24 January 2011

Kisah Pengembara : Praktikal bagi teori "ta'aruf, tafahum, dan takaful"..(T__T)


subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala (yang bermaksud) :

"Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta'ala) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikannya?"

(surah az-Zariyat ayat 20 dan 21)

wallahua'lam..



Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mengatur sesuatu yang "luar biasa" bagiku sebagai makhluk Allah Subhanahu wa Ta'ala yang hina dan teramat hina ini di sisi-Nya, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

Allah Subhanahu wa Ta'ala telah memperjalankan hamba-Nya yang hina ini dari sebuah negeri ke sebuah negeri yang lain, dari negeri Perak ke negeri Selangor, dari negeri Selangor ke Negeri Sembilan, dari Negeri Sembilan ke negeri Melaka, dari negeri Melaka ke negeri Johor..subhanallah, kuasanya Allah Subhanahu wa Ta'ala, Allah Tuhan Yang Maha Kuasa..alhamdulillah, segala puji bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala, Allah Tuhan Yang Maha Mulia..Allahuakbar, besar keagungan Allah Subhanahu wa Ta'ala, Allah Tuhan Yang Maha Agung..

Tidak dapat ku gambarkan dengan kata-kata, bagaimanakah kesyukuran hati ini yang telah dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk meni'mati pelbagai ni'mat dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, yang mana jumlahnya tidak terhitung, yang mana harganya tidak ternilai, subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

"ya Allah, Izinkan aku ya Allah untuk aku ukirkan pengalaman dan ilmu yang aku perolehi di sini iaitu di sepanjang pengembaraanku yang mana Engkau sinarkan hati ini, jiwa ini, jasad ini dengan keimanan kepada-Mu ya Allah, amin ya rabbi"..(T__T)


Seperti mana yang ambo katakan "sebelum ini", Allah Subhanahu wa Ta'ala telah memperjalankan ambo dari negeri Perak ke Johor..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

Pergembaraan ini yakni perjalanan ambo ini adalah bukan berseorangan tetapi adalah bersama sahabat-sahabat atau saudara-saudara yang mana berpegang kepada satu aqidah iaitu beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, Allah Tuhan Yang Maha Esa, Allah Tuhan Yang Maha Kuasa, Allah Tuhan Yang tidak memerlukan tempat bagi-Nya..

wallahua'lam..

Ketika pengembaraan bersama sahabat-sahabat inilah, ambo mengenali secara dekat tentang "ta'aruf, tafahum dan takaful"..

secara ringkasnya..

ta'aruf adalah merujuk kepada saling kenal mengenali..tafahum adalah merujuk kepada saling faham memahami..takaful adalah merujuk kepada saling tolong menolongi..

insya Allah, wallahua'lam..



Firman Allah (yang bermaksud) :

"Sesungguhnya orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah di antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." (Surah al-Hujurat, ayat 10)

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

Ketika sampai di bumi Johor buat kedua kalinya, ambo di bawa ke rumah seorang sahabat yakni sahabat yang bersama ambo dari Perak ke Johor..di mana, di situlah tempat berehat, tempat tidur, dan tempat untuk beramal ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..

wallahua'lam..

Apabila berada di rumah sahabat itu, ambo mengenali ibunya, ambo mengenali ayahnya, ambo mengenali adik-adiknya, ambo mengenali kediamannya, ambo mengenali masyarakatnya, dan sesungguhnya hanya Allah Subhanahu wa Ta'ala yang kenal akan makhluk-Nya, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

apabila ambo mengenali "dirinya" yakni melalui apa yang ambo katakan tadi, maka ambo faham tentang dirinya..bagaimana dirinya sebenar di pandangan ibunya, ayahnya, masyarakatnya, dan seumpamanya, dan sesungguhnya hanya Allah Subhanahu wa Ta'ala yang faham akan makhluk-Nya, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

apabila ambo memahami 'dirinya" yakni melalui apa yang ambo katakan tadi, maka ambo terasa dihati, terasa diminda untuk menolong semampu yang boleh kerana dirinya adalah saudara seIslam, saudara yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..kerana adab kehidupan di alam dunia ini adalah SALING LENGKAP MELENGKAPI, dan sesungguhnya hanya Allah Tuhan Yang Maha Sempurna, Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui, Allah Tuhan Yang Maha Kuasa..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

 tidak ku rencanakan untuk "berta'aruf", tidak juga untuk "memahamkannya", tidak juga untuk "bertakaful"..tetapi segalanya adalah aturan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Allah Subhanahu wa Ta'ala Tuhan Yang Maha Mengetahui, Allah Tuhan Yang Maha Bijaksana..

dari negeri Perak jauhnya..
mengembara mencari makna dunia..
sampai ke johor destinasinya..
namun di sini mengenal erti saudara..

wallahua'lam..

