13 November 2010

Bulan Zulhijjah..puasa pada 9 Zulhijjah, sunnah Rasulullah S.A.W,..(T_T)



alhamdulillah..

pada suatu malam yang tenang, tiadanya awam mendung yang membawa hujan..

"alhamdulillah" terlafaz kata yang indah dan mulia itu dari lidah dan bibirku ketika menyaksikan keindahan malam di beranda rumah..

"assalammualaikum" satu ucapan salam dari belakangku singgah di telingaku..

aku menoleh ke arah ucapan salam itu, "waalaikummusalam, adik rupanya"..

adikku tersenyum, sambil melangkah ke arahku.."boleh adik duduk?"

aku tersenyum, "boleh, duduk aje dik"

adikku tersenyum, kemudian, dia memulakan bicaranya, "abang, masa kat sekolah tadi, adik terdengar, ustazah ada katakan tidak boleh berpuasa pada 9 zulhijjah, iaitu sehari sebelum hari raya aidil adha, betulkah bang?"

aku tersenyum, "alhamdulillah, sebelum abang katakan betul atau tidak, abang nak adik hayati suatu hadith dari Sayyiduna Rasulullah S.A.W, yang bermaksud :

"puasa Arafah itu menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang"

riwayat Imam Muslim..wallahua'lam..

apa itu "puasa Arafah" wahai adikku?"

adikku mengeleng..

aku tersenyum, "puasa Arafah adalah merujuk kepada puasa pada hari Arafah..

di dalam bulan Zulhijjah, terdapat 10 hari yang mulia, iaitu 10 hari diawalnya yang bermula 1 Zulhijjah sehingga 10 Zulhijjah..

dari Sayyidina Ibnu Umar R.A, Sayyiduna Rasulullah S.A.W bersabda, yang bermaksud :

"Tidak ada hari yang lebih agung di sisi Allah dan yang paling dikasihi pada-Nya untuk beramal dalamnya melainkan hari-hari yang sepuluh ini (yakni hari-hari 10 pertama bulan Zulhijjah), maka hendaklah kamu memperbanyakkan di dalamnya ucapan-ucapan tahlil, takbir dan tahmid"

riwayat Imam Ahmad..wallahua'lam..

di antara 10 hari yang terawal itu pula, terdapatnya 3 hari yang paling mulia..

pertama, hari Tarwiah iaitu pada 8 Zulhijjah..kedua, hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah..dan ketiga, hari Nahr iaitu pada 10 Zulhijjah, yang juga sebagai Hari Raya Aidil Adha..

jadi, adik dah tahu kan, bahawa hari Arafah adalah pada 9 Zulhijjah, maka puasa pada hari Arafah iaitu puasa pada 9 Zulhijjah adalah puasa yang paling dimuliakan di antara 9 hari yang dibolehkan puasa.."

adikku kehairanan, "di antara 9 hari yang dibolehkan puasa? bukankah 10 hari?"

aku tersenyum, "hari ke 10 adalah hari Nahr atau Hari Raya Aidil Adha, maka pada hari raya diharamkan puasa wahai adikku..

dari Sayyidina Umar R.A, "sesungguhnya Rasulullah S.A.W melarang puasa pada kedua hari ini. Ada pun hari raya Idul Fitri, ia merupakan hari berbuka dari puasamu, sedang hari raya Idul Adha, makanlah hasil qurbanmu"

riwayat Imam Bukhari..wallahua'lam..

maka, hari yang dibolehkan puasa di dalam 10 hari terawal Bulan Zulhijjah adalah bermula 1 Zulhijjah sehingga 9 Zulhijjah..ada pun 10 Zulhijjah, ia adalah haram untuk berpuasa..dan hari yang paling di sunnahkan untuk berpuasa adalah pada 9 Zulhijjah, iaitu hari Arafah.."


adikku mengangguk, "alhamdulillah, begitu rupanya ya bang, jadi ustazah adik itu salahlah ya bang?"

aku tersenyum, "wallahua'lam..cuba pergi tanya dia balik, abang tak nak berburuk sangka pada dia, sebaiknya minta penjelasan darinya..kalau benar dia berpegang bahawa tidak boleh puasa pada 9 Zulhijjah, iaitu dikatakan haram untuk berpuasa pada hari tersebut, maka dia sudah salah..dan minta dia rujuk dengan guru yang ahlinya..insya Allah"..

adikku tersenyum, "alhamdulillah, insya Allah bang"..



wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~