29 August 2011

Perginya kekasih Ramadhan..(T__T)


subhanallahi wabihamdih..(T__T)

Dari Sayyidina Ibnu 'Abbas Radhiyallahu 'anhu, dia berkata : "Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : "Kalau kiranya umatku mengetahui apa-apa (yakni kebaikan) di dalam bulan Ramadhan, nescaya mereka mengingingkan agar supaya tahun semuanya itu menjadi Ramadhan"

Kerana semua kebaikan berkumpul di bulan Ramadhan, ketaatan bisa diterima, semua doa dikabulkan, semua dosa diampuni dan syurga rindu kepada mereka (para pencinta Ramadhan).

(Kitab Zubdatul waa'izdiina)..wallahua'lam..subhanallahi wabihamdih..

tibalah hari perpisahan,
tidak mampu ku lambaikan tangan,
tidak mampu ku lafazkan perkataan,
buatmu kekasih Ramadhan..

sungguh banyak kebaikan padamu sayang,
terdapatnya Rahmat Allah Yang Maha Pengampun,
terdapatnya kasih sayang Allah Yang Maha Penyayang,
namun kini ia menjadi kenangan..

semoga segala kenangan bersama, 
ia menjadi penguat kepada jiwa,
untuk meneruskan kehidupan dunia,
menjadi hamba-Nya yang bertaqwa..

jika diingati kembali kenangan bersama,
sungguh indah dapat bersamamu,
menjadikan aku tersenyum bersama air mata,
melambai-lambai mengucapkan selamat tinggal kepadamu..

aku merinduimu kekasihku Ramadhan..(T__T)

Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : "Syurga itu merindukan empat golongan manusia, iaitu mereka yang membaca Al-Qur'an, yang menjaga lisannya, yang mahu memberi makan kepada yang lapar, dan mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan"

(kitab Raunaqul Majaalis)

subhanallahi wabihamdih..(T__T)

Terdapatnya suatu riwayat, bahawa seorang lelaki, yang tidak pernah solah sama sekali..tetapi apabila tiba bulan Ramadhan, dia selalu membersihkan dirinya, menghiasnya dengan pakaian yang baik-baik serta memakai minyak harum dan ahu solah, bahkan mengqadha solah yang telah ditinggalkannya..

Maka dia ditanya oleh seseorang : "mengapa engkau berbuat seperti itu?"

Jawabnya : "ini adalah bulan taubat, bulan rahmat dan bulan berkah, semoga Allah mengampuni dosa-dosaku dengan sebab anugerah-Nya"..

Ketika lelaki itu sudah meninggal, ada orang lain yang bermimpi bertemu dengannya, kemudian ditanya kepadanya : "apa yang diperbuat oleh Allah kepadamu?"

dia menjawab : "Tuhanku telah mengampuni aku, kerana aku telah memuliakan dan mengagungkan bulan Ramadhan"..

Subhanallahi wabihamdih..(T__T)..

andai kali ini adalah pertemuan terakhir buat kita,
buat aku dan dirimu kekasihku Ramadhan,
moga-moga dirimu menjadi saksi buat jiwa,
di hari akhirat nanti yakni hari pembalasan..

Dirimu kini semakin hampir meninggalkanku,
selamat tinggal sayang kekasihku,
Semoga kita dapat bersua lagi wahai kekasihku,
semoga aku bisa menjadi hamba yang beriman pada Tuhanku..

"Apakah ada musibah atau bencana yang lebih besar dari perginya Ramadhan?. Kalau semua langit dan bumi menangis sebab kepentingan kita, maka tentunya kita lebih berhak menangis dan lebih sayang dengan terputusnya segala keutamaan dan kemuliaan Ramadhan".

(Kitab Hayaatul Quluubi)..

Subhanallahi wabihamdih..(T__T)

20 August 2011

Kehidupan di pagi ini (21 Ramadhan 1432H) bersama Tuan Guru yang dicintai..(T__T)


alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..Subhanallahi wabihamdih..

alhamdulillah, limpahan rahmat-Nya dan kasih sayang-Nya terasa bagaikan tercurah-curah di jiwa ini setelah dapat bersama dengan seorang ulama' Ahlul Sunnah wal Jama'ah, insya Allah iaitu pada pagi tadi (21 Ramadhan 1432H bersamaan 21 Ogos 2011M)..alhamdulillah, subhanallahi wabihamdih..

alhamdulillah, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mengizinkan hamba-Nya yang mulia, al-'Allamah al-Fadhil Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin bin Marbu al-Banjari al-Makki untuk hadir mengimami solah sunat Tasbih di Masjid as-Salam, Bukit Sentosa, Rawang, Selangor Darul Ehsan pada pagi tadi..


alhamdulillah, kemudiannya Allah Subhanahu wa Ta'ala juga mengizinkan beliau mengalunkan beberapa alunan zikir yang mana ibarat hati yang direndam di dalam air yang sejuk dan tenang, bagaikan lapang minda yang sebelum ini begitu sibuk dengan ni'mat dunia, bagaikan damai hati yang sebelum ini begitu keras dengan keindahan dunia..subhanallahi wabihamdih..(T__T)


alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, kerana Dia telah mengizinkan hamba-Nya ini yakni jasad ini untuk bersahur di Masjid as-Salam, terima kasih dilafazkan kepada pihak pengurusan Masjid dan pihak yang turut sama menjayakannya, semoga limpahan rahmat-Nya dan kasih sayang-Nya semoga sentiasa menaungi kalian semua, amin..


alhamdulillah, kemudiannya, dilanjutkan pula kepada Solah Fardhu Subuh secara berjema'ah, begitu ramai para jema'ah yang solah disitu..

