23 December 2011

Jaga hati dari sifat dengki dan pedengki, astaghfirullah..



astaghfirullah..(T__T) : "ya Allah, jernihkanlah hatiku dari segala sifat-sifat, dari segala perkara-perkara, iaitu yang menjauhkan aku daripada-Mu, menjadikan adanya di dinding kepada hatiku untuk mengingati-Mu, untuk merindui-Mu, amin ya Allah."


Subhanallahi wabihamdih..


Hati manusia itu seringkali berubah-ubah, seringkali berpusing-pusing..kadang-kadang hendak menjadi baik, kadang-kadang hendak menjadi buruk..kadang-kadang ingin solat, kadang-kadang rasa malas..begitu juga hati, kadang-kadang adanya perasaan ingin mencintai Allah, dan kadang-kadang adanya perasaan ragu-ragu untuk mencintai Allah..


maka ini semua adalah kita yakni manusia yang biasa, yang tidak terlepas dari kekalahan kepada tipu daya nafsu dan syaitan..


maka, Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa alihi wa Sahbihi waSallam mengajarkan kita untuk sentiasa berdoa kepada Allah Subhanahu waTa'ala, iaitu :


يَامُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلى دِيْنِكَ

(yang bermaksud) : "Wahai Tuhan (ya Allah) yang membolak-balikkan hati (yang mengubah-ubah keadaan hati, keadaan diri dari baik kepada buruk, buruk kepada baik), maka tetapkanlah hatiku atas agama-Mu (kepada keimanan kepada-Mu, kepada kecintaan kepada-Mu)"


amin ya Allah..


dan..


di antara sifat-sifat yang amat buruk di dalam hati manusia itu adalah dengki..dengki adalah suatu sifat yang cukup sulit, sukar untuk dibuangnya..sukar untuk diubatinya..


Jika diusahakan sekalipun, ia memakan masa yang cukup lama, namun ia bukan satu alasan kepada manusia itu untuk tidak memikirkannya..


Para guru sentiasa berpesan ; "cara yang mudah dan tersangat mudah untuk menghilangkan sifat mazmumah, iaitu sifat yang buruk, misalnya seperti dengki atau seumpamanya, adalah hati yang sentiasa mengingati Allah, merindui Allah, dan kemudian mengalir air mata kerana kerinduan dan kecintaan kepada Allah, maka hadirlah kesejukan kepada hati, dan hati menjadi tenang dan lembut, maka seluruh penyakit hati seperti dengki akan gugur dan hati menjadi jernih dan sentiasa tenang di dalam keredhaan-Nya, didalam keadaan mengingati-Nya."


Sesungguhnya dengki itu bermula dengan pandangan seseorang manusia kepada kelebihan seseorang manusia yang lain..

seperti, seorang yang kaya, kaya disudut harta, rumah dan seumpamanya
..maka seseorang telah memandang hal ini, dan timbul di dalam hatinya "aku mahu menjadi sepertinya, dan aku berharap aku lah ditempatnya.", ini adalah satu sifat yang dengki, yang mana "ia mahu menjadi sepertinya dan mengurangkan kelebihannya"..

dan,
yang paling teruk dengki adalah, "ia tidak mahu menjadi sepertinya, tetapi mahu hal itu kurang atau tiada padanya"..iaitu seorang yang kaya, dan seseorang telah memandangnya, tetapi tidak timbul di dalam hatinya bahawa dia inginkan kekayaan itu, maka dia tidak ingin pun kekayaan itu, tetapi dia amat berharap bahawa kekayaan itu tiada pada seorang tadi..maka ini lebih teruk dengkinya kerana "sudahlah dia tidak nak, dan berharap pula orang yang ada itu tiada pula"..

astaghfirullah,
hindari ya Allah kedua-duanya, amin..(T__T)



   

Astaghfirullah,
amat bahaya sekali sifat dengki ini..(T__T)

Sehinggakan para guru yang mulia ada berpesan kepada hatiku sendiri :
"dengki adalah satu sifat yang buruk, dan pendengki pula ada manusia yang buruk"..

telah berpesan guru mulia :
"sentiasalah berdoa, memohon kepada Allah agar dijauhkan dari sifat dengki dan mereka yang berdengki dengan diri."

