23 February 2011

Muhasabah hati : Tibanya mesej yang menjadikan air mata menitis..


astaghfirullah..(T__T)

sedihnya hatiku, sedihnya jiwaku, sedihnya jasadku..astaghfirullah..(T__T)

Pada waktu pagi tadi, ketika mana jasad ini mahu bangkit untuk menunaikan amal ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, mata ini terpandang akan satu mesej yang diterima di dalam telefon bimbit..maka, ambo segera membukanya..

"Salam, tgna x pernah bermaksud Allah menyamai makhluk, zaman skrg zaman fitnah, tgna pernah dituduh syiah, pelampau agama, wahabi, dll fitnah takfir, terbaru dituduh sbg khawarij. Kenyataannya ulama dr yaman, syeikh nuruddin, syeikh al-qardawi dtg berjumpa dgn tgna dgn sikap mahabbah dan menyatakan sokongan penuh kpd gerakan islam di Malaysia. ana kesal dgn kenyataan akhi tajuddin dlm fb, dimana beliau adalah org yg lari dr jemaah dan memutuskan hubungan dgn jemaah gerakan islam. oleh itu, selagi beliau tdk menarik kenyataan FITNAH TAKFIR terhadap tgna, ana dgn ini mufarakah dgn beliau dan beliau menanggung segala kenyataannya di akhirat kelak. Cc seluruh ahli u-ujam." -dari seorang hamba Allah-

wallahua'lam..(T__T)

ambo tidak pernah sesekali memfitnah Ustaz Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS)..andai ambo memfitnah dirinya, sila kemukakan bukti ya akhi..

antara ayat-ayat ambo di FB adalah,

"Kenyataan dari Ustaz Nik Aziz (Mursyidul Am PAS) berkenaan "ayat mutasyabihat itu" perlu ia tarik balik..

Kenyataan itu mengelirukan umat Islam terutamanya para "pendokongnya" yang TAKSUB dengannya, walaupun di nasihati berkali-kali kepada mereka bahawa "ALLAH TIDAK DI DUDUK SELO DI ARASY" tetapi mereka tidak menerimanya..

sila rujuk link dibawah"

link itu adalah di sini..wallahua'lam..

dan..

"sekali lagi ambo yang hina ini menegur dan berharap ada tindakan susulan supaya Ustaz Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia) menarik balik kenyataan yang MENGELIRUKAN umat Islam, khasnya para "pendokongnya" yang TAKSUB dengannya..

kenyataan ambo yang hina ini pula,

"ALLAH TIDAK DUDUK SELO LENDIK"
"ALLAH TIDAK DI ARASY"
"ALLAH TIDAK BERTEMPAT"

apakah dua ayat ambo itu adalah suatu kenyataan yang memfitnah Ustaz Nik Aziz Nik Mat sedangkan ia jelas terbukti di video itu?

ya akhi..

ambo ada meletakkan satu status di FB selepas status di atas, iaitu,

"pesanan dari seorang Tuan Guru ambo,

"kita golongan pondok ni bukan nak musuh dengan PAS, PAS tu kita sokong sampai ke mati, kalau boleh beloh perut ni gak, hijau sungguh, tetapi apa yang golongan pondok duk royak ni adalah untuk betul apa yang salah, jangan buat musuh dengan kita pulak, arwah tok guru dulu-dulu, sokong PAS belako, jadi kita keno sokong PAS lah, tapi hok saloh, keno royak"

wallahua'lam..(T__T)

kalau enta bertegas mahu meminggirkan ambo, tidak mengapa bagi ambo..ambo sentiasa mengingati kisah kehidupan al-Imam Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad al-Marwazi al-Baghdadi (al-Imam Hanbali), seorang ulama' salaf yang mana di kagumi ilmunya dan amal ibadahnya oleh para Imam yang lain, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

al-Imam Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Usman bin Syafie (al-Imam Syafie) ada berkata (yang bermaksud) : " Ahmad bin Hanbali, imam dalam delapan hal, Imam dalam hadits, Imam dalam Fiqh, Imam dalam bahasa, Imam dalam Al-Qur'an, Imam dalam kefaqiran, Imam dalam kezuhudan, Imam dalam wara' dan Imam dalam Sunnah"

wallahua'lam..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

namun, al-Imam Hanbali ini telah diuji oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan suatu ujian yang berat, andai ia menimpa aku, aku berasa tidak mampu untuk menanggungnya dan melaluinya, astaghfirullah, mulianya Imam ini..

beliau telah diminta oleh pemerintah ketika itu yang mana telah di hasut oleh seorang ahli muktazilah untuk mengakui bahawa "Al-Quran adalah makhluk"..

namun, beliau tetap tegas menyatakan, "bahawa Al-Quran bukanlah makhluk yang dijadikan Allah, tetapi ia adalah kalamullah."

