31 May 2011

Bulan Rejab, bulan yang mulia hampir menjelang..(T__T)


Waktu malam yang sunyi,
angin bertiup beralun perlahan,
awan di langit kelihatan berseri,
bertemankan ia dengan cahaya bulan..

"subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar.."

indahnya ciptaan Allah Subhanahu wa Ta'ala,
DIA lah yang mencipta kesemuanya,
segala-galanya di dalam pengetahuan-Nya,
kesemua ini hanya didapati oleh mereka yang bertaqwa..

(T__T) : astaghfirullah, astaghfirullah, astagfirullah..

Di dalam suluhan cahaya bulan di suatu malam, seorang pemuda kelihatan sedang duduk sendirian di bawah sebuah pohon, tempat itu tidak jauh daripada sebuah masjid yang dia sentiasa datang kepadanya untuk melakukan solah berjemaah dan amal ibadah selainnya..

Kelihatan di jarinya terselit seutas tasbih, bibirnya seakan-akan bergetar seperti mengalunkan suatu zikir..

Sedang dia sendirian begitu, tiba-tiba terdengar salam dari belakang, "assalammualaikum"..

terhenti seketika jarinya yang mengerakkan tasbih, berpusing wajahnya kepada suara itu, "waalaikummusalam warahmatullahi wabarakatuh"..

"alhamdulillah, Adam rupanya", jawab pemuda yang sendirian itu tadi..

Adam, "alhamdulillah, abang seorang sahaja ya, saya baru sahaja sudah membaca surah al-Mulk di masjid tadi, saya ingat nak terus pulang selepas tu, tapi ternampak abang pula di sini, nak berbual dengan sekejap, leh ke abang?"

pemuda itu tersenyum, "alhamdulillah, boleh, abang tak ada buat apa pun, abang duduk aje di sini"

lalu Adam duduk disebelah pemuda itu..

Adam, "abang, kita dah tak lama dengan bulan Rejab ya, tak salah saya, hari juma'at ini sudah 1 Rejab 1432H ya, waktu malaysia lah, kalau waktu lain, lain lah pula ya, hehe"..

pemuda itu tersenyum, "alhamdulillah, Allah mengurniakan hidayah kepadamu untuk dirimu menyedari bahawa Bulan Rejab yang mulia hampir tiba..ya, insya Allah, andai diizinkan Allah, hari juma'at nanti adalah 1 Rejab, insya Allah"..


Adam, "jadi, abang, leh tak saya nak tanya tentang Rejab ni?"

pemuda itu tersenyum, "insya Allah, tanya aje Adam, kalau abang leh jawab, insya Allah, abang akan jawab"..

Adam, "ia tentang beberapa hadits yang Adam dapati daripada beberapa teman, mereka katakan hadits itu palsu,

seperti hadits yang mengatakan
bulan Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban bulan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, dan Ramadhan bulan ummat Islam. Barang siapa berpuasa di bulan Rejab dua hari, baginya pahala dua kali lipat, timbangan setiap lipatan itu sama dengan gunung gunung yang ada di dunia, kemudian disebutkan pahala bagi orang yang berpuasa empat hari, enam hari, tujuh hari, lapan hari, dan seterusnya, sampai disebutkan ganjaran bagi orang berpuasa lima belas hari..

ada di antara mereka mengatakan hadits itu palsu dan tidak boleh beramal dengannya, macam mana tu abang? saya senyap aje ketika dengar hujah mereka tu.."

pemuda itu tunduk seketika, tasbih yang terselit dijarinya di putar kembali..

lama juga pemuda itu mendiamkan diri..

Adam yang berada disisi hanya memandang pada mulanya, kemudian bertanya, "abang marah pada Adam ke?"

pemuda itu mendongak wajahnya dan tersenyum ke arah lelaki yang bernama Adam, "alhamdulillah, tidak wahai Adam, cuma abang berfikir"..

Adam, "kenapa abang? abang berfikir pasal apa?"

pemuda itu tersenyum, "berfikir, ada juga manusia yang cuba melarang manusia yang lain untuk beramal ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sedangkan tiada larangan tentangnya"..

Adam kelihatan bingung seketika memikirkan ayat yang diluahkan pemuda itu..

