16 March 2013

Jangan sindir orang lain jika kita tak nak di sindir..


Apabila kita melakukan kesalahan, atau kesilapan, atau keburukan, cepat sahaja ia menjadi perbualan manusia, terutama di sekeliling kita..

Para guru mulia ada berpesan ;


"Barangsiapa tidak mahu aibnya, atau keburukannya dibuka, atau dibicarakan oleh manusia lain, maka jagalah diri kamu pertamanya dulu, iaitu jangan dibuka aib, atau jangan dibicara keburukan orang lain."

Kita,

Apabila orang menyindir kita, membuka keburukan, aib kita,

Kita akan salahkan mereka, marahkan mereka..

Lupakah kita,

Sebelum ni, 
pernahkah kita "seperti mereka", iaitu menyindir orang lain, membuka keburukan orang lain, mencerita keaiban orang lain??..



Pernahkah? Astaghfirullah..

Maka, mulai detik ini, jagalah diri, jangan buka aib orang, jangan citer keburukan orang,

Insya Allah, Allah PALING UTAMA akan menjaga diri kita Dari 'diganggu' orang lain..

No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~