16 December 2013

Cinta sang Nabi kepada umatnya..




Sayyidatina Aisyah Radhiyallahu 'anha meriwayatkan, "ketika aku melihat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam sedang gembira, aku mengambil peluang daripadanya, aku berkata : "ya Rasulullah! Berdoalah kepada Allah untuk ku!"

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam pun berdoa : "ya Allah! Ampunkan dosa Aisyah yang dahulu dan yang akan datang, yang tidak nampak dan yang nampak."

Aisyah tertawa sangat gembira sehingga menundukkan kepalanya hingga ke pahanya.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bertanya, "adakah doaku tadi menggembirakan kamu wahai Aisyah?"

"Tentulah aku sangat gembira," jawab Aisyah.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, " demi Allah! Sesungguhnya itulah doaku untuk umatku setiap selesai solat."

(Riwayat Ibnu Hibban)

-------

Masya Allah..............

"Sesungguhnya itulah doaku untuk umatku setiap selesai solat"

Nabi Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam ingat kepada kita setiap selesai solat...........


Allah.........,


Kita? Apakah ingat pada Nabi? Hanya untuk berselawat? Satu kali sehari pun tak boleh? 


Allah.................


Betapa agung nya cintamu dan rindumu ya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam kepada kami sebagai umatku..


Ya Rasulullah! Semoga Allah sentiasa membalas budi mu......


-------

Allahumma Shalli 'alaa Sayyidina Muhammad wa alihi wasahbihi wasallim...

16 March 2013

kisah 'jururawat' dan 'bayi'..^_^

Seketika tadi, aku "menziarah" dari Fb sahabat ke sahabat yang lain, dan aku menemui "satu foto" dan "satu ayat", kemudian aku menziarah lagi, lalu aku perasan akan beberapa status Fb dari sahabat dan teman jururawat..^_^

Iaitu, foto berkenaan seorang bayi yang comel, tapi dari foto itu kelihatannya kakinya berdarah atau mempunyai kesan ditempat cucuk jarum untuk "set line", mungkin..


kesian baby comel ni..

Baik lah, saya lihat ramai yang kritik, ramai yang berkata kata, yang positif, yang negatif,

Just my opinion...

Buat sahabat dan teman di luar sana, atau yang di luar "bidang kami" sebagai anggota perubatan..


Jangan sindir orang lain jika kita tak nak di sindir..


Apabila kita melakukan kesalahan, atau kesilapan, atau keburukan, cepat sahaja ia menjadi perbualan manusia, terutama di sekeliling kita..

Para guru mulia ada berpesan ;


"Barangsiapa tidak mahu aibnya, atau keburukannya dibuka, atau dibicarakan oleh manusia lain, maka jagalah diri kamu pertamanya dulu, iaitu jangan dibuka aib, atau jangan dibicara keburukan orang lain."

Kita,

Apabila orang menyindir kita, membuka keburukan, aib kita,

Kita akan salahkan mereka, marahkan mereka..

Lupakah kita,

Sebelum ni, 
pernahkah kita "seperti mereka", iaitu menyindir orang lain, membuka keburukan orang lain, mencerita keaiban orang lain??..



Pernahkah? Astaghfirullah..

Maka, mulai detik ini, jagalah diri, jangan buka aib orang, jangan citer keburukan orang,

Insya Allah, Allah PALING UTAMA akan menjaga diri kita Dari 'diganggu' orang lain..

08 February 2013

Manusia sentiasa belajar..^_^


Manusia itu tidak terlepas daripada 'belajar'..

'Belajar' ini bukan suatu hal yang spesifik, tetapi ia adalah 'umum'..

'belajar' ini tidak semestinya ;

--> di dalam kelas,
--> ada orang mengajar,

tetapi, 'belajar' ini jua adalah 'dari keadaan sekeliling seseorang itu'..

sesuatu yang berlaku di sekeliling kita, sama ada hal duka, hal suka, hal sedih, hal gembira, hal duka,

atau, perangai manusia pada kita, perangai manusia pada orang lain, perangai manusia pada hidupan lain, 

dan, seumpamanya,

'mereka itu semua', hal itu semua adalah 'guru' kepada kita secara tidak langsung..




sebab itulah ;

"manusia yang selamat perjalanannya adalah sentiasa dia mengambil pengajaran dan pedoman dari apa yang berlaku disekelilingnya, kerana itulah gurunya yang mendidik dirinya supaya makin matang dan bijak di dalam perjalanan, terutama perjalanan untuk kembali kepada Allah dengan selamat dan aman."

