02 February 2011

kisah Pengembara : Pulangnya aku ke "Gua ketenangan"..(^_^)


alhamdulillah..(^_^)

dari jauh aku pulang,
untuk mencari ketenangan,
hati ini terubat dengan rindu dan sayang,
bila menatap dua wajah dan badan..

(^_^) wallahua'lam..

selesai sahaja amanah diberikan,
aku segera bersiap di halaman,
bersama rakan dan teman,
kembalilah kami ke negeri Kelantan..

(^_^) alhamdulillah..

"alhamdulillah, pada pukul 6.30 petang, aku bersama 3 rakan bertolak pulang ke Kelantan Darul naim dengan harapan semoga Allah menempatkan kami semua di dalam keredhaan-Nya..insya Allah, amin.."

(^_^) alhamdulillah..

"Ketika di dalam perjalanan, terlihat pula 'Pasar Malam' di suatu kawasan di Sungai Siput, Perak, maka berhenti di situ seketika untuk membeli makanan bekalan jasad dan zahir.."

(^_^) alhamdulillah..

"Lebih kurang pukul 7 malam, baharulah aku bersama rakan menyambung kembali perjalanan, dari Perak ke Kelantan, semoga Allah bersama kami dengan keredhaan.."

(^_^) alhamdulillah..


"Di dalam perjalanan itu, aku dan rakan melalui suatu 'perhentian R & R' di 'puncak' Titiwangsa, maka kami berehat di sini seketika.."

"subhanallah, sejuknya di sini memang tidak dinafikan, andai sebelumnya tidak hujan, ia sudah sejuk, andai hujan pula sebelumnya, subhanallah, bertambah sejuk.."

"di sini, aku dan rakan menunaikan solah jama' ta'khir iaitu menghimpunkan Solah fardhu Maghrib di dalam waktu Solah fardhu Isya', insya Allah"..

"alhamdulillah, selesai sahaja, kami meneruskan perjalanan ke Negeri Kelantan Darul Naim"..

(^_^) alhamdulillah..


 "Pukul 11 malam sampai di Jeli, Kelantan Darul Naim"..

"alhamdulillah, maka sampailah aku dan rakan-rakanku di Kelantan darul Naim"

"di sini, berhenti seketika di sebuah rumah seorang rakan untuk menghantarnya, dia juga menjemput untuk berehat di situ seketika bersama 'air teh yang panas'..(^_^)"

"pukul 11.30, aku dan rakan menyambung kembali perjalanan yang masih panjang, wallahua'lam.."


(^_^) alhamdulillah..

"pukul 12.30 tengah malam, aku dan dua rakan yang lain melintasi bandar Tanah Merah, Kelantan.."

"kebiasaannya, andai aku dari Jeli untuk pulang ke kampung halaman, dari Tanah Merah terus sahaja mengambil arah jalan raya ke Machang, namun pada malam ini, aku perlu ke mengambil arah jalan raya ke Kota Bharu dari Tanah Merah untuk menghantar seorang rakan"

(^_^) alhamdulillah..

"pukul 1.15 pagi, aku dan dua rakan yang lain sampai di Kota Bharu.."


"sebelum menghantar seorang rakan di rumahnya di Kota Bharu, aku dan dia serta seorang lagi berhenti seketika di sebuah kedai Mee Sup di Jalan Pengkalan Chepa.."

"aku : 'kawan, ambo ngantuk doh ni, pening pula, kita berhenti makan kat sini dulu, segar mato dulu, bulih ko?'...dia menjawab : "beres, kawe pun lapar jugok ni".. maka, kami berhenti makan dulu..(^_^)"

"selesai makan, aku menghantar seorang rakan di rumahnya di Kota Bharu itu"

"Kemudian, aku dan seorang rakan lagi, kami berdua meneruskan perjalanan pulang ke kampung halamanku"

(^_^) alhamdulillah..


