07 October 2011

Seminar Perdana "al-Imam al-Haddad dan pemikirannya", jom! insya Allah..


subhanallahi wabihamdih..

alhamdulillah, insya Allah, pada pagi ini (8 Oktober 2011M / 10 ZulQaedah 1432H), akan berlangsungnya satu Seminar Perdana di Masjid Negeri Shah Alam..

Seminar Perdana ini adalah bertemakan "Imam al-Haddad dan Pemikirannya", dan bertempat ia di Dewan Solat Bawah, Masjid Negeri Shah Alam..

Bagaimana hendak menyertainya? alhamdulillah, insya Allah, pendaftarannya adalah percuma, dan ia bermula pada jam 9.15 pagi..

Siapakah tokoh yang mulia yang memuliakan Seminar ini? alhamdulillah, insya Allah, akan hadirnya dua hamba-Nya yang mulia, iaitu al-Habib Jindan bin Naufal bin Salim bin Ahmad dari Indonesia, dan al-Habib Naqjmuddin bin Othman al-Khered..




al-Habib Naqjmuddin bin Othman al-Khirid, 
Pimpinan Madrasah at-Tazkiah Cawangan Darul Mustafa Pantai Dalam, Kuala Lumpur

 
al-Habib Jindan bin Naufal bin Salim bin Ahmad,
Pimpinan Yayasan al-Fachriyyah, Tangerang, Indonesia. 

Alhamdulillah, subhanallahi wabihamdih, semoga bumi Malaysia dilimpahi barakah dan kemuliaan yang tidak putus-putus dengan terdapatnya para ulama' yang bersinar dengan permata Ahlul Sunnah wal Jama'ah terutama dari kalangan Ahlul Bait iaitu dari keturunannya ya habibi Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, amin..

kedua-dua guru mulia ini akan menyampaikan syarahan masing-masing iaitu sempena Seminar Perdana "al-Imam al-Haddad dan pemikirannya"..

Guru mulia, al-Habib Naqjmuddin al-Khirid akan membentangkan syarahannya iaitu "Mengenali Peribadi Imam al-Haddad dan signifikan Majlis Haul"..

dan..

Guru mulia, al-Habib Jindan bin Naufal akan membentangkan syarahannya iaitu "Imam al-Haddad dan kesan serta pengaruh da'wah beliau di Nusantara"..

dan, kemudiannya, insya Allah akan ada sesi soal jawab bersama guru mulia ini, dan semoga ia membawa keberkahan kepada hadirin dan mereka yang mencintai majlis ini, amin..

Insya Allah, semoga majlis mulia ini akan berlangsung nanti, amin..semoga bumi Malaysia amnya, Shah Alam khususnya bersinar dengan cahaya kerahmatan-Nya dan kasih sayang-Nya, amin..

Jom bersama kita penuhi majlis mulia ini, amin..

01 October 2011

Kecintaanku pada al-Sayyid al-Imam al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad..


alhamdulillah, syukurku pada Allah Subhanahu wa Ta'ala diatas kurniaan-Nya, sama ada yang ku sedarinya, atau tidak kusedarinya, Subhanallahi wabihamdih..
 
alhamdulillah, diketika ini sedang berlangsungnya banyak sekali Majlis Haul iaitu Majlis memperingati seorang hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala yang mulia, sama ada di bumi Malaysia, di bumi Indonesia, dan lain-lainnya, majoriti umat Islam kini sedang meraikannya..

maka, disini, izinkan al-Faqir ambo yang hina ini untuk menceritakan sedikit mengenai hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala yang mulia ini..

namun, berat hati mengatakan al-Faqir ambo yang hina ini bukanlah selayak orangnya untuk menceritakannya, tetapi berilah keizinan kepada al-faqir ambo yang hina ini untuk menterjemahkan perasaan cinta ini kepada beliau di ruang maya ini..insya Allah, semoga Allah mengampuni dosaku ya Allah, amin..

ku mulai bicaraku disini dengan menceritakan tentang siapakah hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala yang mulia ini..


al-Sayyid al-Imam al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad telah dilahirkan pada malam Isnin, iaitu 5 Safar 1044H (atau bersamaan 30 Julai 1634M), iaitu pada kebanyakan riwayat, insya Allah..wallahua'lam..

Beliau telah dilahirkan disebuah perkampungan yang bersama Subair yang terletak berhampiran dengan kota Tarim di Wadi Hadramaut, iaitu di Selatan Yaman..alhamdulillah, subhanallahi wabihamdih, wallahua'lam..