Ketika melihat begitu ramai jema'ah Solah fardhu Subuh ini, teringat minda faqir kepada satu kata-kata dari tentera Yahudi, iaitu :

"di dalam kitab kami ada tertulis, "jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untul solat Subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah Solat Jumaat, maka saat itu Israel akan hancur"

Subhanallahi wabihamdih, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar..

di dalam satu hadits ada menceritakan tentang kemuliaan berjema'ah bagi Solah Fardhu Subuh, iaitu :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَفْضُلُ صَلَاةٌ فِي الْجَمِيعِ عَلَى صَلَاةِ الرَّجُلِ وَحْدَهُ خَمْسًا وَعِشْرِينَ دَرَجَةً قَالَ وَتَجْتَمِعُ مَلَائِكَةُ اللَّيْلِ وَمَلَائِكَةُ النَّهَارِ فِي صَلَاةِ الْفَجْرِ

(yang bermaksud) : "dari Abu Hurairah, dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, beliau bersabda : "Solah secara berjema'ah lebih utama dua puluh lima derajat daripada solah secara berseorangan, Beliau melanjutkan : "dan para malaikat malam dan malaikat siang berkumpul ketika solah fajar (subuh)"

(Hadits riwayat al-Imam Muslim)

wallahua'lam..subhanallahi wabihamdih..


kemudian, selesai sahaja Solah Fardhu Subuh berjema'ah itu, al-fadhil Tuan Guru mengalunkan beberapa zikir serta doa yang seolah-olah dari jiwanya dan kemudian kepada jiwa para jema'ah yang lain, begitu tenang dan damai, seakan-akan terputus seketika kehidupan dunia dari minda dan hati, subhanallahi wabihamdih, sesungguhnya rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala amat bernilai pada pagi ini, memberi suasana yang tenang kepada hati hina ini..(T__T)

selanjutnya, al-Fadhil Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki menyampaikan kuliah Subuhnya yang berkisahkan "Salam"..



 

Tuan guru yang mulia memulakan ia dengan memaknakan Salam itu adalah merujuk kepada "selamat", "sejahtera", "tenang", "damai"..Subhanallahi wabihamdih..

Sempat juga Tuan Guru bergurau secara berhikmah dan berilmiah dengan mengatakan Masjid as-Salam ini adalah merupakan tempat bagi penghuni kepada mereka yang sentiasa selamat, sejahtera dan tenang..

Tuan Guru juga berkata, "pihak pengurusan Masjid dan pihak yang terlibat adalah mereka yang mempunyai hati yang sejahtera dengan menyediakan makanan untuk bersahur, hal ini adalah perkara yang dimuliakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala"..

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ

(yang bermaksud) : "dari Abdullah bin 'Amru, ada seorang yang bertanya kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam ; "Islam manakah yang paling baik?" Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam menjawab : "kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal"

(Hadits riwayat al-Imam Bukhari)

Subhanallahi wabihamdih..

Satu hadits menceritakan 2 perkara yang mulia yang terdapat pada pagi ini, pertama berkenaan pihak yang menyediakan sahur yang mana insya Allah dimuliakan Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan kedua adalah hal yang akan disampaikan oleh Tuan guru iaitu tentang "salam"..

Subhanallahi wabihamdih..

Selanjutnya, Tuan Guru yang mulia terus membawa contoh yang sentiasa berlaku ketika ini untuk dikaitkan dengan "salam"..
 
iaitu, "ketika mana seseorang itu memandu kereta dan kemudian akan melintasi sebuah tol, maka ketika mana sampai di tol, kebiasaannya penjaga tol yang akan memberi salam.".

katanya Tuan Guru yang mulia, "hal ini bersalahan dengan sunnah yang kita cintai..
أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسَلِّمُ الرَّاكِبُ عَلَى الْمَاشِي وَالْمَاشِي عَلَى الْقَاعِدِ وَالْقَلِيلُ عَلَى الْكَثِيرِ

(yang bermaksud) : "Abu Hurairah berkata ; Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda : "orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada pejalan kaki, orang yang berjalan kepada orang yang duduk, dan orang sedikit kepada orang banyak"

(hadits riwayat al-Imam Muslim)

jadi, orang yang memandu kereta itu adalah merupakan orang yang berkenderaan, atau orang yang berjalan..sedangkan penunggu tol itu adalah merupakan orang yang duduk..adalah sunnah seseorang yang memandu kereta itu yang memulai salam..

apakah susah untuk memberi salam? sedangkan hanya melafazkan "Assalammualaikum", dan adalah lebih baik " Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh"..

sesungguhnya ayat "assalammualaikan" itu adalah merupakan doa..andai seseorang itu mendoakan saudara muslimnya, maka akan hadir padanya para malaikat yang akan mendoakan dia..

Subhanallahi wabihamdih..makhluk yang tidak ada dosa padanya, yang sentiasa taat kepada Allah, dan makhluk ini lah yang mendoakan kita pula seandainya kita mendoakan muslim yang lain, apakah doa ini bukan doa mustajab? bahkan doa para malaikat adalah di antara doa yang mustajab, subhanallahi wabihamdih..

maka, hulurkan salam kepada saudara seIslam kita, jangan diikutkan tipu daya syaitan yang tidak mahu melihat orang-orang Islam itu menjadi mukmin, jangan diikutkan hasutan nafsu yang menyebabkan ego, sombong, iri hati kepada hati kita, sesungguhnya mereka ini (nafsu dan Syaitan) akan berusaha melalaikan kita dari terus mengikut jalan yang lurus yakni jalan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala.."

Subhanallahi wabihamdih..

Tuan Guru menyambung lagi, "bahkan penjaga tol itu bisa lebih mulia daripada orang yang berkenderaan itu..

kenapa? pertama, dia setia menunggu kehadiran orang yang berkenderaan itu..kedua, dia mengucapkan salam apabila hadirnya orang berkenderaan itu..ketiga, dia senyum dengan tenang kepada ketika memberi tiket atau bayaran kepada orang berkenderaan itu..keempat, dia menekan butang untuk menaikkan palang tol itu..kelima, dia mengucapkan pula terima kasih kepada orang yang berkenderaan itu.."