"maksud abang?" katanya Adam..

pemuda itu tersenyum, "wahai adikku, Adam, hadits yang dikatakan temanmu itu iaitu tentang kemuliaan bulan Rejab atau kelebihan bulan Rejab itu yang kebanyakan sedang beredar di kalangan kita sekarang, ia tidak ada yang shahih, sebahagian besarnya adalah dhaif..

namun adikku Adam, ia bukan bererti itu menafikan kemuliaan di bulan Rejab..abang hanya berkata-kata di sudut hadits nya sahaja, yakni hadits yang adik katakan itu ataupun yang banyak di dapati diluar sana..
 
namun seperti apa yang abang katakan tadi, ia bukan bererti untuk menafikan kemuliaan di bulan Rejab wahai adikku..

tidak ada satupun para Muhaddits yang mengharamkan puasa di bulan Rejab..

dari al-Hafiz al-Muhaddits al-Imam Nawawi Rahimahullahu Ta'ala :

ولم يثبت في صوم رجب نهى ولا ندب لعينه ولكن أصل الصوم مندوب إليه وفي سنن أبي داود أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ندب الى الصوم من الأشهر الحرم ورجب أحدها

(yang bermaksud) : "tidak ada ketentuan jelas yang menguatkan pelarangan puasa pada bulan Rejab, tidak pula ada keterangan sunnah melakukannya, akan tetapi asal dari ibadah puasa adalah sunnah, dan pada riwayat sunnah Abu Dawud, bahawa (Sayyiduna) Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mensunnahkan puasa di bulan haram, dan Rejab adalah salah satu dari bulan Haram"

maka jelaslah kepada kita wahai adikku, Adam, bahawa sunnah berpuasa di bulan Rejab, dan segenap bulan haram iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab itu adalah sunnah..

tidak ada larangannnya wahai adikku, Adam..

maka, barangsiapa yang mengharamkannya, maka ia merupakan kemungkaran, kerana sebagaimana yang dijelaskan oleh al-'Allamah al-Imam Nawawi tadi, bahawa hal ini tidak ada dalil yang melarangnya, maka sunnah berpuasa di hari-hari yang tidak diharamkan puasa padanya..

barangsiapa yang ingkar, iaitu "mahu mengatakan haram berpuasa di bulan Rejab" atau seumpamanya, maka hal itu adalah mungkar..

Hal ini amat menyedihkan wahai adikku, Adam..

sebahagian besar muslimin berpuasa di bulan Rejab, sebahagian yang lain tidak mempedulikannya, dan sebahagian yang lain sibuk melarang yang berpuasa..

maka, sebahagian yang ketiga inilah yang berbahaya wahai adikku Adam, melarang orang muslim beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, berpuasa kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala, astaghfirullah..

Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :

إن أعظم المسلمين في المسلمين جرما من سأل عن شيء لم يحرم على المسلمين فحرم عليهم من أجل مسألته

(yang bermaksud) : "Sesungguhnya sebesar-besar kejahatan muslimin pada muslimin yang lainnya, adalah yang bertanya tentang hal yang tidak diharamkan ke atas muslimin, (kemudian) menjadi diharamkan atas mereka kerana pertanyaannya"

hadits riwayat al-Imam Muslim..

maka, wahai adikku, usah kau hiraukan kata mereka, tiada larangan dan pengharaman untuk kau berbuat amal ibadah di bulan Rejab yang mulia..

adikku, para guru abang pernah berpesan kepada abang, "untuk sah sesuatu amal ibadah adalah mudah, tetapi untuk mendapat kesempurnaannya adalah susah"..

maka, di bulan yang mulia inilah, iaitu Rejab nanti kita berusaha mencari kelebihan, menyempurnakn segala amal ibadah yang sebelum ini kurang, banyak cacatnya..

 
ibarat seseorang itu sedang berlumba kereta, litarnya itu begitu susah, dan dia mempunyai beberapa ruang untuk dia memintas kereta di hadapannya..

maka, begitulah bulan Rejab wahai adikku, amal ibadah kita sebelum ini mungkin banyak kekurangan, banyak kesalahan, maka di bulan yang mulia ini, yang dirahmati ini lah, kita mencari ruang-ruang yang banyak kerahmatan untuk dimanfaatkan, agar kedudukan kita di sisi Allah bertambah mulia, insya Allah"..

Adam tersenyum, "alhamdulillah, panjang lebar abang menjelaskannya, terima kasih abang, insya Allah, Adam ingat nak mulakan puasa pada 1 Rejab nanti, nak berpuasa 3 bulan, Rejab, Sya'ban dan Ramadhan, kalau diizinkan Allah, insya Allah, doakan ya abang"..

pemuda itu tersenyum, "alhamdulillah, Allah menganugerahkanmu hidayah serta taufiq, semoga Allah menetapkan hatimu di jalan keredhaan-Nya, insya Allah..jangan lupa, banyakkan istighfar dan berdoa di bulan yang banyak kerahmatan dan keberkatan itu nanti, insya Allah"

Adam, "insya Allah, terima kasih abang"..

Pemuda itu tersenyum, "alhamdulillah, abang rasa dah lewat ni, kita pulang dulu, esok kita jumpa pula di Masjid untuk solah subuh berjemaah, insya Allah"..

Adam, "oh ya, dah lewat, insya Allah, kita jumpa esok ya abang"..

berlalulah kedua-dua insan yang sedang membina jalan ke arah keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala, insya Allah..(T__T)

wallahua'lam..

pesanan : "semoga penerangan bercerita ini menjadi manfaat kepada semua, insya Allah, segala-galanya adalah kurniaan Allah Subhanahu wa Ta'ala"..