"kira-kira pukul 3 pagi sampai di kampung halamanku, alhamdulillah..(^_^)"

"seorang rakan lagi itu tidur terlebih dahulu di rumahku kerana basnya ke Kuala Terengganu adalah kira-kira pukul 10 pagi nanti"

"sampai sahaja di rumahku, ibuku menungguku"


setianya ibuku menunggu di ruang tamu, membuat hati ini bertambah sayu, begitulah kasih seorang ibu, semoga Allah mengurniakan cinta-Nya padamu..

astaghfirullah..(T__T)

"ya Allah, syukurku pada-Mu kerana telah memberi taufiq kepadaku untukku sampai di sini, tanpa kurniaan-Mu, mana mungkin jasad dan hati ini akan sampai di sini, alhamdulillah"..

(^_^) alhamdulillah..

sesungguhnya perjalanan ini,
mengenalkan aku erti persahabatan,
dari berseorangan diri,
kemudiannya adanya teman..

alhamdulillah..(^_^)

Dari sahabat Ibnu Umar Radhiyallahu 'anhu, Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda (yang bermaksud) :

"seorang Muslim bersaudara dengan Muslim yang lain. Ia tidak menganiayanya, tidak pula menyerahkannya (kepada musuhnya). Barang siapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi pula keperluannya. Siapa yang melapangkan suatu kesulitan seorang Muslim, Allah akan melapangkan baginya satu kesulitan pula dari kesulitan-kesulitan yang dihadapi di hari kemudian"

(Hadits riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

wallahua'lam..

(^_^) alhamdulillah, wallahua'lam..

buat rakan yang masih dalam perjalanan pulang, atau masih di perantauan, atau masih sibuk dengan tugasan, atau seumpamanya, semoga Allah bersama kalian dengan Iman dan Islam..


**catatan : "kisah 'pengembara' ini 'terjadi' pada hari Selasa (27 safar 1432H / 1 Februari 2011M)..wallahua'lam.."

31 January 2011

catatan perjalanan : pengalaman minggu terakhir di Jabatan Kecemasan


wallahua'lam..(^_^)

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(^_^)

berakhirnya kehidupan di "dunia kecemasan"..
namun ia adalah suatu siri kehidupan..
apakah mungkin masih ada siri lanjutan..
wallahua'lam, hanya Allah Tuhan Yang Maha Luas Pengetahuan..

alhamdulillah..(^_^)

apa yang pasti, 
segala-galanya menjadi realiti,
tidak terhitung ni'mat yang diperolehi,
mengajarku erti kehidupan jasmani dan rohani..

alhamdulillah, wallahua'lam..(^_^)

sesungguhnya..

sebelum ini, "dunia perubatan kecemasan" hanya diketahui dari segi gambaran, dari segi pengetahuan..namun kini, ia menjadi suatu yang "pasti" dan menjadi realiti di hadapan mata dan jasad..

pesakit datang dalam keadaan memerlukan bantuan..
minda dan hati perlu bersedia menyabut cabaran..
andai tiada ilmu dan pengetahuan..
mana mungkin untuk membina pengalaman..

subhanallah, alhamdulillah, Allahhuakbar..(T__T)

mata ini menjadi saksi..
bagaimana keadaan pesakit disini..
datang dalam keadaan sendiri..
tetapi pulang dalam keadaan mati..

astaghfirullah..(T__T)

sesungguhnya disini banyak mengajarku erti kesyukuran..
Allah Subhanahu wa Ta'ala masih memanjangkan kehidupan..
maka wahai hati, jiwa dan badan..
kembalilah kalian untuk beriman..

astaghfirullah..(T__T)

selagi mana Allah Subhanahu wa Ta'ala memperjalankan setiap hamba-Nya di alam ini..
maka wahai hamba Allah, jagalah ia sebaiknya..
kurniakanlah kepada hati dan jiwa dengan mengenali Ilahi..
agar kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam keredhaan-Nya..

astaghfirullah..(T__T)

pada tubuh kita, adanya tanda-tanda keagungan Allah Subhanahu wa Ta'ala..bagaimana bijaksananya Allah Subhanahu wa Ta'ala yang mencipta kita, yang mengerakkan setiap aliran darah pada tubuh kita, yang mengerakan setiap sistem pada tubuh kita, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala Tuhan Yang Maha Kuasa Lagi Maha Bijaksana..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

maka, sesungguhnya orang yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala itu adalah orang yang kenal Allah dan bersyukur serta redha dengan segala ciptaan-Nya..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

maka, kembalilah kita semua untuk mendahulukan beriman kepada Allah, dan Islam diutamakan..

wallahua'lam..