Subhanallahi wabihamdih..

begitu terang hati Tuan Guru yang mulia, sampai kepada contoh situasi begini juga nampak beliau kepada hikmah dan rahmat dari-Nya, subhanallahi wabihamdih..

dan, kata Tuan Guru lagi, "Allah Subhanahu wa Ta'ala juga mencipta sebuah Syurga-Nya yang digelar darussalam, Syurga yang sejahtera kepada hamba-Nya yang sejahtera", subhanallahi wabihamdih..

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :

لَهُمْ دَارُ السَّلاَمِ عِندَ رَبِّهِمْ وَهُوَ وَلِيُّهُمْ بِمَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ

(yang bermaksud) : "bagi mereka (disediakan) darussalam (syurga) pada sisi Tuhannya dan Dia-lah Pelindung mereka disebabkan amal-amal Solah yang selalu mereka kerjakan"

(Surah al-An'am, ayat 127)
 
mereka yang dianugerahkan "darussalam" ini adalah mereka yang dicerahkan hati dengan hidayah Allah Subhanahu wa Ta'ala, kemudian mereka ini mengikuti hidayah Allah Subhanahu wa Ta'ala sehingga menjadi orang-orang yang bertaqwa.."

Subhanallahi wabihamdih..

alhamdulillah, begitulah sedikit sebanyak yang dapat jari hina ini ukirkan disini, kongsikan disini, semoga ia menjadi pedoman serta pengajaran kepada hati hina dan minda faqir ini untuk terus membina hati, jiwa serta jasad menjadi "Abdullah Mukmin", hamba Allah yang beriman kepada-Nya..amin ya Rabbi, amin ya Rahman, amin ya Rahim..

wallahua'lam..


ku akhiri kalam ini dengan :

Majlis Sambutan Haul Ummu Mukminin Sayyidatina Khadijah al-Kubra dan Abuya as-Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki


Beruntung bagi mereka yang memanfaatkan setiap masa, ruang dan peluang untuk berada di dalam majlis-majlis yang indah, majlis yang terdapatnya para malaikat yang mendampingi, majlis yang tercurahnya ribuan rahmat dan barakah, subhanallahi wabihamdih..

Majlis yang indah ini adalah majlis zikir atau majlis yang hatinya sentiasa mengingati Allah, sentiasa merindui Allah, sentiasa mencintai Allah, subhanallahi wabihamdih..

Apa buktinya majlis ini diredhai Allah Subhanahu wa Ta'ala?

daripada Sayyidina Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, daripada Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

(yang bermaksud) : "Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang mulia yang sentiasa meronda untuk mengikuti majlis-majlis zikir (majlis mengingati Allah Subhanahu wa Ta'ala). Sekiranya mereka menemui satu majlis zikir, maka mereka akan duduk di situ sambil sesam mereka akan membentangkan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang di antara mereka dengan langit dunia, setelah ahli majlis itu berpisah, maka para malaikat tadi naik ke langit. Lalu Allah bertanya kepada mereka sedangkan Dia Maha Mengetahui :

"Dari mana kamu datang?"

Malaikat menjawab : "Kami datang dari sisi hamba-hamba-Mu di dunia yang bertasbih, bertakbir, bertahlil dan memohon kepada Engkau."

Allah bertanya lagi : "Apa yang mereka memohon?"

Para Malaikat menjawab : "mereka memohon syurga-Mu"

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku?"

para Malaikat menjawab : "Tidak wahai Tuhan"

Allah bertanya : "maka bagaimanakah sekiranya mereka pernah melihat Syurga-Ku?"

para Malaikat berkata : "Mereka juga meminta dijauhkan kepada-Mu"

Allah bertanya : "daripada apa yang mereka minta dijauhkan?"

para Malaikat menjawab : "daripada neraka-Mu"

Allah bertanya : "Adakah mereka pernah melihat neraka-Ku?"

para Malaikat menjawab : "Tidak wahai Tuhan"

Allah bertanya : "maka bagaimanakah sekiranya mereka pernah melihat Neraka-Ku?"

para Malaikat memberitahu lagi : "mereka juga beristighfar kepada Engkau"

Allah berkata : "Aku telah mengampuni mereka dan Aku berikan kepada mereka apa yang mereka minta dan menjauhkan mereka daripada apa yang mereka minta dijauhkan"

para Malaikat berkata lagi : "Ya Tuhan, di kalangan mereka ada seorang hamba yang bersalah. Dia melintasi majlis mereka, lalu duduk bersama mereka"

Allah berkata : "Aku telah ampuninya, mereka adalah kaum yang tidak merugikan sesiapa yang duduk bersama mereka"

subhanallahi wabihamdih..(T__T) wallahua'lam..

maka, jom kita bersama para ulama' Ahlul Sunnah wal Jama'ah, para habaib keturunan ya habibi Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam iaitu di dalam majlis-majlis yang dihadiri mereka, insya Allah, majlis yang dipenuhi bau-bauan syurga, insya Allah bau-bauan itu juga akan melekat pada tubuh kita, pada hati kita dan seterusnya menguatkan lagi jiwa untuk beramal ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, amin..

"ya Allah, hadirkanlah jasad aku bersama hatiku serta jiwaku di majlis ini yang mana terdapatnya para pencinta-Mu ya Allah, semoga aku juga tergolong sama dikalangan mereka, amin"

wallahua'lam..