Aku mahu bertaubat kepada Allah..(T__T)



Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :


إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ

(yang bermaksud) : "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat"

(surah al-Baqarah, ayat 222)

wallahua'lam, Allah jua Yang Maha Mengetahui..(T__T)

astaghfirullah..

Wahai hatiku, begitu banyak dosa yang engkau lakukan wahai hati..
Wahai jiwaku, begitu banyak dosa yang engkau lakukan wahai jiwa..
Wahai jasadku, begitu banyak dosa yang engkau lakukan wahai jasad..

(T__T) : astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah..

Wahai diriku, ingatlah, barangsiapa yang sentiasa bertaubat kepada Allah, pastilah Allah akan mencintainya..
Wahai diriku, ingatlah, apabila Allah telah mencintainya, maka Allah akan memberikan apa diinginkan hamba-Nya itu..
Bahkan lebih dari yang diinginkannya hamba-Nya itu..

sebagaimana firman Allah di dalam hadits qudsi :

مَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ

(yang bermaksud) : "Hamba-Ku masih terus mendekati kepada-Ku dengan perbuatan-perbuatan sunnah hingga Aku mencintainya. Ketika Aku mencintainya, maka Aku menjadi pendengarannya yang ia gunakan untuk mendenar, Aku menjadi penglihatannya yang ia gunakan untuk melihat"

masya Allah, tabarakallah..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

(T__T) : astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah..

Sesungguhnya..

Betapa mulianya seorang hamba-Nya yang dapat melihat dan mendengar bersama cahaya cinta kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..

Demikianlah keadaan orang-orang yang dicintai oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, mereka akan mendapatkan kemuliaan yang agung di dunia dan di akhirat..

Semoga Allah mencintai kita dan tiadalah Allah akan mencintai kita kecuali Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam juga mencintai kita, maka mendekatkanlah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan mengikuti segala jalanan beliau (yakni ya habibi baginda Shallallahu 'alaihi wa Sallam), agar kita dicintai Allah Subhanahu wa Ta'ala dan dicintai oleh Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam..

Perbanyakkanlah berselawat kepada ya habibi Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam, ikutilah budi pekertinya dan akhlaknya..

jika engkau wahai diriku mengikuti Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam, maka engkau akan dicintainya, dan juga akan dicintai Allah Subhanahu wa Ta'ala..

Jika Allah Subhanahu wa Ta'ala mencintaimu, maka Allah tidak akan memberimu kesusahan kerana tidak ada seorang kekasih yang akan menyakiti kekasihnya akan tetapi dia akan memberi segala yang diinginkan oleh kekasihnya, memuliakannya, dan mendekatkannya kepadanya sedekat-dekat keadaan...



masya Allah, tabarakallah..

maka, wahai diriku, bukakanlah mata zahirmu untuk memandang alam ciptaan Allah, untuk menghadirkan kepada mata hatimu tangisan keinsafan untuk bertaubat kepada Allah, kemudian mengalirlah mata zahirmu dengan lelehan air mata keinsafan..

sesungguhnya, air mata itu akan menjadi saksi buatmu wahai diriku di akhirat kelak bahawa engkau telah bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benarnya..

Allah, Allah, Allah..(T__T)

wallahua'lam, Allah jua Tuhan Yang Maha Mengetahui..

Allah Tuhan Yang Maha Pengampun..






30 May 2011

catatan perjalanan : pengalaman di Dewan Bersalin


Alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala di atas segala kurniaan-Nya, sama ada yang disedari atau tidak sedari, sesungguhnya segala-galanya di dalam kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta'ala., sesungguhnya segala-galanya di dalam pengetahuan Allah Subhanahu wa Ta'ala, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

Selawat serta salam kepada Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam, penghulu bagi seluruh Rasul, penghulu bagi seluruh Nabi, penghulu bagi seluruh manusia, masya Allah, tabarakallah, sesungguhnya ia adalah anugerah yang mulia dari Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada makhluk-Nya manusia yang dikenali Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam..

wallahua'lam, Allah jua Yang Maha Mengetahui..



Di ketika kaki ini masih dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk melangkah, maka tanpa ku sedari, aku melangkah di dunia yang amat asing buatku, iaitu Dewan Bersalin..

maka, diketika langkahan kaki ini di tempat asing ini, sekali lagi, aku mencatit sedikit "Catatan Perjalanan", untuk pedoman buat hati yang hina dan minda yang faqir ini, dan juga untuk perkongsian buat mereka yang menginginkannya, insya Allah, wallahua'lam..

aku mulakan catitan ini dengan ayat yang mulia dari kitab yang mulia, Al-Qur'an..

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً

(yang bermaksud) : "Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."

(surah al-Furqan, ayat 74)

Anak-anak yang dilahirkan adalah merupakan kurniaan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala..dan merupakan suatu bentuk amanah bagi kedua ibu dan bapa untuk menjaganya dengan petunjuk yang digariskan..