30 January 2011

Buat pengata, "semua bida'ah adalah sesat, dan sesat masuk neraka"..(T__T)


"wallahua'lam"..

"dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang", ambo mulakan nukilan insan hina ini dengan lafaz yang mulia, yang mana Allah Subhanahu wa Ta'ala Tuhan Yang Maha Mengetahui, Tuhan Yang Maha Pemurah, Tuhan Yang Maha Penyayang..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

apa yang ambo mahu kongsikan disini adalah berkenaan beberapa pernyataan yang "kurang difahami" oleh muslim itu sendiri..

Pernyataan itu adalah merujuk kepada "bida'ah"..



secara ringkasnya, persoalan bida'ah ini sudah lama dibincangkan dan diselesaikan oleh para ulama' mujtahid sebelum ini..

ibaratnya, lauk dan nasi sudah pun terhidang, kita hanya perlu makan sahaja, dan tidak perlu untuk membuat lauk dan nasi yang lain..

namun, terdapatnya segolongan manusia yang tidak kenal taraf ilmunya dan amalnya, berkeinginan untuk membuat lauk dan nasi yang lain sehinggakan masakan itu menjadi tidak enak dan menimbulkan pelbagai penyakit yang lain..

astaghfirullah, wal iyya dzubillah, wallahua'lam..

Segolongan ini seolah-olah tidak berkeinginan untuk mempelajari dan memahami ilmu dan pengetahuan ulama' mujtahid dan mereka seolah-olah lebih suka menggunakan ilmu dan pengetahuan mereka sendiri yang menyebabkan mereka hanyut di dalam kefahaman ciptaan mereka sendiri..

Para ulama' mujtahid dikatakan manusia biasa..

sememangnya mereka adalah manusia biasa yakni manusia yang diciptakan Allah Subhanahu wa Ta'ala, yang mana digelar sebagai hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala..

namun, setiap manusia yang biasa itu menjadi luar biasa apabila mereka beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..

apabila dikatakan "biasa", maka ia adalah merujuk kepada manusia yang seperti kebanyakan manusia yang mengikut hawa nafsu dan bisikan syaitan dan iblis laknatullah..

maka, manusia yang "luar biasa" adalah ia merujuk kepada manusia yang mencari jalan untuk berada di dalam keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala, untuk berada di dalam keimanan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..

maka, persoalannya adalah siapakah manusia yang biasa dan siapakah manusia yang luar biasa..

apakah kita mampu menandingi nilai Iman ulama mujtahid dahulu sehingga seolah-olah kita mahu menafikan setiap ilmu dan pengetahuan mereka yang luar biasa itu..

Jangan menjadi sakit dengan lauk dan makanan yang kita tidak mampu untuk memasaknya, dan ambillah lauk dan makanan yang sudah sedia masak yakni dimasak oleh pakarnya..

insya Allah, wallahua'lam..

andai kita berkata, mahu "kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah", sememangnya kita sentiasa kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah..

namun, persoalannya, bagaimanakah kita mahu "kembali itu" di dalam keadaan kita faham ia sesuai dengan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala..

al-Quran dan as-Sunnah, tanpa ilmu yang sewajarnya, kita tidak mampu untuk memahaminya..

maka, sebab itulah kita tidak mampu untuk masak makanan yang kita tidak tahu bagaimana untuk memasaknya..

Andai kita bertegas juga untuk memasaknya, maka makanan itu dibimbangi boleh meracuni tubuh kita dan seterusnya membawa penyakit kepada tubuh kita..

astaghfirullah, wal iyya dzubillah..

