22 February 2012
Bagaimana mahu menemui Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم?
Bagaimana untuk menjadikan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم itu di depan mata KITA?
Dijawab oleh Syeikh Usamah as-Sayyid al-Azhari:
--> Sentiasa membaca kalam Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم iaitu Hadith-Hadith-nya dan Sirah Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Jadikan ia rutin harian.
Tambahan Syeikh lagi:
"Syeikh 'Ali Jumaah (Mufti Mesir) membaca 40 kitab mengenai Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم hingga beliau dapat mimpi Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم"
Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda:
من رآني في المنام فقد رآني فإن الشيطان لا يتمثل بي
(Hadith Riwayat al-Imam Muslim)
yang bermaksud : "Siapa melihat aku dalam mimpi, maka dia telah melihatku, kerana sesungguhnya syaitan tidak menyerupaiku."
--> Sentiasa membersihkan hati agar apa yang dibaca tentang Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم itu memberi kesan.
--> Hati dipenuhi dengan penuh rasa keagungan dan hormat terhadap Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم.
--> Menghilangkan hijab yang ada dalam hati iaitu Kibr (Sombong) sehingga kita ini menyerahkan diri kita kepada-Nya dengan mengikut segala suruhan-Nya secara sempurna.
Subhanallahi wabihamdih, Insya Allah, amin.
اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم
02 February 2012
Kecintaan Sayyidina Qatadah bin Nu'man kepada Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم yang perlu dicontohi
Cinta para sahabat kepada Sayyiduna Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم amat luar biasa.
Di antaranya adalah Sayyidina Qatadah bin Nu'man.
"Ketika mana peperangan Uhud, serangan dari musuh Islam amat hebat sekali seperti dari dua pasukan musuh yang menyerang satu arah sahaja, dan pada ketika itu serangan anak panah dari pihak musuh bagaikan hujan yang turun ke bumi.
Maka, ketika itu-lah Sayyidina Qatadah bin Nu'man terus ke hadapan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dan menjadi perisai.
Dan datang-lah satu anak panah terus tertuju ke mata Sayyidina Qatadah bin Nu'man dan kena-lah mata itu.
Akibatnya lagi, anak mata yang terkena anak panah itu tersembul keluar.
Astaghfirullah.
lalu Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم sendiri dengan menggunakan tangan baginda 'memasukkan' semula mata itu ke tempatnya.
Sayyidina Qatadah bin Nu'man mengakui selepas dimasukkan mata itu, matanya adalah yang terbaik dan paling tajam pandangannya berbanding sebelum ini."
Subhanallahi wabihamdih.
Luar biasa kecintaan para sahabat Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, sehingga sanggup mengorbankan segala-galanya untuk mempertahankan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم..
اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم
Tapi aku? bagaimanakah cinta aku kepada Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم??
29 January 2012
Kata-kata cinta buat kekasih-Nya Allah, Sayyiduna Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم
alhamdulillah..
Subhanallahi wabihamdih
Tersentak hatiku bila menghayati susunan ayat yang indah ini,
ayat dari pencinta Sayyiduna Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, dari cucunya baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم..
alhamdulillah..
واللـه ما ذكر الحبيب لدى المحب
إلا و أضحــى والِهًا نشوانـا
yang bermaksud :
"Demi Allah, sungguh apabila diperdengarkan nama sang kekasih (Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم ) di hadapan pencintanya, pasti akan tersentak gembira di mabuk kepayang."
أيـــــن المحـبون الذيــن عــليهـم
بذل النفوس مع النفا ئس هانا
yang bermaksud :
"Dimanakah para pencinta Nabi (Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم) yang rela berkorban dengan harta dan jiwa mereka tanpa peduli apa yang mereka korbankan demi cintanya."
لا يسمعون بذكر طــه المصطفى
إلا به انتعـشوا و أذهب رانـا
yang bermaksud :
"Apabila mereka mendengar nama Thoha Al-Musthofa (Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم), bangkitlah semangat di hati mereka dan hilanglah segala penyakit dan kekotoran hati."
