30 January 2011

Buat pengata, "semua bida'ah adalah sesat, dan sesat masuk neraka"..(T__T)


"wallahua'lam"..

"dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang", ambo mulakan nukilan insan hina ini dengan lafaz yang mulia, yang mana Allah Subhanahu wa Ta'ala Tuhan Yang Maha Mengetahui, Tuhan Yang Maha Pemurah, Tuhan Yang Maha Penyayang..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

apa yang ambo mahu kongsikan disini adalah berkenaan beberapa pernyataan yang "kurang difahami" oleh muslim itu sendiri..

Pernyataan itu adalah merujuk kepada "bida'ah"..



secara ringkasnya, persoalan bida'ah ini sudah lama dibincangkan dan diselesaikan oleh para ulama' mujtahid sebelum ini..

ibaratnya, lauk dan nasi sudah pun terhidang, kita hanya perlu makan sahaja, dan tidak perlu untuk membuat lauk dan nasi yang lain..

namun, terdapatnya segolongan manusia yang tidak kenal taraf ilmunya dan amalnya, berkeinginan untuk membuat lauk dan nasi yang lain sehinggakan masakan itu menjadi tidak enak dan menimbulkan pelbagai penyakit yang lain..

astaghfirullah, wal iyya dzubillah, wallahua'lam..

Segolongan ini seolah-olah tidak berkeinginan untuk mempelajari dan memahami ilmu dan pengetahuan ulama' mujtahid dan mereka seolah-olah lebih suka menggunakan ilmu dan pengetahuan mereka sendiri yang menyebabkan mereka hanyut di dalam kefahaman ciptaan mereka sendiri..

Para ulama' mujtahid dikatakan manusia biasa..

sememangnya mereka adalah manusia biasa yakni manusia yang diciptakan Allah Subhanahu wa Ta'ala, yang mana digelar sebagai hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala..

namun, setiap manusia yang biasa itu menjadi luar biasa apabila mereka beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..

apabila dikatakan "biasa", maka ia adalah merujuk kepada manusia yang seperti kebanyakan manusia yang mengikut hawa nafsu dan bisikan syaitan dan iblis laknatullah..

maka, manusia yang "luar biasa" adalah ia merujuk kepada manusia yang mencari jalan untuk berada di dalam keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala, untuk berada di dalam keimanan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..

maka, persoalannya adalah siapakah manusia yang biasa dan siapakah manusia yang luar biasa..

apakah kita mampu menandingi nilai Iman ulama mujtahid dahulu sehingga seolah-olah kita mahu menafikan setiap ilmu dan pengetahuan mereka yang luar biasa itu..

Jangan menjadi sakit dengan lauk dan makanan yang kita tidak mampu untuk memasaknya, dan ambillah lauk dan makanan yang sudah sedia masak yakni dimasak oleh pakarnya..

insya Allah, wallahua'lam..

andai kita berkata, mahu "kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah", sememangnya kita sentiasa kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah..

namun, persoalannya, bagaimanakah kita mahu "kembali itu" di dalam keadaan kita faham ia sesuai dengan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala..

al-Quran dan as-Sunnah, tanpa ilmu yang sewajarnya, kita tidak mampu untuk memahaminya..

maka, sebab itulah kita tidak mampu untuk masak makanan yang kita tidak tahu bagaimana untuk memasaknya..

Andai kita bertegas juga untuk memasaknya, maka makanan itu dibimbangi boleh meracuni tubuh kita dan seterusnya membawa penyakit kepada tubuh kita..

astaghfirullah, wal iyya dzubillah..

Sesungguhnya para ulama' mujtahid mempunyai ilmu dan pengetahuannya yang tersendiri untuk memahami al-Quran dan as-Sunnah, dan kemudiannya mereka menyusun ia di dalam kitab-kitab mereka agar mudah untuk kita mempelajarinya, memahaminya dan seterusnya mengamalinya..

insya Allah, wallahua'lam..

Secara jelasnya, bida'ah adalah bukan suatu hukum..

Ketika kita di usia kanak-kanak, belajar tentang Pendidikan Islam, Pengajian Islam, kelas Fardhu Ain dan seumpamanya, kita diajar dengan 5 hukum asas iaitu hukum takhlifi..