Sesungguhnya para ulama' mujtahid mempunyai ilmu dan pengetahuannya yang tersendiri untuk memahami al-Quran dan as-Sunnah, dan kemudiannya mereka menyusun ia di dalam kitab-kitab mereka agar mudah untuk kita mempelajarinya, memahaminya dan seterusnya mengamalinya..

insya Allah, wallahua'lam..

Secara jelasnya, bida'ah adalah bukan suatu hukum..

Ketika kita di usia kanak-kanak, belajar tentang Pendidikan Islam, Pengajian Islam, kelas Fardhu Ain dan seumpamanya, kita diajar dengan 5 hukum asas iaitu hukum takhlifi..

Hukum Takhlifi itu adalah merujuk kepada WAJIB, SUNAT, HARUS, MAKHRUH, HARAM..

dan, kita tidak menemui satu hukum yang dinamakan bida'ah..(^__^)

wallahua'lam..

maka, bida'ah ini dikatakan adalah merujuk kepada sesuatu benda atau hal yang baru, yang tidak datangnya dari Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam..

wallahua'lam..

maka, sebenarnya...

sesuatu perkara yang "baru itu" hendaklah DIHUKUMKAN dengan 5 hukum itu sama ada ia adalah bida'ah yang wajib, bida'ah yang sunat, bida'ah yang harus, bida'ah yang makhruh, atau bida'ah yang haram..

maka, kita tidak boleh menghukumkan semua bida'ah itu adalah haram..

contoh adalah di zaman Sayyidina Uthman Radhiyallahu 'anhu yang telah mencadangkan dan melakukan penyusunan al-Quran di dalam satu mushaf..

ia adalah suatu bida'ah kerana tidak berlaku pada zaman Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam..

Maka, ia bukanlah suatu bida'ah yang haram tetapi adalah bida'ah yang wajib kerana andai tidak disusun al-Quran itu di dalam satu mushaf, maka ia akan menimbulkan kesusahan kepada umat Islam di akhir zaman terutamanya..

sedangkan al-Quran yang sudah ada di dalam mushaf kini pun tidak dibaca, hanya dijadikan hiasan almari dan seumpamanya, maka, cuba bayangkan andai ia tidak disusun dan dibukukan di dalam mushaf, apakah yang akan terjadi? apakah masih ada umat Islam yang masih setia dengan Islam diakhir zaman yang adanya padanya pelbagai fitnah ini?

astaghfirullah, wallahua'lam..(T__T)

maka, bida'ah itu bukan semuanya sesat, bukan semuanya haram..

wallahua'lam..

ambo masih mengingati persoalan yang diutarakan, "apakah kamu mengingkari hadits Rasulullah yang mengatakan semua bida'ah itu adalah sesat, dan sesiapa yang melakukannya masuk neraka?"

wallahua'lam..

pertama-tamanya, seperti apa yang ambo katakan di atas, iaitu untuk memahami al-Quran dan as-Sunnah, ia memerlukan ilmu dan pengetahuan untuk memahaminya..

Jangan memahami al-Quran dan as-Sunnah seperti membaca novel yang hanya dibaca begitu sahaja melalui "tafsir al-Quran" atau pembacaan di dalam kitab-kitab hadits begitu sahaja..

Jangan memahami al-Quran dan as-Sunnah secara sendiri yang apabila tidak faham, ia dirujuk kepada kamus dan seumpamanya..

TETAPI, untuk memahami al-Quran dan as-Sunnah adalah dengan memahami caranya, ilmu dan pengetahuannya melalui "kaedah" yang sudah disediakan para ulama' mujtahid..

maka, barulah ia difahami di dalam keredhaan Allah dan tidak tersesat dari maknanya yang sebenar..

astaghfirullah, wallahua'lam..

secara ringkasnya, ambo hanya mahu menyatakan lafaz dan ayat "kullu" itu yakni yang digunakan oleh Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam di dalam hadits itu perlu dipelajari apakah ia menunjukkan kepada semua atau sebahagian sahaja..