Rindu ingin bersama al-Fadhil Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki..(T__T)

alhamdulillah, Syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..(T__T)

dari al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim al-Hafiz :

مَنْ لَمْ يُجَالِسْ مُفْلِحُ كَيْفَ يُفْلِحُ وَ مَنْ جَالَسَ مُفْلِحَ كَيْفَ لاَ يُفْلِحُ
 
(yang bermaksud) : "Barangsiapa yang tidak mahu duduk dengan orang beruntung, bagaimana mungkin ia akan beruntung dan barangsiapa yang duduk dengan orang beruntung bagaimana mungkin ia tidak akan beruntung."

subhanallahi wabihamdih..(T__T)

Andai diri mahu menjadi orang yang soleh, maka duduklah bersama dengan orang yang soleh..
Andai diri mahu menjadi pencinta Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, maka duduklah bersama dengan pencinta Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam..

insya Allah..(T__T)



alhamdulillah, syukur ya Allah..

insya Allah, al-Fadhil al-'Allamah Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin bin Marbu al-Banjari al-Makki akan berada di Bukit Sentosa, Rawang pada pagi nanti (21 Ogos 2011M)..

semoga aku dapat bersamanya, sudah lama terasa kerinduan untuk menatap wajahnya, mendengar bicara dari lidahnya secara "live", mencium tangannya yang mulia, insya Allah, amin..


Tausyiah : 17 Ramadhan, tarikh mulia bagi Ahlul Badr..(T__T)


sampailah kita dihari yang mulia ini, 17 Ramadhan yang mengingatkan kita kepada peristiwa Badr al-Kubra, dimana diterangkannya bendera pembela sang Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, pertama kali ketika beliau Shallallahu 'alaihi wa Sallam berhadapan dengan kaum Muhajirin dan Anshar di Madinah al-Munawwarah sebelum menuju Badr al-Kubra, maka di saat itulah wajah yang paling ramah, wajah yang paling indah, 

wajah yang dikatakan oleh Sayyidina Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu :

مَارَأَيْنَا مَنْظَرًا أَعْجَبُ مِنْ وَجْهِ النَّبِي
   
(yang bermaksud) : "Tidak ada pemandangan kutemukan lebih indah dari wajah sang Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, lebih menakjubkan dari wajah sang Nabi".

Ketika berdiri, kaum muhajirin dan anshar menghadap wajah yang paling mulia, wajah yang paling sopan, wajah yang paling berkasih sayang dari seluruh makhluk Allah, wajah yang dikatakan oleh Allah di dalam Firman-Nya : 


وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيْمٍ


 (yang bermaksud) : "Sungguh engkau (Muhammad) memiliki akhlak yang agung"

(Surah al-Qalam, ayat 4)

wajah yang selalu menjawab cinta dari semua umat, bahkan dari benda mati, demikian Sayyidina Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam..

Maka ya habibi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam berkata : "bagaimana pendapat kalian?"

maka berkata salah seorang Anshar : 

لَكَأَنَّكَ تُرِيْدُ مِنَّا يَارَسُولَ اللهِ ؟

(yang bermaksud) : "ya Rasulullah, kelihatannya engkau menunggu pendapat kami?"

Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam berkata : "benar, bagaimana pendapat kalian wahai kaum Anshar?"

maka salah satu kaum Anshar berkata : 
  

يَارَسُولَ اللهِ اِمْضِ بِنَا لِمَا أَرَدْتَ فَنَحْنُ مَعَكَ, لَوْ اسْتَعْرَضْتَ بِنَا هَذَا اْلبَحْرَ فَخَضْتَهُ لَخَضْنَاهُ مَعَكَ مَا تَخَلَّفَ مِنَّا رَجُلٌ وَاحِدٌ لَعَلَّ اللهُ يُرِيْكَ مِنَّا مَا تَقَرَّ بِهِ عَيْنُكَ


(yang bermaksud) : "wahai Rasul, kami akan ikut bersamamu kemanapun engkau pergi, jika engkau mengajak kami kemanapun kami akan ikut, jika engkau berdiri didepan lautan lalu masuk ke dasar lautan, kami akan ikut dan tidak akan tersisa satu pun dari kami kecuali ikut denganmu, barangkali dengan itu, kami bisa menggembirakan hatimu wahai Rasulullah"

Inilah tujuan Muhajirin dan Anshar yang selalu ingin menggembirakan hati Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam, mereka rela mati kesemuanya demi menggembirakan hati Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam,

di dalam kebanyakan riwayat ada mengatakan,

فَسُرَّ وَجْهُ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ


(yang bermaksud) : "maka terlihat terang benderang dan gembira wajah Rasulullah Shallalahu 'alaihi wa Sallam"

gembira dengan jawapan yang diberikan oleh kaum Anshar dan Muhajirin, kemudian mereka pun berangkat..


Maka tiba pada malam 17 Ramadhan, malam munajat, Sang Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam berdoa kehadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala, sehingga terangkat kedua tangannya, sehingga jatuh rida'nya dari panjangnya doa beliau, di antara doa beliau Shallallahu 'alaihi wa Sallam di dalam riwayat Shahih al-Bukhari : 

اَللَّهُمَّ إِنْ تَشَأْ لَا تُعْبَدُ بَعْدَ اْليَوْمِ

(yang bermaksud) : "wahai Allah, aku risau kalau seandainya kelompok kecil kami ini kalah, orang-orang yang banyak tidak siap berperang, senjata terbatas, tidak mampu berbuat apa-apa, kalau sampai kalah kelompok ini dan habis dibantai"
لَا تُعْبَدُ بَعْدَ اْليَوْمِ

(yang bermaksud) : "aku risau tidak ada yang menyembah-Mu di muka bumi , kerana seluruh orang-orang da'i, para pembela sang Nabi berkumpul di Badr, kalau semuanya di bantai, maka habislah, tinggallah Dhu'afaa (orang-orang lemah) di Makkah dan kaum wanita di Madinah, maka setelah ini jangan-jangan tidak ada lagi yang menyembah-Mu kalau sampai kelompok ini kalah".