فاهتاجت الأرواح تـشـتاق اللــقـا
وتحن تسأ ل ربها الرضوانا
yang bermaksud :
"maka bergetarlah jiwa mereka dengan penuh kerinduan ingin berjumpa dengan Sang Nabi (Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم), dan dengan penuh kerendahan hati mereka memohon keredhaan dari Allah."
حال المحــبـيـن كــذا فاسمع إلى
سير المشفع و ارهف الأذانـا
yang bermaksud :
"Begitulah keadaan para pencinta Nabi (Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم), maka dengarkanlah kisah-kisah Sang Nabi (Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم), dan gunakan pendengaranmu."
وانصت إلى أوصاف طـه المجتبى
واحضر لقـلبك يمتـلئ وجدانـا
yang bermaksud :
"lalu hayatilah dengan baik sifat-sifat Thoha sang pemimpin dan hadirkanlah hatimu dengan penuh kesungguhan."
يـــا ربنـا صل وســلم دائمـــــا # على حـبيبك من إليك دعـانـا
yang bermaksud :
"Wahai Tuhan kami, limpahkanlah selawat dan salam selalu atas kekasih-Mu yang telah menyeru kami kepada-Mu."
اللـهم صـل و سلم و بـارك عـليه وعـلى آلـه
yang bermaksud :
"Ya Allah limpahkanlah selawat dan salam serta berkahilah atasnya dan atas keluarganya."
(Petikan bait-bait syair buku maulud Adh-Dhiya' Al-Lami', karya al-'Allamah al-Habib Umar bin Muhammad Bin Salim bin Hafidz)
Sungguh indah kata-kata ini, akan ku berusaha sematkan ia di dalam hatiku, melalui alunan lidah kurniaan-Nya, untuk memuji-muji kekasih-Nya, agar hatiku bisa meraih perasaan cinta Ilahi, amin..
19 January 2012
hati yang tenang adalah Syurga dunia.
Subhanallahi wabihamdih..
Firman Allah Subhanahu waTa'ala :
وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً
yang bemaksud : "dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut (penuh kecintaan kepada-Nya).."
(Surah al-'Araaf, ayat 205)
wallahua'lam..
Hati yang resah, hati yang gelisah, adalah hati yang sunyi dari mengingati Allah Subhanahu waTa'ala..Hati yang sunyi akan menjadikan jiwa yang kelam dan sayu, jasad yang tidak bermaya..
walaupun kelihatan diluar ia senyum tetapi hatinya tidak senyum, kerana hati yang tidak ada ingatan pada Allah, ia akan menjadi masam tanpa sedikit pun ukirsan senyum..
Sesungguhnya, hati yang mengingati Allah (yakni berzikir) akan menjadikan hati itu bisa senyum tanpa masam, tenang tanpa gelisah, tabah tanpa sayu..
"Wahai Saudaraku yang mulia, janganlah merasa aneh bila mendapati seorang muslim yang berzikir kepada Allah di setiap waktu dan (sehingga) terkesan terhadap keindahan kalimat-kalimat fasih itu yang berasal dari (Sayyiduna) Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi (wa alihi waSahbihi) waSallam, baik berupa zikir, doa, syukur, tasbih, tahmid di dalam setiap keadaan (yakni apa sahaja perbuatan yang mengingatkan hatinya kepada Allah Subhanahu waTa'ala)."
(dari al-Imam Hasan al-Banna)
Subhanallahi wabihamdih, alangkah indahnya hamba-Nya yang sentiasa berzikir, yakni sentiasa hatinya ingat kepada Allah, dirinya sentiasa tenang dalam kehidupannya, ini-lah yang dinyatakan oleh para ulama' yang mulia sebagai Syurga yang segera, Syurga yang sudah diperolehi oleh seorang hamba-Nya yang sentiasa hatinya berhubung kepada Allah, iaitu hatinya sentiasa tenang dan bahagia..