Hukum Takhlifi itu adalah merujuk kepada WAJIB, SUNAT, HARUS, MAKHRUH, HARAM..

dan, kita tidak menemui satu hukum yang dinamakan bida'ah..(^__^)

wallahua'lam..

maka, bida'ah ini dikatakan adalah merujuk kepada sesuatu benda atau hal yang baru, yang tidak datangnya dari Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam..

wallahua'lam..

maka, sebenarnya...

sesuatu perkara yang "baru itu" hendaklah DIHUKUMKAN dengan 5 hukum itu sama ada ia adalah bida'ah yang wajib, bida'ah yang sunat, bida'ah yang harus, bida'ah yang makhruh, atau bida'ah yang haram..

maka, kita tidak boleh menghukumkan semua bida'ah itu adalah haram..

contoh adalah di zaman Sayyidina Uthman Radhiyallahu 'anhu yang telah mencadangkan dan melakukan penyusunan al-Quran di dalam satu mushaf..

ia adalah suatu bida'ah kerana tidak berlaku pada zaman Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam..

Maka, ia bukanlah suatu bida'ah yang haram tetapi adalah bida'ah yang wajib kerana andai tidak disusun al-Quran itu di dalam satu mushaf, maka ia akan menimbulkan kesusahan kepada umat Islam di akhir zaman terutamanya..

sedangkan al-Quran yang sudah ada di dalam mushaf kini pun tidak dibaca, hanya dijadikan hiasan almari dan seumpamanya, maka, cuba bayangkan andai ia tidak disusun dan dibukukan di dalam mushaf, apakah yang akan terjadi? apakah masih ada umat Islam yang masih setia dengan Islam diakhir zaman yang adanya padanya pelbagai fitnah ini?

astaghfirullah, wallahua'lam..(T__T)

maka, bida'ah itu bukan semuanya sesat, bukan semuanya haram..

wallahua'lam..

ambo masih mengingati persoalan yang diutarakan, "apakah kamu mengingkari hadits Rasulullah yang mengatakan semua bida'ah itu adalah sesat, dan sesiapa yang melakukannya masuk neraka?"

wallahua'lam..

pertama-tamanya, seperti apa yang ambo katakan di atas, iaitu untuk memahami al-Quran dan as-Sunnah, ia memerlukan ilmu dan pengetahuan untuk memahaminya..

Jangan memahami al-Quran dan as-Sunnah seperti membaca novel yang hanya dibaca begitu sahaja melalui "tafsir al-Quran" atau pembacaan di dalam kitab-kitab hadits begitu sahaja..

Jangan memahami al-Quran dan as-Sunnah secara sendiri yang apabila tidak faham, ia dirujuk kepada kamus dan seumpamanya..

TETAPI, untuk memahami al-Quran dan as-Sunnah adalah dengan memahami caranya, ilmu dan pengetahuannya melalui "kaedah" yang sudah disediakan para ulama' mujtahid..

maka, barulah ia difahami di dalam keredhaan Allah dan tidak tersesat dari maknanya yang sebenar..

astaghfirullah, wallahua'lam..

secara ringkasnya, ambo hanya mahu menyatakan lafaz dan ayat "kullu" itu yakni yang digunakan oleh Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam di dalam hadits itu perlu dipelajari apakah ia menunjukkan kepada semua atau sebahagian sahaja..

Pelajari ia dahulu bersama dengan ahlinya, jangan mudah memahaminya melalui tafsiran secara berseorangan..

wallahua'lam..

buat mereka yang mahu mengatakan "semua bida'ah adalah sesat, dan setiap yang melakukannya adalah penghuni neraka" dan "kita mesti kembali mengikut sunnah yang tulen"..

suatu persoalan dari ambo, apakah yang dimaksudnya dengan sunnah yang tulen atau hadits Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam..

Sunnah atau Hadits adalah merujuk kepada apa yang datangnya dari Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam seperti perkataannya atau perbuatannya atau pengakuannya atau sifat kejadian tubuhnya atau akhlaknya..

Dimana, kalau diringkaskan, ia ada lima iaitu seperti diatas..

Namun, ulama' usul fiqh tidak mengambil kira sifat kejadian Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan akhlaknya sebagai dalil hukum..

secara ringkasnya, ulama' usul fiqh hanya mengambil kira 3 ciri daripada 5 ciri itu untuk menentukan sesuatu hukum iaitu perkataannya, perbuatannya dan pengakuannya iaitu yang datang dari Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam..

Maka..