"ya Allah, golongkanlah aku di dalam golongan yang beriman kepada-Mu, di mana golongan inilah menjadi sahabat untukku mengenali-Mu ya Allah, beramal ibadah kepada-Mu ya Allah, dan mencintai-Mu sepenuhnya ya Allah, amin ya rabbi.."

wallahua'lam..biiznillah..(T__T)

Dari sahabat Ibnu Umar Radhiyallahu 'anhu, Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda (yang bermaksud) :

"Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim yang lain. Ia tidak menganiayanya, tidak pula menyerahkannya (kepada musuhnya). Barang siapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi pula keperluannya. Siapa yang melapangkan suatu kesulitan seorang Muslim, Allah akan melapangkan baginya satu kesulitan pula dari kesulitan-kesulitan yang dihadapi di hari kemudian." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

wallahua'lam..


23 January 2011

apakah solah ku diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala? (T__T)


astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..(T__T)

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T) wallahua'lam..

Seorang sahabat Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam, Sayyidina Zuhri Radhiyallahu 'anhu telah bertemu dengan Sayyidina Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu di Syria, di mana diketika itu, Sayyidina Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu sedang menangis..

lalu berkata Sayyidina Zuhri Radhiyallahu 'anhu (yang bermaksud) : "kenapa kamu menangis wahai Anas?"

lalu Sayyidina Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu menjawab (yang bermaksud) : "aku tidak dapat pastikan solat manakah yang diterima Allah Subhanahu wa Ta'ala"

(hadits riwayat Imam Bukhari)..wallahua'lam..



astaghfirullah..(T__T)

begitu dalam dan mantap para sahabat bermuhasabah diri..sehinggakan setiap amal ibadah, pasti mereka akan berasa masih tidak sempurna walaupun di pandangan zahir kita ia sudah sempurna dari segi rukumnya, fadhilatnya dan seumpamanya..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

kenapa? kerana mereka meletakkan hati mereka sentiasa tidak mengetahui "apakah amal ibadah itu diterima Allah Subhanahu wa Ta'ala atau tidak", sebaliknya mereka sentiasa merasakan tidak cukup dengan amal ibadah yang mereka lakukan sedianya, dan sentiasa berusaha dan memohon pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala agar dipermudahkan segalanya..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

dan, secara jelasnya, diri mereka sendiri, terus istiqomah dalam beramal ibadah kepada Allah, kerana mereka sedar, mereka HANYALAH HAMBA ALLAH YANG TUGASNYA BERAMAL IBADAH KEPADA ALLAH UNTUK MENGENAL ALLAH DAN MENYINTAI ALLAH..

wallahua'lam..(T__T)

sebaliknya kita di zaman kini..

majoritinya berpuas hati dengan amal ibadah yang dilakukan, sehinggakan timbulnya sifat mazmumah yakni sifat yang tercela di sisi Allah S.W.T seperti ujub, sombong, takabur dan seumpamanya..

astaghfirullah..(T_T)
 
maka kembalilah beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..sentiasalah bermuhasabah diri, insya Allah..(T__T)

dan, sentiasalah letakkan di dalam hati adalah, "Allah Subhanahu wa Ta'ala hanya melihat amal ibadah golongan mukmin"..maka dengan itu, kita akan berusaha mencari ilmu Iman dan Islam, berusaha beramal dengannya, berusaha mendapatkan ihsan dan berusaha redha dengan segala ketentuan Allah Subhanahu wa Ta'ala..

insya Allah, wallahua'lam..(T__T)
 
"ya Allah, tetapkanlah hatiku, jiwaku, jasadku untuk terus istiqomah di dalam menjadi hamba-Mu yang beriman kepada-Mu"

amin ya rabbi..wallahua'lam..(T__T)
 
 

22 January 2011

catatan perjalanan : pengalaman minggu kedua di Jabatan Kecemasan


alhamdulillah..

astaghfirullah, wallahua'lam..

minggu kedua di Jabatan Kecemasan sudah pun berlalu..
ia menjadi asbab bertambahnya ilmu dan pengetahuan kepadaku..
dan segalanya adalah aturan Allah Subhanahu wa Ta'ala, Tuhanku..
tidakku duga waktu pantas berlalu..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

di Jabatan Kecemasan ini, aku mengenali beberapa orang sahabat dan teman yang baik dan pemurah di dalam berkongsi ilmu dan pengalaman..

terutama seorang pelajar perubatan dari First Medical Univercity di Moscow, dia seorang perempuan cina, tetapi pemurah di dalam berkongsi ilmu dan pengalaman..