Pelajari ia dahulu bersama dengan ahlinya, jangan mudah memahaminya melalui tafsiran secara berseorangan..

wallahua'lam..

buat mereka yang mahu mengatakan "semua bida'ah adalah sesat, dan setiap yang melakukannya adalah penghuni neraka" dan "kita mesti kembali mengikut sunnah yang tulen"..

suatu persoalan dari ambo, apakah yang dimaksudnya dengan sunnah yang tulen atau hadits Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam..

Sunnah atau Hadits adalah merujuk kepada apa yang datangnya dari Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam seperti perkataannya atau perbuatannya atau pengakuannya atau sifat kejadian tubuhnya atau akhlaknya..

Dimana, kalau diringkaskan, ia ada lima iaitu seperti diatas..

Namun, ulama' usul fiqh tidak mengambil kira sifat kejadian Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan akhlaknya sebagai dalil hukum..

secara ringkasnya, ulama' usul fiqh hanya mengambil kira 3 ciri daripada 5 ciri itu untuk menentukan sesuatu hukum iaitu perkataannya, perbuatannya dan pengakuannya iaitu yang datang dari Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam..

Maka..

Golongan yang lazimnya yakni yang suka membida'ah sesat kepada umat Islam hanya melihat kepada 2 ciri sahaja iaitu perkataannya (apa yang dikatakan oleh Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam), dan perbuatannya (apa yang dibuat oleh Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam)..

maka, mereka ini meminggirkan ciri ketiga iaitu pengakuannya (diamnya Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam)..

Ciri ketiga ini adalah merujuk kepada Sunnah Taqririyyah atau hadits taqriri..

Jika sesuatu itu, Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tak lakukannya, dan tidak mengatakannya, hal itu tidak boleh terus dihukumkan dengan bida'ah kerana ia masih ada satu ciri lagi mengenai hadits iaitu hadits taqriri atau Sunnah Taqririyyah..

Untuk penjelasan hal ini, ambo sentiasa mendengar dari beberapa ilmuan Islam tentang suatu kisah yang boleh dijadikan contoh..

Pernah berlaku di zaman Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, para sahabat memakan dhob (binatang padang pasir bentuknya seperti biawak) dihadapan Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam tetapi baginda tidak memakannya dan baginda tidak melarangnya yakni sahabatnya dari memakannya..

maka, para ulama' menganggap ia halal dimakan kerana jika ia haram, maka sudah pasti Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam melarangnya kerana seorang Nabi dan Rasul tidak akan redha dengan maksiat yang dilakukan oleh umatnya lebih-lebih lagi yang dihadapannya dan menjadi kewajipannya untuk menyatakannya dan melarangnya..

maka hal inilah dikatakan sebagai hadits taqriri atau sunnah taqririyyah..

alhamdulillah, wallahua'lam..
 
Maka, jelaslah kepada kita..

Andai seseorang atau kelompok yang melarang atau mengharamkan sesuatu yang Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam tidak mengharamkan ia, maka mereka yang sebenarnya melakukan suatu bida'ah iaitu mengada-adakan larangan pada sesuatu yang Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam sendiri tidak melarangnya..
 
wallahua'lam..
 
Apabila seseorang atau segolongan yang tidak memahami apa itu sunnah yang tulen, dan hadits yang sebenarnya, yakni merujuk kepada Sunnah Taqririyyah atau hadits Taqriri, maka mereka ini akan membida'ah sesat kepada amal yang tidak pernah dilarang oleh Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam seperti :

1) tahlil
2) bacaan qunut ketika solah fardhu subuh
3) berzikir selepas solah secara berjemaah
4) talqin
5) solah sunat tarrawih dengan 20 rakaat secara berjemaah
6) bacaan surah yaasin pada malam Jumaat
7) ziarah kubur

dan seumpamanya..wallahua'lam..
 