Imam Hanbali adalah satu-satunya ulama' di ketika itu yang berani membantah, sedangkan yang lainnya diam seribu bahasa.. Kemudian beliau ditangkap dan dihadapkan ke hadapan pemerintah di ketika itu..

Keadaan ketika itu amat menguji ketabahan dan kesabaran para Imam terutamanya, kerana beratnya siksaan dan parahnya penderitaan, banyak ulama' yang tidak kuat menahannya dan akhirnya mengucapkan apa yang dituntut oleh pemerintah meskipun dengan lisan sahaja..

Banyak ulama' yang membisikkan kepada al-Imam Ahmad bin Hanbal untuk menyembunyikan keyakinannya agar selamat dari segala siksaan dan penderitaan, namun beliau menjawab (yang bermaksud) :

"Bagaimana kalian menyikapi hadits, "Sesungguhnya orang-orang sebelum Khabab, iaitu sabda nabi Muhammad ada yang digergaji kepalanya sekalian namun tidak membuatnya berpaling dari agamanya" (Hadits riwayat Bukari).

lalu beliau menegaskan, "Saya tidak peduli dengan kurungan penjara, penjara dan rumahku sama saja"

wallahua'lam..

lalu, al-Imam Ahmad bin Hanbal di ikat tangannya dan dipenjara..(T__T)

Ketegasan dan ketabahan beliau dalam menghadapi cabaran, ujian yang menderanya telah digambarkan oleh Ishaq bin Ibrahim (yang bermaksud), " Saya belum pernah melihat seorang yang masuk ke penguasa lebih tegar dari Imam Ahmad bin Hanbal, kami saat itu di mata penguasa hanya seperti lalat."

Di saat menghadapi tentangan pemerintah dan terpaan fitnah yang sangat dahsyat dan deraan siksaan yang luar biasa, beliau masih tabah dan sabar dalam keadaan tenang..astaghfirullah..(T__T)

al-Imam Ahmad bin Hanbal ini juga kemudiannya telah dihukum cambuk..astaghfirullah..(T__T)

Ketika cambuk yang pertama singgah di punggungnya, beliau mengucapkan, "bismillah".

Ketika cambuk yang kedua pula, beliau mengucapkan, "La haula walaa quwwata illaa billah" (Tiada daya dan kekuatan apa pun kecuali izin Allah).

ketika cambuk yang ketiga pula, beliau mengucapkan, "Al-Qur'an kalaamullahi ghairu makhluk" (Al-Qur'an adalah kalam Allah, bukan makhluk)

Ketika cambuk yang keempat pula, beliau membaca surah at-Taubah, ayat ke 51, yang bermaksud : "katakanlah : Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang ditetapkan oleh Allah bagi kami," 

sehingga seluruh badan beliau mengalirkan darah..astaghfirullah..(T__T) astaghfirullah..(T__T) astaghfirullah..(T__T)

Kemudiannya, beliau dipenjara kembali..(T__T)

Pada suatu ketika al-Imam Ahmad bin Hanbal dibawa ke sebuah kota dengan tangan yang diikat, seorang yang alim menghampirinya iaitu Abu Ja'far al-Anbari..lalu al-Imam Ahmad bin Hanbal bertanya (yang bermaksud) : " hai Abu Ja'far, apakah engkau susah melihat keadaanku?"

jawabnya (yang bermaksud) : "Tidak wahai Imam, engkau adalah pemuka umat, kerana umat Manusia ada dibelakangmu. Demi Allah, bila engkau mahu menjawab bahawa Al-Qur'an itu makhluk, pastilah engkau juga akan mati dengan cara yang lain. Maka janganlah engkau mahu menuruti kehendak mereka"

al-Imam Ahmad bin Hanbal apabila mendengar kata-kata Ja'far itu, beliau bercucuran air mata dan berkata (yang bermaksud) : "Masya Allah! Masya Allah! Masya Allah!"

astaghfirullah..(T__T)

Kemudian, beliau dikunjungi juga oleh seorang bekas penjahat yang bernaman Abdul Haitsam al-Ayyar dan berkata kepada beliau (yang bermaksud) : "Wahai Imam, saya ini seorang pencuri yang didera dengan beribu-ribu cambukan, namun saya tidak mahu mengakui perbuatan saya, pada hal saya menyedari bahawa saya salah. Maka janganlah Imam gelisah dalam menerima dera, sebab engkau dalam kebenaran"

astaghfirullah..(T__T)

Dan al-Imam Ahmad bin Hanbal ada juga berkata (yang bermaksud) : "semenjak terjadinya fitnah, saya belum pernah mendengar suatu kalimat yang lebih mengesankan dari kalimat yang diucapkan oleh seorang Arab Badwi kepadaku, "wahai Ahmad, jika anda terbunuh kerana kebenaran maka anda mati syahid, dan jika anda selamat, maka anda hidup mulia". maka hatiku bertambah kuat."

astaghfirullah..(T__T)

maka ya akhi..