Beliau membesar didalam lingkungan keluarganya yang terkenal dengan kesolehan, yang mana ayahnya adalah al-Habib Alawi bin Muhammad al-Haddad adalah seorang yang soleh dari keturunan orang-orang yang soleh..

disini, al-faqir ambo yang hina ingin menceritakan sedikit perihal keluarga sang Imam yang mulia ini, iaitu keluarganya al-Imam al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad..

Dimasa mudanya, iaitu masa mudanya ayahnya, al-Habib Alawi bin Muhammad al-Haddad, beliau telah pergi menziarahi kediaman al-Habib Ahmad bin Muhammad al-Habsyi Shahibusy Syi'ib (seorang yang soleh) untuk meminta doa..

al-Habib Ahmad bin Muhammad al-Habsyi lalu berkata kepadanya, "anak-anakmu adalah anak-anakku juga, mereka diberkahi Allah Subhanahu wa Ta'ala"..

Pada ketika dilafazkan ayat doa itu dari al-Habib Ahmad bin Muhammad al-Habsyi, al-Habib Alawi bin Muhammad tidak mengerti akan maksudnya..

Namun dengan takdir dan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala, dengan rahmat-Nya dan kasih sayang-Nya, al-Habib Alawi bin Muhammad al-Haddad telah menikahi al-Hababah Salma binti Idrus bin Ahmad al-Habsyi, iaitu cucunya al-Habib Ahmad bin Muhammad al-Habsyi, barulah beliau sedari akan makna doa al-Habib Ahmad bin Muhammad al-Habsyi..

sebagaimana al-Habib Alawi bin Muhammad al-Haddad adalah seorang yang soleh dari keturunan orang-orang yang soleh, maka begitu juga al-Hababah Salma binti Idrus bin Ahmad al-Habsyi adalah seorang wanita yang solehah dari keturuna orang-orang yang soleh..

dan, subhanallahi wabihamdih, pernikahan seorang lelaki yang soleh ini dan seorang wanita yang solehah ini, telah melahirkan putera dan puteri yang baik, yang soleh, yang solehah, dan diantaranya adalah al-Imam al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad, subhanallahi wabihamdih..

dari acuan yang soleh dan solehah, maka lahirkan anak-anak yang soleh dan solehah, subhanallahi wabihamdih..

dan, kemudiannya, si Imam yang kucintai ini, al-Sayyid al-Imam al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad mempelajari pelbagai ilmu dari ayahandanya sendiri, al-Habib Alawi bin Muhammad al-Haddad dan ibundannya sendiri, al-Hababah Salma binti Idrus bin Ahmad al-Habsyi..

Subhanallahi wabihamdih..

Di rumah sendiri adalah merupakan tempat asas pendidikan bagi zahir dan batin bagi seseorang itu, dari sanalah terbinanya seorang pemuda yang soleh atau seorang wanita yang solehah atau kedua-duanya, amin..

seandainya didikan itu bermula dari rumah sendiri, maka beruntunglah mereka yang memperolehinya, subhanallahi wabihamdih..

seandainya tidak bermula dari rumah sendiri, maka sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala Tuhan Yang Maha Bijaksana, pasti ada yang lebih baik untuknya yang Allah Subhanahu wa Ta'ala sediakan untuknya, amin..Subhanallahi wabihamdih..

alhamdulillah, ku sambung kembali bicaraku tentang si Imam yang kucintai ini..

telah diceritakan oleh para guru yang mulia, bahawa ketika mana al-Sayyid al-Imam al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad berumur 4 tahun, beliau telah terkena suatu penyakit yang akhirnya telah menyebabkan kedua-dua matanya menjadi buta, sedih terasa hati ini mendengarnya..(T__T)

namun, amat luar biasa sekali kejadiaannya, walaupun kedua-dua matanya yang zahir itu buta, tetapi Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mengurniakan sesuatu yang lebih baik darinya iaitu "celiknya mata hatinya", iaitu basiroh..Subhanallahi wabihamdih..

Sewaktu kecilnya lagi, beliau tidak menghabiskan waktunya dengan bermain seperti mana kanak-kanak yang sebaya dengannya, sebaliknya, beliau begitu tekun, tabah, dan gigih di dalam mempelajari ilmu dan amal agama Islam, menghafal ayat-ayat yang mulia dari kitab mulia, Al-Qur'an, melakukan amal ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, subhanallahi wabihamdih..

apabila Allah memuliakan hamba-Nya, maka berbahagialah hamba itu kerana telah mendapat "syurga dunia", subhanallahi wabihamdih..