Kehadirannya menjadi penyeri sebuah kehidupan berkeluarga bagi mereka yang mengerti..Kegembiraan tersebut adalah merupakan sebuah fitrah kurniaan yang tidak terkira nilainya..


masya Allah, tabarakallah..

Indahnya jasadmu wahai bayi,
Indahnya hatimu wahai bayi,
lahirnya engkau dalam keadaan suci,
insya Allah kembali jua dalam keredhaan ilahi..

amin ya Rabb..wallahua'lam..

Berada di "dunia Dewan Bersalin" ini, banyak mengajar hati hina ini tentang ciptaan Allah Subhanahu wa Ta'ala..

Bila keluar ia (bayi) dari sang ibunya,
menangis ia dengan terpejam matanya,
tangannya bergerak-gerak meronta,
begitu juga anggota selainnya..

Bila sang ibu melihat anaknya,
Kesakitan tadi hilang begitu sahaja,
senyuman terukir di waktu itu jua,
riangnya hati melihat anak yang dikandungnya..

masya Allah, tabarakallah..(T__T)

Berada di sini,
mengajarku erti tugas seorang suami kepada si isteri..Ketika mana seorang isteri memerlukan suaminya di sisi, memerlukan sokongan, memerlukan kekuatan, maka hadirnya si suami di sisi, walaupun si suami hanya mampu memandang, namun ia sudah cukup menceriakan hati si isteri, masya Allah, tabarakallah..

Berada di sini,
mengajarku erti tugas seorang ayah kepada anaknya..Ketika mana keluarnya anaknya dari sang ibunya, maka terus sahaja telinga kanan anaknya di azankannya ayahnya, terus sahaja telinga kiri anaknya di iqamahkannya ayahnya, maka kalimah pertama yang didengari oleh anaknya adalah "Tiada Tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad pesuruh-Nya"..maka kalahlah syaitan untuk "pusingan terawalnya"..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

insya Allah, berbekalkan pengalaman di sini, aku doakan "semoga aku sendiri yang dapat menyambut anakku nanti"..amin ya Rabb..


25 May 2011

da'wah yang mulia adalah bermula dengan "cahaya" diri..


Pada suatu majlis ilmu di suatu masjid..

seorang tuan guru, apabila datang, pasti beliau akan mandi di kolah masjid..

beliau sentiasa melakukan segala perbuatan yang disunnahkan..sentiasa menjaga setiap adab dan akhlak..

maka, hal itu menyebabkan beliau agak lambat untuk memulakan sesi pengajian kitab Minhajul Abidin..

maka, datanglah seorang hadirin kepadanya, "tok guru, tok guru tak terasa ke perbuatan tok guru ni boleh menyebabkan ahli jemaah masjid semakin lama, semakin sedikit sebab menunggu tok guru?"

beliau menjawab, "lagi elok, ambo nak ajar bagi sesiapa yang nak belajar sahaja..ambo lebih suka memuliakan adab-adab untuk menuntut ilmu dan Islam, daripada menjaga mereka yang berkira-kira untuk berusaha menuntut ilmu.."

keadaan itu berterusan..

namun lama kelamaan, para jema'ah yang mengikuti pengajiannya semakin bertambah, dan tidak berkurang walaupun sedikit..

bahkan segala perbuatannya perlahan-lahan diikuti, seperti pemakaian serban, jubah, solah sunat rawatib, adab dan akhlak..

masya Allah, mulianya hamba-Nya yang mengutamakan adab dan akhlak di di dalam memuliakan agama-Nya..

mulianya hamba-Nya yang mengutamakan cinta kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dari selain-Nya..

secara tidak langsung menjadi da'wah kepada yang lain untuk mengikutinya..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

masya Allah, tabarakallah..

astaghfirullah..(T__T)

aku sentiasa berfikir, "bagaimanakah untuk aku menasihati manusia yang lain seperti sahabatku atau saudara kandungku sendiri tentang mengikuti perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala dan meninggalkan larangan-Nya?"

"namun tak terfikirkah aku, bahawa andai AKU SENDIRI BENAR-BENAR MENGIKUTI PERINTAH ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA DAN MENINGGALKAN LARANGAN-NYA, maka "cahaya" yang ada pada hati, jiwa dan jasadku itu pasti akan menerangi manusia di sekeliling pula, dan pasti mereka akan bermuhasabah tentangnya dengan sendiri"

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

apabila aku mengimbas kembali kata-kata tuan guruku itu, aku sedari..