Firman Allah Subhanahu waTa'ala :

وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

(yang bermaksud) : "dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki"

(Surah al-Falaq, ayat 5)


iaitu memohon dijauhkan dari kejahatan si pendengki bila ia menzahirkan dengkinya..kerana jika seseorang itu dengki sahaja tetapi ia tidak menzahirkannya, maka selamatlah diri kita..

tetapi bila ia menzahirkannya, seperti menyihirkan orang yang dia dengki atau mengkhianatinya, atau seumpamanya, maka ia amat berbahaya..

Maka, mohon hindari ya Allah..

Di zaman kini, amat banyak berlaku hal ini, apabila seseorang itu dengki kepada seseorang yang lain, lalu dia "membomohkannya", atau menyihirkannya, atau mengkhianatinya, maka sakitlah seseorang itu..

astaghfirullah, hindari ya Allah..

maka, marilah bersama-sama kita berdoa agar dijauh kedua-duanya, iaitu dari sifat dengki bagi diri sendiri dan dari segala dengki yang dizahirkan oleh pendengki, amin ya Allah..(T__T)


19 December 2011

Jalanku..

Alhamdulillah..






Ramai yang melalui jalan yang sama, tetapi aku memilih jalan yang berlainan, apakah keputusannya?



wallahua'lam, aku serahkan segalanya pada Allah, amin..


Mungkin......


Jalan yang ramai melaluinya itu adalah jalan kejayaan..
Jalan yang ramai melaluinya itu adalah jalan kegembiraan..




Namun..


Tidak ramai yang mengetahui jalan yang ramai melaluinya itu ada juga kekurangan..


Atau mungkin..


Kekurangan itu ditutup atau tidak disedari kerana begitu asyik dengan keadaan yang ramai itu..


Maka aku memilih untuk melalui jalan yang tidak dilalui atau jarang dilalui itu..




Biarlah aku yang menyapu daun kering yang menutup jalan itu..
Biarlah aku yang menerangi jalan yang samar itu..
Biarlah aku yang membina jalan yang suram itu..


Kerana aku percaya, Allah sentiasa menjaga hati mereka yang benar-benar inginkan keredhaan-Nya..


dan, mudah-mudahan aku digolongkan bersama yang mempunyai hati yang disinari dengan keredhaan Allah Subhanahu waTa'ala..

11 December 2011

rahmat-Nya dan kasih sayang-Nya di dalam kalimah mulia.



Ketika waktu tengah hari hampir menjelma, suasana di sini masih lagi mendung, hawa panas yang kebiasaannya berhembus ketika waktu sebegini tidak ada, angin kesejukkan sahaja yang sesekali hadir dan membuat tubuh kesejukan walaupun waktu sudah pun hampir ke tengah hari..


Ketika ini, aku sedang meneliti sebuah Majalah, membaca sedikit untuk mengisi waktu dan ruang yang diberikan, mudah-mudahan pengisian ini bermanfaat kepada hati, jiwa dan diri..


Sedang asyik membelek dari helai ke helai, adikku datang duduk dihadapanku dan tersenyum..aku yang tadi sedang menatap Majalah terus memandangnya, "kenapa dik? senyum je ni"


adikku yang duduk tadi terus berkata, "tak der apa abg, saje nak senyum, tak boleh ke?"


aku tersenyum, "tak der lah abg kata tak boleh, ya lah, kot-kot ada apa-apa ke, kebiasaannya ada lah something tu, tak gitu?"


adikku tersenyum, "ya lah, nak tanya ni abg, leh?"


aku tersenyum, "kan abg dah kata, ada lah tu, apa tu dik?"


adikku tersenyum, "abg, ari tu abg ada kata بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ni kunci ketenangan, apa maksud tu abg?"




aku tersenyum dan meletakkan majalah di atas meja dihadapan..


"dik, al-Habib Abdullah bin Muhsin al-Atthas ada berpesan kepada kita iaitu "apakah kamu mengetahui apa itu kunci-kunci Syurga? Kunci syurga sebenarnya adalah بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ"


Kunci Syurga disini secara umumnya yang kita faham adalah yang akan datang, iaitu janji Allah, sesiapa muslim yang melakukan kebaikan, akan dapat pahala, dan dijanjikan Syurga buatnya, insya Allah..


tetapi sebenarnya Syurga juga ada di waktu kehidupan kita ini, iaitu berupa ketenangan jiwa, ketenangan hati..


sesiapa yang beramal dengan kalimah mulia ini, Allah akan limpahkan rahmat-Nya dan kasih sayang-Nya kepadanya, maka rugi kalau kita tidak mengamalkannya..


dah lah, Syurga di dunia pun dapat, Syurga di akhirat pun dapat, insya Allah, mudah-mudahan dengan keizinan Allah Subhanahu waTa'ala."


adikku mengangguk, "ada tak kisah sesiapa yang memuliakan kalimah ni, dia dimuliakan Allah?"


aku tersenyum, "banyak kisahnya dik, hamba Allah yang memuliakan kalimah ini akan dimuliakan Allah, akan dirahmati Allah, akan disayangi Allah..


seperti dalam satu kisah..


