21 November 2010

Aku mahu ke hadramaut, Yaman..kenapa? (T_T)



Imam al-Muhajir Ahmad bin Isa bin Muhammad bin Ali bin al-Imam Ja'far Shadiq, ketika menyaksikan munculnya bid'ah, kehidupan mengikut hawa nafsu, dan perbezaan pendapat yang semakin ketara, maka beliau berhijrah dari negerinya (Iraq) iaitu satu tempat ke satu tempat yang lain, sehinggalah sampai di Hadramaut, Yaman, beliau bemukim di sana sehingga wafat..

Mengapa Imam al-Muhajir memilih hadramaut yang terletak di Negara Yaman sebagai tempat hijrah?

Imam al-Muhajir memilih Hadramaut sebagai tempat hijrahnya, kerana beberapa faktor..

pertama, peristiwa hijrahnya Sayyidina al-Husin dari Madinah ke Kufah, di mana Ibnu Abbas memberi nasihat kepada Sayyidina Husin bin Ali bin Abi Thalib semasa beliau hendak berangkat ke Kufah. Ibnu Abbas menasihatinya agar beliau pergi ke Yaman kerana di negeri itu, para penduduknya menyatakan kesediaan untuk bersama, membela dan menyokong Sayyidina Husin..Sejarah membuktikan bahawa keturunan Sayyidina Husin sehingga sampai ke saat ini masih dibela dan disokong di sana iaitu di Yaman.

kedua, keistimewaan penduduk Yaman yang banyak di sebut di dalam al-Quran dan al-Hadith..

**pertama..

Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) :

"hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mu'min, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurniaan Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Tuhan Yang Maha Luas (pemberian-Nya) Lagi Maha Mengetahui"

(surah al-Maidah ayat 54)

Dari Sayyidina Jabir, Sayyiduna Rasulullah S.A.W ditanya mengenai ayat tersebut (ayat di atas), maka Sayyiduna Rasulullah S.A.W menjawab (yang bermaksud) :

"mereka adalah ahlu Yaman dari suku Kindah, Sukun dan Tajib"..

**kedua..

Ibnu Jarir meriwayatkan, ketika dibacakan tentang ayat tersebut (ayat di atas) di depan Sayyiduna Rasulullah S.A.W, beliau berkata (yang bermaksud) :

"kaummu wahai Abu Musa, orang-orang Yaman"..

**ketiga..

Dalam kitab Fath al-Qadir, Ibnu Jarir meriwayatkan dari Suraikh bin Ubaid, ketika datangnya ayat 54 surah al-Maidah (ayat di atas), Sayyidina Umar berkata (yang bermaksud) : 

"saya dan kaum saya wahai Rasulullah".

Sayyidina Rasulullah S.A.W menjawab (yang bermaksud) : 

"bukan, tetapi ini untuk dia dan kaumnya, yakni Abu Musa al-Asy'ari"

**keempat..

Ketika Allah berfirman di dalam surah al-Hajj ayat 27 (yang bermaksud) : 

"Dan serukanlah kepada umat manusia untuk menunaikan ibadah haji, nescaya meraka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berbagai jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan yang jauh"

Ayat ini turun kepada nabi Ibrahim A.S, setelah menerima wahyu tersebut, beliau pergi menuju Jabal Qubays dan menyeru untuk menunaikan haji..

Firman Allah S.W.T di dalam surah al-Hashr ayat 2 (yang bermaksud) : 

"dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan beramai-ramai"

berkata Shadiq Hasan Khan dalam tafsirnya dari Ikrimah dan Muqatil (yang bermaksud) :

"sesungguhnya yang dimaksud dengan manusia pada ayat itu adalah orang-orang Yaman, mereka berdatangan kepada Rasulullah S.A.W untuk menjadi kamu mu'minin dengan jumlah tujuh ratus orang"

**kelima..

Dari Ibnu Abbas berkata (yang bermaksud) : 

"Nabi kita ketika berada di Madinah berkata, "Allahu Akbar, Allahu Akbar, telah datang bantuan Allah S.W.T dan kemenangannya dan telah datang ahlu Yaman." Para sahabat bertanya kepada Sayyiduna Rasulullah S.A.W, "siapakah ahlu Yaman itu?" Sayyiduna Rasulullah S.A.W menjawab : "suatu kaum yang suci hatinya dan lembut prerangainya. Iman pada ahlu Yaman, kefahaman pada ahlu Yaman, dan hikmah pada ahlu Yaman"