Ketika ini, dia diberi cuti semester dan dia telah manfaatkan sepenuhnya masa itu dengan hadir ke hospital yang berdekatan dengannya untuk menambah ilmu dan pengalaman serta skil di dalam pelaksanaan prosedur perubatan..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

Sepanjang seminggu perkenalan dengannya iaitu minggu pertama yang lalu, dan kemudiannya minggu kedua, pelbagai ilmu dan pengalaman di kongsi bersama, dan diri yang hina ini juga sedikit sebanyak dapat memperbaiki skil di dalam pelaksanaan prosedur perubatan, alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..

wallahua'lam..

Dia sendiri iaitu pelajar perubatan itu juga sentiasa bertanya mengenai keadaan "formal" diriku, seperti sentiasa memakai glove..

secara ringkasnya, ambo menjawab : "untuk menghormati pesakit"

dia bertanya lagi, "maksud menghormati pesakit? bukankah dia merasakan kita seperti ada jurang dengannya?"

ambo, "alhamdulillah, begini awak, mungkin itu yang awak rasa..tetapi sebenarnya, saya berbuat demikian adalah untuk menghormati pesakit..di mana, pesakit dalam keadaan sakit, dan pada waktu itu dia tidak dapat membuat pertimbangan yang baik...mungkin jika dia dalam keadaan sihat dan boleh berfikir secara rasional, dia mungkin tak suka kita menyentuhnya..seperti awak, kalau saya sentuh tangan awak sekarang, boleh? pegang lama-lama ke, gosok tangan awak ke, boleh? sedangkan awak perempuan, saya lelaki, mesti rasa macam segan kan? ke tak?"

dia berkata, "eh, mestilah segan, u lelaki, i perempuan"

ambo tersenyum, "jadi, sebab itulah, saya memakai glove, jadi bila saya sentuh dia untuk pemeriksaan fizikal, nak ambil vital sign, nak lakukan apa-apa prosedur, walaupun yang basic sekalipun, saya cuba berusaha memakai glove, untuk menghormati privasi pesakit"

dia senyum, "oh, begitu ya"

ambo menyambung lagi, "secara jujurnya, di dalam agama yang saya anuti iaitu Islam, tidak membenarkan persentuhan di antara lelaki dan perempuan iaitu senangnya, perempuan atau lelaki yang boleh dikahwini.."

dia bertanya, "kenapa agama kamu, Islam begitu kompleks, seolah-olah menyusahkan kita semua, sedangkan persentuhan itu mungkin yang perlu contohnya seperti bertemu akan bersalaman"

ambo tersenyum, "alhamdulillah, Islam bukan suatu agama yang komplek, awak..tetapi ia suatu agama yang menjaga kemuliaan seseorang..seperti bersalaman contohnya, atau bersentuhan contohnya, kalau boleh bersentuhan tanpa perkahwinan, maka tidak istimewalah seseorang itu, sebab boleh disentuh begitu sahaja..sedangkan, Islam mengangkat kemuliaan perempuan terutamanya dengan menjaganya, menyuruh menutup tubuhnya..kenapa? kerana keistimewaan tubuhnya, dirinya, hatinya, suaranya dan seumpamanya adalah berhak ke atas lelaki yang menjadi suaminya..awak rasa macam mana? adakah awak akan membenarkan seseorang lelaki yang bukan suami awak untuk pegang awak, untuk peluk awak? secara umumnya, atau secara moralnya macam mana?"

dia menjawab, "em, betul juga ya..begitu rupanya..selama ni, i memang ada kawan yang muslim tapi tak ada pula seperti yang awak katakan ni, i tengok mereka berpegang ke situ ke sini, tak ada apa pun"

ambo tersenyum, "alhamdulillah..ini jawapan saya untuk apa yang awak katakan itu..ada seorang paderi yang kemudiannya memeluk Islam, katanya, "andai saya kenal orang Islam iaitu muslim terlebih dahulu, saya tidak akan memeluk Islam, tetapi saya kenal Islam terlebih dahulu dari orangnya, maka saya memeluk Islam dan menjadi muslim yang beriman kepada Allah", jadi begini sahajalah awak, Islam adalah seperti apa yang saya katakan sebelum ini, sangat menjaga keistimewaan setiap manusia..saya tak suruh awak masuk Islam tetapi kenal dulu Islam, awak akan tahu apa yang istimewanya"

dia tersenyum, "boleh i nak ur number?"

