04 April 2011

Kenali al-Fadhil al-Walid Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah al-Banjari al-Makki..

siapakah al-Fadhil al-Walid Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Abdullah al-Banjari al-Makki?

al-Fadhil al-Walid Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib adalah seorang hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala yang berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan Indonesia..
Sang guru ini dilahirkan di sebuah desa bernama Harus, Amuntai pada tanggal 1 September 1960M..

Beliau merupakan anak yang ketiga dari tujuh bersaudara, dari sebuah keluarga yang berlatarbelakang dengan ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, subhanallah..wallahua'lam..

Bondanya, yakni ibu kepada sang guru ini, Hajjah Rahmah binti Haji Muhammad Sobri, adalah puteri (anak perempuan) dari seorang ulama' besar di Kalimantan Selatan, subhanallah..

Jalur keturunan sang guru ini amat mulia dan suatu anugerah yang amat bernilai dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, subhanallah..



Serba Sedikit
Kisah Pendidikan Sang Guru yang mulia

Sang guru ini mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di kampung Harus..

Kemudiannya, pada tahun 1974, beliau melanjutkan pelajarannya ke pondok pesantren Normal Islam..

Belum pun sempat beliau menamatkan pengajiannya di pondok tersebut, seluruh keluarga beliau telah berhijrah ke tanah Suci, Makkah..

Pada tahun itu juga (1974), beliau meneruskan pengajiannya di Madrasah Shaulathiah sehingga tahun 1982..

Selain itu, beliau juga mengikuti pengajian yang diadakankan secara umum di Masjidil Haram, Makkah dan juga di rumah para masyaikh, subhanallah..

Pada tahun 1982, beliau telah menamatkan pengajiannya dengan keputusan Mumtaz (cemerlang) di Madrasah Shaulathiah..

Beliau adalah merupakan murid kesayangan gurunya asy-Syeikh al-'Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani Rahimahullahu Ta'ala..Dan Tuan guru inilah yang banyak mewarnai dalam kehidupan beliau..Tuan guru beliau inilah yang banyak meluangkan waktunya yang berharga untuk beliau dan sering mengajaknya untuk menemaninya ke Madinah bagi menghadiri majlis agama dan juga menziarahi Maqam Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam, subhanallah..

Rasa cintanya, al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Nuruddin kepada Tuan Gurunya ini telah digambarkan oleh seorang ilmuan agama,

"Ketika aku di Bogor untuk menghadiri pengajian bersama Syeikh Nuruddin, beliau kelihatan agak sebak bila menceritakan guru kesayangannya ini. Matanya merah berair....ya....mengingati guru kesayangannya ini. Beliau juga menunjukkan gambar gurunya yang mulia ini kepada aku....."

Beliau mencurahkan segala usaha dan tenaganya serta dirinya mendekati para masyaikh untuk berkhidmat dan juga membekali dirinya dengan ilmu daripada guru-gurunya..

Beliau amat gigih belajar, maka tidak hairanlah kalau beliau mendapat tempat di hati para gurunya..

Sebut sahaja ulama' yang ada di Makkah khususnya, pasti beliau pernah berguru dengan mereka..

Antara gurunya adalah seperti Syeikh al-Allamah Hasan al-Masyath (di gelar Syeikh ul ulama'), Syeikh al-Allamah Muhammad Yasin al-Fadani (digelar Syeikhul Hadits wa Musnidud dunya), Syeikh Ismail Usman Zin al-Yamani (digelar al-Faqih ad Darrakah), Syeikh Abdul Karim Banjar, Syeikh Suhaili al-Anfenani, as-Sayyid Muhammad bin Alwi al-Maliki, Syeikh Said al-Bakistani dan lain-lainnya, subhanallah..

kata pepatah arab, "cakap sahaja tanpa perlu khuatir", kenapa? kerana banyaknya tuan guru yang beliau berguru sehingga sukar untuk menyusun nama Tuan gurunya di dalam suatu senarai yang jelas, subhanallah..wallahua'lam..

Kitab-kitab yang dipelajari beliau adalah bersambung sanad hingga kepada pengarangnya, masya Allah, tabarakallah..

Betapa hebat dan beruntungnya umur beliau dan segala-galanya yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada beliau, tidak salah kalau dikatakan "ilmu beliau lebih tua dari umurnya", subhanallah..wallahua'lam..

Pada tahun 1983, beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar asy-Syarif dalam bidang Syariah hingga mendapat gelar sarjana muda..

Kemudian, beliau meneruskan lagi pengajiannya di Ma'ahad 'Ali Liddirasat al-Islamiah di Zamalik sehingga memperolehi diploma am "Dirasat 'Ulya" pada tahun 1990M..

Beliau masih di Kairo, Mesir, sehingga memperolehi "Dirasat 'Ulya" atau Sarjana Penuh Perguruan Tinggi..

wallahua'lam..

Setelah menamatkan pengajian di Universiti al-Azhar, beliau menumpukan perhatiannya dengan mencurahkan ilmunya kepada ratusan pelajar yang datang dari Asia termasuk dari Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand, yang mana mereka menuntut di Universiti al-Azhar, Mesir..

Di samping mengajar, beliau juga telah menghasilkan kitab-kitab berbahasa Arab serta karya ilmiah dalam berbagai bidang..

Beliau telah menghasilkan karangan dan mentahqiq kitab-kitab muktabar yang mana tidak kurang dari 50 buah karangannya..

***selanjutnya, sila rujuk biodata beliau yang lebih jelas di dalam kitab beliau yang bertajuk at-Tamassuk bil kitab wa Sunnah, edisi terjemahan pula bertajuk "berpegang dengan kitab dan Sunnah"..

wallahua'lam..

begitulah sahaja serba sedikit siapakah al-Fadhil al-Walid Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib al-Banjari al-Makki, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

Selanjutnya, iaitu pada post seterusnya, akan dikongsikan serba sedikit kisah beliau di Mesir dan antara hasil karangan-karangannya yang bernilai iaitu anugerah mulia dari Allah Subhanahu wa Ta'ala kepadanya, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

wallahua'lam..




No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~