Beliau sangat bersungguh-sungguh di dalam melakukan amal ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dari usianya masih kanak-kanak lagi, Subhanallahi wabihamdih..

Beliau telah mengunjungi seluruh masjid di Kota Tarim, Hadramaut, Yaman untuk beramal ibadah, subhanallahi wabihamdih..

Beliau sentiasa berjaga malam untuk beramal ibadah, Subhanallahi wabihamdih..Hampir 40 tahun beliau bersolah subuh dengan wudhu' solah fardhu Isya', subhanallahi wabihamdih..

Beliau banyak berzikir dan membaca al-Quran, dan biji tasbihnya yang dilakukan untuk berzikir adalah berjumlah 1000 biji, subhanallahi wabihamdih..

Sungguh hebat sekali ibadah si Imam yang ku cintai ini, begitulah yang dapatku kongsikan, sedangkan masih banyak ibadah yang lain yang mana tidak dapat ku kongsikan kerana kefaqiranku, astaghfirullah..

Akhlaknya si Imam yang mulia ini, al-Sayyid al-Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad adalah mencontohi akhlak datuknya, Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam, sama ada perkataannya, atau perbuatannya..


Beliau terkenal sebagai seorang yang pemurah, sentiasa manis dengan senyuman dan mengembirakan orang lain..Keperibadian beliau amat mulia, seperti mana apabila datangnya kejahatan, tetapi dibalasnya dengan kebaikan, Subhanallahi wabihamdih..

Beliau sangat memberi perhatian kepada penuntut ilmu dan majlis ilmu..Beliau sangat merendahkan diri, wara' sekali, begitu juga pada perkara-perkara Syubhah..

Beliau juga seorang yang amat menyayangi golongan fakir miskin, beliau pernah berkata ; "seandainya aku berupaya atau mampu, tentu akan aku penuhi segala keperluan semua kaum miskin, sebab pada awalnya, agama ini ditegakkan oleh kaum mu'minin yang lemah.", beliau juga ada berkata ; "dengan sesuap makanan, tertolaklah berbagai bencara"..subhanallahi wabihamdih..

Beliau juga seorang yang tidak menyukai kemasyhuran atau kemegahan dan tidak suka dipuji..Beliau ada berkata ; "banyak orang membuat syair-syair untuk memujiku. Sesungguhnya aku hendak mencegah mereka, tetapi aku khuatir tidak ikhlas dalam berbuat demikian. Maka kubiarkan mereka berbuat sekehendaknya. Dalam hal ini aku lebih suka meneladani Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam kerana Baginda Shallallahu 'alaihi wa Sallam pun tidak melarang ketika sahabat baginda Shallallahu 'alaihi wa Sallam membacakan syair-syair pujian kepada baginda Shallallahu 'alaihi wa Sallam"..Subhanallahi wabihamdih..

dan akhirnya, beliau dikenali sebagai Sultan Aali Baa 'Alawi
, iaitu "Sultan bagi seluruh golongan baa 'Alawi"

Subhanallahi wabihamdih, begitu mulia anugerah yang Allah Subhanahu wa Ta'ala kurniakan kepada hamba-Nya ini, Subhanallahi wabihamdih..

Sungguh banyak sekali kemuliaannya bagi si Imam yang mulia ini, tetapi aku menyedari bahawa aku ini hanyalah seorang manusia yang faqir disudut ilmu dan amalannya, maka ku pendekkan nukilan dari jari hina ini disini sahaja, insya Allah, jika ada sambungannya, akan ku usahakan sebaiknya agar ku terhindar dari "golongan hamba-Nya yang mana apabila dikurniakan amanah dari-Nya tetapi tidak melaksanakannya"..astaghfirullah..

maka, ku akhiri bicaraku disini dengan kisah yang mendukacitakan seluruh manusia diketika itu..iaitu pada hari khamis, 27 Ramadhan 1132H, si Imam yang mulia, al-Sayyid al-Imam al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad mulai sakit, dan sakitnya berlanjutan selama 40 hari, sehinggalah akhirnya pada malam selasa, 7 ZulQaedah 1132H (atau bersamaan 10 September 1720M), sang Imam ini dijemput oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala..Ketika itu, dikatakan sang Imam ini berusia 89 tahun, subhanallahi wabihamdih, rahmat-Nya dan kasih sayang-Nya mencurahi sang Imam ini, amin..

Kemudiannya, makam sang Imam ini ditempatkan di Zanbal, Kota Tarim, hadramaut, Yaman..insya Allah, semoga aku sampai disana, amin..