Subhanallahi wabihamdih..
أهْلُ اْلإتِّصَالِ مَعَ اللهِ اَمَْلَئَ اللهُ قُلُوْبَهُمْ بِالرَّحْمَةِ فِى كُلِّ لَحْظَةٍ
yang bermaksud : "Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah, Allah akan memenuhi hatinya dengan rahmat di setiap waktu."
(dari al-'Allamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim al-Hafiz al-Tarimi al-Yamani)
Subhanallahi wabihamdih..
Maka, binalah hatimu wahai diriku dengan hati yang sentiasa mengingati Allah, sentiasa berhubung dengan Allah, maka apabila hatimu "sibuk" dengan ingatan kepada Allah, maka hatimu tidak akan sempat memikirkan hal selainnya..
Subhanallahi wabihamdih..
maka, binalah hatimu dengan riadah (latihan) iaitu dengan sentiasa membiasakan lidahmu menyebut nama Allah, mengingati Allah, dan mujahadah (berjuang) iaitu dengan sentiasa berusaha menjadikan hatimu jua menyebut nama Allah, mengingati Allah dan istiqomah-lah, kerana ada rahmat dan kasih sayang dari Allah yang sentiasa mendampingimu wahai hati..
Subhanallahi wabihamdih..
Wallahua'lam..
23 December 2011
Jaga hati dari sifat dengki dan pedengki, astaghfirullah..
astaghfirullah..(T__T) : "ya Allah, jernihkanlah hatiku dari segala sifat-sifat, dari segala perkara-perkara, iaitu yang menjauhkan aku daripada-Mu, menjadikan adanya di dinding kepada hatiku untuk mengingati-Mu, untuk merindui-Mu, amin ya Allah."
Subhanallahi wabihamdih..
Hati manusia itu seringkali berubah-ubah, seringkali berpusing-pusing..kadang-kadang hendak menjadi baik, kadang-kadang hendak menjadi buruk..kadang-kadang ingin solat, kadang-kadang rasa malas..begitu juga hati, kadang-kadang adanya perasaan ingin mencintai Allah, dan kadang-kadang adanya perasaan ragu-ragu untuk mencintai Allah..
maka ini semua adalah kita yakni manusia yang biasa, yang tidak terlepas dari kekalahan kepada tipu daya nafsu dan syaitan..
maka, Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa alihi wa Sahbihi waSallam mengajarkan kita untuk sentiasa berdoa kepada Allah Subhanahu waTa'ala, iaitu :
يَامُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلى دِيْنِكَ
amin ya Allah..
dan..
di antara sifat-sifat yang amat buruk di dalam hati manusia itu adalah dengki..dengki adalah suatu sifat yang cukup sulit, sukar untuk dibuangnya..sukar untuk diubatinya..
Jika diusahakan sekalipun, ia memakan masa yang cukup lama, namun ia bukan satu alasan kepada manusia itu untuk tidak memikirkannya..
Para guru sentiasa berpesan ; "cara yang mudah dan tersangat mudah untuk menghilangkan sifat mazmumah, iaitu sifat yang buruk, misalnya seperti dengki atau seumpamanya, adalah hati yang sentiasa mengingati Allah, merindui Allah, dan kemudian mengalir air mata kerana kerinduan dan kecintaan kepada Allah, maka hadirlah kesejukan kepada hati, dan hati menjadi tenang dan lembut, maka seluruh penyakit hati seperti dengki akan gugur dan hati menjadi jernih dan sentiasa tenang di dalam keredhaan-Nya, didalam keadaan mengingati-Nya."