Demikian risaunya Sang Nabi, beliau mempunyai jiwa yang risau, yang paling risau sesuatu menimpa umatnya, inilah jiwa Sayyiduna Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam, inilah jiwa yang Allah katakan di dalam firman-Nya : 

لَقَدْ جَاءكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ


(yang bermaksud) : "Sungguh telah datang kepada kalian seorang Rasul dari jenis kalian sendiri, yang sangat menjaga kalian dan sangat berat memikirkan apa yang menimpa kalian, dan sangat santun dan berkasih sayang terhadap orang-orang yang beriman"

(Surah at-Taubah, ayat 128)

Inilah Sayyiduna Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam, yang berdoa : 

اَللَّهُمَّ ثَقِّلْ عَلَيَّ مَوْتِيْ وَخَفِّفْ عَلَى أُمَّتِيْ


(yang bermaksud) : "ya Allah, keraskanlah dan pedihkan sakaratul mautku dan ringankan untuk seluruh umatku"

Subhanallahi wabihamdih..(T__T)

Sampai di ketika saat musibah paling dahsyat di dunia ini, iaitu sakaratul maut, seraya Sang Nabi berdoa kepada Allah disaat kewafatannya iaitu dengan doa di atas itu..

Inilah doa Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam, rela menerima kepedihan sakaratul maut demi keringanan untuk umatnya..

Subhanallahi wabihamdih..(T__T)

Satu-satunya jiwa yang paling tidak tegar melihat umatnya merintih di dalam api neraka kerana berdosa, maka beliau bersujud untuk memohonkan syafaat untuk para pendosa, inilah Muhammad Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, pimpinan Ahlul Badr..


اللـهم صـل و سلم و بـارك عـليه وعـلى آلـه
(yang bermaksud) : "Ya Allah, limpahkanlah shalawat dan salam sertasa berkahilah atasnya dan atas keluarganya"

Maka, mereka keluar dengan dua bendera hitam, satu bendera di tangan Muhajirin, satu bendera lagi tangan Anshar..

Bendera Muhajirin di tangan Sayyidina Ali bin Abi Thalib Karramallahu wajhah Radhiyallahu 'anhu, dan satu bendera lagi di tangan kaum Anshar..

Dan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam berkata : "Janganlah kalian menyerang mereka sebelum mereka menyerang kalian, jangan ada yang bergerak dan berbuat sesuatu sebelum mereka terlebih dahulu berbuat dan menyerang kita"


Jumlah tentera muslimin, hanyalah 313 orang, dan senjata tidak lengkap untuk menghadapi 3000 pasukan Musyrikin Quraisy yang bersenjata lengkap dan kuda, pakaian baju besi, topi besi, senjata, pedang, siap tempurnya dengan pasukan kuda yang berlapis pakaian besi pula..

Pasukan 313 orang, yang berapa puluh sahaja yang punya pedang, lainnya bawa tombak, lainnya cuma punya panah, lainnya hanya bawa tongkat, dan yang lainnya membawa batu dan alat tani, inilah keadaan mereka, tentera muslimin..

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :

إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ أَنِّي مُمِدُّكُمْ بِأَلْفٍ مِنَ الْمَلَائِكَةِ مُرْدِفِينَ


(yang bermaksud) : "Jika kalian berdoa dan bermunajat meminta pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu, sesungguhnya Aku (Allah) akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut"

(Surah al-Anfal, ayat 9)

dan Berkata Abu Sa'id dari kaum Anshar, "aku buta sejak perang Badr, seandainya aku tidak buta, aku bisa memperlihatkan kepada kalian dimana turunnya pasukan malaikat dari belahan langit di wilayah Badr", kerana kejadian itu terjadi di wilayah yang dinamakan Badr pada tahun ke-2 Hijriyyah iaitu pada hari Juma'at 17 Ramadhan..
اللـهم صـل و سلم و بـارك عـليه وعـلى آلـه
(yang bermaksud) : "Ya Allah, limpahkanlah shalawat dan salam sertasa berkahilah atasnya dan atas keluarganya"

Demikian indahnya peperangan Badr al-Kubra ini, subhanallahi wabihamdih..

dimana ada satu kisah lagi yang menakjubkan, ketika mana Sayyidina Abu Thalhah al-Anshari Radhiyallahu 'anhu yang sangat mencintai Sang Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, yang mana berlutut di tengah-tengah peperangan kemudian berkata kepada Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam :

وَجْهِيْ لِوَجْهِكَ اْلوِقَاءُ وَنَفْسِيَ لِنَفْسِكَ اْلفِدَاءُ


(yang bermaksud) : "Wajahku ini siap menjadi benteng bagi segala serangan diwajahmu ya Rasul, jiwa dan ragaku siap untuk membentengimu wahai Nabi dari segala panah dan senjata".

maka, orang seperti Abu Thalhah ini kata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam : "Abu Thalhah seperti 1000 orang kekuatannya dalam umatku".

Demikian keadaan para pencinta Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang mempunyai kekuatan yang demikian dahsyat..

Telah diriwayatkan bahawa Abu Thalhah ini di dalam peperangan Badr, pedangnya jatuh kerana mengantuk, kerana sepanjang malam, dia qiyamullail, masya Allah, tabarakallah..

Di saat peperangan, terjatuh pedangnya, masya Allah, tabarakallah..

bagaimana manusia, jika berperang dengan hawa nafsu, tentunya ia tidak akan bisa memejamkan mata walau sekejap pun dari melihat serangan pedang 3000 orang kuffar quraisy yang bersenjata lengkap, tetapi dia masih bisa mengantuk..

hal ini menunjukkan mereka (Ahlul Badr) mempunyai jiwa-jiwa yang suci dan damai, bahkan Sang Nabi mengatakan : "jangan menyerang sebelum mereka menyerang. " demikian manusia yang mulia yang tidak mahu kepada permusuhan walaupun terhadap orang-orang yang paling jahat memusuhi beliau..

Bahkan pada saat peperangan Uhud, ketika mana panah besi menembus rahang beliau (Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam) dan beliau hampir rebah, maka pada saat itu berdiri Sayyiduna Abu Thalhah di hadapan beliau, dan Rasul berdiri lagi untuk melihat keadaan pasukannya yang kacau bilau kerana diserang kaum kuffar, maka Abu Thalhah berkata : "tetap duduk wahai Rasul, jangan berdiri sungguh.. 