اَلَّلهُمَّ انْشُرْنَفَحَاتِ الِّرضْوَانِ عَلَيْهِ، وَأَمِدَّنَا بِالأَسْرَارِ الَّتِي أَوْدَعْتَهَالَدَيْهِ. 


اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلىَ جَدِّهِ النَّبِيِّ الأَمِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعْيْنَ

yang bermaksud : "Ya Allah, Sebarkanlah hembusan keredhaan-Mu ke atasnya dan limpahkanlah ya Allah, kepada kami segala rahsia yang Engkau simpan disisinya. Ya Allah, Kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan keatas nendanya, Nabi al-Amin, penghulu kami Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan keatas keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian"

الفاتحة إلى حضرة النبي محمد صلى الله عليه وآله وسلم وإلى روح سيدنا قطب الإرشاد وغوث العباد والبلاد الحبيب عبد الله بن عاوي بن محمد الحداد وأصوله وفروعهم أن الله يعلي درجاتهم في الجنة ويكثر من مثوباتهم ويضاعف حسناتهم ويحفظنا بجاههم وينفعنابهم ويعيد علينا من بركاتهم وأسرارهم وأنوارهم وعلومهم ونفحاتهم في الدين والدنيا والآخرة - الفاتحة

Majlis Haul al-Sayyid al-Habib al-Imam Abdullah bin Alawi al-Hadad 1432H / 2011M..


alhamdulillah..Subhanallahi wabihamdih..

Ku mulai bicaraku disini dengan ku memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, Tuhan Yang Maha Mengetahui, Tuhan Yang Maha Bijaksana, Tuhan Yang Maha Kuasa, kerana memberi ruang dan peluang kepadaku untukku meneruskan ukiran jari hina ini di bumi maya ini..

Maqam diatas (gambar diatas) adalah merupakan Maqam seorang hamba-Nya yang dimuliakan Allah Subhanahu wa Ta'ala, iaitu al-Arif Billah al-Sayyid al-Habib al-Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad..

Pada hari ini, iaitu hari Ahad iaitu bertarikh 2 Oktober 2011M bersamaan 4 ZulQaedah 1432H, adalah merupakan 3 hari sebelum tarikh memperingati kembalinya hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala yang mulia, iaitu al-Arif Billah al-Sayyid al-Habib al-Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad, iaitu pada 7 ZulQaedah 1132H (Genap 300 tahun)..

namun, di bumi Malaysia khususnya, telah meraikannya bermula 29 September 2011 lagi, dengan Majlis Haul yang dilimpahi kunjungan para habaib, para ilmuan agama, para muslimin dan muslimat, yang mana terdapat didalamnya alunan Qasidah, alunan Selawat dan Salam ke atas junjungan yang mulia, ya habibi Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam, dan pelbagai tausyiah yang sarat dengan permata ilmu yang berharga..masya Allah, Subhanallahi wabihamdih, amat luar biasa sekali sambutannya..

alhamdulillah, al-Faqir ambo yang hina ini diberi ruang dan peluang oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk berada di dalam satu Majlis Haul al-Arif Billah al-Sayyid al-Habib al-Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad iaitu di Masjid al-Falah USJ 9, Subang Jaya yang baru sahaja berlangsung tadi (1 Oktober 2011M / 3 ZulQaedah 1432), syukur pada-Mu ya Allah, Subhanallahi wabihamdih, alhamdulillah..

Dan, Majlis Haul ini tidak berhenti pada hari ini, tetapi masih ada sambungannya, sehinggalah kemuncaknya pada hari Sabtu nanti di Masjid Negeri iaitu di Shah Alam..

Disini, al-faqir ambo yang hina sertakan sedikit maklumat melalui jadual yang diperolehi, insya Allah, semoga dapat dimanfaatkan bersama iaitu ruang dan peluang yang dianugerahkan Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada kita semua, amin..




29 August 2011

Perginya kekasih Ramadhan..(T__T)


subhanallahi wabihamdih..(T__T)

Dari Sayyidina Ibnu 'Abbas Radhiyallahu 'anhu, dia berkata : "Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : "Kalau kiranya umatku mengetahui apa-apa (yakni kebaikan) di dalam bulan Ramadhan, nescaya mereka mengingingkan agar supaya tahun semuanya itu menjadi Ramadhan"

Kerana semua kebaikan berkumpul di bulan Ramadhan, ketaatan bisa diterima, semua doa dikabulkan, semua dosa diampuni dan syurga rindu kepada mereka (para pencinta Ramadhan).