Ada seorang perempuan tua yang taat beriman kepada Allah, sentiasa beramal ibadah, sentiasa berzikir dan mengingati Allah Subhanahu waTa'ala..


tetapi suaminya seorang yang tidak taat kepada Allah, seringkali melakukan kemungkaran, dan tidak mahu berbuat kebaikan..


Perempuan itu juga sentiasa membaca dan mengamalkan بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ pada setiap perbuatannya, pada setiap gerak gerinya, walaupun berbicara sekalipun, pasti dia mulai dengan kalimah mulia ini..


Suamninya pula tidak suka dengan kelakuan isterinya dan sentiasa mengejeknya dan menghinanya...


"asyik بِسْمِ اللَّهِ , بِسْمِ اللَّهِ..kejap-kejap بِسْمِ اللَّهِ"..


tetapi isterinya seorang yang penyabar, dan sering berdoa kepada Allah, agar hati suaminya sentiasa terbuka untuk menerima rahmat dari Allah, kasih sayang dari Allah..beginilah sikap seorang isteri yang solehah, begitu tabah dan sabar dengan suaminya yang sebegini..


Suaminya juga ada berkata ; "Suatu hari nanti, aku akan buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.", begitu sekali kata-kata dari suaminya yang tidak taat kepada Allah, mengejek perbuatan isterinya..tetapi isterinya tetap sabar dan senyum kepada suaminya..subhanallahi wabihamdih..


Maka, untuk itu, suaminya cuba menjadikan kata-katanya itu sebagai kenyataan..


maka dia telah memberi wang yang banyak kepada isterinya untuk isterinya simpan..Isterinya lalu mengambil amanah itu dan menyimpannya di tempat yang aman dan selamat..


Pada waktu itu, suaminya memerhati di mana tempat simpanan duit..


Kemudian dengan sembunyi, suaminya itu mengambil duit tersebut dan membuangnya ke tempat yang tersembunyi di belakang rumahnya..


Setelah beberapa hari, suaminya lalu memanggil isterinya dan berkata ; "berikan padaku wang yang aku berikan kepadamu dahulu untuk disimpan."


lalu isterinya dengan tenang pergi ke tempat dia menyimpan duit itu, dan pada masa yang sama diikuti oleh suaminya, dengan berhati-hati dia menghampiri tempat simpanan itu, dan membukanya dengan membaca kalimah mulia, بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ..


Ketika itu, Allah Subhanahu waTa'ala menghantar Malaikat Jibrail untuk mengembalikan duit yang diambil oleh suaminya dan dibuang itu ke tempat asalnya..


Lalu isterinya mengambil duit tadi iaitu ditempat simpanan itu, seolah-olah tidak berlaku apa-apa, dan diberi kepada suaminya..


Terkejut si suaminya dengan apa yang berlaku, lalu dia menceritakan hal sebenarnya kepada isterinya, mengaku bersalah, dia sebenarnya telah mengambil duit itu dan dibuang ke tempat lain, dan dia mengakui bahawa kalimah mulia itu membawa rahmat-Nya dan kasih sayang-Nya buat hamba-Nya yang memuliakannya..


lalu dia bertaubat kepada Allah dan menjadi seorang lelaki yang soleh, dan dia juga sentiasa mengamalkan kalimah mulia بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ pada setiap perbuatannya, subhanallahi wabihamdih..


begitu hebat kalimah mulia itu, ia bisa mengubah hati manusia yang keras kepada kelembutan, hal ini segala-galanya di dalam pengetahuan Allah dan kebijaksanaan Allah, subhanallahi wabihamdih"


adikku tersenyum, "begitu juga kemuliaan si isteri yang sabar dan tabah, kan abg?"


aku tersenyum, "alhamdulillah, benar, kalimah mulia itu juga lah yang menabahkannya dan menenangkannya, maka jom kita amalkan bersama-sama ya"


adikku mengangguk..


