12 June 2011

Daurah ilmu bersama al-'Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Murabbi al-Habib Zein bin Ibrahim Bin Sumaith, kini di Kelantan Darul Naim..


alhamdulillah, syukurku kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala di atas segala-galanya, yang mana segala-galanya itu sama ada yang disedari oleh hati atau tidak disedari oleh hati, segala-galanya adalah kurniaan Allah Subhanahu wa Ta'ala..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

kini, sedikit perkongsian mengenai majlis bagi "ahlul Syurga (insya Allah)" yang insya Allah akan berlangsung di Kelantan Darul Naim bermula hari ini, Isnin (13 Jun 2011M / 11 Rejab 1432H) yang insya Allah bertempat di Balai Islam Lundang..

pesanan sang guruku yang mulia, al-'Allamah al-Habib Umar al-Hafiz :

مَنْ لَمْ يُجَالِسْ مُفْلِحُ كَيْفَ يُفْلِحُ وَ مَنْ جَالَسَ مُفْلِحَ كَيْفَ لاَ يُفْلِحُ

(yang bemaksud) : "Barangsiapa yang tidak mahu duduk dengan orang beruntung, bagaimana mungkin ia akan beruntung dan barangsiapa yang duduk dengan orang beruntung, bagaimana mungkin ia tidak akan beruntung"

masya Allah, tabarakallah..

sesungguhnya, guru yang mulia yakni yang akan hadir ke Balai Islam Lundang, Kelantan Darul Naim nanti adalah merupakan di antara "orang beruntung", dan amat rugi kepada mereka yang diberi kesempatan dan peluang tetapi tidak berusaha untuk bersama dengan "orang yang beruntung"..

astaghfirullah..(T__T) : semoga kita semua diberi kesempatan untuk bersama mereka yang beruntung (orang-orang yang soleh), dan seterusnya menjadikan kita juga seperti mereka, insya Allah, amin ya Rabb..

sedikit perkongsian juga mengenai maklumat "daurah ilmu" di Balai Islam Lundang, Kelantan Darul Naim itu nanti..insya Allah, amin ya Rabb..

wallahua'lam, Allah jua Yang Maha Mengetahui..

.:: TARIKH  : 11 Rejab 1432H hingga 13 Rejab 1432H (bersamaan 13 Jun 2011M hingga 15 Jun 2011M)

.:: MASA : 9 pagi hingga 12 tengah hari, dan Selepas Maghrib hingga 11 malam (Pendaftaran : Selepas Asar, 13 Jun 2011M)

.:: TEMPAT : Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan



.:: PENGANJUR : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Majlis Muwasolat Negeri Kelantan

alhamdulillah, syukurku kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..

apa yang akan berlaku di sana nanti?

insya Allah, para hadirin nanti insya Allah diberi peluang untuk mendalami kitab secara talaqqi bersanad iaitu kitab Bahjatu al-Tholibin fi Muhimmah Usuluddin..



dan, para hadirin juga insya Allah akan diberi peluang untuk berada di dalam suatu majlis yang mulia, iaitu "Majlis Pengijazahan Sanad", insya Allah, amin ya Rabb..

alhamdulillah..(^__^)

dan, hari terakhir bagi daurah ilmu bersama guru yang mulia ini akan berakhir pada 15 Jun 2011 (Rabu), selepas majlis ilmu (9 pagi hingga 12 tengah hari)..

sebarang perubahan yang berlaku bukan di dalam pengetahuan diri hina ini, kerana diri hina ini hanya berkongsi tentang apa yang diperolehi di sini..

kepada para sahabat sekalian : "jumpa di sana, insya Allah, semoga Allah permudahkannya, amin ya Rabb"

No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~