Sekali lagi ambo laungkan..

ALLAH TIDAK MENYERUPAI MAKHLUK!
ALLAH TIDAK DUDUK SELO LENDIK (DUDUK BERSILA)!
ALLAH TIDAK BERJISIM!
ALLAH TIDAK BERTEMPAT!

ALLAH TUHAN YANG MAHA SUCI DARI SEGALA SIFAT YANG TIDAK LAYAK DENGAN-NYA

ALLAHUAKBAR!






kisah kehidupan : Majlis Maulidur Rasul di Masjid Ma'ahad Muhammadi Lilbanin, Kota Bharu..



subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

Pada hari sabtu yang lalu, tidak ku sangka, akhirnya aku kembali semula ke sekolahku dahulu, Sekolah Menengah Ugama (Arab) Ma'ahad Muhammadi Lilbanin (Lelaki), Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelanatan Darul Naim..

Apa yang terlintas di hati pada pagi hari sabtu itu hanyalah ingin menziarahi seorang tuan guru pondok, dan tidak terlintas pun di hati ini untuk ke tempat selainnya, jauh sekali ke sekolahku dahulu itu..

Pada petang sabtu itu, aku bersama dua ilmuan, al-Fadhil al-Alim Ustaz Sayyidi Faez Al 'Aydrus dan al-Fadhil Ustaz Shahrul Nizam bergerak ke sebuah pondok untuk menziarahi dan menemui seorang Tuan Guru pondok..

alhamdulillah, dengan ni'mat hidayah dan taufiq dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, kami bertiga sampai jua di sebuah pondok yang ingin ditujui..namun sedih aku terasa di hati, Tuan Guru tiada di rumahnya..maka, kami bertiga bertolak pulang ke kediaman..

Ketika kami bertiga di dalam perjalanan pulang itu, tiba-tiba Ustaz Faez berkata, "boleh ke kalau kita pergi sekolah Ma'ahad, kat sana ada majlis maulidur rasul di masjidnya, rindu rasanya nak jumpa adik-adik dan ustaz kat sana"..

ketika itu, aku yang memandu kereta hanya tersenyum dan berkata, "alhamdulillah, insya Allah, jom kita pergi, kita Solah Fardhu Maghrib di sana sahajalah, sebelum tu, awal lagi ni, perut pun lapar"..

Ustaz Faez berkata, "kita makan kat kedai makan kat Masjid Muhammadi sahajalah dulu, kemudian kita solah di sekolah Ma'ahad"..

maka, aku terus sahaja memandu kereta ini ke kedai makan terlebih dahulu..alhamdulillah, Ustaz Faez, walau dimana berbual dengannya, ia pasti tidak segan untuk menabur benih ilmu Iman dan Islam..begitulah yang berlaku di Kedai Makan, begitu banyak benih ilmu yang ditaburnya, Ustaz Shahrul pula kadang-kadang mencelah, ayat yang disusunnya walaupun mencelah tetapi penuh dengan kerendahan hati..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

Setelah selesai makan, kami bertiga terus bergerak ke Sekolah Menengah Ugama (Arab) Ma'ahad Muhammadi Lilbanin..




Apabila melintasi pintu pagar sekolah itu, tiba-tiba terasa suatu perasaan yang rindu akan sekolah yang pernah mengajarku erti Iman dan Islam..

Alhamdulillah, sekolah ini yang menjadi saksi bagaimana kehidupan seorang hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala yang hina ini begitu jahil untuk merangkap di sini, pelbagai kes disiplin yang dilalui di sini, astaghfirullah..dan ia mengajarku erti pengalaman yang perlu dijadikan pedoman untuk terus bermuhasabah diri dan berusaha untuk istiqomah di dalam bertaubat kepada Allah dan kembali ke arah keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala, insya Allah, amin ya Rabb..

Alhamdulillah..aku bersama 2 ilmuan terus menuju ke sebuah masjid yang pernah menjadi tempat solahku, tempat pengajianku pada suatu ketika dahulu..perasaan seperti "rasa tak percaya" sahaja apabila jasad sudah berada di sekolahku dahulu ini, sebelum ini hanyalah niat di hati, namun tidak pernah terfikir untuk menjejak kaki di sini..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui..(T__T)

Apabila tiba di masjid itu, ahli jemaah sudah pun selesai solah Fardhu Maghrib, kami bertiga terus naik ke tingkat atasnya untuk melakukan jemaah yang lain..alhamdulillah, insya Allah, wallahua'lam..