10 December 2011

"Dunia" Televisyen, dan sumpamanya, apa hukumnya....


Pada suatu pagi yang indah, aku sedang berehat di beranda rumah bersama laptop-ku..Nyaman berada disini yang bercuacakan kadang-kadang hujan, kadang-kadang mendung..beginilah keadaan bumi Kelantan di penghujung tahun, keadaan hujan lebih banyak daripada keadaan cerah dan panas..alhamdulillah, ni'mat dan rahmat dari Allah Subhanahu waTa'ala..

Sedang aku asyik bersama laptop-ku disini, tiba-tiba....

"assalammualaikum, abg duk buat apa tu?"
terdengar suara dari belakang, seperti suara adikku, terdetik hatiku..lalu ku menoleh ke arah suara itu, tersenyumku, benar adikku..

"waalaikummusalam, tak der buat apa pun dik, duk dengan laptop ni je."
jawabku..

adikku terus duduk disampingku,
"abg duk tengok movie ke?"

aku tersenyum, "tak der lah dik, duk cari qasidah kat internet ni je."

adikku tersenyum, dan berkata, "abg, leh adik tanya tak?"

aku tersenyum dan menoleh ke arahnya, "insya Allah, tanyalah dik, ada apa dik?"

adikku tersenyum, "abg, apa hukumnya ya, kita tengok laptop ke, TV ke, ya lah, kan ke dalam TV ni banyak siaran yang tak elok, laptop pun sama kalau dah disambung dengan internet?"





aku tersenyum dan terus aku letakkan laptop-ku di sampingku..

"adik, mula-mula abg nak tanya apa yang dikatakan 'tengok TV', 'tengok laptop'?"

adikku kehairanan, "la, abg ni, tengok TV tu menonton TV lah, tengok apa yang disiarkannya"

aku tersenyum, "ya lah, abg nak tahu apa yang adik faham je, sebab setiap permulaan perkara itu ada takrifnya kan, ada definisinya kan, jadi bila dah tahu permulaannya, baru lah kita leh tahu isi-isinya atau huraiannya nanti, jadi apa yang abg tahu pulak 'menonton TV ni adalah memusatkan perhatian untuk melihat sebuah kotak atau benda yang bersuara dan bergambar', begitu juga dengan 'tengok laptop', jadi untuk tahu hukumnya, kita kenalah hukum dengan lima hukum, tak leh ambik satu je, nanti tak faham."

adikku mengangguk, "ini bida'ah kan abg?"

aku tersenyum, "memang benar, ini bida'ah, tapi kan abg dah bagi tahu sebelum ni, bida'ah ini ada dua dik, iaitu yang baik dan yang buruk, jadi pasal bida'ah ni, umum lagi, kita terus kepada 5 hukum, sebab bida'ah pun kena letak dengan 5 hukum ni jugak, iaitu bida'ah wajib ke, bida'ah haram ke, bida'ah harus ke, bida'ah sunat ke, bida'ah makruh ke, begitu."

adikku mengangguk, "jadi hukumnya apa abg?"

aku tersenyum, "alhamdulillah, baiklah..

Pertamanya, jika ia dilihat bersama keluarga, merehatkan diri dan menenangkan diri dengan melihat pemandangan Alam, kemuliaan Allah, keajaiban haiwan-haiwan dan tumbuhan, dan seterusnya hadir ke dalam hatinya bahawa sungguh indah ciptaan Allah, kuasanya Allah, bijaksananya Allah, maka hukumnya adalah sunat..

Keduanya, jika ia dilihat tapi tidak memberi manfaat kepada dirinya, atau pun sekadar bersahaja, tetapi tidak melupakannya dari zikrullah, iaitu mengingati Allah, maka hukumnya adalah harus..

ketiganya, jika ia dilihat tapi lalai dari mengingati Allah, maka hukumnya adalah makruh..

keempat, jika ia dilihat dan menyebabkannya melanggar syariah, misalnya terlupa waktu solah, atau siaran-siaran yang terdapat hal yang haram untuk dilihat dan didengar atau terlupa dari ibadah wajib lainnya, maka hukumnya adalah haram..

kelima, jika ia dilihat untuk mempelajari ilmu pengetahuan Islam, misalnya feqah, atau belajar cara solah atau mempelajari tentang menunaikan amal ibadah haji, adab suami atau isteri, maka hukumnya adalah wajib sebagaimana wajib menuntut ilmu..