ambo tersenyum, "awak ada email kan, atau FB kan? ambil email saya ni, white_crown01@yahoo.com, kalau ada apa-apa nak tanya ke, ada masalah ke, apa ke, boleh contact saya di sini"..

dia senyum dan menerima sekeping kertas dariku..

dan, perbualan ini adalah perbualan terakhir aku dengannya..dia telah selesai melaksanakan tugasan di sini yakni jabatan Kecemasan dan akan kembali ke Universitinya nanti..

doaku untuknya, "ya Allah, kurniakanlah nur hidayah kepada-Nya, golongkanlah dia di dalam golongan yang mengenali-Mu ya Allah, yang beriman kepada-Mu ya Allah, yang mati dan kembali kepada-Mu di dalam keadaan mukmin ya Allah"..

amin ya rabbi..

wallahua'lam..




20 January 2011

siapakah zaujati? wallahua'lam..(T__T)


alhamdulillah..(^_^)

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

astaghfirullah..wallahua'lam..

dari Sayyidina Jabir Radhiyallahu 'anhu, bahawa dia menikahi seorang wanita pada zaman Sayyiduna Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam.

Maka Sayyiduna Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam menemuinya dan berkata : "apakah kamu sudah menikah wahai Jabir?"

Dia (Sayyidina Jabir Radhiyallahu 'anhu) berkata : "ya"

Dia (Sayyiduna Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam) berkata : "perawan atau janda?"

aku (Sayyidina Jabir Radhiyallahu 'anhu) berkata : "tetapi dengan janda"

Dia (Sayyiduna Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam) berkata : "Mengapa tidak dengan perawan agar kamu dapat saling bermesra"

Dia (Sayyidina Jabir Radhiyallahu 'anhu) berkata : "wahai Rasulullah, aku memiliki banyak saudara perempuan, maka aku risau jika perawan itu akan merosakkan hubunganku dengan saudara-saudaraku"

Sayyiduna Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam berkata : "Jika demikian, wanita itu dinikahi kerana agamanya, hartanya dan kecantikannya. Maka pilihlah wanita yang beragama. semoga kamu berjaya"

(Hadits riwayat nasai)

wallahua'lam..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

Ketika hadits ini dinyatakan, sesungguhnya ayah kepada Sayyidina Jabir Radhiyallahu 'anhu telah meninggal dunia dan meninggalkan tujuh atau sembilan anaknya..

wallahua'lam..

Di dalam hadits ini, hanya dua sahaja yang ambo ingin kongsikan iaitu "perawan atau janda bakal isteri itu nanti"

pertamanya, Sayyiduna Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam sendiri menyarankan kepada si lelaki melalui hadits itu tadi, bahawa mengutamakan perawan daripada janda di dalam memilih siapakah zaujahnya..

kenapa? kerana ia adalah untuk membahagiakan kehidupan suami isteri itu (dengan izin Allah subhanahu wa Ta'ala)..hal ini jelas dinyatakan oleh Sayyiduna Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam..

wallahua'lam..

keduanya, andai perawan itu menyebabkan "masalah" kepada si lelaki seperti, merosakkan perhubungannya dengan ibu dan ayahnya, saudara kandungnya, atau seumpamanya, maka pilihlah ia berdasarkan pada perwatakan dan peribadi yang dimiliki oleh seorang wanita yang solehah dan beriman kepada Allah, sama ada dia perawan atau tidak (janda)..

wallahua'lam..

sesungguhnya seorang wanita yang hendak dinikahi itu adalah teman yang diharapkan si lelaki seperti :

1..si buta mengharapkan tongkaknya..
2..si pengembara mengharapkan penunjuk arahnya..
3..si pejalan malam mengharapkan pelitanya..

wallahua'lam..

maka, pilihlah ia yakni wanita atau lelaki yang hendak dinikahi itu adalah mempunyai agamanya iaitu Islam, yakni beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..

apabila dikatakan ia yakni wanita mempunyai agamanya, maka si wanita ini sentiasa mengingatkan si lelaki itu supaya sentiasa mengingati Allah subhanahu wa Ta'ala, sentiasa beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sentiasa mencintai Allah Subhanahu wa Ta'ala..dan begitulah sebaliknya

indahnya ikatan suami isteri, apabila indahnya ikatan kedua-dua dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala..

maka, dahulukanlah pilihan itu yakni isteri atau suami dengan melihat dan mengetahui agamanya yakni ilmunya dan amalnya..insya Allah..

wallahua'lam..