Setelah selesai Solah Fardhu Maghrib, tiba-tiba telingaku terdengar alunan suara zikir dan selawat yang menusuk hati ini..sungguh indah susunan dan alunan zikir dan selawat yang dialunkan oleh adik-adik pelajar sekolah Ma'ahad bersama para ustaz yang hadir..Hatiku begitu tersentuh apabila terpandang akan setiap jasad yang memutih dengan jubah dan serban dari tingkat atas, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)


astaghfirullah..(T__T) subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..
اللهم صل على سيد نا محمد وعلى اله و صحبه وسلم
"Allahumma Shalli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa Sohbihi wa Sallam.."

(yang bermaksud) : "Ya Allah kurniakanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami, Sayyidina Muhammad (Shallallahu 'alaihi wa Sallam) serta ahli keluarga dan para sahabat baginda (Shallallahu 'alaihi wa Sallam)"

wallahua'lam, amin ya Rabb..(T__T)

berkata Ustaz Faez, "jom kita ke bawah, kita berzikir dan berselawat bersama adik-adik"..

aku menurutnya bersama Ustaz Shahrul..

alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..

indahnya alunan zikir yang dialunkan,
indahnya alunan selawat yang diluahkan,
meriahnya majlis yang di aturkan,
membawa hati tenang bersama kalian..(T__T)

sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Kuasa, sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui..

daripada hati dan minda yang tidak terasa dan tidak terfikir untuk hadir ke sekolah Ma'ahad itu, tiba-tiba Allah hadirkan nur Hidayah serta taufiq untuk hati, jiwa dan jasad si hina ini hadir ke majlis yang insya Allah dikurniakan rahmat oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala...amin ya Rabb..wallahua'lam..

dan, akhirnya, dipendekkan kisahnya, terima kasih untuk adik-adik serta para ustaz yang mengalu-alukan kehadiran si hina ini ke dalam majlis kalian, semoga Allah bersama kalian dengan Iman dan Islam, amin ya Rabb..


22 February 2011

Kisah Pengembara : Perjalanan pulang ke kampung si hina bersama dua ilmuan..(T__T)



alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..(T__T) wallahua'lam..

sesungguhnya..

si buta zahir adalah rahmat dari Allah,
namun si buta batin adalah bencana dari Allah..(T__T)

astaghfirullah..(T__T)

ketika jasad, jiwa dan hati yang hina ini mencari "cahaya" agar tidak buta di zahirnya dan terutama tidak buta di batinnya, maka si hina ini menemui "dua pembawa cahaya" yang insya Allah menjernihkan mata zahir dan mata hati, insya Allah, amin ya Rabb..(T__T)

wallahua'lam..



kisah pengembaraan di dalam penemuan "dua pembawa cahaya" dan bersama dengannya bermula..

Ketika aku sendirian, tiba-tiba aku dikejutkan dengan nada mesej dari telefon bimbitku, lalu ku terus mencapainya dan membukanya, alhamdulillah, wallahua'lam..

"waalaikummusalam abangku, adik buzy sikit layan tetamu yang mari ziarah adik, ni baru bereh..hehe, maaf banyak-banyak abe..insyaALLAH bulih jugok cadangan abe tu, nati adik kecek nga abah dulu, adik tak sempat lagi nak kecek..hehe" -Sayyidi Faez al 'Aydrus-

tersenyum aku dengan mesej itu..terdetik hatiku, "alhamdulillah, balas juga mesej aku adik Faez ni"..

alhamdulillah, sebenarnya aku sememangnya ada merancang untuk pulang ke kampung halaman pada cuti minggu ini, dan kebetulan adikku, Ustaz Faez baru sahaja pulang dari Kaherah, Mesir dan sekarang berada di Shah Alam, Selangor..dia pernah menyatakan hasrat untuk pulang ke Kelantan Darul Naim bersamaku, maka insya Allah, semoga ia dipermudahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala..

Setelah beberapa hari kemudian, aku mendapat pula satu mesej darinya..

"be, adik beli doh tiket bas..jumpa kat Ipoh, insyaAllah.." -al-Fadhil al-Alim Ustaz Sayyidi Faez al 'Aydrus-

alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..segala-galanya milik Allah Subhanahu wa Ta'ala, segala-galanya adalah kepunyaanya, Dia yang menentukan sama ada ni'mat milik-Nya dikurniakan kepada hamba-Nya atau tidak..alhamdulillah, Allah Tuhan Yang Maha Pemurah, Tuhan Yang Maha Penyayang..(T__T)

Apabila tiba hari yang dijanjikan yakni hari Jumaat, aku berusaha menyelesaikan tugasan yang masih berbaki sebelum berkemas pulang dan mengambil adikku itu di Stesyen Bas..

namun, aku dikejutkan dengan nada mesej dari telefon bimbitku,

"Musafir 3 ore adalah sunat.." -Ayahku yang dicintai dan dirindui-

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..selepas sahaja aku membaca mesej itu, aku terus teringat kepada seorang sahabat yang rapat denganku dan sentiasa mengimpikan untuk ke Kelantan Darul Naim, dia adalah al-Fadhil Ustaz Shahrul Nizam..