Sesungguhnya dengki itu bermula dengan pandangan seseorang manusia kepada kelebihan seseorang manusia yang lain..
seperti, seorang yang kaya, kaya disudut harta, rumah dan seumpamanya..maka seseorang telah memandang hal ini, dan timbul di dalam hatinya "aku mahu menjadi sepertinya, dan aku berharap aku lah ditempatnya.", ini adalah satu sifat yang dengki, yang mana "ia mahu menjadi sepertinya dan mengurangkan kelebihannya"..
dan, yang paling teruk dengki adalah, "ia tidak mahu menjadi sepertinya, tetapi mahu hal itu kurang atau tiada padanya"..iaitu seorang yang kaya, dan seseorang telah memandangnya, tetapi tidak timbul di dalam hatinya bahawa dia inginkan kekayaan itu, maka dia tidak ingin pun kekayaan itu, tetapi dia amat berharap bahawa kekayaan itu tiada pada seorang tadi..maka ini lebih teruk dengkinya kerana "sudahlah dia tidak nak, dan berharap pula orang yang ada itu tiada pula"..
astaghfirullah, hindari ya Allah kedua-duanya, amin..(T__T)
Astaghfirullah, amat bahaya sekali sifat dengki ini..(T__T)
Sehinggakan para guru yang mulia ada berpesan kepada hatiku sendiri : "dengki adalah satu sifat yang buruk, dan pendengki pula ada manusia yang buruk"..
telah berpesan guru mulia : "sentiasalah berdoa, memohon kepada Allah agar dijauhkan dari sifat dengki dan mereka yang berdengki dengan diri."
Firman Allah Subhanahu waTa'ala :
وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ
(yang bermaksud) : "dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki"
(Surah al-Falaq, ayat 5)
iaitu memohon dijauhkan dari kejahatan si pendengki bila ia menzahirkan dengkinya..kerana jika seseorang itu dengki sahaja tetapi ia tidak menzahirkannya, maka selamatlah diri kita..
tetapi bila ia menzahirkannya, seperti menyihirkan orang yang dia dengki atau mengkhianatinya, atau seumpamanya, maka ia amat berbahaya..
Maka, mohon hindari ya Allah..
Di zaman kini, amat banyak berlaku hal ini, apabila seseorang itu dengki kepada seseorang yang lain, lalu dia "membomohkannya", atau menyihirkannya, atau mengkhianatinya, maka sakitlah seseorang itu..
astaghfirullah, hindari ya Allah..
maka, marilah bersama-sama kita berdoa agar dijauh kedua-duanya, iaitu dari sifat dengki bagi diri sendiri dan dari segala dengki yang dizahirkan oleh pendengki, amin ya Allah..(T__T)
19 December 2011
Jalanku..
Alhamdulillah..
Ramai yang melalui jalan yang sama, tetapi aku memilih jalan yang berlainan, apakah keputusannya?
wallahua'lam, aku serahkan segalanya pada Allah, amin..
Mungkin......
Jalan yang ramai melaluinya itu adalah jalan kejayaan..
Jalan yang ramai melaluinya itu adalah jalan kegembiraan..
Namun..
Tidak ramai yang mengetahui jalan yang ramai melaluinya itu ada juga kekurangan..
Atau mungkin..
Kekurangan itu ditutup atau tidak disedari kerana begitu asyik dengan keadaan yang ramai itu..
Maka aku memilih untuk melalui jalan yang tidak dilalui atau jarang dilalui itu..
Biarlah aku yang menyapu daun kering yang menutup jalan itu..
Biarlah aku yang menerangi jalan yang samar itu..
Biarlah aku yang membina jalan yang suram itu..
Kerana aku percaya, Allah sentiasa menjaga hati mereka yang benar-benar inginkan keredhaan-Nya..
dan, mudah-mudahan aku digolongkan bersama yang mempunyai hati yang disinari dengan keredhaan Allah Subhanahu waTa'ala..
Ramai yang melalui jalan yang sama, tetapi aku memilih jalan yang berlainan, apakah keputusannya?
wallahua'lam, aku serahkan segalanya pada Allah, amin..