(Kitab Zubdatul waa'izdiina)..wallahua'lam..subhanallahi wabihamdih..

tibalah hari perpisahan,
tidak mampu ku lambaikan tangan,
tidak mampu ku lafazkan perkataan,
buatmu kekasih Ramadhan..

sungguh banyak kebaikan padamu sayang,
terdapatnya Rahmat Allah Yang Maha Pengampun,
terdapatnya kasih sayang Allah Yang Maha Penyayang,
namun kini ia menjadi kenangan..

semoga segala kenangan bersama, 
ia menjadi penguat kepada jiwa,
untuk meneruskan kehidupan dunia,
menjadi hamba-Nya yang bertaqwa..

jika diingati kembali kenangan bersama,
sungguh indah dapat bersamamu,
menjadikan aku tersenyum bersama air mata,
melambai-lambai mengucapkan selamat tinggal kepadamu..

aku merinduimu kekasihku Ramadhan..(T__T)

Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : "Syurga itu merindukan empat golongan manusia, iaitu mereka yang membaca Al-Qur'an, yang menjaga lisannya, yang mahu memberi makan kepada yang lapar, dan mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan"

(kitab Raunaqul Majaalis)

subhanallahi wabihamdih..(T__T)

Terdapatnya suatu riwayat, bahawa seorang lelaki, yang tidak pernah solah sama sekali..tetapi apabila tiba bulan Ramadhan, dia selalu membersihkan dirinya, menghiasnya dengan pakaian yang baik-baik serta memakai minyak harum dan ahu solah, bahkan mengqadha solah yang telah ditinggalkannya..

Maka dia ditanya oleh seseorang : "mengapa engkau berbuat seperti itu?"

Jawabnya : "ini adalah bulan taubat, bulan rahmat dan bulan berkah, semoga Allah mengampuni dosa-dosaku dengan sebab anugerah-Nya"..

Ketika lelaki itu sudah meninggal, ada orang lain yang bermimpi bertemu dengannya, kemudian ditanya kepadanya : "apa yang diperbuat oleh Allah kepadamu?"

dia menjawab : "Tuhanku telah mengampuni aku, kerana aku telah memuliakan dan mengagungkan bulan Ramadhan"..

Subhanallahi wabihamdih..(T__T)..

andai kali ini adalah pertemuan terakhir buat kita,
buat aku dan dirimu kekasihku Ramadhan,
moga-moga dirimu menjadi saksi buat jiwa,
di hari akhirat nanti yakni hari pembalasan..

Dirimu kini semakin hampir meninggalkanku,
selamat tinggal sayang kekasihku,
Semoga kita dapat bersua lagi wahai kekasihku,
semoga aku bisa menjadi hamba yang beriman pada Tuhanku..

"Apakah ada musibah atau bencana yang lebih besar dari perginya Ramadhan?. Kalau semua langit dan bumi menangis sebab kepentingan kita, maka tentunya kita lebih berhak menangis dan lebih sayang dengan terputusnya segala keutamaan dan kemuliaan Ramadhan".

(Kitab Hayaatul Quluubi)..

Subhanallahi wabihamdih..(T__T)

20 August 2011

Kehidupan di pagi ini (21 Ramadhan 1432H) bersama Tuan Guru yang dicintai..(T__T)


alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..Subhanallahi wabihamdih..

alhamdulillah, limpahan rahmat-Nya dan kasih sayang-Nya terasa bagaikan tercurah-curah di jiwa ini setelah dapat bersama dengan seorang ulama' Ahlul Sunnah wal Jama'ah, insya Allah iaitu pada pagi tadi (21 Ramadhan 1432H bersamaan 21 Ogos 2011M)..alhamdulillah, subhanallahi wabihamdih..

alhamdulillah, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mengizinkan hamba-Nya yang mulia, al-'Allamah al-Fadhil Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin bin Marbu al-Banjari al-Makki untuk hadir mengimami solah sunat Tasbih di Masjid as-Salam, Bukit Sentosa, Rawang, Selangor Darul Ehsan pada pagi tadi..


alhamdulillah, kemudiannya Allah Subhanahu wa Ta'ala juga mengizinkan beliau mengalunkan beberapa alunan zikir yang mana ibarat hati yang direndam di dalam air yang sejuk dan tenang, bagaikan lapang minda yang sebelum ini begitu sibuk dengan ni'mat dunia, bagaikan damai hati yang sebelum ini begitu keras dengan keindahan dunia..subhanallahi wabihamdih..(T__T)


alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, kerana Dia telah mengizinkan hamba-Nya ini yakni jasad ini untuk bersahur di Masjid as-Salam, terima kasih dilafazkan kepada pihak pengurusan Masjid dan pihak yang turut sama menjayakannya, semoga limpahan rahmat-Nya dan kasih sayang-Nya semoga sentiasa menaungi kalian semua, amin..


alhamdulillah, kemudiannya, dilanjutkan pula kepada Solah Fardhu Subuh secara berjema'ah, begitu ramai para jema'ah yang solah disitu..