^_^

Allah tidak menjadikan sesuatu di sekeliling kita itu suatu hal yang suka-suka sahaja..

tak ada istilah, "Allah melakukan sesuatu perkara itu dengan tiada tujuan", sebaliknya pasti ada tujuan..

cumanya, kadang-kadang akal kita lemah di dalam mentafsir dan memahami apa yang sebenarnya Allah nak tunjukkan kepada kita..

Allah tidak hadirkan sesuatu disekeliling kita itu, untuk kita cacinya, untuk kita hinanya, untuk kita anggap hal-hal yang buruk..

tidak,

tetapi, adalah untuk kita belajar, belajar dengannya, belajar mantafsirnya dengan bijaksana, belajar memahaminya dengan sangkaan baik..

mudah-mudahan Allah tempatkan keadaan sekeliling kepada kita dengan pengajaran yang amat bermakna dan membawa kita ke arah perjalanan yang aman dan selamat ke arah-Nya..

manusia itu terus belajar dan belajar, ia bukan hanya di "universiti", ia bukan hanya di "masjid", tetapi jua kita belajar dari apa yang berlaku di sekeliling kita dan pada kita..

dan amat rugi jika kita tidak mengambil apa-apa pengajaran dan pedoman darinya, kerana Allah tidak jadikan ia sia-sia, sebaliknya ada tujuan yang amat bermakna buat manusia di dalam melangkah di alam dunia ini..

wallahua'lam..

31 May 2012

Jangan hina manusia lain..T__T



Banyak orang di ketika ini memandang manusia disekelilingnya dengan penghinaan sehingga menghadirkan sikap meninggi diri serta takabur pada dirinya..

kadang-kadang ada hati yang berkata ; "erm...baik aku lagi pada dia."

sesungguhnya hatinya sedang ditipu oleh nafsu dan syaitan..

astaghfirullah, hindari ya Allah, hindari ya Allah, hindari ya Allah..

Allah hadirkan kesalahan manusia di hadapan kita, keburukan manusia di hadapan kita, BUKANLAH UNTUK KITA CACINYA, HINA DIRINYA, tetapi adalah UNTUK MENILIK DIRI KITA..

Kehidupan pengembara yang tiada henti, sehingga ke jurang 'misteri'..



Kehidupan ini ibarat sang pengembara yang mengembara..tiada persinggahan yang tetap buatnya, dia terus mengembara dan mengembara..sehinggalah bertemu dengan jurang yang lebar, tidak diketahui penghujungnya, jurang yang 'misteri', yang dalam, tidak diketahui kesudahannya..

begitulah kehidupan kita sebagai manusia, lebih-lebih lagi berada dalam ni'mat yang mulia, iaitu beriman kepada Allah..

kehidupan ini perlu diteruskan, jika tewas kepada nafsu, bangkit kembali, jangan akur dengan kalah itu, ia hanyalah persinggahan untuk dikutip pengalaman..

semua dari kita melalui kesilapan dan kesalahan, dan orang yang bijak adalah mengambil kesilapan dan kesalahan itu sebagai pengajaran buatnnya untuk lebih dewasa dan matang dalam meneruskan perjalanannya..

sehinggalah perjalanan itu menemui jurang 'misteri', iaitu kematian..maka tamatlah perjalanan si pengembara..

subhanallahi wabihamdih..

15 May 2012

Jangan 'leka' dengan kehidupan sendiri sehingga menguris hati manusia lain..T__T


Manusia itu kadang-kadang leka dengan 'kehidupannya' sehingga mengabaikan perasaan manusia disekitarnya..

seperti..

luahannya di dalam Facebook (contoh terkini..^_^)..

mungkin ia sekadar luahan, gurauan, tidak terniat pun untuk ada sindiran, perli atau seumpamanya..

tetapi ia telah menyakiti manusia disekitarnya..

~ Muhasabah ~