26 March 2012

Part 1 : Kisah Pengembara di bumi Brunei -> Tulisan Jawi dimuliakan.



alhamdulillah, segala puji-pujian itu bagi Allah Subhanahu waTa'ala..^_^


Allah jadikan alam ini begitu indah, begitu cantik, begitu sempurna, untuk menunjukkan kepada hamba-Nya Subhanahu waTa'ala, bahawa alam ini-lah sebagai bukti atau dalil bahawa adanya Pencipta Yang Maha Indah, Yang Maha Cantik, Yang Maha Sempurna..

Firman Allah Subhanahu waTa'ala :

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ

yang bermaksud :

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,"

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

yang bermaksud :

"(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."

(Surah al-Imran, ayat 190-191)


Subhanallahi wabihamdih..

alhamdulillah, Allah telah memuliakan jasad hamba-Nya Subhanahu waTa'ala ini di bumi Brunei Darussalam pada 26 Disember 2011 yang lalu..

Bertolak seawal pagi dengan kapal terbang dari bumi Kuala Lumpur pada 26 Dis 2011 itu, dan kemudian sampai di bumi Brunei pada hari yang sama, kira-kira pukul 7 pagi atau 8 pagi..wallahua'lam..

Hal yang pertama yang aku merasakan takjub dan kagum ketika menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Darussalam adalah 'Tulisan jawi dimartabatkan' disini..





Subhanallahi wabihamdih..

besar sungguh tulisan jawinya, ia diutamakan disana..Subhanallahi wabihamdih..

Para guru mulia ada memberitahu bahawa permulaan penggunaan tulisan jawi ini berkait-rapat dengan kedatangan Islam pada permulaannya, dan ia merupakan tulisan utama bagi golongan Melayu..

apabila dikatakan ayat, dan huruf penulisan bagi golongan Melayu, maka ia dirujuk kepada tulisan jawi dan penulisan ayat jawi..namun tulisan jawi ini kemudiannya dipinggirkan setelah kedatangan golongan barat, yang mana memanipulasikan tulisan golongan Melayu kepada tulisan kini iaitu penggunaan huruf-huruf barat..

sedangkan, tulisan Melayu asal itu adalah mengunakan huruf-huruf arab, yang kemudiannya disusun mengikut sebutan atau lafaz golongan Melayu, dan kemudian dinamakan ia sebagai 'tulisan jawi'..

Mengikut catatan oleh Ibnu Battutah dalam bukunya al-Rihlah yang menggelarkan Sumatera sebagai al-Jawah..Oleh itu, kata "Jawah" atau "Jawi" bukan sahaja merujuk pada orang Jawa, iaitu penduduk yang berasal dari Tanah Jawa, tetapi merujuk pada semua bangsa dan kaum peribumi Asia Tenggara termasuklah seluruh rumpun bangsa Melayu, Aceh, Banjar, Bugis, Campa, Jawa, Lombok, Mandailing, Minangkabau, Patani, Sunda, Filipina dan lain-lain..

Oleh sebab itu, kebanyakan ulama' dari Asia Tenggara sering menggunakan kata "al-Jawi" di hujung nama mereka sekalipun berlainan suku bangsa seperti Syeikh Abdul Samad al-Palembani al-Jawi, Syeikh Daud Abdullah al-Fatani al-Jawi, Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri al-Jawi dan ramai lagi..

Maka, hasilnya penggunaan tulisan jawi adalah tulisan utama di Asia Tenggara ini, maka sebab itulah, ia (Asia Tenggara) dikenali sebagai Tanah Jawi, iaitu merujuk kepada Asia Tenggara, itulah yang diberitahu oleh para guru mulia..bahkan itu, kaitan di antara Tanah Jawi dan golongan Melayu adalah kerana golongan Melayu merupakan 'tuan empunya Tanah Jawi ini'..

berpandukan kepada sejarah yang banyak diperkatakan, nama Melayu ini merupakan satu nama kepada golongan yang dimuliakan Allah Subhanahu waTa'ala di bumi Asia Tenggara ini..maka, sebab itulah dikatakan 'tuan empunya Tanah Jawi ini'..

Subhanallahi wabihamdih..

wallahua'lam.. 

Sedikit tatapan mata bahawa Brunei menjadikan tulisan jawi sebagai satu tulisan yang dimuliakan, sebagai satu tulisan Melayu yang sebenarnya..








22 March 2012

perlu ke ziarah kubur ni?




Pada suatu pagi Juma'at yang damai, bersama suasana kicauan burung yang riang..


kelihatan dua orang pemuda keluar dari Masjid, mereka berdua kemudiannya berjalan bersama..


salah seorang darinya, yang dikenali Farid bertanya kepada seorang lagi, Azam.


