27 March 2011

Kata-kata dan pegangan empat Imam Mazhab terhadap ayat Al-Quran yang mengandungi "istawa"..

alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..

"lafaz puji-pujian hanya untuk Allah Subhanahu wa Ta'ala di atas segala kurniaan-Nya sama ada ia yakni kurniaan itu aku sedari atau pun tidak, subhanallah, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala Tuhan Yang Maha Mengetahui"..

Di dalam beberapa hari dan minggu sebelum ini, Allah Subhanahu wa Ta'ala menempatkan aku di dalam suatu keadaan yang sukar iaitu "mempertahankan Aqidah umat Islam yang benar" terutama menafikan tasybih (ada keserupaan Allah dengan makhluk).

apakah keadaan yang sukar itu?

al-Jawab, apabila hati yang hina ini adanya dunia dan darjatnya hanyalah nafsu dunia yakni nafsu amarah, maka agak sukar untuk melebihkan cinta kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dari segalanya, astaghfirullah..(T__T)

namun, beberapa siri pertemuan dengan beberapa ilmuan Iman dan Islam yang sentiasa memberikan aku ilmu Iman dan Islam, kata-kata mereka memberikanku suatu kekuatan untuk terus mempertahankan aqidah umat Islam yang benar, sesungguhnya segalanya dari Allah Subhanahu wa Ta'ala..

alhamdulillah..

sesungguhnya pada awalnya, aku tidak berniat untuk berbicara ia secara berlebihan, apatah lagi untuk berhujah, namun saban aku meniti di ruangan internet terutama di laman sosial yang terkenal iaitu Facebook, aku merasakan aqidah yang ada pada Umat Islam kini semakin keliru dan celaru, beberapa video yang "aneh" iaitu menyamakan Allah dengan makhluk semakin banyak dibawa di ruangan itu, pelbagai soalan berkaitan aqidah dikemukakan..

maka, hal ini menjadikan aku terpaksa tampil kehadapan untuk berusaha memperbetulkan aqidah para sahabat, teman dan saudara yang aku cintai..tidak terniat untuk menjadi ustaz, jauh sekali menjadi ulama', kerana aku sedar darjat dan keadaan hati yang gelap dengan kejahilan, astaghfirullah..maka hal ini hanyalah suatu perkongsian dalam memahami amanah yang di anugerahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala..Allah yang mengurniakan aku sedikit ilmu, maka sedikit ilmu ini, andai ia mampu dikongsi, ia perlu di kongsi, dengan harapan, ia memudahkan perjalananku untuk meniti siratul mustaqim, insya Allah, amin ya Rabb..

maka..ketahuilah..

ayat Al-Quran, yang terdapat padanya ayat dan kalimah "istawa" itu sudah di selesaikan oleh para ulama' Ahlul Sunnah wal Jama'ah atau terlebih lagi para Ahlul Salaf.. 

dari Imam Malik :
الاستواء غير المجهول والكيف غير المعقول والايمان به واجب و السؤال عنه بدعة
(yang bermaksud) : "kalimah Istiwa' tidak majhul (yakni diketahui dalam Al-Quran) dan kaif (bentuk) tidak diterima akal, dan iman dengannya wajib, dan soal tentangnya bida'ah"

rujukan : Kitab al-Asma' wa al-Sifat, karangan Imam al-Baihaqi.

dan..

dari Imam Ahmad bin Hanbal :
-استوى كما اخبر لا كما يخطر للبشر
(yang bermaksud) : "Dia (Allah) istawa sepertimana Dia khabarkan (di dalam Al-Quran), bukannya seperti yang terlintas di fikiran manusia"

rujukan : Kitab al-Burhan al-Muayyad, karangan Imam al-Rifae, dan Kitab Dafu' Syubh man Syabbaha wa Tamarrad, karangan Imam al-Husoni.

dan..

dari Imam Syafie :
انه تعالى كان ولا مكان فخلق المكان وهو على صفته الأزلية كما كان قبل خلقه المكان لايجوز عليه التغيير
(yang bermaksud) : "Sesungguhnya Dia Ta'ala ada (dari azali) dan tempat belum dicipta lagi, kemudian Allah mencipta tempat dan Dia tetap dengan sifat-Nya yang azali itu seperti mana sebelum terciptanya tempat, tidak harus ke atas Allah perubahan"

rujukan : Kitab Ithaf al-Sadatil Muttaqin, karangan Imam al-Zabidi.

dan..

dari Imam Abu Hanifah :
لايشبه شيئا من الأشياء من خلقه ولا يشبهه شيء من خلقه
(yang bermaksud) : "(Allah) tidak menyerupai sesuatu pun daripada makhluk-Nya, dan tidak ada sesuatu makhluk pun yang menyerupai-Nya"

rujukan : Kitab Fiqh al-Akbar, karangan Imam Abu Hanifah.

wallahua'lam..

maka jelaslah kepada kita semua, umat Islam yang terkemudian ini, bahawa tidak boleh menggunakan makna zahir bagi ayat Al-Quran yang ada padanya kalimah Istawa, iaitu duduk bersemayam..

penggunaan makna zahir ini boleh menyebabkan tasybih iaitu menyamakan Allah dengan makhluk..bahkan itu, ia jelas menyalahi jalanan Ahlul Sunnah wal Jama'ah yang berpegang Maha Sucinya Allah Subhanahu wa Ta'ala dari segala sifat yang mustahil bagi-Nya..

wallahua'lam..

maka, ketahuilah di ketika ini, beberapa "pemimpin" telah menyalahi sunnah iaitu menggunakan makna zahir bagi ayat Al-Quran yang ada padanya kalimah Istawa iaitu duduk bersemayam, mereka katakan Allah duduk bersemayam di atas Arasy, tetapi kemudian cuba dinafikan dengan mengatakan bahawa duduk Allah tidak serupa makhluk..

apakah begini penerangan yang digunakan oleh para Ahlul Salaf? apakah begini penerangan yang digunakan oleh para ulama' Ahlul Sunnah wal Jama'ah?

al-jawab, tidak sama sekali..bahkan para ulama' Ahlul Sunnah wal Jama'ah berpegang dengan ayat muhkamat yang lebih jelas bagi menafikan segala makna zahir bagi ayat mutasyabihat yang boleh menyamakan Allah dengan makhluk..

wallahua'lam..

kembalilah kepada jalanan Ahlul Sunnah wal Jama'ah wahai sahabatku sekalian, amin ya Rabb..

~ Muhasabah ~