وَجْهِيْ لَيْسَ بِوَجْهِكَ وَصَدْرِيْ لَيْسَ بِصَدْرِكَ


(yang bermaksud) : "wajahku bukan wajahmu, dadaku bukan dadamu"

Biar aku yang kena serangan panah, jangan engkau kena serangan lagi, tetap di tempatmu wahai Rasul."

subhanallahi wabihamdih, hebatnya dan agungnya cinta sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam ini..(T__T)

dan, pada ketika itu, Rasulullah sudah mengalir darah kerana panahan besi itu, yang menyebabkan perisai besi yang ada di tangan Sang Nabi ditembusi sehingga menembus tulang rahang beliau Shallallahu 'alaihi wa Sallam..(T__T)

maka Sayyidatuna Fatimah az-Zahra Radhiyallahu 'anha dan Sayyidina Ali bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah Radhiyallahu 'anhu terus datang kepada Sang Nabi dan membersihkan darah yang mengalir dari wajah, (hal ini teriwayat di dalam Shahih al-Bukhari)..

al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan di dalam kitab Fathul Bari bisyarh Shahih al-Bukhari, adalah bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam memegang rida'nya untuk menahan jangan sampai darahnya jatuh ke tanah..

maka para sahabat berkata, "biar dulu darahnya jatuh ke tanah wahai Rasul, kita uruskan panah besi di rahangmu yang masih terlekat itu"

maka ya habibi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam berkata , "Kalau ada darah dari wajahku jatuh ke tanah, Allah akan timpakan bala untuk mereka, maka aku tidak ingin bala ini menimpa pada mereka"

inilah junjungan mulia, ya habibi Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam, berakhlak mulia, walau dengan musuhnya sekalipun..(T__T)

walaupun panah besi menembus rahang beliau, beliau Shallallahu 'alaihi wa Sallam masih sibuk menjaga jangan sampai setitis darahnya jatuh ke tanah, kerana nanti Allah akan murka kalau sampai ada setitis darah dari wajahnya jatuh ke bumi, Allah akan menimpakan bala untuk mereka, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam masih ingin mereka masuk Islam lalu keturunannya mendapat hidayah, demikian manusia yang paling indah, ya habibi Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam.
اللـهم صـل و سلم و بـارك عـليه وعـلى آلـه
(yang bermaksud) : "Ya Allah, limpahkanlah shalawat dan salam sertasa berkahilah atasnya dan atas keluarganya"

dan, akhirnya peperangan Badr dimenangi oleh Umat Islam, 

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar..


Dikisahkan juga mengenai Sayyidina Utsman bin Affan Radhiyallahu 'anhu, ketika mana tiba saat berangkat ke Badr, isterinya (isterinya merupakan puteri Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam) telah jatuh sakit..

maka berkata Sayyiduna Utsman bin Affan, "ya Rasulullah, puterimu sakit, aku mohon izin"..Maka ya habibi Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam berkata : "kau tetap jaga puteriku"..

maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, 

yakni Allah telah berfirman kepada Ahlul Badr di dalam hadits qudsi riwayat Shahih Bukhari : 

اِعْمَلُوْا مَا شِئْتُمْ يَاأَهْلَ اْلبَدْرِ قَدْ غَفَرَ اللهُ ذُنُوْبَكُمْ مَاتَقَدَّمَ وَمَا تَأَخَّرَ
 

 (yang bermaksud) : "Beramallah semahunya kalian wahai Ahlul Badr, kerana Allah telah mengampuni dosa kalian yang telah lalu dan yang akan datang".

Maka berkata pula Sayyidina Utsman bin Affan : "Ya Rasulullah, aku tidak hadir ke perang Badr, aku menjaga puterimu."

maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam berkata : "kau dapat pahala Badr, dan kau dalam kelompok Ahlul Badr"

subhanallahi wabihamdih, Sayyidina Utsman menjaga puteri Rasulullah, mengorbankan diri dengan tidak hadir dari perang Badr maka Allah memberikan baginya pahala kemuliaan Badr, al-Kubra, Sayyidina Utsman bin Affan Radhiyallahu 'anhu..




Subhanallahi wabihamdih..Inilah indahnya sunnah Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam, maka "berbuatlah semampunya"..

"Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala memuliakan kita di dalam rahsia keagungan Badr al-Kubra ini dan kemuliaan Nuzul al-Qur'an"..


dari al-Habib Munzir bin Fuad al-Musawa :

"Rabbi..Rabbi..halalkan seluruh wajah kami mendapatkan cahaya kemuliaan Nurulul Qur'an, pastikan kami semua kelak di dalam kelompok Ahlul Badr, ketika dipanggil di Yaumul Kiamah, "wahai Ahlul Badr, berdirilah", pastikan kami berdiri diantara para pencinta Ahlul Badr"

"Ya Rahman Ya Rahim Ya Zal Jalali Wal Ikram..Jika kelak di Yaumul Qiamah, masing-masing kelompok dipanggil dengan pencintanya, kelompok zina (nauzubillah), kelompok pemabuk (nauzubillah), masing-masing berdiri dengan kelompoknya, maka disaat itu akan dipanggil pula dimana kelompok Ahlul Badr, semoga aku dan kalian berdiri di dalam kelompok Ahlul Badr..Semoga aku dan kalian tidak berdiri di saat dipanggil mana-mana kelompok pendusta (nauzubillah), kelompok pencaci (nauzubillah), kelompok pendosa (nauzubillah)..Rabbi..Jangan Engkau berdirikan (kami) diantara mereka."

"Rabbi..pastikan ketika Ahlul Badr dipanggil, kami ikut berdiri diantara mereka para pencinta Ahlul Badr, yang telah disabdakan oleh Nabi kami : 

اَلْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ
(yang bermaksud) : "seseorang bersama dengan orang yang dicintainya"

"Rabbi..kami rindu wajah-wajah Ahlul Badr al-Kubra, kami rindu melihat wajah-wajah damai, kami rindu melihat wajah Khulafaa' Ar-Rasyidin, kami rindu melihat wajah Muhajirin dan Anshar, kami rindu memandang wajah Sayyidina Ali bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah, melihat wajah-wajah mulia.."