Ketika itu juga, mata hina ini terpandang pada satu jasad dan terus aku tersenyum padanya, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala, Tuhan Yang Maha Pemurah, Tuhan Yang Maha Penyayang, Ustaz Shahrul berada di hadapanku..masya Allah, tabarakallah..

maka, terus sahaja aku menyatakan hasratku bahawa aku ingin dia menemani aku untuk pulang ke Kelantan Darul Naim..

alhamdulillah, dia amat gembira dan terus sahaja berkemas..

Tepat pukul 6 petang, kami berdua bertolak ke Stesyen Bas Medan Gopeng untuk menunggu ketibaan Ustaz Faez..dan alhamdulillah, sesampai sahaja kami berdua di stesyen bas itu, terus sahaja mata hina ini terpandang jasadnya, masya Allah, tabarakallah..sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Mulia, syukri fillah, segala ni'mat adalah milik-Nya dan dikurniakan oleh-Nya..alhamdulillah, wallahua'lam..

Selesai sahaja Ustaz Faez mengerjakan Solah Fardhu Asar di ruangan surau di stesyen bas itu, terus sahaja kami bertiga bertolak pulang ke Kelantan Darul Naim..

suatu perjalanan yang tidak dirancang,
namun hadir dengan kurniaanTuhan,
sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Penyayang,
mentakdirkan diri bersama dengan dua ilmuan..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

Di dalam kereta yang dipandui oleh aku, Ustaz Faez banyak menabur benih ilmu, Ustaz Shahrul pula hanya tersenyum ceria, alhamdulillah, berkat dua ilmuan ini dan rahmat dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, benih yang ditabur dan disemai, bercambah di dalam hati untuk terus istiqomah di dalam mencari keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

Perjalanan kami kemudiannya tiba di "tempat berehat" di Puncak Titiwangsa..lalu kami berhenti di sini untuk "memberi makanan kepada rohani" iaitu melaksanakan perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala yakni Solah fardhu Isya' dan Solah fardhu Maghrib, alhamdulillah, wallahua'lam..

Ketika mana Imam solah itu, Ustaz Faez membaca surah al-Fatihah dan kemudiannya surah yang lain, tiba-tiba menjadi hiba hati yang hina ini, suara Ustaz Faez "menikam" setiap sudut hati hina ini, suasana yang sejuk di puncak ini pula "menikam" setiap sudut di jasad hina ini, ia menjadikan hati lebih menghayati kurniaan Iman dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, betapa beruntungnya hamba-Nya yang dikurniakan nur Iman, betapa hinanya hamba-Nya yang di kurniakan istidraj oleh Allah yang mana terus lalai dengan ni'mat dunia..astaghfirullah, wal iyya dzubillah..wallahua'lam..(T__T)

Setelah selesai kedua-dua solah itu yakni secara Jama'..maka Ustaz faez meneruskan pula dengan lantunan wirid-wirid yang halus dan lembut dari lidahnya, membuatkan mata hina ini hampir menitiskan air mata, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..hinanya hamba-Nya ini di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala..astaghfirullah..(T__T)




Ustaz Faez kemudiannya mengangkat tangan dan berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..setiap alunan dari lidahnya yakni doa itu, menjadikan hati seolah-olah dibuai dengan kesedihan hati untuk terus berusaha kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, untuk terus mengingati bahawa diri hanyalah hamba-Nya, dan perlu berusaha menjadikan hati, jiwa dan jasad supaya beriman sepenuhnya kepada-Nya..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)



setelah doa itu, kami bertiga bersalaman dan berehat seketika di kedai makan yang berada di situ..

Ustaz Faez bersama Ustaz Shahrul, sekali lagi menabur benih ilmu, Ustaz faez pula lebih kepada menceritakan tentang kehidupan para ilmuan Islam di bumi anbiya', Mesir, benih-benih ilmu itu amat baik sekali, amat segar, sehinggakan mampu menenangkan jiwa dengan cerita-cerita yang penuh dengan hikmah dan bijaksana yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka berdua, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

 doaku di dalam hatiku ketika itu, "Ya Allah, golongkanlah mereka berdua di dalam golongan yang soleh dan beriman kepada-Mu, amin ya Rabb"..