19 January 2011

Tarbiyyah menjadi ayah yang beriman kepada Allah, insya Allah..(T__T)


subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

wallahua'lam..

dari Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah, bahawa Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda (yang bermaksud) :

"didiklah anak-anak kamu pada tiga perkara iaitu mencintai Nabi kamu, mencintai ahlul baitnya dan membaca Al-Quran. sebab orang-orang yang memelihara Al-Quran itu berada di dalam lindungan Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindungan-Nya beserta para nabinya dan orang-orang yang suci"

(Hadits riwayat Imam ad-Dailami)

wallahua'lam..

alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan segala ni'mat yang dikurniakan-Nya, tidak terhitung banyaknya, tidak ternilai harganya, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

sebagaimana Allah memperjalankan ambo yang teramat hina ini dari Perak ke Pulau Pinang, Allah jugalah yang mengerakkan ambo untuk di tarbiyyah menjadi seorang ayah yang beriman kepada Allah S.W.T..

walaupun hadir sebagai tetamu yang dimuliakan..
namun hati tetap sebagai insan yang hina..
carilah ilmu dan pengetahuan..
agar diri kembali dengan beriman kepada-Nya..

wallahua'lam..



Dari Sayyidina Abi Hurairah radhiyallahu 'anhu, bahawa Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda (yang bermaksud) :

"setiap anak dilahirkan atas dasar fitrah (Al-Islam)"

Dalam riwayat yang lain, beliau bersabda (yang bermaksud) :

"Tidak seorang pun anak melainkan dilahirkan atas dasar fitrah"

"Kemudian kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nashara atau Majusi"

(Hadits riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim, dan lain-lain Imam ahli Hadits)

wallahua'lam..(T__T)

sungguh indah wajah anak ini, di waktu lahirnya adalah suci tanpa dosa..namun segala yang suci itu akan tamat setelah diberi acuan oleh kedua ibu bapanya, astaghfirullah, subhanallah, alhamdulilah, Allahuakbar..(T__T)

andai kedua ibu bapanya adalah muslim, insya Allah, kesuciannya akan terus terpelihara dengan acuan Iman dan Islam..

andai kedua ibu bapanya adalah selain daripada muslim, astaghfirullah, wal iyya dzubillah, kasihan pada bayi yang suci ini, kasihan pada bayi yang comel ini, tidak menjadi muslimlah ia, melainkan dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala..

seperti kita semua yang muslim, namun persoalannya apakah kita muslim di awalnya, bagaimanakah pengakhirannya?

astaghfirullah..maka, kita perlulah berusaha untuk istiqomah di dalam mengenal Allah, di dalam beramal ibadah kepada Allah, di dalam menjadikan hati sentiasa mencintai Allah Subhanahu wa Ta'ala..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

ia agar menjadikan kita kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam keadaan beriman dengan Yakin kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

maka, didiklah si kecil yang comel ini untuk menjadi hamba Allah yang mengenal-Nya, yang beramal ibadah kepada-Nya, yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala agar kelak kembali dalam keadaan hati, jiwa dan jasad yang mukmin..amin ya rabbi..

wallahua'lam..


"lailahaillallah lailahaillallah lailahaillallah muhammadu rasulullah..ya Allah, ya Allah, ya Allahu ya Allah, ya Allah, ya Allah, ya Allahu ya Allah.."

apabila dodoikan si kecil ini dengan "lagu" ini, dia begitu gembira..


subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

tiba-tiba menitis air mataku ketika mengukir setiap ayat di sini..(T__T) rindunya pada si kecil ini..astaghfirullah..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

"wahai sayangku, apakah yang kau buat sekarang ya?"

"wahai sayangku, adakah kau gembira sekarang ya?"

(T__T) astaghfirullah..semakin disusun setiap soalan, semakin sayu hatiku, astaghfirullah..(T__T)

teringat aku..


si kecil ni pasti berkata : "sape lak ni, main tutup muka pulak dengan aku!"