"aku perlu menanamkan adab dan akhlak di dalam hatiku, jiwaku, dan jasadku, insya Allah, apabila ia tertanam dengan baik, dan ia tumbuh dengan baik, maka hasilnya yakni buah-buahan akan dapat dini'mati bersama oleh mereka yang disekeliling"

da'wah tidak susah andai ia bermula dengan diri sendiri..kerana setiap kelakuan yang baik itu pasti akan dicontohi oleh mereka yang disekeliling..

lihat bagaimana perjalanan kehidupan Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam itu sendiri..

belum sempat terkeluar apa-apa dari lidahnya baginda Shallallahu 'alaihi wa Sallam, segala perbuatan dan kelakuannya telah diteladani dan diikuti oleh para sahabatnya, masya Allah, tabarakallah..

insya Allah, bersamalah kita menyinari hati, jiwa dan jasad kita dengan nur Iman dan nur Islam, dan insya Allah, cahaya itu akan menjadi semakin terang andai diistiqomahkannya, dan menerangi sekeliling kita nanti, amin ya Rabb..



24 May 2011

muhasabah : "dosaku yang bertimbun"


Kisah di suatu petang yang indah dan tenang..

angin bertiup dicelah daunan,
cahaya matahari redup di awanan,
beburung berterbangan sambil berkicauan,
begitulah suasana kampung yang aman..

di sebuah rumah di kawasan kampung yang aman..
terjadinya suatu kisah keinsafan..
dari ketenangan kepada kehibaan..
kerana mengenang kisah kehidupan..



di suatu sudut di ruang tamu, aku duduk sendirian bersama secawan kopi..merehatkan badan selepas pulang dari Masjid..

"abang.." suara adikku memecahkan kesunyian ruang tamu itu..

lalu aku berpaling pada adikku dengan senyuman, "ya adik, kenapa adik ni?"
adikku duduk di sebelahku dengan wajahnya yang masam mencuka..
lalu aku memeluknya, "kenapa dik? ada masalah apa?"

adikku memulakan bicara, "abang, adik ni banyak buat dosa, ustaz kat sekolah kata, orang banyak dosa ni masuk neraka"

aku terkejut seketika, dan melihat wajahnya..

timbul kegerunan di hatiku buat seketika..

lalu aku bertanya kepadanya, "adik banyak buat dosa? adik buat apa?"

adikku berkata, "ya lah, dosa macam2, selalu marah mak, tak dengar kata ayah, malas solah, macam-macam"

terdetik hatiku, "adikku baru umur 10 tahun, tak baligh lagi, sudah berfikir sebegitu, aku yang berumur 23 tahun ini, bagaimana dosa aku? bertimbun, lebih banyak darinya, astaghfirullah"

lalu aku memeluk adikku, tanpa ku sedari air mata menitis jua..

"terima kasih dik, terima kasih dik, terima kasih dik"..

adikku pula kehairanan melihat kelakuanku, "kenapa abg?"

aku berkata dalam esakan tangisan, "adik yang kecil daripada abg ni pun begitu risau, takut memikirkan dosa, sedangkan adik masih bersih darinya, abang ni sudah lama baligh, dosa ditanggung sendiri, lagi risau kerana banyak dosa yang dilakukan, bertimbun dik, terima kasih kerana mengingatkan abg"

tanpa disedari adikku jua menangis..

detik hatiku, "hidayah Allah untuk sedar dan muhasabah itu boleh datang dalam pelbagai cara, dan padaku, ia datang dengan adikku, dan ia menjadi guruku untuk insaf dan bermuhasabah"..

astaghfirullah..wallahua'lam, Allah jua Yang Maha Mengetahui..
begitulah hamba yang bertaqwa,
saban waktu berlinangan air mata,
risau dengan timbunan dosa,
mengharapkan keampunan Yang Maha Esa..

23 May 2011

Tuan Guru Sheikh Muhammad Salleh Tok Kenali, pengarang Kitab "Insafi diri : Menjelang umur 40 tahun"

Ketika membelek beberapa kitab al-Marhum datukku..

terselit suatu "khazanah" yang bernilai..

suatu kitab yang diberi nama "Insafi diri ; Menjelang umur 40 tahun", karangan al-Marhum Tuan Guru Sheikh Muhammad Salleh Tok Kenali, anaknya al-Marhum al-'Allamah Tok Kenali..
siapakah Tuan Guru Sheikh Muhammad Salleh Tok Kenali?

Tuan Guru Sheikh Muhammad Salleh Tok Kenali merupakan anak kepada al-Marhum Tuan Guru Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani (Tok Kenali)..
Beliau lahir di Kampung Kenali, Kelantan Darul Naim pada tahun 1329H atau bersamaan tahun 1911M..

Beliau kemudiannya wafat di Makkah, kota umat Islam yang mulia pada waktu subuh hari Juma'at yang mulia, 22 Ramadhan 1404H atau bersamaan 22 Jun 1984M..

masya Allah, tabarakallah..
Sebagaimana abangnya yang sulung, Tuan Guru Haji Ahmad Tok Kenali, demikian halnya juga Tuan Guru Sheikh Muhammad Salleh, iaitu kedua-duanya mendapat pendidikan langsung dan keberkatan ilmu daripada ayahnya, Tuan Guru Tok Kenali di Kelantan Darul Naim..
Tuan Guru Sheikh Muhammad Salleh Tok Kenali kemudiannya melanjutkan pelajarannya di Makkah, kota yang mulia selama lebih 20 tahun..

