23 December 2010

21 hari meninggalkan dunia internet, melalui Kembara Bina Sahsiah diri..(T_T)


alhamdulillah..(^_^)

syukur pada Allah S.W.T kerana masih memberi peluang kepada ambo untuk mengukir sedikit ukiran dan berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman di sini..alhamdulillah..(^_^)

jari berasa gementar seketika..
jari berasa kaku seketika..
sudah lama tidak berkongsi apa-apa..
mohon maaf kerana lama tidak menyapa..

wallahua'lam..(^_^)

alhamdulillah..selama 21 hari, ambo melalui suatu kembara dan kembara itulah menjadi "asbab" atau sebab bagaimana jasad dan hati semakin mencintai Allah S.W.T, semakin diri sebagai hamba Allah S.W.T..

alhamdulillah..andai sebelum ini, jasad ini hanya menghadiri "medan tadahan kitab" yang ibarat seperti hanya mempelajari ilmu teori semata-mata..namun 21 hari yang lalu, jasad dan hati ini melalui suatu kembara di mana kembara itulah menguji setiap ilmu teori yang ada pada minda dan hati..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

andai sebelum ini, ambo hanya mampu berkongsi di dunia maya, hanya sedikit di dunia realiti..namun 21 hari yang lalu, hampir keseluruhannya, ambo terpaksa berkongsi keseluruhan ilmu dan pengalaman yang ada kepada manusia yang muslim dan mencari identiti sebagai hamba Allah S.W.T untuk beriman kepada Allah S.W.T dengan sepenuhnya...

alhamdulillah..tidak ambo duga, kembara itu sudah pun berlalu, namun kesan pada hati masih terasa..

walaupun hadir sebagai "jawatankuasa"..
namun hati tetap sebagai hamba..
sebelum mengajar sesuatu kepada manusia..
diri dan hati ini terlebih dulu mahu merasa..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T_T)

buat pertama kalinya, bagaimana kaki ini melangkah di medan itu, yang mengenalkan hati kepada erti sebagai hamba Allah S.W.T..astaghfirullah..alhamdulillah..

jasad dan hati begitu kecil sekali apabila berhadapan dengan manusia yang juga sahabat yang begitu banyak ilmu dan pengalaman yang ada..manusia itu begitu hebat dengan gerak geri tubuh yang seakan-akan menjadi hamba Allah sepenuhnya kepada Allah S.W.T..setiap apa yang terkeluar dari lidah mereka bagaikan keluar butir-butir mutiara dan emas yang bernilai, begitu banyak ilmu dan pengalaman mereka, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar, Allah memuliakan mereka..subhanallah..(T_T)

buat pertama kali juga, bagaimana kaki menjejakkan kaki di sebuah gunung dalam mencari hati sebagai hamba Allah yang beriman kepada Allah, dalam mencari hati yang mencintai Allah S.W.T..

di sinilah, mataku buat pertama kalinya menitiskan air mata sebaik sahaja mendengar dan menyebut kalimah Allah..

"Allah Allahu ya Allah, Allah Allahu ya Allah"..

di sinilah kakiku buat pertama kalinya merasa sejuknya batu-batu yang ditepinya mengalir air sungai untuk mengambil wudhu'..

di sinilah tubuhku buat pertama kalinya merasa dinginnya apabila berdiri dan menunaikan solah kepada Allah S.W.T..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T_T)

syukur alhamdulillah, Engkau telah memilihku untuk mengenal-Mu dengan lebih dekat ya Allah..alhamdulillah..(T_T)

alhamdulillah..(T_T) kembara itu telah pun berlalu..namun ku mohon pada Allah, apa yang ku perolehi itu, apa yang ku rasai kemanisan itu, "ya Allah, tetapkanlah hal itu ya Allah, dan tambahkanlah kemanisan itu supaya aku sentiasa dan lebih mencintai-Mu ya Allah"..

amin ya rabbi, amin ya rahman, amin ya rahim..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

kembara itu telah berlalu pergi..
namun kehidupan masih berbaki..
susunkanlah jasad dan hati..
kerana perjalanan masih jauh untuk kembali..

kembara itu hanyalah suatu episod yang bersiri..
carilah ilmu sebagai persiapan diri..
agar menjadi bekalan pada jasad dan hati..
akhirnya berserahlah pada ilahi..

wallahua'lam..


No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~