Farid : "abang Azam, leh saya nak tanya tak?"


Azam tersenyum : "leh, ada apa Farid?"


Farid : "tentang ziarah kubur ni, biasanya bila pagi Juma'at macam ni, ramai yang akan ziarah kubur, saya ada terdengar, ada orang kata ziarah kubur ni, tak ada di khususkan pun oleh Nabi kita, terutama ziarah pada hari Juma'at, betul ke abg Azam?"






Azam tersenyum : "alhamdulillah, macam ni lah, sama ada sesuatu perkara itu dikhususkan atau tidak, pertamanya abg nak tanya, ia perbuatan baik ke atau tidak baik?"


Farid : "ziarah kubur, baiklah abg."


Azam : "alhamdulillah, keduan, perbuatan tu rasa Farid dapat pahala ke, dapat dosa?"


Farid : "ish, takkan ziarah kubur, lepas tu, baca Yaasin ke, berzikir ke, takkan dapat dosa pulak abg."


Azam : "alhamdulillah..baik-lah..Farid, macam Farid bagi tahu tadi kan, perbuatan ni baik, insya Allah dapat pahala pulak tu..


seperti baca Yaasin misalnya, ia dibaca di kubur, sesetengah orang ada bagi tahu-kan ia tak sampai kepada si mati lah, atau seumpamanya..


baik, pertamanya, yang membaca tu siapa? kita orang hidup ni ke, atau orang yang di dalam kubur tu?"


Farid : "ish, abg ni, mesti-lah kita orang hidup yang baca."


Azam tersenyum : "Alhamdulillah, jadi, kita orang hidup yang baca, maka kita-lah yang dapat pahala, insya Allah, jadi pahala tu kita punya kan, jadi seperti barang, bila dah jadi kita punya, kita boleh nak sedekah-kan barang tu, atau nak hadiah-kan barang tu pada sesiapa, betul tak?"


Farid : "betul abg."


Azam : "jadi, sama juga, dengan hal ni, pahala kita, insya Allah, boleh kita sedekahkan kepada si mati tersebut..


soal sampai atau tidak sampai kepada si mati tu, itu bukan kerja kita, itu adalah urusan Allah..


macam kita dengan bos kita, bila bos kita arahkan kita buat kertas kerja misalnya, kita akan buat kertas kerja dengan sebaiknya, selepas tu kita bagi kat bos kita untuk luluskan..


jadi, soalan abg, adakah kita nak paksa bos kita tu luluskan sedangkan itu hak dia? dia berhak untuk luluskan atau tidak, kerana itu urusan dia, sebagai bos, kita pekerjanya hanya menurut perintah..


maka terlebih lagi kita dengan Allah, kita hanyalah hamba-Nya Subhanahu waTa'ala, kerja kita hanyalah mengabdikan diri kepada-Nya Subhanahu waTa'ala..


Allah dah memberi pelbagai ni'mat, rahmat, kasih sayang kepada kita..adakah dengan sedikit perintah-Nya Subhanahu waTa'ala, kita berkira-kira untuk melaksanakannya?"


Farid : "astaghfirullah, betul juga tu abg."


Azam tersenyum : "tentang pengkhususan hari Juma'at tu, kita lihat macam ni-lah, daripada tak pergi langsung, ada juga hari yang boleh pergi kan, pergi pulak tu hari Juma'at yang mulia..nak pergi hari-hari pun boleh, tapi kalau nak pergi hari Juma'at sahaja pun tak apa..kerana ziarah kubur ni adalah ubat kepada hati, ia boleh melembutkan hati dengan pandangan mata ke arah kubur, lalu hati berkata ; 'disinilah tempat aku nanti, apakah persediaan-ku?'..insya Allah.."


Farid : "hurm...astaghfirullah, perbuatan sebegini mendekatkan hati kepada Allah rupanya ya abg..eh, abg, tu kawasan kubur, sy nak singgah ke sana lah sekejap, abg? nak ikut sama?"


Azam : "alhamdulillah, abg memang nak kesana pun, kita sama-sama kesana k.."


wallahua'lam.. 



20 March 2012

wanita solehah : "Jangan halang kami untuk menutup wajah kami"..



alhamdulillah..^_^


Mudah-mudahan rahmat-Nya Subhanahu waTa'ala dan kasih sayang-Nya Subhanahu waTa'ala sentiasa menerangi hati, jiwa dan jasad kita semua, amin ya Rahman, amin ya Rahim..


Mutakhir ini, banyak wanita muslimah telah berani untuk berpakaian mengikut acuan yang diredhai Allah Subhanahu waTa'ala..Hal ini menjadikan mereka lebih selamat dan membawa keselamatan kepada manusia disekelilingnya..


