lebih beradab dan bersikap yang baik,

As a muslim, Nabi kami Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam amat mencintai umatnya yang mempunyai sikap yang baik, berakhlak yang baik, Insya Allah, 'kami' cuba yang terbaik, doakannya..

Dan,

Buat sahabat yang sama sama di dalam bidang perubatan,

Apabila kita melihat, atau mengetahui, seseorang daripada kita, melakukan kesalahan, kesilapan, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja,

First of all, bersangka baik lah kepada mereka, doakan mereka supaya di dalam kebaikan..

Kita pun tak tahu apa kisah sebenarnya, mungkin yang kita tahu, yang kita dengar itu hanyalah dari sebelah pihak sahaja,

Pihak yang kena itu pula, kita tak tahu lagi, apa kisah sebenarnya,

Maka, walau jelas macam mana kisahnya, walau beribu orang berkata kata tentangnya,

Tapi jika empunya diri masih belum berkata kata, masih belum jelas darinya apa kisahnya,

Maka, jika saya, saya memilih untuk bersangka baik kepadanya..

Kenapa?

Allah pernah berpesan buat hambaNya,

"Aku bersama dengan apa sangkaan hambaKu, jika baik sangkaannya, maka baiklah ia, jika sebaliknya, maka sebaliknya lah ia.."

Kita nakkan orang sangka baik kepada kita, maka kita kena mula mula sangka baik kepada orang lain,

Insya Allah, Allah akan memberi apa yang kita lakukan..

^_^


Kepada jururawat yang terlibat, saya doakan, mudah mudahan Allah merahmatimu dan menyayangimu, amin..

Kepada ibu bapa dan bayi yang terlibat, saya doakan, mudah mudahan Allah jua merahmatimu dan menyayangimu, amin..

Jangan sindir orang lain jika kita tak nak di sindir..


Apabila kita melakukan kesalahan, atau kesilapan, atau keburukan, cepat sahaja ia menjadi perbualan manusia, terutama di sekeliling kita..

Para guru mulia ada berpesan ;


"Barangsiapa tidak mahu aibnya, atau keburukannya dibuka, atau dibicarakan oleh manusia lain, maka jagalah diri kamu pertamanya dulu, iaitu jangan dibuka aib, atau jangan dibicara keburukan orang lain."

Kita,

Apabila orang menyindir kita, membuka keburukan, aib kita,

Kita akan salahkan mereka, marahkan mereka..

Lupakah kita,

Sebelum ni, pernahkah kita "seperti mereka", iaitu menyindir orang lain, membuka keburukan orang lain, mencerita keaiban orang lain??..



Pernahkah? Astaghfirullah..

Maka, mulai detik ini, jagalah diri, jangan buka aib orang, jangan citer keburukan orang,

Insya Allah, Allah PALING UTAMA akan menjaga diri kita Dari 'diganggu' orang lain..

08 February 2013

Manusia sentiasa belajar..^_^


Manusia itu tidak terlepas daripada 'belajar'..

'Belajar' ini bukan suatu hal yang spesifik, tetapi ia adalah 'umum'..

'belajar' ini tidak semestinya ;

--> di dalam kelas,
--> ada orang mengajar,

tetapi, 'belajar' ini jua adalah 'dari keadaan sekeliling seseorang itu'..

sesuatu yang berlaku di sekeliling kita, sama ada hal duka, hal suka, hal sedih, hal gembira, hal duka,

atau, perangai manusia pada kita, perangai manusia pada orang lain, perangai manusia pada hidupan lain, 

dan, seumpamanya,

'mereka itu semua', hal itu semua adalah 'guru' kepada kita secara tidak langsung..



sebab itulah ;

"manusia yang selamat perjalanannya adalah sentiasa dia mengambil pengajaran dan pedoman dari apa yang berlaku disekelilingnya, kerana itulah gurunya yang mendidik dirinya supaya makin matang dan bijak di dalam perjalanan, terutama perjalanan untuk kembali kepada Allah dengan selamat dan aman."

^_^

Allah tidak menjadikan sesuatu di sekeliling kita itu suatu hal yang suka-suka sahaja..

tak ada istilah, "Allah melakukan sesuatu perkara itu dengan tiada tujuan", sebaliknya pasti ada tujuan..

cumanya, kadang-kadang akal kita lemah di dalam mentafsir dan memahami apa yang sebenarnya Allah nak tunjukkan kepada kita..

Allah tidak hadirkan sesuatu disekeliling kita itu, untuk kita cacinya, untuk kita hinanya, untuk kita anggap hal-hal yang buruk..

tidak,

tetapi, adalah untuk kita belajar, belajar dengannya, belajar mantafsirnya dengan bijaksana, belajar memahaminya dengan sangkaan baik..

mudah-mudahan Allah tempatkan keadaan sekeliling kepada kita dengan pengajaran yang amat bermakna dan membawa kita ke arah perjalanan yang aman dan selamat ke arah-Nya..

manusia itu terus belajar dan belajar, ia bukan hanya di "universiti", ia bukan hanya di "masjid", tetapi jua kita belajar dari apa yang berlaku di sekeliling kita dan pada kita..

dan amat rugi jika kita tidak mengambil apa-apa pengajaran dan pedoman darinya, kerana Allah tidak jadikan ia sia-sia, sebaliknya ada tujuan yang amat bermakna buat manusia di dalam melangkah di alam dunia ini..

wallahua'lam..