Setelah berehat di situ, kami bertiga kemudiannya meneruskan perjalanan pulang ke kampung aku yang hina dan teramat hina ini..

Di dalam perjalanan ini, Ustaz Faez kembali menceritakan kehidupan di bumi anbiya', kata-kata hikmah para ulama' Ahlul Sunnah wal Jamaah, keadaan dunia yang terdapatnya fitnah dan kejahilan, dan cabaran umat Islam di zaman kini..masya Allah, tabarakallah, banyak benih ilmu yang ditaburkannya, insya Allah, semoga ia bercambah di hatiku, jiwaku, dan jasadku, amin ya Rabb..Ustaz Shahrul pula sudah terlelap, mungkin letih bekerja seharian di hospital pada siang hari tadi, wallahua'lam..(^__^)

Perjalanan kami bertiga kemudian memasuki negeri Kelantan Darul Naim, bermula dengan Jajahan Jeli..dan subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar, kami bertiga tiba di destinasinya pada pukul 3 pagi..alhamdulillah..(^__^)

masya Allah, tabarakallah..semoga perjalanan pulang si hina ini bersama dengan dua ilmuan itu dicurahi rahmat oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, amin ya Rabb..sesungguhnya banyak yang aku pelajari dari kalian berdua pada malam itu yakni pada perjalanan itu, semoga Allah tempatkan kalian berdua dikalangan para solehin, amin ya Rabb..

wallahua'lam..


19 February 2011

catatan perjalanan : pengalaman minggu kedua di Jabatan Ortopedik..



wallahua'lam..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

Perjalanan melalui dua perhentian,
menjadi dua tempat membina pengetahuan,
dari kejahilan kepada ilmuan,
namun segalanya kurniaan Tuhan..

wallahua'lam..(T__T)

alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, jasad ini sudah pun selesai berada di "dua perhentian", perjalanan di Jabatan Kecemasan masih berbaki dua perhentian lagi, insya Allah, wallahua'lam..

Pada dua perhentian ini, jasad ini melihat dengan mata, dan merasa dengan jari pada sesuatu keadaan yang menjadi guru kepada diri..masya Allah, tabarakallah..

minggu pertama menjadi saksi,
bagaimana hati yang sabar menjadi marah,
apabila ditekan di segi mental dan emosi,
nafsu dan syaitan membuat ia menjadi lebih parah..

astaghfirullah..(T__T)

Pada minggu pertama di Jabatan Ortopedik, "golongan di situ" seolah-olah melihat pelajar yang datang ke situ yakni sebagai medan praktikal seperti "pemburu dan buruan"..setiap hal yang pelajar lakukan di situ, dikatakan salah, di tengking, di marah..

Pada waktu itulah,,

nafsu dan syaitan berjaya berperanan, 
jasad dan hati tewas dengan hasutan,
lidah yang sabar mula melafaz perkataan,
bertambahlah dosa ditimbunan..

astaghfirullah..(T__T)

namun, Allah Subhanahu wa Ta'ala sayangkan hamba-Nya, cintakan hamba-Nya..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

hadirnya ujian bukan seksaan,
tetapi ia tanda cinta Allah,
pada hamba-Nya yang menjadi pilihan,
sesungguhnya ia adalah pintu Syurga Allah..

amin ya Rabb, amin ya Rabb, amin ya Rabb..

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala (yang bermaksud) :

"...Allah sekali-kali tidak menzalimi hamba-Nya"

(surah al-Kahfi, ayat 49)..wallahua'lam..

dan..

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala (yang bermaksud) :

"dan sesungguhnya Kami pasti mencuba kamu dengan rasa takut, lapar, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan gembirakanlah orang-orang yang sabar, yakni orang yang jika mengalami musibah, mereka berkata, 'sesungguhnya kami milik Allah dan akan kembali kepada-Nya.' Mereka itulah orang-orang yang beroleh keberkatan dan rahmat Tuhan dan diberi petunjuk."

(surah al-Baqarah, ayat 155 hingga 157)..wallahua'lam..

astaghfirullah..

sesungguhnya ujian itu hadir sebagai tandanya Allah sayangkan hamba-Nya, cintakan hamba-Nya..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

apabila hati menghayatinya,
maka tersenyumlah ia,
walau dimarah dan dicerca,
hati dan wajah masih mampu tersenyum ceria..(^__^)

wallahua'lam..

apabila minggu kedua bermula,
hati dan jiwa melangkah dengan senyuman,
setiap lafaz tengkingan ia,
hanyalah menjadi teladan dan pedoman..(^__^)

alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..