(^_^) tercuit hatiku melihat wajahnya yang comel, matanya yang besar, subhanallah, semakin rindu pula jadinya..(T__T)

"ya Allah, ya Tuhanku, jadikanlah cintaku ini, rinduku ini adalah keredhaan-Mu ya Allah, andai bukan, maka jauhilah ia dariku ya Allah"..amin ya rabbi..(T__T)


sesungguhnya persediaan untuk menjadi seorang ayah adalah perlu ada..terutama dari ilmu dan amal Iman dan Islam..

cantiknya acuan yang dibuat, cantiklah kuih yang terbentuk..

wahai hatiku, wahai, jiwaku, wahai jasadku..
carilah ilmu Iman dan Islam..
pelajarilah ia dan amalkanlah ia dengan istiqomah dan sepenuhnya kepada Allah S.W.T..

insya Allah, wallahua'lam..

ilmu aqidah, kenalkanlah ia kepada si kecil sejak kecil lagi..

ulang-ulangkan ia yakni kalimah tauhid pada telinganya,
jadikanlah ia sebagai alunan dodoinya,
kenalkanlah si kecil kepada Allah Tuhan Yang Maha Esa,
agar ia membesar dalam keadaan mencintai Allah Yang Maha Esa..

wallahua'lam..

ilmu fiqh, kenalkanlah ia dengan tingkahlaku dan gerak geri kita yang beracuankan Iman dan Islam..

ketika mahu bersolah..
letakkan ia yakni si kecil di sisi..
biar matanya sentiasa melihat ke arah gerakan solah..
supaya dia membesar dengan mencintai ilahi..

wallahua'lam..

ilmu tasawwuf, kenalkanlah ia dengan perwatakan dan sikap yang beracuankan Ihsan..

si kecil adalah suci pada mulanya..
ibarat gelas yang kosong..
mudah untuk mengisinya dan memenuhkannya..
maka tunjukkanlah contoh dan teladan yang bersalut Iman dengan sikap penyayang..

kenalkanlah ia dengan serban, kenalkanlah ia dengan tudung labuh, kenalkanlah ia dengan jubah, kenalkanlah ia dengan purdah, kenalkanlah ia dengan tasbih, kenalkanlah ia dengan al-Quran, dan seumpamanya..

agar dia yakni si kecil membesar dalam keadaan beriman kepada Allah didahulukan, Islam diutamakan..

wallahua'lam..




Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala (yang bermaksud) :

"dan orang-orang yang berkata : "wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami Imam bagi orang-orang yang bertaqwa"

(surah al-Furqan, ayat 74)

wallahua'lam..

18 January 2011

Kisah Pengembara : Perjalanan si hina dari Perak ke Pulau Pinang..(T__T)


alhamdulillah..(^_^)

syukur kepada Allah S.W.T kerana memberi ni'mat hidup dan ni'mat mampu untuk mengembara mencari langkah ke arah keredhaan Allah S.W.T..

astaghfirullah..(T__T) 

sesungguhnya ambo teramat hina di sisi Allah S.W.T, maka diri ini mencari bagaimanakah untuk kembali kepada Allah S.W.T di dalam golongan hamba Allah yang mulia dengan Iman di sisi-Nya, insya Allah..amin ya rabbi..wallahua'lam..

Di dalam pencarian itu, ambo telah dipilih oleh Allah S.W.T untuk mengembara di dalam satu perjalanan iaitu dari Perak ke Pulau Pinang, wallahua'lam.. 

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

Maka, ambo menyahut pengembaraan ini dengan berbekalkan ilmu dan pengetahuan yang teramat sedikit, ibarat pemuda yang berjalan di tengah malam dengan hanya memegang satu mancis yang sedikit bernyala..

segalanya, ambo serahkan kepada Allah S.W.T kerana segalanya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui, Allah Tuhan Yang Maha Kuasa..

Setelah tiba waktu yang ditetapkan iaitu pada malam sabtu yang lalu, ambo telah diizinkan oleh Allah S.W.T untuk menaiki sebuah bas ekspress di sebuah stesyen bas di Perak..

Namun, suatu peristiwa telah berlaku sebelum itu, yakni tiket bas ekspress telah jatuh ke dalam suatu parit..

Namun, segalanya milik Allah S.W.T..Dia yang menganugerahkannya, maka ambo redha dengan segalanya kerana ia bukan milik ambo..

