16 March 2013

kisah 'jururawat' dan 'bayi'..^_^

Seketika tadi, aku "menziarah" dari Fb sahabat ke sahabat yang lain, dan aku menemui "satu foto" dan "satu ayat", kemudian aku menziarah lagi, lalu aku perasan akan beberapa status Fb dari sahabat dan teman jururawat..^_^

Iaitu, foto berkenaan seorang bayi yang comel, tapi dari foto itu kelihatannya kakinya berdarah atau mempunyai kesan ditempat cucuk jarum untuk "set line", mungkin..


kesian baby comel ni..

Baik lah, saya lihat ramai yang kritik, ramai yang berkata kata, yang positif, yang negatif,

Just my opinion...

Buat sahabat dan teman di luar sana, atau yang di luar "bidang kami" sebagai anggota perubatan..


Jangan sindir orang lain jika kita tak nak di sindir..


Apabila kita melakukan kesalahan, atau kesilapan, atau keburukan, cepat sahaja ia menjadi perbualan manusia, terutama di sekeliling kita..

Para guru mulia ada berpesan ;


"Barangsiapa tidak mahu aibnya, atau keburukannya dibuka, atau dibicarakan oleh manusia lain, maka jagalah diri kamu pertamanya dulu, iaitu jangan dibuka aib, atau jangan dibicara keburukan orang lain."

Kita,

Apabila orang menyindir kita, membuka keburukan, aib kita,

Kita akan salahkan mereka, marahkan mereka..

Lupakah kita,

Sebelum ni, 
pernahkah kita "seperti mereka", iaitu menyindir orang lain, membuka keburukan orang lain, mencerita keaiban orang lain??..



Pernahkah? Astaghfirullah..

Maka, mulai detik ini, jagalah diri, jangan buka aib orang, jangan citer keburukan orang,

Insya Allah, Allah PALING UTAMA akan menjaga diri kita Dari 'diganggu' orang lain..

~ Muhasabah ~