29 January 2012

Kata-kata cinta buat kekasih-Nya Allah, Sayyiduna Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم



alhamdulillah..


Subhanallahi wabihamdih

Tersentak hatiku bila menghayati susunan ayat yang indah ini,
ayat dari pencinta
Sayyiduna Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, dari cucunya baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم..

alhamdulillah..


واللـه ما ذكر الحبيب لدى المحب
إلا و أضحــى والِهًا نشوانـا


yang bermaksud :

"Demi Allah, sungguh apabila diperdengarkan nama sang kekasih (Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم ) di hadapan pencintanya, pasti akan tersentak gembira di mabuk kepayang."



أيـــــن المحـبون الذيــن عــليهـم
بذل النفوس مع النفا ئس هانا


yang bermaksud :

"Dimanakah para pencinta Nabi (Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم) yang rela berkorban dengan harta dan jiwa mereka tanpa peduli apa yang mereka korbankan demi cintanya."



لا يسمعون بذكر طــه المصطفى
إلا به انتعـشوا و أذهب رانـا


yang bermaksud :

"Apabila mereka mendengar nama Thoha Al-Musthofa (Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم), bangkitlah semangat di hati mereka dan hilanglah segala penyakit dan kekotoran hati."



فاهتاجت الأرواح تـشـتاق اللــقـا
وتحن تسأ ل ربها الرضوانا


yang bermaksud :

"maka bergetarlah jiwa mereka dengan penuh kerinduan ingin berjumpa dengan Sang Nabi (Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم), dan dengan penuh kerendahan hati mereka memohon keredhaan dari Allah."



حال المحــبـيـن كــذا فاسمع إلى
سير المشفع و ارهف الأذانـا


yang bermaksud :

"Begitulah keadaan para pencinta Nabi (Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم), maka dengarkanlah kisah-kisah Sang Nabi (Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم), dan gunakan pendengaranmu."



وانصت إلى أوصاف طـه المجتبى
واحضر لقـلبك يمتـلئ وجدانـا


yang bermaksud :

"lalu hayatilah dengan baik sifat-sifat Thoha sang pemimpin dan hadirkanlah hatimu dengan penuh kesungguhan."



يـــا ربنـا صل وســلم دائمـــــا # على حـبيبك من إليك دعـانـا


yang bermaksud :

"Wahai Tuhan kami, limpahkanlah selawat dan salam selalu atas kekasih-Mu yang telah menyeru kami kepada-Mu."



اللـهم صـل و سلم و بـارك عـليه وعـلى آلـه


yang bermaksud :

"Ya Allah limpahkanlah selawat dan salam serta berkahilah atasnya dan atas keluarganya."


(
Petikan bait-bait syair buku maulud Adh-Dhiya' Al-Lami', karya al-'Allamah al-Habib Umar bin Muhammad Bin Salim bin Hafidz)

Sungguh indah kata-kata ini, akan ku berusaha sematkan ia di dalam hatiku, melalui alunan lidah kurniaan-Nya, untuk memuji-muji kekasih-Nya, agar hatiku bisa meraih perasaan cinta Ilahi, amin
..





19 January 2012

hati yang tenang adalah Syurga dunia.



Subhanallahi wabihamdih..

Firman Allah Subhanahu waTa'ala :

وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً


yang bemaksud : "dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut (penuh kecintaan kepada-Nya).."

(Surah al-'Araaf, ayat 205)


wallahua'lam..

Hati yang resah, hati yang gelisah, adalah hati yang sunyi dari mengingati Allah Subhanahu waTa'ala..Hati yang sunyi akan menjadikan jiwa yang kelam dan sayu, jasad yang tidak bermaya..

walaupun kelihatan diluar ia senyum tetapi hatinya tidak senyum, kerana hati yang tidak ada ingatan pada Allah, ia akan menjadi masam tanpa sedikit pun ukirsan senyum..

Sesungguhnya, hati yang mengingati Allah (yakni berzikir) akan menjadikan hati itu bisa senyum tanpa masam, tenang tanpa gelisah, tabah tanpa sayu..

"Wahai Saudaraku yang mulia, janganlah merasa aneh bila mendapati seorang muslim yang berzikir kepada Allah di setiap waktu dan (sehingga) terkesan terhadap keindahan kalimat-kalimat fasih itu yang berasal dari (Sayyiduna) Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi (wa alihi waSahbihi) waSallam, baik berupa zikir, doa, syukur, tasbih, tahmid di dalam setiap keadaan (yakni apa sahaja perbuatan yang mengingatkan hatinya kepada Allah Subhanahu waTa'ala)."

(dari al-Imam Hasan al-Banna)


Subhanallahi wabihamdih, alangkah indahnya hamba-Nya yang sentiasa berzikir, yakni sentiasa hatinya ingat kepada Allah, dirinya sentiasa tenang dalam kehidupannya, ini-lah yang dinyatakan oleh para ulama' yang mulia sebagai Syurga yang segera, Syurga yang sudah diperolehi oleh seorang hamba-Nya yang sentiasa hatinya berhubung kepada Allah, iaitu hatinya sentiasa tenang dan bahagia..

Subhanallahi wabihamdih..


أهْلُ اْلإتِّصَالِ مَعَ اللهِ اَمَْلَئَ اللهُ قُلُوْبَهُمْ بِالرَّحْمَةِ فِى كُلِّ لَحْظَةٍ


yang bermaksud : "Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah, Allah akan memenuhi hatinya dengan rahmat di setiap waktu."

(dari al-'Allamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim al-Hafiz al-Tarimi al-Yamani)


Subhanallahi wabihamdih..

Maka, binalah hatimu wahai diriku dengan hati yang sentiasa mengingati Allah, sentiasa berhubung dengan Allah, maka apabila hatimu "sibuk" dengan ingatan kepada Allah, maka hatimu tidak akan sempat memikirkan hal selainnya..

Subhanallahi wabihamdih..

maka, binalah hatimu dengan riadah (latihan) iaitu dengan sentiasa membiasakan lidahmu menyebut nama Allah, mengingati Allah, dan mujahadah (berjuang) iaitu dengan sentiasa berusaha menjadikan hatimu jua menyebut nama Allah, mengingati Allah dan istiqomah-lah, kerana ada rahmat dan kasih sayang dari Allah yang sentiasa mendampingimu wahai hati..

Subhanallahi wabihamdih..

Wallahua'lam..





~ Muhasabah ~