01 June 2011

Bulan Rejab 1432H / Jun 2011 : Majlis Ilmu al-Fadhil al-Walid Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah al-Banjari al-Makki..


Alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala di atas segala kurniaan-Nya, sama ada yang disedari atau tidak sedari, sesungguhnya segala-galanya di dalam kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta'ala., sesungguhnya segala-galanya di dalam pengetahuan Allah Subhanahu wa Ta'ala, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

Selawat serta salam kepada Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam, penghulu bagi seluruh Rasul, penghulu bagi seluruh Nabi, penghulu bagi seluruh manusia, masya Allah, tabarakallah, sesungguhnya ia adalah anugerah yang mulia dari Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada makhluk-Nya manusia yang dikenali Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam..

wallahua'lam, Allah jua Yang Maha Mengetahui..

Alhamdulillah, pada awal bulan Rejab 1432H nanti, sekali lagi, insya Allah, Tuan Guru kita, al-Fadhil al-Walid Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Tayyib al-Banjari al-Makki, insya Allah akan berada di kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, dan Melaka, insya Allah..

ketika bersendirian..

teringat kata-kata Tuan Guru ini :

"jadilah 'abidan lillah (hamba kepada Allah), jangan 'abidan li makhluk (hamba kepada makhluk). menuntut ilmu harus ikhlas baru berkat."

apakah maksudnya?

jangan mencari ilmu itu, beramal dengan ilmu yang ada itu kerana makhluk, kerana mahu kepujian makhluk atau seumpamanya..

tetapi..

berusahalah mencari ilmu itu, beramal dengan ilmu yang ada itu kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala, berusahalah untuk ikhlaskan hati, insya Allah, Allah akan mengurniakan ni'mat yang tidak terjangkau dek akal dan hati kita apabila seseorang hamba itu berusaha mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..

masya Allah, tabarakallah..(T__T)

di sini, disertakan jadual pengajian Tuan Guru Sheikh Nuruddin Marbu al-Banjari yang insya Allah pada awal bulan Rejab nanti, amin ya Rabb..


Siri Pengajian dan diskusi kitab 
dari 
al-Fadhil Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki

1 REJAB 1432H / 3 JUN 2011M (JUMAAT)

Waktu : selepas solah fardhu maghrib (Kuliah Maghrib)

Tempat : Masjid al-Hidayah, Pandam Dalam, Kuala Lumpur

2 REJAB 1432H / 4 JUN 2011M (SABTU)

Waktu : 8.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor

Waktu : Antara waktu Zohor sehingga waktu Maghrib

Tempat : Ma'ahad az-Zein, Senawang, Negeri Sembilan
(*Pengajian kitab Minhaj at-Tolibin karya Imam an-Nawawi)

3 REJAB 1432H / 5 JUN 2011M (AHAD)

Waktu : waktu Dhuha (Kuliah Dhuha)
Tempat : Pondok Baitul Qurra, Sungai Udang, Melaka

Waktu : selepas solah fardhu Maghrib (Kuliah Maghrib)
Tempat : Masjid asy-Syarif, Meru, Klang, Selangor

wallahua'lam..

**catatan : Jadual tertakluk kepada perubahan..

pesanan : "sesungguhnya ribuan malaikat akan bersama mereka yang menjadi ahli Majlis ilmu agama yang diredhai yakni Islam, di hiasi majlis ilmu itu dengan bau-bauan yang harum serta hiasan yang indah-indah belaka, semoga kita terpilih menjadi ahli di Majlis itu, amin ya Rabb"

No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~