30 September 2010

Kebenaran ilmu, Kebenaran amal, dan Kebenaran Ulama'


alhamdulillah..(^_^)

Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) : "Jangan tangisi agama ini apabila masih ditangani oleh ahlinya, namun tangisilah agama ini apabila ditangani oleh orang yang bukan ahlinya." (Riwayat Imam Ahmad dan Al-Tarbani)..wallahua'lam..alhamdulillah..(^_^) 

keadaan ini sudah berlaku di zaman ini..apabila ahlinya berkata,maka ditolak..apabila bukan ahlinya berkata, maka diterima..astaghfirullah..wal iyya dzubillah..

ahlinya menyuruh diperbanyakan amalan sunat..ahlinya yang menyuruh pula adalah dikalangan orang thiqah (orang yang dipercayai), golongan mukmin (insya Allah), golongan yang mempunyai karamah, dan mendapat keredhaan Allah S.W.T (insya Allah).....

namun..orang-orang pelik itu berhujah jua berkenaan amalan sunat..dengan alasan bukan sunnah, maka bidaah, tidak boleh di amalkan..

sesungguhnya amalan sunat pelengkap kepada amalan wajib..

apakah kalian (orang-orang pelik) mengetahui bahawa amalan wajib kalian sudah diterima oleh Allah S.W.T?

dan juga kalian (seluruhnya) mengetahui jua bahawa amalan wajib kalian sudah diterima oleh Allah S.W.T?

jangan berbicara andai bukan ahlinya..

maka..wahai saudara sekalian..lakukanlah seperti kelazimannya (kebiasaannya)..buat aje amalan sunat tu sebanyak mungkin..

solah fardhu subuh, baca sahaja qunutnya..andai mengikut Imam yang tidak membaca qunut, andai tidak mahu mufaroqah (sebab tidak mengetahui tentang imam), maka teruskan sahaja solah itu, dan lakukanlah sujud sahwi, kerana ia sunat bagi makmun andai imam tidak melakukannya..

kenapa? kita orang awam, dan kita nak "lari" dari "berbicara" tentang khilaf..(^_^) maka, seeloknya buat sahaja..(^_^) pahala pun dapat..sebab amalan sunat ni, buat dapat pahala, tak buat tak dapat apa-apa..jadi, orang dah hulur 1 juta ringgit, kita pulak miskin, kalau kita menolak, maka kita sama sahaja dengan orang "kurang akal"..(^_^) wallahua'lam..


sama juga dengan baca yaasin malam jumaat..andai ada majlis itu di mana-dimana surau atau masjid, pergi sahaja dan buat..dan kemudian, pahalanya sedekahkanlah kepada simati (arwah datuk, nenek, ayah, ibu, abang, kakak, adik dan seluruh Umat Islam)..andai ada makanan, makan sahaja..(^_^) kerana mungkin dengan cara itu, kita dapat memupuk hati kita utk dekat dengan rumah Allah, mengeratkan silaturrahim di antara jiran..jika sebelum ni tak kenal pun siapa jiran, maka insya Allah, dapat kenal jiran..(^_^) wallahua'lam..


sama juga dengan ziarah kubur..ziarah sahaja andai ada kelapangan atau "mewajibkan diri" utk ziarah pada setiap pagi jumaat ke, tak apa..kerana antara cara-cara utk mengingatkan hati yang lalai kepada Allah adalah dengan mengingati kematian..(^_^) wallahua'lam..

dan sebagainya..(^_^) wallahua'lam..

usah hirau dengan penyataan orang-orang pelik diluar sana..kerana orang terdahulu lebih baik dari orang terkini..(^_^) ulama' Ahlul Sunnah Waljamaah dahulu buat tiada apa2 pun, bahkan diri mereka semakin hampir dengan Allah S.W.T..maka, kita orang terkini ni, ikutilah apa yang baik itu..insya Allah..wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~