astaghfirullah..(T__T)

sesungguhnya ilmu itu perlu dipelajari bersama dengan ahlinya, tidak boleh ia hanya dibaca sebegitu sahaja tanpa huraian dan penjelasan dari ahlinya..
 
sesungguhnya bida'ah itu adalah sesuatu yang di ada-adakan, tetapi persoalannya adakah ia adalah "semua" atau hanya "sebahagian" sahaja yang dikatakan bida'ah sesat dan sesiapa yang melakukannya adalah penghuni neraka..

wallahua'lam..

sila ukur pada minda, sila ukur pada hati, apakah sudah mempunyai ilmu mengenainya, andai tiada carilah ia untuk kembali dalam keredhaan ilahi..

wallahua'lam..





27 January 2011

Wahai hatiku, wahai jiwaku, wahai jasadku, bersabarlah sayang..(T__T)


astaghfirullah..(T__T)
astaghfirullah..(T__T)
astaghfirullah..(T__T)

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala (yang bermaksud) :

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu dicukupkan ganjaran pahala mereka tanpa batas"

(Surah az-Zumar, ayat 10)

wallahua'lam..dan..

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala (yang bermaksud) :

"Mereka itulah orang-orang yang dibalas (dikurniakan) bilik (martabat yang tinggi di Syurga) kerana mereka bersabar (menjunjung taat kepada Allah), dan mereka dialu-alikan di dalamnya (Syurga) dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan (oleh para malaikat)"

(Surah al-Furqan, ayat 75)

wallahua'lam..

astaghfirullah..(T__T)

sesungguhnya gembiranya hamba Allah yang dianugerahkan ni'mat sabar pada hatinya, pada jiwanya, pada jasadnya..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

Sabar adalah merujuk kepada menahan hawa nafsu daripada menyebabkan sebarang gelora, ombak, atau seumpamanya kepada hati atau jiwa atau jasad..

Ia merupakan suatu tuntutan di dalam agama dan merupakan satu ibadah, malah segala ibadah itu didirikan di atas sabar, kerana dalam mengerjakan ibadah itu, hati, jiwa, dan jasad terpaksa menganggung kepayahan dan pengorbanan..

astaghfirullah..(T__T)





Di dalam beberapa hari ini, atau mungkin sebelum ini..

hatiku sering dilanda ombak keresahan..jiwaku sering dilanda ribut kesengsaraan..jasadku sering dilanda kesayuan..

apakah yang telah berlaku? astaghfirullah..(T__T) wallahua'lam..

sesungguhnya segala-galanya adalah pemberian Allah Subhanahu wa Ta'ala..sama ada ia adalah manis atau pahit, ia adalah ciptaan Allah Subhanahu wa Ta'ala..

Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak memberi sesuatu yang tidak mampu dipikul, digalas, atau seumpamanya oleh makhluk-Nya, oleh hamba-Nya..

sesungguhnya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, aku memohon pertolongan agar dikuatkan hati, jiwa, dan jasad ini..insya Allah..(T__T)

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala (yang bermaksud) :

"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (melakukan taat dan menghadapi musibah), teguhkanlah kesabaran kamu, tetapkanlah kewaspadaan serta siap sedia dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung (merebut Syurga dan bebas dari Neraka)"

(surah al-Imran, ayat 200)

wallahua'lam..astaghfirullah..(T__T)

Sayyidina Ali bin Abu Talib Karramallahu Wajhah berata (yang bermaksud) :

"Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa"

wallahua'lam..

astaghfirullah..(T__T)

"ya Allah, golongkanlah aku di dalam golongan yang sabar dengan segala ciptaan-Mu, dengan segala takdir-Mu, agar aku berada di dalam golongan yang beruntung yakni golongan yang diredhai-Mu ya Allah"

dan..