Golongan yang lazimnya yakni yang suka membida'ah sesat kepada umat Islam hanya melihat kepada 2 ciri sahaja iaitu perkataannya (apa yang dikatakan oleh Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam), dan perbuatannya (apa yang dibuat oleh Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam)..

maka, mereka ini meminggirkan ciri ketiga iaitu pengakuannya (diamnya Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam)..

Ciri ketiga ini adalah merujuk kepada Sunnah Taqririyyah atau hadits taqriri..

Jika sesuatu itu, Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tak lakukannya, dan tidak mengatakannya, hal itu tidak boleh terus dihukumkan dengan bida'ah kerana ia masih ada satu ciri lagi mengenai hadits iaitu hadits taqriri atau Sunnah Taqririyyah..

Untuk penjelasan hal ini, ambo sentiasa mendengar dari beberapa ilmuan Islam tentang suatu kisah yang boleh dijadikan contoh..

Pernah berlaku di zaman Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, para sahabat memakan dhob (binatang padang pasir bentuknya seperti biawak) dihadapan Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam tetapi baginda tidak memakannya dan baginda tidak melarangnya yakni sahabatnya dari memakannya..

maka, para ulama' menganggap ia halal dimakan kerana jika ia haram, maka sudah pasti Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam melarangnya kerana seorang Nabi dan Rasul tidak akan redha dengan maksiat yang dilakukan oleh umatnya lebih-lebih lagi yang dihadapannya dan menjadi kewajipannya untuk menyatakannya dan melarangnya..

maka hal inilah dikatakan sebagai hadits taqriri atau sunnah taqririyyah..

alhamdulillah, wallahua'lam..
 
Maka, jelaslah kepada kita..

Andai seseorang atau kelompok yang melarang atau mengharamkan sesuatu yang Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam tidak mengharamkan ia, maka mereka yang sebenarnya melakukan suatu bida'ah iaitu mengada-adakan larangan pada sesuatu yang Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam sendiri tidak melarangnya..
 
wallahua'lam..
 
Apabila seseorang atau segolongan yang tidak memahami apa itu sunnah yang tulen, dan hadits yang sebenarnya, yakni merujuk kepada Sunnah Taqririyyah atau hadits Taqriri, maka mereka ini akan membida'ah sesat kepada amal yang tidak pernah dilarang oleh Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam seperti :

1) tahlil
2) bacaan qunut ketika solah fardhu subuh
3) berzikir selepas solah secara berjemaah
4) talqin
5) solah sunat tarrawih dengan 20 rakaat secara berjemaah
6) bacaan surah yaasin pada malam Jumaat
7) ziarah kubur

dan seumpamanya..wallahua'lam..
 
astaghfirullah..(T__T)

sesungguhnya ilmu itu perlu dipelajari bersama dengan ahlinya, tidak boleh ia hanya dibaca sebegitu sahaja tanpa huraian dan penjelasan dari ahlinya..
 
sesungguhnya bida'ah itu adalah sesuatu yang di ada-adakan, tetapi persoalannya adakah ia adalah "semua" atau hanya "sebahagian" sahaja yang dikatakan bida'ah sesat dan sesiapa yang melakukannya adalah penghuni neraka..

wallahua'lam..

sila ukur pada minda, sila ukur pada hati, apakah sudah mempunyai ilmu mengenainya, andai tiada carilah ia untuk kembali dalam keredhaan ilahi..

wallahua'lam..





3 comments:

  1. http://www.youtube.com/watch?v=NqVl5zVuXhQ&feature=related

    ReplyDelete
  2. waalaikummusalam warahmatullahi wabarakatuh..(^_^)

    alhamdulillah..

    ya saudara Shukron..video dari Rasul Dahri rupanya..(^__^)

    ya saudara Shukron..

    sila rujuk video ini pula..

    http://www.youtube.com/watch?v=1Ka7ojsRzXU&feature=related

    dan..

    http://www.youtube.com/watch?v=K-yVXeThI9M&feature=related

    wallahua'lam..(^__^)

    ReplyDelete
  3. Komen UAI tentang bida'ah yg ditolak oleh golongan Wahabi.
    http://www.youtube.com/watch?v=Bh-gaQ3-yIE
    http://www.youtube.com/watch?v=vyqqpO0eDNE&feature=related
    http://www.youtube.com/watch?v=7nof1sp75qI&feature=related
    http://www.youtube.com/watch?v=U2wu35ovIRQ&feature=related

    ReplyDelete

~ Muhasabah ~