"Ya Zal Jalali wal Ikram Ya dzaa at-Thawli wal In'aam Ya Rahman Ya Rahim..pastikan kami di dalam keberkahan dunia dan akhirat, dalam kebahagian dunia dan akhirat."


"Demi kemuliaan Badr al-Kubra, jawablah seluruh doa kami, hapuskan seluruh dosa kami, singkirkan segala kesulitan kami, jauhkan musibah dari kami sejauh-jauhnya, jauhkan dari kami kemurkaan sejauh-jauhnya.."

"Ya Rahman Ya Rahim..damaikanlah kami, damaikanlah masyarakat kami, damaikanlah bangsa kami, tenangkanlah jiwa muslimin muslimat agar terhindar dari perbuatan-perbuatan yang hina dan mungkar"

"Ya Rahman Ya Rahim Ya Zal Jalali wal Ikram..jadikan jiwa kami dan jiwa saudara-saudara kami muslimin muslimat selalu risau jika ingin berbuat dosa, dan selalu tenang dan senang jika ingin berbuat pahala"


(T__T) amin ya Rabbi, amin ya Rahman, amin ya Rahim..subhanallahi wabihamdih..
اللـهم صـل و سلم و بـارك عـليه وعـلى آلـه
(yang bermaksud) : "Ya Allah, limpahkanlah shalawat dan salam sertasa berkahilah atasnya dan atas keluarganya"


16 August 2011

Istiqomah..Kunci Lailatul Qadr, dan Kematian yang tenang..(T__T)


Suasana malam yang sejuk menyelubungi sebuah rumah Allah,
Tidak ramai yang berada disitu,
kebanyakkannya sudah pulang selepas solah sunat witir,
diantara yang ramai itu kelihatannya seorang pemuda sedang duduk bersila di satu sudut,
Kelihatan dijarinya ada lilitan tasbih..

dan, bibirnya kelihatan bergerak-gerak seolah-olah mengalunkan zikir..


dan, 

tiba-tiba datang huluran salam, "assalamualaikum"..terhenti bibir si pemuda tadi, jarinya yang dari tadi mengerakkan tasbih turut terhenti..lalu berpaling si pemuda tadi ke arah huluran salam itu, "waalaikummusalam, oh adik rupanya"..

si adik yang memberi salam tadi, terus duduk di sebelah si pemuda itu, "abang, leh sy duduk di sini"

si pemuda itu tersenyum, "alhamdulillah, boleh saje"

si adik berkata, "abang, leh berbual sekejap?"

si pemuda itu tersenyum, "alhamdulillah, boleh, ada apa dik?"

si adik berkata, "abang, kita sekarang ni dah pun berada di akhir Ramadhan, kira-kira 13 hari saje lagi nak habis Ramadhan, leh bagi nasihat sikit kat adik ni, apa yang patut adik buat?"

kelihatanya sayu sahaja suara si adik ini ketika menuturkan bicaranya..

si pemuda itu tersenyum, "adik, ada 13 hari sahaja lagi, masih banyak tu, masih sempat untuk kita semua beramal ibadah kepada Allah, jangan sedih ya, insya Allah, manfaatkan sebaik-baiknya masa dan ruang yang ada ni, yang lepas, biarkan lepas, yang kini ni, kena fikirkan, kena manfaatkan, jangan ia seperti sebelum ini"

kelihatan bibir si adik tersenyum..

si pemuda itu meneruskan bicaranya, "alhamdulillah, Allah masih memberi ruang dan masa kepada kita untuk memuliakan Ramadhan ini wahai adikku, manfaatkanya ruang dan masa ya adik, kena istiqomah segala amal ibadah kita dik..

contohnya, andai sebelum ini, kita dah pun berzikir, teruskan berzikir..andai belum berzikir, cuba berzikir sedikit demi sedikit, mulai dengan "astaghfirullah" dan "subhanallahi wabihamdih"..

kenapa?

kerana kalimah-kalimah itu disukai Allah Subhanallahu wa Ta'ala..dimana ada hadits yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim Radhiyallahu 'anhu, bahawa Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam ada bersabda, yang bermaksud, "kalimah yang paling dicintai Allah adalah Subhanallahi wabihamdih"..

insya Allah, semoga kita amalkan bersama ya..

Andai kita mahu dicintai Allah, maka lakukanlah segala hal-hal yang boleh kita dicintai Allah Subhanahu wa Ta'ala..

lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini, sungguh luas pintu rahmat-Nya, pintu keampunan-Nya, pintu cinta-Nya..insya Allah"

si adik itu tersenyum, "alhamdulillah, tenang rasanya, terima kasih abang..insya Allah, adik cuba amalkan zikir itu, amal ibadah yang lain pun kena buat juga ya abang?"

si pemuda itu tersenyum, "alhamdulillah, iya, amal ibadah lain pun kena buat, tapi buatlah sedikit demi sedikit, jangan buat dengan tergesa-gesa, kerana dibimbangi akan cepat hilang..

seperti, ari ni terus sahaja berzikir 1000 kali istighfar contohnya, membaca al-Qur'an sampai 5 Juz misalnya, solah sunat witir sampai 11 rakaat misalnya, dan sebelum ni tak pernah buat pun, maka dibimbangi esok dah malas dah nak buat..

maka, kita buat perlahan-lahan..sedikit demi sedikit..

di mana, para ulama' ada menyebut :
 قَلِيْلٌ دَائِمٌ خَيْرٌ مِنْ كَثِيْرٍ مُنْقَطِعٍ

(yang bermaksud) : "sedikit yang berkekalan adalah lebih baik daripada banyak yang terputus-putus"

maka, jangan tergesa-gesa nak buat banyak, tetapi buatlah secara perlahan-lahan, tingkatkan amalan itu dari semasa ke semasa..