Ketika melihat begitu ramai jema'ah Solah fardhu Subuh ini, teringat minda faqir kepada satu kata-kata dari tentera Yahudi, iaitu :

"di dalam kitab kami ada tertulis, "jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untul solat Subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah Solat Jumaat, maka saat itu Israel akan hancur"

Subhanallahi wabihamdih, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar..

di dalam satu hadits ada menceritakan tentang kemuliaan berjema'ah bagi Solah Fardhu Subuh, iaitu :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَفْضُلُ صَلَاةٌ فِي الْجَمِيعِ عَلَى صَلَاةِ الرَّجُلِ وَحْدَهُ خَمْسًا وَعِشْرِينَ دَرَجَةً قَالَ وَتَجْتَمِعُ مَلَائِكَةُ اللَّيْلِ وَمَلَائِكَةُ النَّهَارِ فِي صَلَاةِ الْفَجْرِ

(yang bermaksud) : "dari Abu Hurairah, dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, beliau bersabda : "Solah secara berjema'ah lebih utama dua puluh lima derajat daripada solah secara berseorangan, Beliau melanjutkan : "dan para malaikat malam dan malaikat siang berkumpul ketika solah fajar (subuh)"

(Hadits riwayat al-Imam Muslim)

wallahua'lam..subhanallahi wabihamdih..


kemudian, selesai sahaja Solah Fardhu Subuh berjema'ah itu, al-fadhil Tuan Guru mengalunkan beberapa zikir serta doa yang seolah-olah dari jiwanya dan kemudian kepada jiwa para jema'ah yang lain, begitu tenang dan damai, seakan-akan terputus seketika kehidupan dunia dari minda dan hati, subhanallahi wabihamdih, sesungguhnya rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala amat bernilai pada pagi ini, memberi suasana yang tenang kepada hati hina ini..(T__T)

selanjutnya, al-Fadhil Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki menyampaikan kuliah Subuhnya yang berkisahkan "Salam"..



 

Tuan guru yang mulia memulakan ia dengan memaknakan Salam itu adalah merujuk kepada "selamat", "sejahtera", "tenang", "damai"..Subhanallahi wabihamdih..

Sempat juga Tuan Guru bergurau secara berhikmah dan berilmiah dengan mengatakan Masjid as-Salam ini adalah merupakan tempat bagi penghuni kepada mereka yang sentiasa selamat, sejahtera dan tenang..

Tuan Guru juga berkata, "pihak pengurusan Masjid dan pihak yang terlibat adalah mereka yang mempunyai hati yang sejahtera dengan menyediakan makanan untuk bersahur, hal ini adalah perkara yang dimuliakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala"..

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ

(yang bermaksud) : "dari Abdullah bin 'Amru, ada seorang yang bertanya kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam ; "Islam manakah yang paling baik?" Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam menjawab : "kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal"

(Hadits riwayat al-Imam Bukhari)

Subhanallahi wabihamdih..

Satu hadits menceritakan 2 perkara yang mulia yang terdapat pada pagi ini, pertama berkenaan pihak yang menyediakan sahur yang mana insya Allah dimuliakan Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan kedua adalah hal yang akan disampaikan oleh Tuan guru iaitu tentang "salam"..

Subhanallahi wabihamdih..

Selanjutnya, Tuan Guru yang mulia terus membawa contoh yang sentiasa berlaku ketika ini untuk dikaitkan dengan "salam"..
 
iaitu, "ketika mana seseorang itu memandu kereta dan kemudian akan melintasi sebuah tol, maka ketika mana sampai di tol, kebiasaannya penjaga tol yang akan memberi salam.".

katanya Tuan Guru yang mulia, "hal ini bersalahan dengan sunnah yang kita cintai..
أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسَلِّمُ الرَّاكِبُ عَلَى الْمَاشِي وَالْمَاشِي عَلَى الْقَاعِدِ وَالْقَلِيلُ عَلَى الْكَثِيرِ