"ya Allah, hindarkanlah aku dari digolong di dalam golongan yang tidak sabar dengan segala ciptaan-Mu, dengan segala takdir-Mu, agar aku tidak berada di dalam golongan yang rugi yakni golongan yang dimurkai-Mu ya Allah"..

amin ya rabbi..astaghfirullah..(T__T)



wallahua'lam..

sabar adalah jambatan cinta..
andai tiadanya kesabaran..
putuslah jambatan kepada Maha Esa..
maka bersabarlah wahai insan..

astaghfirullah..(T__T)

Tidak ku pinta kemurkaan Allah..
Tidak ku pinta kesengsaraan dari Allah..
Ku pinta pada-Mu ya Allah..
Anugerahkanlah kesabaran kepada hamba-Mu ya Allah..

astaghfirullah..(T__T)

Ia adalah salah satu episod kehidupan..
Baki langkah masih jauh perjalanan..
Kuatkanlah hatiku dan jiwaku wahai Tuhan..
agar aku kembali kepada-Mu di dalam keredhaan..

astaghfirullah..(T__T)

Sukar sungguh perjalanan ini..
namun aku berusaha untuk meredhai..
ya Allah tetapkanlah hati ini..
pada cinta-Mu ya Ilahi..

astaghfirullah..(T__T)

Ya Allah ya Tuhanku..
usah Engkau kurniakan kepadaku..
sesuatu yang aku tidak mampu..
kerana aku inginkan keredhaan-Mu..

astaghfirullah..(T__T)

Ya Allah ya Tuhan Yang Maha Esa..
andai sabar itu kunci keredhaan-Mu..
maka kurniakanlah kepadaku ia..
agar pintu dibuka untuk kembali kepada-Mu..

astaghfirullah..(T__T)

insya Allah..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

wallahua'lam..



24 January 2011

Program pencarian Imam Muda 2..muhasabah hati, jiwa dan jasad..(T__T)


astaghfirullah..(T__T)

wallahua'lam..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda (yang bermaksud) :

"Ulama' itu ada tiga jenis. (Pertama) orang yang alim yang hidup dengan ilmunya (mengamalkan ilmunya) dan masyarakat juga hidup dengan ilmunya. (Kedua) orang yang alim yang masyarakat mengambil manfaat dengan ilmunya tetapi dia sendiri membinasakan dirinya (tidak mengamalkannya). (Ketiga) orang alim yang hidup dengan ilmunya) tetapi orang lain tidak mengambil manfaat dari ilmunya."

(hadits riwayat al-Imam ad-Dailami)..wallahua'lam..

astaghfirullah..(T__T)


ketika menatap Borang Pendaftaran Peserta Rancangan Imam Muda, mataku kaku seketika, jari menggigil bersama pen dicelahan jari..

astaghfirullah..wallahua'lam..(T__T)

ketika itu aku hanya mampu melihat sahabatku sedang mengisi borang yang sama..Dia begitu bersemangat dan berkeyakinan, doaku padanya, "semoga Allah bersamanya dengan Iman dan Islam, amin ya rabbi"..(T__T)

wallahua'lam..

apakah yang menyebabkan mataku menjadi kaku?
apakah yang menyebabkan jariku menggigil?

apakah yang sebenarnya berada di mindaku?
apakah yang sebenarnya berada di hatiku?

astaghfirullah..wallahua'lam..(T__T)

ketika itu, mindaku tiba-tiba terfikir, teringat akan ilmu yang diperolehi oleh seorang tok guru di Kelantan Darul Naim..

Kata-kata tok guruku itu adalah :

"Imam Malik Rahimahullah berkata (yang bermaksud) : "Jika seseorang diminta berfatwa, sebelum memberikan jawapan, ia wajib meletakkan dirinya antara Syurga dan Neraka, serta memikirkan nasibnya di Akhirat nanti, kemudian baru boleh ia memberikan jawapan (mengeluarkan fatwa)""

wallahua'lam..(T__T)

apakah maksud kata-kata tok guruku itu?

ia bermaksud, sesiapa yang mahu menjawab sesuatu persoalan, berhujah, menyatakan pandangan atau seumpama dengannya, maka dia WAJIB meletak dirinya di antara Syurga dan Neraka..

kenapa?