Namun, Allah S.W.T mempermudahkannya jua iaitu Pemandu Bas membenarkan jua ambo menumpang di Bas itu walaupun tiada tiket pada zahirnya..wallahua'lam..syukur kepada Allah S.W.T..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

pada hati dan minda ambo, "wallahua'lam, kejadian itu mungkin suatu kifarah kepada aku yang banyak dosa kepada Allah, astaghfirullah..(T__T)"

bersangka baiklah kepada setiap ciptaan Allah S.W.T, sesungguhnya segalanya adanya hikmah, dan sesungguhnya hanya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui..(T__T)

Perjalanan si hina ini tidak berhenti di situ, sebaliknya di dalam bas ekspress, ambo duduk bersebelahan dengan seorang gadis yang mana tidak bertudung, namun alhamdulillah, dia memakai baju kurung..

Ketika itu, apa yang bermain di mindaku hanyalah, "apakah perlu aku menukar tempat atau hanya berada di situ sahaja"..

dan, akhirnya, ambo memilih untuk berada di situ..

ambo : "awak ni dari mana?"

gadis : "sy dari .......(tempat study dirahsiakan), nak balik penang"..


ambo : "oh, awak ni malay ya?"

gadis : "eh, awak ni, sy malay la, awk tak nampak ke sy ni malay?"

ambo : "oh, maaf, sy tak dapat tengok"

gadis : "kenapa pulak?"

ambo : "entahlah, mata sy ni nak kena tengok depan je, tak tahu kenapa"

gadis : "ait, kenapa macam tu pula? takkan mata awak sakit kot, kalau sakit, mesti dah balut"

ambo : "kalau boleh pilih untuk balutnya, sy dah balutnya"

gadis : "tak faham, maksud awk?"

ambo : "ya lah, kalau balut, kan tak nampak pulak nak jalan, tapi tulah, kena tengok depan je lah"

gadis : "pelik lah awk ni, kenapa awk tak tengok sy masa bercakap?"

ambo : "awk cantik sangat, kan jatuh cinta pula sy nanti"

terdiam gadis tu..

ambo tersenyum dan menyambung : "mata sy sihat aje awk, tapi sy risau, kalau sy tengok awk yang cantik ni sekarang, nanti mata sy jadi sakit"

gadis : "maksud awk?"

ambo tersenyum : "cuba awk ambil kain ni (kain sebar yang diletakkan atas bahu bagi golongan pondok) dan letak di atas kepala, aircond ni sejuk, tutup sikit muka, biar aircond tak kena"

gadis itu masih bingung tetapi menurutnya..

ambo tersenyum : "alhamdulillah, macam ni baru tak sakit mata kalau terpandang awk, sebab tak nampak awk yang cantik ni"

gadis itu terus terdiam dan memalingkan wajah dan jasadnya ke sisi bas..

lama berdiam diri..

kemudian, dia berkata : "apakah maksud awk, mata awk sakit kalau melihat rambut sy ni?"

ambo tersenyum : "tidak, mata sy akan sakit bila melihat awk seluruhnya"

gadis : "sy jadi tak faham balik, maksud awk apa sebenarnya?"

ambo tersenyum : "mata sy sihat dan tak sakit bila melihat gadis atau wanita yang jadi isteri sy, ibu sy, adik-adik sy, kalau awk, kena tutup semua, kenapa? sebab awk halal untuk sy nikahkan"

gadis : "oh.............."

ambo terus menyambung : "baiklah, awk, sy bukanlah baik untuk tazkirah ke, ustaz ke, atau seumpamanya..

tetapi awk, cuba awk bayangkan..

kalau rambut awk didedahkan sekarang, jadi nanti di akhirat kelak, rambut dah kena tutup pula..

tetapi kalau rambut sekarang ditutup elok, nanti dapat dibuka dengan selamat di akhirat..

tutup di akhirat tadi adalah tutup dengan kain yang dibakar api neraka..

sy bukan nak takutkan awk, atau nak nasihat ke apa, tapi cuba bayangkan begitu, sy pun tak baik pun, jahat gak, mungkin lebih jahat dari sy"

dia diam aje..

sehinggalah sampai ke jambatan pulai pinang..sebelum sampai stesyn bas sungai nibong..

dia berkata : "terima kasih awak (sambil mahu membuka kain tadi)"

ambo : "eh, jangan buka, awk ambil aje kain ni, hadiah dari sy, pakai selalu ya, insya Allah, nanti di akhirat, kepala sejuk aje, dan tutuplah seluruh jasad awak ya, kenapa? sebab awk cantik dan wanita adalah sangat istimewa sehinggakan perlu ditutup, dan keistimewaan yang mahal itu hanya boleh diberikan kepada orang tertentu sahaja seperti suami awk"

dia terdiam..

sampai sahaja di Stesyen Bas sungai nibong..ambo terus bangun dahulu dan meninggalkannya..