sesungguhnya ilmu dan pengetahuan serta amalan tasawuf dan ahli sufi, apabila diteladani ia sebaiknya, insya Allah, ilmu yang lain akan menjadi seperti air yang mengalir tenang dari puncak sehingga ke lautan, insya Allah, wallahua'lam..

sesungguhnya ilmu perubatan amat mencabar, terutama apabila berkaitan dengan pesakit dan pengurusan, mental ditekan untuk memikirkan soal kesihatan pesakit, mental juga ditekan untuk mengikut setiap arahan di dalam pengurusan..

alhamdulillah..

ia menjadi suatu ketenangan,
apabila ilmu dan amal Islam dan Iman diletak di hadapan,
sifat mazmumah cuba disingkirkan,
agar segalanya berjalan dengan sifat mahmudah di dalam keredhaan..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)


13 February 2011

Rindunya aku pada bumi hadramaut, Yaman : Mesej dari seorang sahabat yang dicintai..(T__T)


alhamdulillah..(^__^)

cuti pada hari minggu ini,
membawa jasadku ke pantai ciptaan Allah,
mata menyaksikan agungnya ciptaan ilahi,
menguatkan hati yang layu supaya terus tabah..

astaghfirullah..(T__T) wallahua'lam..

Ketika asyik meni'mati keindahan itu,
tiba-tiba terdengar bunyi mesej dari telefonku,
aku segera melihat dan membaca mesej itu,
alangkah terkejutnya hatiku..

"salam sahabatku..asif sebab tak bagi mesej langsung..semoga sahabat ana sihat sejahtera..datanglah ke sini bila dah tak ada apa-apa masalah..duit jangan risau, Allah jaga..terlalu ramai ulama' yang kita tak kenal dalam media, tapi hakikatnya auliya' Allah yang masih hidup..kerana terlalu rendah diri..subhanallah..semoga sahabatku ni Allah pindahkan ilmu..sayang sahabatku..-Faisal-"

(T__T)

tiba-tiba menitis air mata ini,
rindunya aku padamu,
dan terlebih rindu hati dan jiwa ini,
untuk ke sana ke bumi Yaman bumi para anbiya'..(T__T)

kenapakah aku mahu ke Yaman? astaghfirullah..(T__T)

al-jawab ada di sini..sila klikkannya..(T__T) wallahua'lam..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)


astaghfirullah..(T__T)

masih ku ingati setiap perbualan dengan seorang tok guruku iaitu di sini..

"ya Allah, permudahkanlah hatiku, jiwaku dan jasadku di dalam mencari keredhaan-Mu ya Allah,amin ya rabbi"..



wallahua'lam..

Daripada Sayyidina Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu berkata, Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda (yang bermaksud) :

"Allah berfirman : "sesungguhnya hamba-Ku yang mukmin itu selalu dalam kedudukan yang baik, ia selalu memuji Aku meskipun Aku mencabut roh dari jasadnya".

(Hadits riwayat Imam Ahmad)

wallahua'lam..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

sesungguhnya aku sentiasa mendengar luahan dari guru-guruku, bahawa hamba-Nya yang berada di bumi Yaman terutama di Hadramaut sememangnya begitu mencintai Allah Subhanahu wa Ta'ala, sentiasa bermuhasabah diri untuk mengejar keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala, sentiasa zuhud dan tawadhu' di dalam kehidupan seharian..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

"ya Allah, sampaikan aku di bumi yang dilimpahi rahmat dan ni'mat dari-Mu ya Allah, sesungguhnya segalanya dengan keizinan-Mu"

amin ya rabbi..(T__T) wallahua'lam..

note : Syukri fillah, syukran ya akhi al-Fadhil Ustaz Muhammad Faisal Che Dapat, enta bertuah kerana dipilih oleh Allah dan dimuliakan-Nya untuk berada bersama para ulama' dan ahli ilmu Iman dan Islam yang mana sentiasa setia dan cinta kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..(T__T) amin ya rabbi..wallahua'lam..



12 February 2011

Muhasabah hati : Hindarkan hati, jiwa dan jasad dari "meraikan" Valentine Day..(T__T)


astagfirullah..(T__T) wallahua'lam..

Dari Sayyidina Ibnu Umar Radhiyallahu 'anhu, Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda (yang bermaksud) :

"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia dikira termasuk ke dalam golongan itu."