Mungkin......
Jalan yang ramai melaluinya itu adalah jalan kejayaan..
Jalan yang ramai melaluinya itu adalah jalan kegembiraan..
Namun..
Tidak ramai yang mengetahui jalan yang ramai melaluinya itu ada juga kekurangan..
Atau mungkin..
Kekurangan itu ditutup atau tidak disedari kerana begitu asyik dengan keadaan yang ramai itu..
Maka aku memilih untuk melalui jalan yang tidak dilalui atau jarang dilalui itu..
Biarlah aku yang menyapu daun kering yang menutup jalan itu..
Biarlah aku yang menerangi jalan yang samar itu..
Biarlah aku yang membina jalan yang suram itu..
Kerana aku percaya, Allah sentiasa menjaga hati mereka yang benar-benar inginkan keredhaan-Nya..
dan, mudah-mudahan aku digolongkan bersama yang mempunyai hati yang disinari dengan keredhaan Allah Subhanahu waTa'ala..
11 December 2011
rahmat-Nya dan kasih sayang-Nya di dalam kalimah mulia.
Ketika waktu tengah hari hampir menjelma, suasana di sini masih lagi mendung, hawa panas yang kebiasaannya berhembus ketika waktu sebegini tidak ada, angin kesejukkan sahaja yang sesekali hadir dan membuat tubuh kesejukan walaupun waktu sudah pun hampir ke tengah hari..
Ketika ini, aku sedang meneliti sebuah Majalah, membaca sedikit untuk mengisi waktu dan ruang yang diberikan, mudah-mudahan pengisian ini bermanfaat kepada hati, jiwa dan diri..
Sedang asyik membelek dari helai ke helai, adikku datang duduk dihadapanku dan tersenyum..aku yang tadi sedang menatap Majalah terus memandangnya, "kenapa dik? senyum je ni"
adikku yang duduk tadi terus berkata, "tak der apa abg, saje nak senyum, tak boleh ke?"
aku tersenyum, "tak der lah abg kata tak boleh, ya lah, kot-kot ada apa-apa ke, kebiasaannya ada lah something tu, tak gitu?"
adikku tersenyum, "ya lah, nak tanya ni abg, leh?"
aku tersenyum, "kan abg dah kata, ada lah tu, apa tu dik?"
adikku tersenyum, "abg, ari tu abg ada kata بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ni kunci ketenangan, apa maksud tu abg?"
aku tersenyum dan meletakkan majalah di atas meja dihadapan..
"dik, al-Habib Abdullah bin Muhsin al-Atthas ada berpesan kepada kita iaitu "apakah kamu mengetahui apa itu kunci-kunci Syurga? Kunci syurga sebenarnya adalah بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ"
Kunci Syurga disini secara umumnya yang kita faham adalah yang akan datang, iaitu janji Allah, sesiapa muslim yang melakukan kebaikan, akan dapat pahala, dan dijanjikan Syurga buatnya, insya Allah..
tetapi sebenarnya Syurga juga ada di waktu kehidupan kita ini, iaitu berupa ketenangan jiwa, ketenangan hati..
sesiapa yang beramal dengan kalimah mulia ini, Allah akan limpahkan rahmat-Nya dan kasih sayang-Nya kepadanya, maka rugi kalau kita tidak mengamalkannya..
dah lah, Syurga di dunia pun dapat, Syurga di akhirat pun dapat, insya Allah, mudah-mudahan dengan keizinan Allah Subhanahu waTa'ala."
adikku mengangguk, "ada tak kisah sesiapa yang memuliakan kalimah ni, dia dimuliakan Allah?"
aku tersenyum, "banyak kisahnya dik, hamba Allah yang memuliakan kalimah ini akan dimuliakan Allah, akan dirahmati Allah, akan disayangi Allah..
seperti dalam satu kisah..