Beliau mempelajari ilmu agama Islam yang diredhai dengan ramai ulama', iaitu para ulama' yang berbangsa arab, dan para ulama' yang berasal dari tanah melayu..

Menurut kebanyakan riwayat, sebelumnya (yakni Tuan Guru Sheikh Muhammad Salleh) berhijrah ke Makkah, kota yang mulia, beliau telah menguasai kebanyakan bidang ilmu, baik ilmu yang diperolehi daripada ayahnya, Tuan Guru Tok Kenali, mahupun daripada para ulama' Kelantan dan juga selain dari ayahnya..
masya Allah, tabarakallah..
Tuan Guru Sheikh Muhammad Salleh Tok Kenali adalah termasuk di dalam salah seorang yang rajin belajar, rajin mencatat sesuatu pelajaran, dan kemudiannya beliau akan segera menghafalnya..

masya Allah, tabarakallah..
dan, setiap yang dihafalnya, akan segera beliau sebarkan (yakni mengajar hamba Allah yang lainnya)..

masya Allah, tabarakallah..
Di dalam penyebaran ilmunya, Tuan Guru Sheikh Muhammad Salleh ada tercatat pernah mengajar di Masjidil al-Haram, Makkah..

masya Allah, tabarakallah..

Beliau juga merupakan pengasas kepada Dar al-Islah, sebuah institusi pendidikan dan sentiasa mencurahkan ilmu dan amal di sana tanpa jemu..

masya Allah, tabarakallah..
maka, sedikit perkongsian dan pengenalan "tuan kepada kitab ini", Tuan Guru Sheikh Muhammad Salleh Tok Kenali..
insya Allah, andai diizinkan Allah Subhanahu wa Ta'ala, kitab yang mulia ini pula akan dikongsi bersama di sini, insya Allah..

wallahua'lam, segala-galanya di dalam pengetahuan Allah Subhanahu wa Ta'ala..

"ya Allah, golongkanlah aku di kalangan hamba-hamba-Mu yang soleh, amin ya Rabb"

Kisah Pengembara : menghantar sahabat ke program Imam Muda 2..

alhamdulillah..(^_^)

kira-kira sebulan yang lalu, sahabat itu memasuki program Imam Muda 2 Astro, bagaimanakah khabarnya di sana? semoga Allah sentiasa bersamanya, amin ya Rabb..

mengimbas kembali perjalanan yang amat jauh ketika menghantarnya, ketika itu ambo baru sahaja menyelesaikan "catatan kehidupan" di Pengkalan Hulu, maka dari Pengkalan Hulu terus sahaja ke Seri Manjung, masya Allah, tabarakallah..




masya Allah, tabarakallah..

jika diingati kembali, perjalanan dari Pengkalan Hulu ke Seri Manjung mengambil masa kira-kira 4 jam lebih dan jaraknya tidak kurang daripada 230 km...masya Allah, tabarakallah..

namun, aku sentiasa mengingati kata-kata ayahku, iaitu :

"kehidupan itu seperti roda, mungkin hari ini sahabat kita yang susah, dan kita menolongnya, mungkin di lain hari, di lain waktu, kita pula yang susah, insya Allah, Allah akan menyediakan pertolongan kepada kita dengan lebih baik.."

teringat juga kata-kata Sheikhuna al-Ustaz Abdul Aziz Abdul Rahman, iaitu :

"seseorang yang sentiasa mendoakan manusia yang lain, insya Allah, para malaikat akan sentiasa mendoakan seseorang itu (yakni yang sentiasa mendoakan manusia yang lain"..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

walaupun jauh,
ia tetap ada kemanisan,
kerana sebuah erti ukhuwah,
perjalanan seolah-olah dipendekkan..

(^_^) masya Allah, tabarakallah..

alhamdulillah..sesampai sahaja di Seri Manjung, terus sahaja aku bersama 2 sahabat yang lain, dan sahabat (peserta Imam Muda 2 Astro) bersama keluarganya bertolak pula ke Kuala Lumpur supaya dapat rehat awal di sana, masya Allah, tabarakallah..

jauh sungguh perjalanan di dalam satu hari itu..(^_^) namun segalanya menjadi senang apabila hati-hati terikat dengan ukhuwah fillah, amin ya Rabb..