andai nak solah sunat taubat, solah dua rakaat dahulu, kemudian esok, kalau nak tambah-tambahlah..

insya Allah.."

si adik tersenyum, "alhamdulillah, begitu ya abang, jadi di malam terakhir ni adanya malam lailatur qadr ya abang, jadi kena istiqomah ya segala amalan ya?"



si pemuda itu tersenyum, "ya adikku, segala amalan itu kena istiqomah, sebab itu abang katakan kena buat sedikit demi sedikit, ia bermaksud kita mulakan dari awal lagi..

sekarang ni ada 13 hari lagi, jadi bila ya lailatur qadr?

itu bukan soalan yang perlu ditanya, tetapi yang perlu ditanya, apakah persediaan kita untuk mendapatkannya?

maka, bermula pada detik ini, istiqomahkan segala amalan kita, jangan kurangkannya..jangan awal-awal, banyak, dan diakhirnya semakin kurang dan akhirnya tiada, itu tidak boleh begitu..

janji Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada mereka yang istiqomah adalah,

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ
(yang bermaksud) : "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan : "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka (yakni istiqomah), maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan : "janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih, dan gembirakanlah mereka dengan jannah (yakni Syurga yang mulia) yang telah dijanjikan Allah kepadamu"

(surah Fussilat, ayat 30)

ayat ini menerangkan bahawa sesiapa yang beriman kepada Allah, lalu dia istiqomah pula terhadap apa yang dia ungkapkan, apa yang dia yakinkan, (seperti melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan hadirnya para malaikat ketika mana dia (sesiapa itu) nazak (yakni menjelang kematiannya), dan membisikkan ditelinganya, iaitu :

satu, Janganlah kamu merasa takut..
dua, Janganlah kamu merasa sedih..
tiga, bergembiralah kamu bahawa Syurga menunggumu..
empat, kamilah pelindung-pelindungmu (yakni saksi) di dalam kehidupan duniamu dan akhiratmu..
lima, di dalam Syurga, kamu akan memperolehi apa yang kamu inginkan dan memperolehi apa yang kamu minta..

subhanallahi wabihamdih, seronoknya bagi mereka yang istiqomah di dalam mengenal Allah, di dalam mengerjakan segala amal ibadah kepada Allah, insya Allah, wallahua'lam..

jadi, apabila kita istiqomah, iaitu sentiasa beramal ibadah yakni bermula pada malam ini, detik ini, sehinggalah ke penghujung Ramadhan ini, insya Allah, kita akan memperolehi ni'mat dan rahmat yang Allah sediakan untuk kita yakni Lailatur Qadr, insya Allah, amin.."

 

si adik itu makin tersenyum, "alhamdulillah, begitu ya, kena bermula dari sekarang, insya Allah..abang, contohnya kalau malam ni lailatur qadr, jadi apa yang adik perlu buat ya abang?"

si pemuda itu tersenyum, "alhamdulillah, teruja ya adik, bagus, alhamdulillah..

baiklah..

Sayyidatuna 'Aisyah Radhiyallahu 'anha pernah bertanya kepada Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam,

"Ya Rasulullah, apabila aku mengetahui letaknya malam Lailatur Qadr, maka doa apakah yang hendak aku baca?"

lalu, jawab ya habibi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam,

"Bacalah wahai 'Aisyah,

أللّهمّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفوَ فاعْفُ عَنّي

(yang bermaksud) : "ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan menyukai keampunan, maka ampunkanlah aku ya Allah"

insya Allah, amalkan ya..

dan, kita tak tahu bila Lailatur Qadr, maka amalkanlah doa ini bermula detik ini sehingga penghujung Ramadhan nanti, dan terlebih baik segala amalan itu terus terusan dilakukan sehingga ke penghujung usia kita..

dimana diriwayatkan oleh al-Imam Muslim Radhiyallahu 'anhu, bahawa seorang sahabat, Sofyan bin Abdullah pernah bertanya kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam,

"ya Rasulullah, katakanlah kepadaku tentang Islam, dengan ungkapan yang pendek tetapi padat maknya, sehingga aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain."

lalu jawab Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam,
قُلْ آمَنْتُ بِاللهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ

(yang bermaksud) : "katakanlah aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah kamu istiqomah (dengannya)"

subhanallahi wabihamdih, sungguh tinggi hakikat istiqomah itu, maka teruskanlah amal ibadah kita, mulakan ya di malam ini, di detik ini, di bulan Mulia ini, dan teruskanlah ia di bulan-bulan yang lain, sehinggalah kita dijemput oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam keadaan kita tersenyum dan bahagia dengan segala jaminan Allah, masya Allah, sukannya kan kalau dapat cam tu"

 

si adik mengangguk, "alhamdulillah, mantap huraian abang ni, hehe, terima kasih ya abang, jadi apa yang adik dapat malam ni, kena belajar istiqomah dengan segala amal ibadah kita, kerana ia adalah senjata untuk kita dapat ni;mat dan rahmat Allah pada lailatur qadr dan juga kedudukan yang mulia di sisi Allah andai ia istiqomah dilakukan sehingga ke penghujung hayat kita, begitu ya abang?"

si pemuda tersenyum, "alhamdulillah, betul tu dik"

si adik tersenyum, "alhamdulillah, abang, rasa dah lewat ni, nak kena balik dulu, kan risau ibu dan ayah kat rumah pulak, tak balik-balik lagi malam-malam cam gini"

si pemuda itu tersenyum, "alhamdulillah, iya, sampaikan salam kat ibu dan ayah ya"

si adik mengangguk dan berlalu pergi, "assalammualaikum abang"

si pemuda itu menjawab, "waalaikummusalam"

si adik terus berlalu meninggalkan masjid itu, dan si pemuda itu kelihatannya menyambung kembali gerakan jarinya pada tasbih itu..

wallahua'lam..

~ Muhasabah ~