alhamdulillah..
astaghfirullah, wallahua'lam..
minggu kedua di Jabatan Kecemasan sudah pun berlalu..
ia menjadi asbab bertambahnya ilmu dan pengetahuan kepadaku..
dan segalanya adalah aturan Allah Subhanahu wa Ta'ala, Tuhanku..
tidakku duga waktu pantas berlalu..
subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T__T)
di Jabatan Kecemasan ini, aku mengenali beberapa orang sahabat dan teman yang baik dan pemurah di dalam berkongsi ilmu dan pengalaman..
terutama seorang pelajar perubatan dari First Medical Univercity di Moscow, dia seorang perempuan cina, tetapi pemurah di dalam berkongsi ilmu dan pengalaman..
Ketika ini, dia diberi cuti semester dan dia telah manfaatkan sepenuhnya masa itu dengan hadir ke hospital yang berdekatan dengannya untuk menambah ilmu dan pengalaman serta skil di dalam pelaksanaan prosedur perubatan..
subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..
Sepanjang seminggu perkenalan dengannya iaitu minggu pertama yang lalu, dan kemudiannya minggu kedua, pelbagai ilmu dan pengalaman di kongsi bersama, dan diri yang hina ini juga sedikit sebanyak dapat memperbaiki skil di dalam pelaksanaan prosedur perubatan, alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..
wallahua'lam..
Dia sendiri iaitu pelajar perubatan itu juga sentiasa bertanya mengenai keadaan "formal" diriku, seperti sentiasa memakai glove..
secara ringkasnya, ambo menjawab : "untuk menghormati pesakit"
dia bertanya lagi, "maksud menghormati pesakit? bukankah dia merasakan kita seperti ada jurang dengannya?"
ambo, "alhamdulillah, begini awak, mungkin itu yang awak rasa..tetapi sebenarnya, saya berbuat demikian adalah untuk menghormati pesakit..di mana, pesakit dalam keadaan sakit, dan pada waktu itu dia tidak dapat membuat pertimbangan yang baik...mungkin jika dia dalam keadaan sihat dan boleh berfikir secara rasional, dia mungkin tak suka kita menyentuhnya..seperti awak, kalau saya sentuh tangan awak sekarang, boleh? pegang lama-lama ke, gosok tangan awak ke, boleh? sedangkan awak perempuan, saya lelaki, mesti rasa macam segan kan? ke tak?"
dia berkata, "eh, mestilah segan, u lelaki, i perempuan"
ambo tersenyum, "jadi, sebab itulah, saya memakai glove, jadi bila saya sentuh dia untuk pemeriksaan fizikal, nak ambil vital sign, nak lakukan apa-apa prosedur, walaupun yang basic sekalipun, saya cuba berusaha memakai glove, untuk menghormati privasi pesakit"
dia senyum, "oh, begitu ya"
ambo menyambung lagi, "secara jujurnya, di dalam agama yang saya anuti iaitu Islam, tidak membenarkan persentuhan di antara lelaki dan perempuan iaitu senangnya, perempuan atau lelaki yang boleh dikahwini.."
dia bertanya, "kenapa agama kamu, Islam begitu kompleks, seolah-olah menyusahkan kita semua, sedangkan persentuhan itu mungkin yang perlu contohnya seperti bertemu akan bersalaman"
ambo tersenyum, "alhamdulillah, Islam bukan suatu agama yang komplek, awak..tetapi ia suatu agama yang menjaga kemuliaan seseorang..seperti bersalaman contohnya, atau bersentuhan contohnya, kalau boleh bersentuhan tanpa perkahwinan, maka tidak istimewalah seseorang itu, sebab boleh disentuh begitu sahaja..sedangkan, Islam mengangkat kemuliaan perempuan terutamanya dengan menjaganya, menyuruh menutup tubuhnya..kenapa? kerana keistimewaan tubuhnya, dirinya, hatinya, suaranya dan seumpamanya adalah berhak ke atas lelaki yang menjadi suaminya..awak rasa macam mana? adakah awak akan membenarkan seseorang lelaki yang bukan suami awak untuk pegang awak, untuk peluk awak? secara umumnya, atau secara moralnya macam mana?"
dia menjawab, "em, betul juga ya..begitu rupanya..selama ni, i memang ada kawan yang muslim tapi tak ada pula seperti yang awak katakan ni, i tengok mereka berpegang ke situ ke sini, tak ada apa pun"
ambo tersenyum, "alhamdulillah..ini jawapan saya untuk apa yang awak katakan itu..ada seorang paderi yang kemudiannya memeluk Islam, katanya, "andai saya kenal orang Islam iaitu muslim terlebih dahulu, saya tidak akan memeluk Islam, tetapi saya kenal Islam terlebih dahulu dari orangnya, maka saya memeluk Islam dan menjadi muslim yang beriman kepada Allah", jadi begini sahajalah awak, Islam adalah seperti apa yang saya katakan sebelum ini, sangat menjaga keistimewaan setiap manusia..saya tak suruh awak masuk Islam tetapi kenal dulu Islam, awak akan tahu apa yang istimewanya"
dia tersenyum, "boleh i nak ur number?"
ambo tersenyum, "awak ada email kan, atau FB kan? ambil email saya ni, white_crown01@yahoo.com, kalau ada apa-apa nak tanya ke, ada masalah ke, apa ke, boleh contact saya di sini"..
dia senyum dan menerima sekeping kertas dariku..
dan, perbualan ini adalah perbualan terakhir aku dengannya..dia telah selesai melaksanakan tugasan di sini yakni jabatan Kecemasan dan akan kembali ke Universitinya nanti..
doaku untuknya, "ya Allah, kurniakanlah nur hidayah kepada-Nya, golongkanlah dia di dalam golongan yang mengenali-Mu ya Allah, yang beriman kepada-Mu ya Allah, yang mati dan kembali kepada-Mu di dalam keadaan mukmin ya Allah"..
amin ya rabbi..
wallahua'lam..
semoga Allah menganugrahkannya hidayah..
ReplyDeleteinsyaAllah.
Tahniah akhi TJ..
barakallahulak. ^_^
alhamdulillah..(T__T)
ReplyDeleteenta, demo ya akhi Iklil hafriz lebih mulia dari ambo..
ambo ni insan dhaif dan teramat hina..minta tegurlah ambo ni deh..ni bukan gurauan ya akhi, tetapi jujur dari hati, ambo minta ditegur, sebaiknya tegurlah dihadapan, ambo berlapang minda dan hati untuk menerimanya, kerana ambo hanyalah pinjaman dari Allah subhanahu wa Ta'ala..
apabila barang pinjam ni, nak bagi kelik ke tuan dia pun, kalu ikut adab, kena bagi dalam keadaan ketika dapat dulu..jadi gak, nak kelik doh ambo ni, minta tegurlah ambo, agar dapat kelik dalam keadaan beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..
insya Allah..(T__T)
tahniah di atas pertunangan..semoga Allah permudahkan hatimu ya akhi untuk beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..
amin ya rabbi..(T__T)
wallahua'lam..