kerana, andai ia yakni jawapan atau hujah atau penyataan atau seumpama dengannya itu adalah SALAH, maka orang yang menerima jawapan itu, orang yang menerima hujah itu, orang yang menerima penyataan itu, kemudian dia menyampaikan kepada yang lain, maka itulah "langkah-langkahnya (orang yang memberi jawapan, berhujah atau seumpama dengannya) ke Neraka Allah"..astaghfirullah, wal iyya dzubillah..(T__T)

dan, andai sebaliknya pula, yakni jawapan atau hujah atau penyataan atau seumpama dengannya itu adalah BETUL, maka orang yang menerima jawapan itu, orang yang menerima hujah itu, orang yang menerima penyataan itu, kemudian dia menyampaikan kepada yang lain, maka itulah "langkah-langkahnya (orang yang memberi jawapan, berhujah atau seumpama dengannya) ke Syurga Allah"..insya Allah, amin ya rabbi..(T__T)


astaghfirullah..(T__T)

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

Untuk sahabatku sekalian, saudaraku sekalian, serta umat Islam sekalian..apa yang ambo kongsikan di sini BUKAN UNTUK MELARANG iaitu menyertainya, dan ambo juga BUKAN UNTUK MENYURUH iaitu menyertainya..

tetapi untuk bermuhasabah yakni untuk memeriksa hati ini, jiwa ini, dan jasad ini, supaya SENTIASA BERADA DI ATAS JALAN KEREDHAAN ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA..amin ya rabbi..

andai kalian mahu menyertainya, silakan kerana ambo tidak melarangnya..andai kalian tidak mahu menyertainya, silakan kerana ambo tidak menyuruhnya..

tetapi, ingatlah suatu pesanan dari seorang ilmuan Islam iaitu salah seorang tok guru pondok, "JANGAN BUAT SEBAB MENDAPAT DOSA, SEDANGKAN DOSA YANG SEDIA ADA PUN TIDAK TERJAMIN DIAMPUNKAN ALLAH, MAKA MANA MUNGKIN BAGI ORANG YANG BERAKAL ITU UNTUK MENAMBAH DOSANYA DENGAN MEBAT SEBAB UNTUK MENDAPATKANNYA"..

astaghfirullah..(T__T)

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala (yang bermaksud) :

"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna"

(surah az-Zumar, ayat 9)

wallahua'lam..(T__T)



dan, sesungguhnya...


Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda (yang bermaksud) :

"Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan ilmu agama itu dengan dicabutkan sekaligus daripada manusia, tetapi Allah akan menghilangkan ilmu itu dengan mematikan para ulama'. Sehingga apabila sudah tiada para ulama', manusia akan melantik pemimpin mereka dari kalangan orang-orang yang jahil lalu mereka akan ditanya hukum sesuatu masalah maka mereka menjawab atau berfatwa tanpa ilmu pengetahuan maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain"

(Hadits riwayat al-Imam Bukhari dan al-Imam Muslim)

wallahua'lam..(T__T)

 "ya Allah, hindarilah aku dari menjadi pemimpin, pemuda, lelaki atau seumpama dengannya yang mana jahil dengan ilmu dan kemudian menyesatkan diri dan seterusnya menyesatkan orang lain, amin ya rabbi"..

wallahua'lam..(T__T)

kepada sahabat, saudara, teman, dan seumpamanya yang mana sudah menjadi "Imam Muda" atau dalam "proses pemilihan peserta", doaku untuk kalian semua,

"semoga Allah golongkan kalian semua di dalam golongan yang beruntung iaitu dianugerahkan Iman dan Islam serta dipandui ke arah keredhaan-Nya, amin ya rabbi"

wallahua'lam..

sesungguhnya..

Imam Muda adalah seseorang lelaki yang masa mudanya adalah hatinya, jiwanya, jasadnya berusaha untuk mencari ilmu Iman dan Islam, berusaha beramal dengannya, berusaha beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, berusaha mencintai Allah Subhanahu wa Ta'ala, berusaha mencari keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala..

wallahua'lam..

~ Muhasabah ~