Sesungguhnya apabila wanita itu menutup auratnya sebaiknya, maka ia telah menyelamatkan dirinya dan menyelamatkan manusia disekelilingnya..


apakah itu aurat?


ta'rif 'aurat ; 'aurat daripada bahasa 'arab عوره, bermakna keaiban. Pada istilah Feqah, ia diertikan bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.


maka, disini, ambo tidak berkehendak untuk memanjangkan huraian mengenai aurat ini, tetapi ambo hanya berkehendak untuk memanjangkan tentang aurat bagi seorang wanita muslimah sahaja..


Firman Allah Subhanahu waTa'ala :




yang bermaksud :


"dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, hendaklah mereka menahan (sebahagian) daripada pandangan mata mereka, (daripada memandang lelaki yang ajnabi), dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka (anak tiri), atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba 'abdi yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka memukul kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu mendapat keuntungan, kemenangan atau kebahagiaan yang hakiki."


(Surah an-Nur, ayat 31)


wallahua'lam..


al-Habib Munzir bin Fuad al-Musawa berkata ;


"berdasarkan ayat ini, jelas sekali bahawa memakai purdah atau kain pada muka itu adalah wajib hukumnya. Namun di dalam madzhab Syafii terdapat keringanan bagi wanita yang bekerja untuk membuka kainnya itu, hingga terlihat wajahnya dan kedua telapak tangannya. dan Allah tidak memaksa lebih dari kemampuan kita."


alhamdulillah..al-Habib Munzir bin Fuad al-Musawa jelas sekali mengatakan ia wajib, cumanya ia diberi keringanan di dalam madzhab Syafi'i JIKA seorang wanita itu belum bersedia, atau masih baru di dalam agama Islamnya.


Maka, ambo disini hanya untuk MENYOKONG wanita-wanita muslimah yang akan memakai 'penutup wajahnya', atau sedang memakai 'penutup wajahnya'..


wallahua'lam..


ayat al-Qur'an di atas ini juga melarang perempuan beriman daripada mendedahkan 'aurat atau perhiasan mereka..


para ulama' berselisih pendapat dalam menafsirkan :


إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا


yang bermaksud : "..kecuali yang biasa nampak daripadanya.."


Ibnu Mas'ud, Ibrahim Nakhai, dan Hasan al-Basri ( رضي الله عنه ) menafsirkan sebagai pakaian luar yang dipakai oleh perempuan untuk menutup perhiasan yang dalam, atau mereka menafsirkan sebagai kain tutup muka.


Sesetengah ulama' tafsir yang lain, seperti Ibnu 'Abbas, Mujahid, 'Ata, Ibnu Umar, Anas, Sa'id Ibn Jubayr, al-Awza'i, dan lainnya, mengatakan bahawa yang dikecualikan itu ialah ; muka dan dua telapak tangan, termasuk cincin, inai, celak, dan seumpamanya yang dibuat perhiasan.


Qaul yang mu'tamad dalam mazhab Syafi'i berpegang kepada tafsir bahawa "kecuali yang biasa nampak daripadanya", itu ialah baju luar dan tutup muka, diperkuatkan pula dengan nas surah al-Ahzab ayat 53 dan 59 (sila rujuk), dan beberapa buah hadits yang Shahih seperti hadits yang meriwayatkan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم menyuruh isteri-isteri berselindung di balik hijab, daripada 'Abdullah Ibn Umm Maktum, dan hadits yang meriwayatkan bahawa ada di antara isteri Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم yang melindungkan muka mereka semasa di dalam ihram daripada pandangan lelaki ajnabi.


alhamdulillah..


ambo kembali semula kepada ayat ambo di atas, iaitu :


"Sesungguhnya apabila wanita itu menutup auratnya sebaiknya, maka ia telah menyelamatkan dirinya dan menyelamatkan manusia disekelilingnya.."


apa yang hendak dikaitkan tentang menutup auratnya sebaiknya itu dengan "menyelamatkan dirinya" dan juga "menyelamatkan manusia disekelilinya" adalah, cuba kita bersama-sama membayangkan..


di antara dua wanita, yang dikanan adalah seorang wanita yang menutup auratnya sebaiknya, dan yang dikiri adalah seorang wanita yang 'seksi', yang auratnya terbuka, ke manakah pandangan kita sekalipun yang memandang itu wanita?


keadaannya seperti ini ;




ambo jawab dengan jujur, jika ambo-lah yang berada di keadaan ini, maka pandangan akan terarah kepada wanita disebelah kiri ini, yang auratnya tidak ditutup sebaiknya..


kerana itu-lah kerjanya nafsu dan tipu daya syaitan..