(yang bermaksud) : "Abu Hurairah berkata ; Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : "orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada pejalan kaki, orang yang berjalan kepada orang yang duduk, dan orang sedikit kepada orang banyak"

(hadits riwayat al-Imam Muslim)

jadi, orang yang memandu kereta itu adalah merupakan orang yang berkenderaan, atau orang yang berjalan..sedangkan penunggu tol itu adalah merupakan orang yang duduk..adalah sunnah seseorang yang memandu kereta itu yang memulai salam..

apakah susah untuk memberi salam? sedangkan hanya melafazkan "Assalammualaikum", dan adalah lebih baik " Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh"..

sesungguhnya ayat "assalammualaikan" itu adalah merupakan doa..andai seseorang itu mendoakan saudara muslimnya, maka akan hadir padanya para malaikat yang akan mendoakan dia..

Subhanallahi wabihamdih..makhluk yang tidak ada dosa padanya, yang sentiasa taat kepada Allah, dan makhluk ini lah yang mendoakan kita pula seandainya kita mendoakan muslim yang lain, apakah doa ini bukan doa mustajab? bahkan doa para malaikat adalah di antara doa yang mustajab, subhanallahi wabihamdih..

maka, hulurkan salam kepada saudara seIslam kita, jangan diikutkan tipu daya syaitan yang tidak mahu melihat orang-orang Islam itu menjadi mukmin, jangan diikutkan hasutan nafsu yang menyebabkan ego, sombong, iri hati kepada hati kita, sesungguhnya mereka ini (nafsu dan Syaitan) akan berusaha melalaikan kita dari terus mengikut jalan yang lurus yakni jalan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala.."

Subhanallahi wabihamdih..

Tuan Guru menyambung lagi, "bahkan penjaga tol itu bisa lebih mulia daripada orang yang berkenderaan itu..

kenapa? pertama, dia setia menunggu kehadiran orang yang berkenderaan itu..kedua, dia mengucapkan salam apabila hadirnya orang berkenderaan itu..ketiga, dia senyum dengan tenang kepada ketika memberi tiket atau bayaran kepada orang berkenderaan itu..keempat, dia menekan butang untuk menaikkan palang tol itu..kelima, dia mengucapkan pula terima kasih kepada orang yang berkenderaan itu.."

Subhanallahi wabihamdih..

begitu terang hati Tuan Guru yang mulia, sampai kepada contoh situasi begini juga nampak beliau kepada hikmah dan rahmat dari-Nya, subhanallahi wabihamdih..

dan, kata Tuan Guru lagi, "Allah Subhanahu wa Ta'ala juga mencipta sebuah Syurga-Nya yang digelar darussalam, Syurga yang sejahtera kepada hamba-Nya yang sejahtera", subhanallahi wabihamdih..

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :

لَهُمْ دَارُ السَّلاَمِ عِندَ رَبِّهِمْ وَهُوَ وَلِيُّهُمْ بِمَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ

(yang bermaksud) : "bagi mereka (disediakan) darussalam (syurga) pada sisi Tuhannya dan Dia-lah Pelindung mereka disebabkan amal-amal Solah yang selalu mereka kerjakan"

(Surah al-An'am, ayat 127)
 
mereka yang dianugerahkan "darussalam" ini adalah mereka yang dicerahkan hati dengan hidayah Allah Subhanahu wa Ta'ala, kemudian mereka ini mengikuti hidayah Allah Subhanahu wa Ta'ala sehingga menjadi orang-orang yang bertaqwa.."

Subhanallahi wabihamdih..

alhamdulillah, begitulah sedikit sebanyak yang dapat jari hina ini ukirkan disini, kongsikan disini, semoga ia menjadi pedoman serta pengajaran kepada hati hina dan minda faqir ini untuk terus membina hati, jiwa serta jasad menjadi "Abdullah Mukmin", hamba Allah yang beriman kepada-Nya..amin ya Rabbi, amin ya Rahman, amin ya Rahim..

wallahua'lam..


ku akhiri kalam ini dengan :

Majlis Sambutan Haul Ummu Mukminin Sayyidatina Khadijah al-Kubra dan Abuya as-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki


Beruntung bagi mereka yang memanfaatkan setiap masa, ruang dan peluang untuk berada di dalam majlis-majlis yang indah, majlis yang terdapatnya para malaikat yang mendampingi, majlis yang tercurahnya ribuan rahmat dan barakah, subhanallahi wabihamdih..