"ya Allah, kurniakanlah nur Iman dan nur Islam kepadanya, amin ya rabb" 

wallahua'lam..


sesungguhnya, ambo boleh memilih untuk menukar tempat duduk, namun ambo tidak berbuat sedemikian, kerana AMBO NAK TAHU APAKAH YANG DIA FAHAM SEBENAR KEISTIMEWAAN WANITA YANG PERLU DIJAGA DAN DIBERIKAN KEPADA INSAN YANG TERPILIH SAHAJA..

insya Allah, wallahua'lam.. 

dan..alhamdulillah..Allah memelihara hati dan jasad ini dari menghampiri zina..

walaupun dia sudah memakai kain rida itu, tetapi ketika bercakap dengannya, mata ambo, alhamdulillah tetap memandang di hadapan..

semoga Allah terus tetapkan hati ini, jiwa ini, jasad ini didalam keredhaan-Nya..

wallahua'lam..


 
Pilihan di tangan kalian apabila bertemu dengan golongan sebegini, sama ada kalian mahu mendekatinya, atau menjauhinya, atau meninggalkannya, atau memarahinya, atau seumpamanya, terserahlah kepada kalian..

dan, pilihan ambo, adalah untuk keselamatan diri ambo sendiri di akhirat kelak..

ambo tidak mahu apabila hendak melintasi siratul mustaqim nanti, rupa-rupanya gadis itu yang menarik ambo ke dalam nereka Allah,

kenapa? kerana ambo tidak menasihatinya ketika mana ambo berpeluang dan mengetahuinya..

astaghfirullah..(T_T)

"ya Allah, wahai tuhan yang membalik-balikknya hati, maka tetapkanlah hatiku pada agama-Mu"

amin ya rabb..wallahua'lam..

17 January 2011

catatan perjalanan : pengalaman minggu pertama di Jabatan Kecemasan


subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(^_^)

alhamdulillah..

hampir seminggu di Jabatan Kecemasan sebuah hospital..

andai sebelum ini hanya ilmu teori di pelajari, di scan dari buku, di copy dari internet, dan seumpamanya..namun alhamdulillah, amal praktikal dapat dilaksanakan pula..

alhamdulillah, syukur kepada-Mu ya Allah..

ku pohon pada-Mu ya Allah, "tetapkanlah hatiku kepada-Mu ya Allah, tetapkanlah hatiku, jiwaku, dan jasadku sentiasa beriman kepada-Mu ya Allah"

Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) :

"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah ) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu"

(surah al-Faatir, ayat 28)

wallahua'lam..

"ya Allah, ya tuhanku, Engkau menganugerahkan kepadaku segala ilmu, maka anugerahkanlah jua kepadaku sifat bimbang dengan ilmu itu supaya aku sentiasa mengingati-Mu bahawasanya aku hanyalah hamba Allah S.W.T"

amin ya rabb, wallahua'lam..

minggu pertama di Jabatan Kecemasan di sebuah hospital mengajarku erti ni'mat syukur kepada Allah S.W.T..

pesakit datang dalam keadaan sakit..
pesakit datang dalam keadaan luka..
pesakit datang dalam keadaan cedera parah..
pesakit datang dalam keadaan pengsan..
pesakit datang dalam keadaan mati..

astaghfirullah..

aku yang masih sihat ini..
aku yang masih tiada luka ini..
aku yang masih tiada cedera ini..
aku yang masih tidak pengsan ini..

AKU YANG MASIH BELUM MATI INI..

apakah yang telah aku lakukan untuk menghargai setiap anugerah yang Allah berikan ini? astaghfirullah..(T__T)

benarlah kata ayahku, "setiap kehidupan yang dilalui oleh dirimu wahai anakku adalah GURU ASAL KEPADAMU."

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

benarlah kata ayahku..setiap yang berlaku di sisiku, pada diriku, pada hatiku, adalah mengajar aku erti kehidupan, erti untuk menjadi hamba Allah yang bersyukur kepada Allah S.W.T..

apabila dikatakan bersyukur kepada Allah S.W.T, maka perlulah menghargai segala anugerah dari Allah S.W.T..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)

"ya Allah, tetapkanlah hatiku untuk terus beriman kepada-Mu ya Allah"..amin ya rabb..

"ya Allah, walau dimana jasad ku berada, tetapkanlah hatiku untuk terus istiqomah di dalam mentaati-Mu ya Allah"..amin ya rabb..

wallahua'lam..


~ Muhasabah ~