**keenam..

al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani telah meriwayatkan suatu hadith dalam kitabnya (Fath al-bari), dari Jabir bin Math'am dari Sayyiduna Rasulullah S.A.W berkata (yang bermaksud) : 

"wahai ahlu Yaman, kamu mempunyai darjat yang tinggi. Mereka seperti awam dan mereka sebaik-baiknya manusia di muka bumi"

Ketiga, atau faktor lain yang menjadi pertimbangan Imam al-Muhajir untuk berhijrah ke Yaman adalah kerana masyarakat Yaman mempunyai hati yang suci dan akhlak yang lembut serta bumi yang penuh dengan keberahan, sehingga Sayyiduna Rasulullah S.A.W memeintahkan hijrah ke negeri Yaman jik telah terjadi fitnah..

**pertama..

Ibnu Abi al-Shoif telah meriwayatkan suatu hadith dalam kitab (Fadhoil al-Yaman), dari  Abu Dzar al-Ghifari, Sayyiduna Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) :

"Kalau terjadi fitnah, pergilah kamu ke negeri Yaman kerana disana banyak terdapat keberkahan".

**kedua..

Jabir bin Abdillah al-Anshari telah meriwayatkan suatu hadith, Sayyiduna Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) :

"dua pertiga keberkahan dunia akan tertumpah ke negeri Yaman. Barang siapa yang lari dari fitnah, pergilah ke negeri Yaman, sesungguhnya di sana tempat beribadah"

**ketiga..

Abu Said al-Khudri R.A telah meriwayatkan suatu hadith, Sayyiduna Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) :

"pergilah kalian ke Yaman jika terjadi fitnah, kerana kaumnya mempunyai sifat kasih sayang dan buminya mempunyai keberkahan dan beribadat di dalamnya mendatangkan pahala yang banyak"

**keempat..

Abu Musa al-Asy'ari telah meriwayatkan suatu hadith, Sayyiduna Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) :

"Allah akan mendatangkan suatu kaum yang dicintai-Nya dan mereka mencintai Allah." bersabda Rasulullah S.A.W : "mereka adalah kaumu ya Abu Musa, orang-orang Yaman"

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T_T)

"ya Allah, sesungguhnya hatiku sudah berada di hadramaut, Yaman..ya Allah, tempatkanlah juga jasadku di hadramaut, Yaman..ya Allah, golongkanlah aku dalam golongan yang dimuliakan-Mu..ya Allah, golongkanlah aku dalam golongan yang kembali kepada-Mu dalam keadaan beriman yang teguh dan yakin pada-Mu"..

amin ya rabbi..(T_T)

wallahua'lam..

Destinasi impianku : Hadramaut, Yaman..insya Allah, amin ya rabbi..(T_T)


Mengapa harus ke Hadramaut, Yaman?

selepas suatu majlis ilmu Iman dan Islam berlangsung di sebuah Masjid iaitu Masjid Haji Ismail al-Solihiah, ayahku menjemput tok guruku masuk ke dalam rumah untuk meraikannya dengan sedikit makanan dan minuman..

Ketika dia (tok guruku) sedang menjamu sedikit makanan dan minuman yang disediakan itu, dia menceritakan keadaan dunia semasa yang semakin rosak..kerosakan yang berlaku itu sama ada di sudut aqidah atau syariah atau juga akhlak semakin menjadi-jadi..

ketika itulah, aku mengambil kesempatan untuk bertanya, "bagaimana nak selamat dengan semua ini?"

dia menjawab, "selamat seseorang itu adalah dengan ilmu dan amal, tanpa ilmu dan juga amal, manusia itu akan terus sesat..kita kena berusaha menuntut ilmu Iman dan Islam, kalau ada kesempatan pergilah ke timur tengah"..

aku bertanya lagi, "ustaz pergi Syria hari itu, bagaimana di sana?"

dia menjawab, "alhamdulillah, suasana ada sedikit sosial, kalau betul-betul nak belajar ilmu Iman dan Islam, kalau diizinkan Allah, ustaz nak pergi ke hadramaut, Yaman"..

aku bertanya lagi, "kenapa Ustaz?"

dia menjawab, "alhamdulillah, di sana, keadaannya lebih tenang, tiadanya kerosakan aqidah, syariah, dan akhlak..dan di sana terdapat juga ramai ahlul bait, dan tempatnya para wali ya Allah"..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T_T)

aku bertanya lagi, "kalau saya nak pergi, boleh ke ustaz?"

dia menjawab dalam keadaan senyuman, "ada duit, boleh lah pergi"..

aku tersenyum, "insya Allah, amin ya rabbi"..