maka, apabila hal ini terjadi, maka wanita di sebelah kiri itu akan berada dalam 'keadaan tidak selamat', yakni sentiasa dipandang oleh mata yang tidak sepatutnya dan ia mungkin membuka ruang kepada berlakunya hal-hal yang tidak sepatutnya seperti dirogol, dicabul dan seumpamanya, nauzubillah..


wanita sebegini juga ia telah menyebabkan 'orang disekelilingnya tidak selamat', kerana nafsu dan syaitan sentiasa menghasut manusia untuk mendekati kemurkaan Allah, maka ia membuka ruang buat 'hamba-Nya yang lemah' menjadi perogol, pencabul dan seumpamanya, nauzubillah..


berbeza dengan wanita yang dikanan, keadaannya itu menyebabkan mata-mata yang mungkin juga memandangnya akan menunduk malu untuk melihatnya, atau ada yang melarikan atau menjauhkan diri dari mendekatinya dan melihatnya kerana malu dengan diri sendiri atau malu dengannya, maka hal ini menyelamatkan dirinya dan menyelamatkan orang yang disekelilingnya..




alhamdulillah, wallahua'lam..


jika ada yang menjawab : "alah, tak ada lagi-lah, wanita yang hanya nampak muka sahaja, tak pakai purdah atau penutup wajah dirogol, tak payah-lah pakai purdah atau penutup wajah ni?"


maka, cuba kita renung kembali, kehidupan yang diredhai Allah Subhanahu waTa'ala adalah 'prevent' atau cegah, yakni cegah dari mendekati kemurkaan Allah, cegah dari mendekati kemaksiatan..dan ia bukan merujuk kepada 'control' atau kawal, yakni kawal dari mendekati kemurkaan Allah..


contohnya di dalam hal ini..


apakah bila terjadinya kes rogol, kes cabul, baru-lah kita nak memikirkan bagaimana hendak 'mengawalnya'?


sebab itulah Islam ini adalah agama yang terkumpul padanya rahmat-Nya Subhanahu waTa'ala dan kasih sayang-Nya Subhanahu waTa'ala, tidak ada istilah zalim atau menzalimi hamba-Nya Subhanahu waTa'ala..


pemakaian seperti itu iaitu menutup auratnya sebaiknya itu, contohnya pemakaian kain pada wajahnya, pemakaian tudung labuh yang sempurna yakni menutup dadanya, pemakaian jubah atau pakaian yang menutup tubuh dengan baik tanpa membalutnya, pemakaian sarung lengan, pemakaian sarung tangan, pemakaian sarung kaki, hal ini bukan untuk menzalimi wanita, TETAPI IA ADALAH UNTUK MENCEGAH BERLAKUNYA SEBARANG KECELAKAAN BUAT WANITA..


maka, telah berpesan para guru mulia ; "manusia yang bijak adalah mencegah dirinya dari mendekati kemaksiatan dan kemurkaan Allah, mencegah dirinya dari berada dalam kesusahan yang membuat dirinya akan berasa hina."




wallahua'lam..


maka, jika wanita muslimah memakai pakaian seperti di atas sekali itu, maka JANGAN HALANGNYA, kerana jika MENGHALANGNYA TANPA SEBAB YANG TIDAK SEPATUTNYA, maka MANUSIA PENGHALANG ITU TELAH MEMILIH UNTUK BERADA DI DALAM KELOMPOK BUKAN PENCINTA RASULULLAH صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم kerana pencinta Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم adalah umatnya  yang mengikuti setiap jejaknya صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, yakni apa yang dibuatnya صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dilaksanakan, dan APA YANG TIDAK DILARANGNYA صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, maka DIA TIDAK MELARANGNYA..

wanita solehah
: "jangan halang kami untuk menutup wajah kami."



buat adik-adik SPM 2011..^_^



eh, lupa pulak..(^_^)


kepada adik-adik SPM 2011, mudah-mudahan keputusan yang akan diumumkan esok memberi pelbagai rahmat dan kasih sayang dari-Nya..


Ingat, jika gagal esok, ia sebenarnya bukan gagal, "tetapi kejayaan yang ditangguh sementara dan akan diberi kepada adik-adik sekalian dalam keadaan yang lebih bermakna."..(^_^)


so, jangan sedih2, chayok! Chayok! hehe..


so, jangan berdebor-debor, pergi dengan tenang, terima result dalam keadaan hati yang sentiasa berhubung dengan Allah, jika keputusannya "senang", maka ucaplah alhamdulillah..jika keputusannya "sukar", maka ucaplah alhamdulillah, mudah-mudahan ada kesenangan yang disediakan, insya Allah..(^_^)


~ Muhasabah ~