 



alhamdulillah..(^_^)

perjalanan dari Seri Manjung ke Kuala Lumpur mengambil tempoh masa kira-kira 3 jam 30 minit dan jaraknya tidak kurang daripada 210 km..masya Allah, tabarakallah..

namun ni'mat muda dan sihat yang Allah kurniakan,
seolah-olah tidak terasa kejauhan,
ni'mat kemanisan persaudaraan,
menjadi yang jauh sentiasa berhampiran..

subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..

kemudiannya, kami semua tidur di sebuah rumah saudara sahabat itu (peserta Imam Muda 2 Astro)..alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..

keesokannya, kami semua bertolak ke masjid Wilayah Persekutuan iaitu tempat pendaftaran bagi peserta Imam Muda 2 Astro..





alhamdulillah..(^_^)

sampai di masjid itu sebelum majlis pelancaran bermula..(^_^)

begitu indah Masjid Wilayah Persekutuan, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(^_^)


Islam itu indah,
agama yang diredhai Allah,
jangan berpaling tadah,
sebaliknya bersyukur dengan tabah..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

pertemuan terakhir bersama sahabat, al-Ustaz Nazrul Izwan sebelum balik ke destinasi sebelumnya..semoga Allah bersamamu dengan nur Iman dan nur Islam..


antara detik-detik terakhir sebelum meninggalkan Masjid Wilayah Persekutuan..

kisah di antara suami dan isteri yang diredhai, insya Allah, amin ya Rabb..




Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wa sallam bersabda :

لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لأَحَدٍ لأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجَهَا 

(yang bermaksud) : "Seandainya aku boleh menyuruh seseorang agar sujud kepada orang lain, nescaya aku akan menyuruh seorang isteri agar sujud kepada suaminya."

(Hadits Riwayat Imam at-Tirmidzi, dengan sanad yang shahih)..

wallahua'lam..

seorang isteri yang solehah..

setia menunggu suaminya,
sentiasa bertambah cintanya,
sentiasa bertambah rindunya,
menjadi jambatan ke arah keredhaan-Nya..

buat kakakku serta abangku,
pasangan kekasih yang ku kagumi,
sentiasa saling merindu,
semoga Allah tetapkannya sehingga ke Syurga Ilahi..

amin ya Rabb..



Sayyiduna Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam sering berdoa :

"يَامُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلى دِيْنِكَ "

(yang bermaksud) : "wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu"

(Riwayat Imam Ahmad, Imam Tirmidzi dan lainnya)

wallahua'lam..

"ya Allah, tetapkanlah hatiku untuk sentiasa beriman kepada-Mu, tetapkanlah hatinya (Nazrul Izwan) untuk sentiasa beriman kepada-Mu"

"sesungguhnya hati manusia itu sering berubah-ubah, kadang-kadang ke arah kebaikan, kadang-kadang ke arah keburukan, maka tetapkanlah hati sahabatku (Nazrul Izwan) yang merupakan abang buatku iaitu sentiasa dia ke arah kebaikan, sentiasa ke arah keredhaan-Mu, usah tenggelamkan dia di dalam keni'matan dunia yang menyebabkan dia semakin jauh dengan-Mu, sesungguhnya kepada-Mu, aku berserah segalanya"

amin ya Rabb..

wallahua'lam, Allah jua Yang Maha Mengetahui..

21 May 2011

majlis ilmu yang diredhai ibarat taman Syurga..

dari Sheikhuna al-ustaz Abdul Aziz Abdul Rahman :
"ada suatu hadits yang diriwayatkan dari Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam, iaitu..seseorang yang melintasi taman Syurga, hendaklah dia singgah di Taman Syurga itu dan berseronok di sana.."
apakah maksudnya?

majlis ilmu itu, jika Allah membuka setiap mata zahir manusia yang terhijab dari perkara ghaib..nescaya kita akan melihat begitu indah pemandangan di dalam Majlis ilmu..

ibaratnya di hiaskan bunga-bunga, wangi-wangian, semuanya indah..

sebab itulah, Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam merujuknya iya, yakni majlis ilmu adalah seperti taman syurga..

masya Allah, tabarakallah..

dan, sesiapa yang tidak singgah di taman syurga, maka orang ini adalah orang yang sebenar-benar rugi dan tidak mahu menjadi untung..

pesanan : majlis ilmu itu hendaklah dari sang guru yang ahlinya, kalau bukan ahlinya, dibimbangi tersasar dari jalan keredhaan-Nya, astaghfirullah..(T_T)
kesimpulannya..

dari sang guru, al-Habib Umar ibn Hafiz :
مَنْ لَمْ يُجَالِسْ مُفْلِحُ كَيْفَ يُفْلِحُ وَ مَنْ جَالَسَ مُفْلِحَ كَيْفَ لاَ يُفْلِحُ
(yang bermaksud) : "Barangsiapa yang tidak mahu duduk dengan orang beruntung, bagaimana mungkin ia akan beruntung dan barangsiapa yang duduk dengan orang beruntung bagaimana mungkin ia tidak akan beruntung."

jika ingin menjadi orang yang soleh, mestilah berada di kalangan yang soleh..

jika ingin menjadi orang yang beriman, mestilah berada dikalangan yang beriman..
 

jika ingin menjadi Ahlul Syurga, mestilah berada dikalangan Ahlul Syurga..

masya Allah, tabarakallah..


insya Allah..wallahua'lam..

20 May 2011

Muhasabah : Solah pendinding dari kemaksiatan..(T__T)


Suatu peristiwa berlaku di siang hari..