(Hadits Riwayat Imam Ahmad dan Imam Abu Dawud)..wallahua'lam..

sesungguhnya "Valentine Day" tidak ada ilmu yang menyuruh "meraikannya" di dalam Islam..bahkan ia termasuk di dalam sesuatu "bida'ah yang haram" di laksanakan iaitu "sesuatu perkara baru yang diada-adakan dan bercampur dengan hal kemaksiatan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala"..(T__T) astaghfirullah..wallahua'lam..

berdasarkan sejarah terhasilnya "Valentine Day" ini, ia menjurus kepada "perkara berkaitan dengan kristian"..

maka, kenapa kita sebagai umat Islam mahu meraikan sesuatu "perayaan" yang menyamai kaum dan bangsa yang lain sehingga merosakkan nilai Iman dan Islam kita? astaghfirullah..(T__T)

suatu penyataan, "saya bukan meraikan hari Valentine pun, saya hanya keluar bersama isteri saya, kami makan berdua-duaan di sebuah restoren, itu sebagai tanda kecintaan kami"

apakah kalian tidak mempunyai hari yang lain atau waktu yang lain untuk berbuat sedemikian?

sedangkan..

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda (yang bermaksud) :

"Saling memberi hadiahlah kalian, nescaya kalian akan saling cinta mencintai"

(hadits riwayat Imam Bukhari)..wallahua'lam..

apakah hadits itu ada mengkhususkan pada hari tertentu atau waktu tertentu untuk "berkasih sayang" di antara kita semua terutama pasangan suami isteri?

astaghfirullah..(T__T)

bahkan suami isteri itu ibarat si pejalan malam yang memerlukan cahaya pelita atau lilin atau lampu untuk menerangi jalannya..

maka, apakah si pejalan malam itu hanya memerlukan pada malam ini sahaja cahaya pelita atau lilin atau apa sahaja untuk menerangi jalannya dan esok tidak perlu?

astaghfirullah..sesungguhnya hubungan suami isteri itu yang mana beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, maka "waktu kekasihnya" adalah pada setiap waktu, di mana mereka berdua hidup di dalam kecintaan kepada Allah, mereka melebihkan cinta Allah Subhanahu wa Ta'ala..

"abang, sayang mencintai abang, maka panduilah cinta ini supaya mengenali cinta yang hakiki iaitu kepada Allah, andai abang juga mencintai sayang, tegurlah setiap kesilapan sayang agar cinta kita berdua di dalam keredhaan-Nya"..

dan..

"sayang, abang mencintai sayang, maka bersamalah abang untuk mendayung lautan cinta ini agar kita bersama meraih cinta yang hakiki iaitu mengenali Allah Subhanahu wa Ta'ala dan seterusnya beriman sepenuhnya kepada Allah, dimana abang mendoakan sayang menjadi ratu bidadari buat abang"..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..amin ya rabbi, amin ya Rahman, amin ya Rahim..(T__T)



ambo tidak mahu mengambil "kisah couple yang haram" sebagai contoh di sini, kerana ia jelas haram..dan ambo ambil suatu "kisah pasangan suami isteri yang halal di antaranya", supaya kita semua dapat jadikan pedoman di dalam membina kehidupan di dalam keredhaan-Nya..

amin ya rabbi..wallahua'lam..(T__T)








maka..ayuhlah bersama kita semua CEGAH dari "meraikan" Valentine Day yang jelas haram kerana ia mengandungi unsur-unsur kemaksiatan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..astaghfirullah..(T__T)

berdasarkan kepada sejarah juga, seperti mana yang ambo katakan sebelum ini, Valentine Day, kebanyakan "versi" sejarahnya adalah tertumpu kepada "hal berkaitan kristian", maka apakah faedah yang kita perolehi untuk "meraikan" Valentine Day ini? astaghfirullah..(T__T)

maka, wahai sahabatku sekalian, wahai saudaraku sekalian, wahai temanku sekalian..ingatlah..(T__T)

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala (yang bermaksud) :

"katakanlah (wahai Muhammad) : Jika kamu kasih dan cintakan Allah, maka ikutlah (ajaran) aku, nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampunkan dosa kamu"

(surah al-Imran, ayat 31)..wallahua'lam..(T__T)

astaghfirullah..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam, yakni manusia yang mulia yang mana beliau Shallallahu 'alaihi wa Sallam dimuliakan Allah dengan "maksum", tetapi Allah tetap datangkan "ayat di atas", kenapa? apakah makna tersirat disebaliknya? apakah Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam ada dosa?

wallahua'lam..

jawabnya adalah, Allah Subhanahu wa Ta'ala ingin "menunjukkan" kepada kita semua, bahawa andai "perintah-Nya" sebegitu kepada Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang "maksum" itu, maka kita yang TIDAK MAKSUM ini terlebihlah untuk menjauhi setiap larangan Allah Subhanahu wa Ta'ala, setiap keadaan dan perkara yang meragukan sehingga menjauhkan hati dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan sentiasa istiqomah di dalam beramal ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan memohon ampun di atas segala dosa-dosa yang dilakukan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..astaghfirullah..(T__T)



wallahua'lam..

note : say no to valentine day..astaghfirullah..(T__T)

wallahua'lam..


~ Muhasabah ~