Majlis yang indah ini adalah majlis zikir atau majlis yang hatinya sentiasa mengingati Allah, sentiasa merindui Allah, sentiasa mencintai Allah, subhanallahi wabihamdih..

Apa buktinya majlis ini diredhai Allah Subhanahu wa Ta'ala?

daripada Sayyidina Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, daripada Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

(yang bermaksud) : "Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang mulia yang sentiasa meronda untuk mengikuti majlis-majlis zikir (majlis mengingati Allah Subhanahu wa Ta'ala). Sekiranya mereka menemui satu majlis zikir, maka mereka akan duduk di situ sambil sesam mereka akan membentangkan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang di antara mereka dengan langit dunia, setelah ahli majlis itu berpisah, maka para malaikat tadi naik ke langit. Lalu Allah bertanya kepada mereka sedangkan Dia Maha Mengetahui :

"Dari mana kamu datang?"

Malaikat menjawab : "Kami datang dari sisi hamba-hamba-Mu di dunia yang bertasbih, bertakbir, bertahlil dan memohon kepada Engkau."

Allah bertanya lagi : "Apa yang mereka memohon?"

Para Malaikat menjawab : "mereka memohon syurga-Mu"

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku?"

para Malaikat menjawab : "Tidak wahai Tuhan"

Allah bertanya : "maka bagaimanakah sekiranya mereka pernah melihat Syurga-Ku?"

para Malaikat berkata : "Mereka juga meminta dijauhkan kepada-Mu"

Allah bertanya : "daripada apa yang mereka minta dijauhkan?"

para Malaikat menjawab : "daripada neraka-Mu"

Allah bertanya : "Adakah mereka pernah melihat neraka-Ku?"

para Malaikat menjawab : "Tidak wahai Tuhan"

Allah bertanya : "maka bagaimanakah sekiranya mereka pernah melihat Neraka-Ku?"

para Malaikat memberitahu lagi : "mereka juga beristighfar kepada Engkau"

Allah berkata : "Aku telah mengampuni mereka dan Aku berikan kepada mereka apa yang mereka minta dan menjauhkan mereka daripada apa yang mereka minta dijauhkan"

para Malaikat berkata lagi : "Ya Tuhan, di kalangan mereka ada seorang hamba yang bersalah. Dia melintasi majlis mereka, lalu duduk bersama mereka"

Allah berkata : "Aku telah ampuninya, mereka adalah kaum yang tidak merugikan sesiapa yang duduk bersama mereka"

subhanallahi wabihamdih..(T__T) wallahua'lam..

maka, jom kita bersama para ulama' Ahlul Sunnah wal Jama'ah, para habaib keturunan ya habibi Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam iaitu di dalam majlis-majlis yang dihadiri mereka, insya Allah, majlis yang dipenuhi bau-bauan syurga, insya Allah bau-bauan itu juga akan melekat pada tubuh kita, pada hati kita dan seterusnya menguatkan lagi jiwa untuk beramal ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, amin..

"ya Allah, hadirkanlah jasad aku bersama hatiku serta jiwaku di majlis ini yang mana terdapatnya para pencinta-Mu ya Allah, semoga aku juga tergolong sama dikalangan mereka, amin"

wallahua'lam..


Rindu ingin bersama al-Fadhil Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki..(T__T)

alhamdulillah, Syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..(T__T)

dari al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim al-Hafiz :

مَنْ لَمْ يُجَالِسْ مُفْلِحُ كَيْفَ يُفْلِحُ وَ مَنْ جَالَسَ مُفْلِحَ كَيْفَ لاَ يُفْلِحُ
 
(yang bermaksud) : "Barangsiapa yang tidak mahu duduk dengan orang beruntung, bagaimana mungkin ia akan beruntung dan barangsiapa yang duduk dengan orang beruntung bagaimana mungkin ia tidak akan beruntung."

subhanallahi wabihamdih..(T__T)

Andai diri mahu menjadi orang yang soleh, maka duduklah bersama dengan orang yang soleh..
Andai diri mahu menjadi pencinta Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, maka duduklah bersama dengan pencinta Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam..

insya Allah..(T__T)



alhamdulillah, syukur ya Allah..

insya Allah, al-Fadhil al-'Allamah Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin bin Marbu al-Banjari al-Makki akan berada di Bukit Sentosa, Rawang pada pagi nanti (21 Ogos 2011M)..

semoga aku dapat bersamanya, sudah lama terasa kerinduan untuk menatap wajahnya, mendengar bicara dari lidahnya secara "live", mencium tangannya yang mulia, insya Allah, amin..


~ Muhasabah ~