Ada seorang perempuan tua yang taat beriman kepada Allah, sentiasa beramal ibadah, sentiasa berzikir dan mengingati Allah Subhanahu waTa'ala..
tetapi suaminya seorang yang tidak taat kepada Allah, seringkali melakukan kemungkaran, dan tidak mahu berbuat kebaikan..
Perempuan itu juga sentiasa membaca dan mengamalkan بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ pada setiap perbuatannya, pada setiap gerak gerinya, walaupun berbicara sekalipun, pasti dia mulai dengan kalimah mulia ini..
Suamninya pula tidak suka dengan kelakuan isterinya dan sentiasa mengejeknya dan menghinanya...
"asyik بِسْمِ اللَّهِ , بِسْمِ اللَّهِ..kejap-kejap بِسْمِ اللَّهِ"..
tetapi isterinya seorang yang penyabar, dan sering berdoa kepada Allah, agar hati suaminya sentiasa terbuka untuk menerima rahmat dari Allah, kasih sayang dari Allah..beginilah sikap seorang isteri yang solehah, begitu tabah dan sabar dengan suaminya yang sebegini..
Suaminya juga ada berkata ; "Suatu hari nanti, aku akan buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu.", begitu sekali kata-kata dari suaminya yang tidak taat kepada Allah, mengejek perbuatan isterinya..tetapi isterinya tetap sabar dan senyum kepada suaminya..subhanallahi wabihamdih..
Maka, untuk itu, suaminya cuba menjadikan kata-katanya itu sebagai kenyataan..
maka dia telah memberi wang yang banyak kepada isterinya untuk isterinya simpan..Isterinya lalu mengambil amanah itu dan menyimpannya di tempat yang aman dan selamat..
Pada waktu itu, suaminya memerhati di mana tempat simpanan duit..
Kemudian dengan sembunyi, suaminya itu mengambil duit tersebut dan membuangnya ke tempat yang tersembunyi di belakang rumahnya..
Setelah beberapa hari, suaminya lalu memanggil isterinya dan berkata ; "berikan padaku wang yang aku berikan kepadamu dahulu untuk disimpan."
lalu isterinya dengan tenang pergi ke tempat dia menyimpan duit itu, dan pada masa yang sama diikuti oleh suaminya, dengan berhati-hati dia menghampiri tempat simpanan itu, dan membukanya dengan membaca kalimah mulia, بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ..
Ketika itu, Allah Subhanahu waTa'ala menghantar Malaikat Jibrail untuk mengembalikan duit yang diambil oleh suaminya dan dibuang itu ke tempat asalnya..
Lalu isterinya mengambil duit tadi iaitu ditempat simpanan itu, seolah-olah tidak berlaku apa-apa, dan diberi kepada suaminya..
Terkejut si suaminya dengan apa yang berlaku, lalu dia menceritakan hal sebenarnya kepada isterinya, mengaku bersalah, dia sebenarnya telah mengambil duit itu dan dibuang ke tempat lain, dan dia mengakui bahawa kalimah mulia itu membawa rahmat-Nya dan kasih sayang-Nya buat hamba-Nya yang memuliakannya..
lalu dia bertaubat kepada Allah dan menjadi seorang lelaki yang soleh, dan dia juga sentiasa mengamalkan kalimah mulia بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ pada setiap perbuatannya, subhanallahi wabihamdih..
begitu hebat kalimah mulia itu, ia bisa mengubah hati manusia yang keras kepada kelembutan, hal ini segala-galanya di dalam pengetahuan Allah dan kebijaksanaan Allah, subhanallahi wabihamdih"
adikku tersenyum, "begitu juga kemuliaan si isteri yang sabar dan tabah, kan abg?"
aku tersenyum, "alhamdulillah, benar, kalimah mulia itu juga lah yang menabahkannya dan menenangkannya, maka jom kita amalkan bersama-sama ya"
adikku mengangguk..
Subscribe to:
Posts (Atom)