Kawanku, "aku ni banyak sungguh buat dosa, maksiat, pompuan la, apa la, banyak dah aku buat ni, macam mana aku nak berhenti ni ya, aku sedar tentang ni, tapi gak, tak leh nak berhenti, macam mana ni ya?"

aku, "awat jadi lagu tu? hehe, cakap kedah pulak, hehe.."

Kawanku, "kau ni! aku serius ni!"

aku, "ok, ok..sabar no, hehe..jangan marah, marah-marah ni hati jadi panas, kalau hati jadi panas, lagilah susah nak berubah, hehe..ok lah, macam ni..pertama-tamanya, aku nak tanya hang, macam mana solah hang? aku tak nak tanya apa maksiat yang hang buat, tak nak tanya jenis ke apa, hehe..mesti banyak jenisnya kan..jadi gak, aku nak tanya macam mana solah hang?"

Kawanku, "ermm..sembahyang ni lagilah, subuh comfirm dalam selimut, zohor comfirm rehat makan, asar comfirm ada kat padang, maghrib comfirm rehat letih main, isya' comfirm ada kat kedai makan, jadi.....cam tu lah jawapan aku"

aku tersenyum, "alhamdulillah, jadi inilah puncanya"

Kawanku, "maksud kau? aku tak ada tanya pun pasal sembahyang aku, aku tanya macam mana nak berhenti buat semua maksiat ni, nak jadi baik lah pulak, kau jugak kata kat aku, nak isteri baik, kena lah jadi baik"

aku tersenyum, "alhamdulillah, pandai pun, hebat jugak kau ni, boleh pula kait dengan kes isteri dan suami ni"

Kawanku, "Sape tak nak bernikah, nak bernikah dengan pompuan yang baik untuk jadi isteri baik, tapi aku ni tak baik-baik pun, macam mana ni?"

aku tersenyum, "alhamdulillah, mula-mula kita sama-sama jawab soalan hang yang pertama tadi dulu ya, macam mana nak tinggal maksiat ni ya..jadi..

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :
وَأَقِمْ الصَّلَاة إِنَّ الصَّلَاة تَنْهَى عَنْ الْفَحْشَاء وَالْمُنْكَر وَلَذِكْرُ اللَّه أَكْبَر
(yang bermaksud) : "dan dirikanlah solah. Sesungguhnya solah itu mencegah daripada kejahatan dan kemungkaran. Dan sesungguhnya mengingati Allah (dengan solah) adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadah-ibadah yang lain)."

(surah al-'Ankabut, ayat 45)

maka, jagalah solah hang baik-baik, usaha biar terjaga..malas nak solah sunat, aku tak ada nak merayu ke apa, tetapi jangan sesekali malas nak solah fardhu, kerana kalau kau malas nak solah fardhu, dan kau tinggalkannya, maka maksiat yang kau lakukan itu akan berterusan dan kau tak akan dapat hentikannya, melainkan dengan keizinan Allah Subhanahu wa Ta'ala..

leh?"

Kawanku, "erm..tolong kejutkan aku subuh pagi esok"

aku tersenyum, "alhamdulillah, hah, macam ni lah baru betul, hehe, jom pengena air dulu kat kedai, hehe"

Kawanku, "ait, kau ni, nak upah ke apa? tapi betul juga, kena belanja tok guru"

aku, "tok guru apa pulak nya, kehidupan ni macam roda je, ari ni aku kongsi dengan kau apa-apa, ilmu ke apa ke, esok lusa atau sekejap lagi, kau pulak mungkinnya kongsi dengan aku, tak gitu..bukan upah, yapi ni tips nak dapat isteri baik, kan kata tadi nak isteri baik, nak ke tak nak ni? hehe"

Kawanku, "eh, mestilah nak, jom, jom, kita ke kedai dulu, hehe, sempoi jugak macam ni, kejap cakap agama, kejap gi minum"

aku, "bukan kejap, tapi kita usahakan biar ilmu dan amal Islam sentiasa menjadi selimut kita, biar sentiasa menjadi penyejuk kita"

Kawanku, "ya lah, betul-betul, kau lah kena tegur aku nanti"

aku, "ait, sama-samala, hang ni"

Kawanku, "ok, ok, jom"..

catatan : Kami pun berlalu ke kedai makan, hehe..kisah dan pengalaman yang menarik bersama seorang sahabat..

alhamdulillah..

sesungguhnya solah adalah pendinding dari seseorang itu melakukan kemaksiatan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala..

persoalannya, apakah diri sudah sempurna melakukan solah fardhu yang wajib ke atas setiap hamba Allah yang muslim?

andai belum, wujudkah usaha diri untuk menuntut ilmu bagi menyempurnakan solah kita dengan lebih baik dan lebih sempurna?

astaghfirullah..(T__T)

ampunkan aku ya Allah..tempatkanlah aku dikalangan hamba-Mu yang beruntung, amin ya Rabb..


~ Muhasabah ~