Begitulah hukumnya dik jika kita menonton televisyen atau pun melihat laptop atau pun seumpamanya.."

adikku tersenyum seakan-akan memahami, "alhamdulillah, begitu ya abg, tapi TV dan laptop sekarang yang bersambung dengan internet, banyak yang melalaikan, banyak keburukannya, jadi bagaimana tu abg?" 

aku tersenyum, "untuk televisyen atau seumpamanya sekarang ni, bagi abg, ia jauh lebih buruk dari keluar dan berjalan di tempat maksiat, kerana dengan duduk dirumah, menonton TV, atau melihat melalui laptop, atau Handphone itu, kita seolah-olah sudah mengunjungi tempat maksiat, menyaksikan aurat, menyenangi orang kafir, mengetahui aib orang lain, dan mempelajari aib orang lain, mengetahui kejahatan orang, membenci orang lain, mungkin turut mencaci orang yang belum tentu bersalah, mengagumi orang yang mungkin tidak sepatutnya dikagumi, dan banyak lagi..

lalu, apa yang sepatutnya kita buat? hindarilah hal ini dengan sebaik-baiknya, tinggalkan sebarang hal yang menjauhkan kita kepada Allah, tinggalkan sebarang hal yang boleh mendekatkan diri kita kepada kemurkaan Allah..

Sesuatu perkara itu pasti ada kebaikannya, maka ambillah kebaikan dari menonton televisyen atau laptop atau handphone itu, seperti mendengar ayat-ayat Al-Quran, mendengar tausyiah, mendengar qasidah, melihat para ulama' memberi tausyiah yang mengingatkan kita kepada Allah, insya Allah..

ingatlah, sesungguhnya hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu adalah hati yang tenang, hati yang diredhai oleh Allah Subhanahu waTa'ala, maka jauhilah dari perkara yang boleh menjauhkan hati dari berhubung dengan Allah."




adikku tersenyum seperti berpuas hati,
"alhamdulillah, terima kasih abg, k lah abg, adik ke dalam dulu ya."

aku mengangguk, dan adikku terus bangun dan berlalu pergi, meninggalkan aku yang kembali menyaksikan keadaan awam yang mendung, dan aku kembali bersama laptopku yang setia disisi..

wallahua'lam..

Bicara cinta dari kekasih yang sejati..



Ketika mana aku mencari cinta, sama ada cinta itu yang hatiku rasai, atau cinta itu yang mindaku bayangi..namun tidak ku temukan tentang cinta yang boleh menyejukkan hatiku..

sehinggalah..

aku telah ditemukan dengan satu BICARA CINTA, yang mana menggoncangkan jiwa, iaitu yang mendengarkannya serta membuatkan hati bisa menjadi sendu..

iaitu, Bicara Cinta al-Imam Junaid al-Baghdadi..

Ketika mana al-Imam Junaid yang mulia ini masih muda, lalu ada yang hadir kepadanya untuk bertanya soalan-soalan yang memerlukan jawapan yang baik, dan kemudian melaksanakannya..

lalu, di antara soalan-soalan itu, ada yang bertanya pandangan beliau tentang cinta..

lalu, al-Imam ini menundukkan wajahnya..Kemudian beliau berkata ; "cinta itu...", ketika itu mengalir air matanya..

kemudian, beliau menyambung ; "Seorang hamba yang telah meninggalkan dirinya untuk mengingati Allah, berdiri menunaikan hak-hak Tuhannya, memandang-Nya dengan mata hati sampai hatinya terbakar, meminum kejernihan minuman daripada gelas cintanya, sehingga tersingkaplah tabir Tuhan yang Maha Ghaib."

"Jika hamba ini berbicara, ia berbicara dengan nama Allah. Jika menyampaikan satu pendapat, maka ia mengambilnya daripada Allah. Jika bergerak, maka itu adalah perintah Allah. Jika diam, maka ia selalu bersama Allah. Dia selalu dengan nama Allah, untuk Allah dan serta selalu bersama Allah."




Subhanallahi wabihamdih..

begitu indah maknanya diberi,
Selafaz cinta yang begitu suci,
terbitnya dari keikhlasan hati,
membawa diri kepada Ilahi..


(T__T) : Mudah-mudahan ku bisa mencapai cinta ini, amin..

~ Muhasabah ~