11 June 2011

ni'mat sedikit yang dikejari..(T__T)

assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..(^_^)

pesanan para guru : "memberi salam adalah sunat (yakni di dalam keadaan yang dibenarkan), dan wajib menjawab bagi yang mendengar salam (yakni bagi yang berkemampuan untuk menjawab)", insya Allah, wallahua'lam..(^_^)

di pagi Ahad yang mulia ini, jasad ini terpanggil untuk mengukir dengan jari hina ini berkenaan Tausyiah (nasihat) yang telah disampaikan oleh al-Fadhil al-Walid Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin bin Marbu al-Banjari al-Makki..

siapakah beliau? sila rujuk di sini..



Tausyiah yang telah di sampaikan oleh al-Fadhil Tuan Guru ini adalah bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor iaitu pada tarikh 4 Jun 2011M bersamaan 2 Rejab 1432H..walaupun majlis itu sudah lama berlalu, kira-kira 8 hari yang lalu, namun ia masih segar di ingatan, menjadi pedoman buat minda faqir dan hati hina ini untuk meneruskan baki kehidupan di dunia ini yang mana akan tiba satu saat roh yang kerdil ini di panggil untuk kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sama ada dalam keadaan di hina (astaghfirullah, hindari ya Allah), atau dalam keadaan di mulia (amin ya Rabb, perkenankan ya Allah)..wallahua'lam..

untuk maklumat lanjut, sila rujuk di sini..



subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

Ketika jasad ini sampai di bumi Shah Alam, atau dengan lebih tepat lagi di bumi Masjid Shah Alam ini, keindahan yang Allah Subhanahu wa Ta'ala kurniakan pada buminya ini amat indah, tidak dapat ia hanya digambarkan oleh pancaindera yang ada, bahkan keindahan yang sebenarnya hanyalah Allah Subhanahu wa Ta'ala yang mengetahuinya..

subhanallah, sungguh bijaksana Allah Subhanahu wa Ta'ala..

di pandangan makhluk hina ini pada suatu ketika telah memuji kehebatan manusia yang mencipta masjid indah, kawasan indah, mengukir dengan begitu seni dan sebagainya..

namun, ketahuilah wahai minda faqir dan hati hina, andai begitu sekali pujianmu pada manusia yang merupakan makhluk kerdil ciptaan Allah Subhanahu wa Ta'ala, maka Allah Subhanahu wa Ta'ala lebih patut dan lebih utama dirimu melafazkan pujian yang tidak terhingga kerana Dia lah yang mengilhamkan kepada manusia untuk berbuat sedemikian, kerana kebijaksanaan manusia itu adalah kurniaan Allah Subhanahu wa Ta'ala, Dia lah Tuhan Yang Maha Bijaksana, Tuhan Yang Maha Kuasa..

subhanallah..(T__T)

maka, masuklah jasad hina ini ke dalam masjid yang indah, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, atau secara umumnya, Masjid Shah Alam..

alhamdulillah, Allah yang takdirkannya, subhanallah..(T__T)

bermulanya tausyiah al-Fadhil Tuan Guru Sheikh Nuruddin al-Banjari..iaitu kira-kira 9 pagi selepas solah sunat tasbih yang mengetarkan jasad yang begitu kontang dengan amal ibadah ini (astaghfirullah), kemudian dibawakan pula oleh beliau, zikir munajat yang masya Allah, tabarakallah membuai hati hina ini hingga mengalir air mata keinsafan, dari satu lafaz ke satu lafaz menyedarkan hati hina ini betapa kerdil lagi hina diri ini di dunia ini, segala-galanya hanyalah dengan kurniaan rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala..(T__T)

astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah..(T__T)

bermulanya tausyiah al-Fadhil Tuan Guru Sheikh Nuruddin al-Banjari dengan membawa kisah tentang "manusia mengejar ni'mat yang sedikit, ni'mat yang seketika, tetapi memerlukan usaha yang begitu kuat"..astaghfirullah..(T__T)

apakah maksudnya?

contohnya, adalah aku..

pesanan Sheikhuna al-Ustaz Muhammad bin Idris : "apabila kamu hendak memberikan contoh ketika menjelaskan sesuatu hal atau isu, gunakan dirimu sendiri sebagai contoh, kerana hal sedemikian lebih meninggalkan kesan kepada hatimu untuk menyedari bahawa dirimu sendiri untuk bermuhasabah"..

astaghfirullah..(T__T)

contohnya, adalah aku..

seperti aku mahu makan nasi bersama lauk yang enak..