31 May 2012

Jangan hina manusia lain..T__T




Banyak orang di ketika ini memandang manusia disekelilingnya dengan penghinaan sehingga menghadirkan sikap meninggi diri serta takabur pada dirinya..


kadang-kadang ada hati yang berkata ; "erm...baik aku lagi pada dia."


sesungguhnya hatinya sedang ditipu oleh nafsu dan syaitan..


astaghfirullah, hindari ya Allah, hindari ya Allah, hindari ya Allah..


Allah hadirkan kesalahan manusia di hadapan kita, keburukan manusia di hadapan kita, BUKANLAH UNTUK KITA CACINYA, HINA DIRINYA, tetapi adalah UNTUK MENILIK DIRI KITA..




para guru mulia mengajar ;


"apabila berlakunya keburukan manusia di hadapan mata, terus-lah mengucap alhamdulillah (ucap di dalam hati), syukur kepada Allah, mohon kepada Allah agar dipelihara dari segala keburukan, syukur kepada Allah kerana masih memelihara diri, dan merayu-lah kepada Allah agar sentiasa menjaga diri yang lemah ini, agar sentiasa tidak berada di dalam keburukan sehingga melalaikan hati dari mengingati-Nya."


alhamdulillah, syukur ya Allah..ya Allah, peliharalah hati lemah ini agar sentiasa ingat kepada-Mu, tidak lalai dari mengingati-Mu, amin ya Allah..

Kehidupan pengembara yang tiada henti, sehingga ke jurang 'misteri'..




Kehidupan ini ibarat sang pengembara yang mengembara..tiada persinggahan yang tetap buatnya, dia terus mengembara dan mengembara..sehinggalah bertemu dengan jurang yang lebar, tidak diketahui penghujungnya, jurang yang 'misteri', yang dalam, tidak diketahui kesudahannya..


begitulah kehidupan kita sebagai manusia, lebih-lebih lagi berada dalam ni'mat yang mulia, iaitu beriman kepada Allah..


kehidupan ini perlu diteruskan, jika tewas kepada nafsu, bangkit kembali, jangan akur dengan kalah itu, ia hanyalah persinggahan untuk dikutip pengalaman..


semua dari kita melalui kesilapan dan kesalahan, dan orang yang bijak adalah mengambil kesilapan dan kesalahan itu sebagai pengajaran buatnnya untuk lebih dewasa dan matang dalam meneruskan perjalanannya..


sehinggalah perjalanan itu menemui jurang 'misteri', iaitu kematian..maka tamatlah perjalanan si pengembara..


subhanallahi wabihamdih..

15 May 2012

Jangan 'leka' dengan kehidupan sendiri sehingga menguris hati manusia lain..T__T


Manusia itu kadang-kadang leka dengan 'kehidupannya' sehingga mengabaikan perasaan manusia disekitarnya..

seperti..

luahannya di dalam Facebook (contoh terkini..^_^)..

mungkin ia sekadar luahan, gurauan, tidak terniat pun untuk ada sindiran, perli atau seumpamanya..

tetapi ia telah menyakiti manusia disekitarnya..

Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi waSallam bersabda :

المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده والمهاجر من هجر ما نهى الله عنه

yang bermaksud : "Seorang muslim adalah yang menjadikan kaum muslimin aman dari lisan dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah adalah orang yang berhijrah dari apa-apa yang dilarang Allah atasnya."

subhanallahi wabihamdih..


Maka, marilah bersama-sama kita usahakan untuk menjaga lisan kita, atau (kiasannya, tulisan di dalam facebook), agar ia tidak mencederakan hati manusia yang lain..

ya, benar, kita tidak berniat untuk menyakitinya, maka berhati-hatilah didalam susunan ayat, penggunaan perkataan, agar ia aman dan nyaman buat manusia disekitar kita..^_^

Hijrahlah dari buruk kepada baik, daripada baik kepada lebih baik, insya Allah..^_^

jadikan ayat-ayatmu itu, pertama-tamanya sebagai peringatan pada langkah-langkahmu untuk terus berjalan di atas muka bumi Allah Subhanahu waTa'ala..

maka, secara tidak langsung, ia menjadi peringatan buat manusia disekitarmu sekalipun dirimu tidak nyatakan bahawa "itu peringatan bersama", atau "itu peringatan manusia yang lain."

wallahua'lam..^_^

06 May 2012

di antara 2 pilihan, pilihan mana yang akan aku pilih?




Dunia adalah tempat pilihan kepada manusia..^_^


Pilihan 1st ; berusaha menjadi manusia yang sebenar-benarnya cinta kepada Allah.


Pilihan 2nd ; terus-terusan leka dan lalai dalam keni'matan dunia.


^_^ apakah pilihan kita?






Firman Allah Subhanahu waTa'ala :


وَالْعَصْرِ، إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ، إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ 


yang bermaksud : "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran". 


(Surah al-Ashr, ayat 1-3)


Allah kurniakah ni'mat, rahmat kepada manusia bukan untuk melalaikan manusia, merugikan manusia, tetapi untuk memberi kekuatan kepada manusia agar menjadikan ni'mat dan rahmat itu 'jalan' mengenali-Nya dan menyemai perasaan cinta kepada-Nya..


dan, amat rugi lagi malang bagi manusia yang menjadikan ni'mat dan rahmat kurniaan Allah itu sebagai alasan buatnya untuk menjadi manusia terus-terusan lalai dan leka sehingga hatinya tidak 'berdenyut' perasaan cinta kepada Allah..


astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah..




Pilihan di tangan kita, kerana dunia adalah tempat membuat pilihan..


kelak, bermula di alam kubur sehingga ke alam akhirat, TIADA LAGI PILIHAN BUAT KITA..


astaghfirullah, subhanallahi wabihamdih..wallahua'lam..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...