aku memerlukan masa dan waktu untuk menyediakannya, perlu usaha mencari bahan-bahannya, seperti mahu menyediakan nasi, aku perlu mencari beras, kemudian periuk untuk diisinya dan dimasukkan pula air, dan kemudian di basuhnya sehingga benar-benar aku yakin untuk ia kemudiannya di letakkan diatas api untuk dimasak beras itu menjadi nasi..


atau lauknya, seperti lauk ayam gulai misalnya..aku perlu mencari bahan-bahannya terlebih dahulu, ayam dan rempah ratus, serta bahan-bahan lainnya..setelah ada bahan-bahannya, aku perlu menghirisnya, aku perlu mengkeratkannya, untuk sesuai atau lebih enak dimasak..kemudian barulah dimasak yang memerlukan tempoh masa yang lain pula..

untuk apakah semua ini?

hal ini adalah tidak lain dan tidak bukan, ia adalah untuk meni'mati kelazatan nasi dan lauk yang sekejap sahaja, masuk sahaja nasi ke dalam mulut bersama lauk tadi, terus sahaja terasa kelegaan dan kelazatan..

masya Allah, tabarakallah..

begitu lama tempoh masa, tenaga, wang dan seumpamanya yang diperlukan untuk meni'mati ni'mat yang sedikit, ni'mat yang seketika..

yang mana ni'matnya hanyalah sekejap sahaja..astaghfirullah..(T__T)

contoh lain adalah..seperti aku mahu memakai kenderaan kereta misalnya..kereta itu inspira (kereta yang semakin diminati kini)..


 aku memerlukan waktu, tenaga, dan seumpamanya untuk menyediakan wang untuk membelinya..bertahun-tahun, atau berbulan-bulan aku berusaha..

 

kemudian, setelah ada duit, aku perlu pula menyediakan pelbagai dokumen untuk mendapatkannya..

untuk apakah semua ini?

ia hanyalah untuk meni'mati kenderaan kereta inspira yang seketika sahaja..

apabila terlihat kereta itu, kelegaan terasa..
apabila masuk ke dalam kereta itu, kelegaan terasa lagi..
apabila dapat memandui, kelegaan itu terasa lagi..

berapa minitkah untuk kelegaan itu? sedangkan usaha sebelum itu diambil begitu lama, begitu banyak hanya untuk meni'mati ni'mat yang seketika dan sekejap ini..

astaghfirullah..(T__T)

persoalan yang pasti akan bermain di minda hamba Allah yang membaca hal ini ; "apakah kami tidak boleh berusaha untuk mendapatkannya? sememangnya untuk dapatkan sesuatu, ia memerlukan usaha yang kuat, usaha yang berterusan, apakah tidak boleh begitu?"

hal ini kemudiannya diteruskan lagi penjelasannya oleh al-Fadhil Tuan Guru Sheikh Nuruddin al-Banjari..

andai ni'mat sedikit, ni'mat seketika itu, kita boleh berusaha untuk mendapatkannya, walaupun menghabiskan waktu yang panjang, kekuatan yang banyak, tenaga dan seumpamanya untuk memperolehinya..

apakah tidak terfikir di minda kita ini, hati kita ini, bahawa usaha yang sedikit di dunia ini ke arah akhirat, ia sudah mencapai ni'mat yang banyak, ni'mat yang berpanjangan di akhirat kelak, masya Allah, tabarakallah..(T__T)

Hanya usaha yang sedikit, seperti berzikir seketika, atau solah fardhu seketika, atau amal ibadah yang lain yakni hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk dilakukan, tetapi ni'mat yang akan diperolehinya, masya Allah, tabarakallah, amat banyak, amat panjang, amat mulia, yang mana tidak dapat digambarkan oleh minda faqir dan hati hina ini..(T__T) astaghfirullah..



andai untuk mendapatkan ni'mat dunia yang sedikit, yang seketika, kita memerlukan waktu yang panjang, dan segala-galanya yang banyak, apakah kita boleh pula mencipta pelbagai alasan untuk beramal ibadah sedangkan ia hanyalah memerlukan waktu yang sekejap sahaja, tempat yang kecil sahaja, dan seumpamanya yang mana sedikit sahaja, tetapi ni'mat yang diperolehi, masya Allah, tabarakallah, lebih besar dari ni'mat dunia..(T__T) astaghfirullah...

maka, marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri, insya Allah..



jangan penuhkan masa dengan pekerjaan dunia,
hanya untuk mendapat ni'mat seketika,
tetapi usahakan pekerjaan akhirat yang lebih utama,
kerana ni'matnya lebih besar dari segalanya..

masya Allah, tabarakallah..(T__T)

wallahua'lam..


No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~