"ya Allah, permudahkanlah perjalananku dalam mencari keredhaan-Mu ya Allah, amin ya rabbi"..

20 November 2010

orang buta yang SEBENAR bukan buta di zahirnya, tetapi buta di hatinya..(T_T)


astaghfirullah..(T_T)

Jangan salah faham pada gambar ini..(T_T)

sesungguhnya tidak terniat untuk menghina orang tua di zahirnya dengan gambar ini..

sesungguhnya manusia yang buta SEBENARNYA adalah manusia yang SANGGUP TIDAK MENUNTUT ILMU IMAN dan ISLAM, dan MEMBIARKAN DIRI DI DALAM KEGELAPAN KEJAHILAN..

"orang yang buta bukan orang yang melihat banyaknya harta, akan tetapi, yang disebut orang buta, orang yang tak mahu melihat ilmu agama" (dari al-Habib Abdullah bin Mukshin al-Attas)

orang yang buta bukan dinilai dari zahirnya buta yakni dua biji matanya tidak dapat dilihat..

orang yang buta bukan dinilai dari cintanya ia kepada dunia dengan menambah kekayaan, sehingga tidak nampak hal akhirat..

tetapi..
orang yang buta, adalah orang yang tiada di hati dan jiwanya untuk mengenali ilmu dan amal Iman dan Islam..

maka, jadilah orang buta ini sebuta-butanya..

celik zahir, celik dengan kekayaan, tetapi kalau buta untuk mendalami ilmu Iman dan Islam, seterusnya beramal dengannya, maka ia adalah buta- sebutanya..

astaghfirullah..wal iyya dzubillah..(T_T)

persoalan : "kalau orang yg ada ilmu Iman dan Islam..tetapi tidak diamalkannya, tu macam mana pula?"

manusia ini terlebih buta kerana andai ia celik, sudah pasti dia akan beramal dengan ilmunya..astaghfirullah..wal iyya dzubillah..

Sayyiduna Nabi Muhammad S.A.W bersabda (yang bermaksud) :

"menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap muslim, baik laki-laki mahupun perempuan" (Riwayat Ibn Abdulbari)..wallahua'lam..

dan.."fardhu bagi tiap-tiap muslim" itu adalah fardhu ain..setiap manusia mesti mencari ilmu terutama ilmu Iman dan Islam, supaya tidak buta..

supaya dapat celik mengenal Allah..
supaya dapat celik mengenal Rasulullah..
supaya dapat celik mengenal diri sebagai hamba Allah..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T_T)
firman Allah S.W.T (yang bermaksud) :

"hanya sanya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu" (surah al-faatir ayat 28)..wallahua'lam..

andai, ahli perubatan, maka sudah pasti dia mengetahui bagaimana untuk mengelakkan diri terkena penyakit tertentu..
andai, ahli famasi, maka sudah pasti dia mengetahui ubat mana yang memudaratkan dirinya..

wallahua'lam..

andai ahli ilmu Iman dan Islam, maka sudah pasti dia mengetahui apakah perintah Allah yang WAJIB diikuti, dan larangan Allah yang WAJIB dihindari..

sesungguhnya "al ilmu nurrun"..

ilmu adalah cahaya kepada mereka yang tidak mahu menjadi buta di Alam dunia dan alam-alam seterusnya..


astaghfirullah..(T_T)

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T_T)

"pesankan saya tempat di Neraka"..astaghfirullah..wal iyya dzubillah..(T_T)


astaghfirullah..(T_T)

suatu kisah yang memberi kesan di hati supaya terus istiqamah untuk beriman kepada Allah S.W.T..insya Allah, amin ya rabbi..(T_T)

Kisah bermula..

Musim panas merupakan musim yang pasti akan berlaku di kawasan timur tengah dengan izin Allah S.W.T..dan ia juga merupakan ujian yang cukup berat terutama bagi muslimah untuk tetap mempertahankan pakaian kesopanannya iaitu menutup aurat sebaiknya..

Apatah lagi jikalau pakaian itu berwarna hitam yakni jubah berwarna hitam, tudung labuh berwarna hitam, purdah berwarna hitam, sarung lengan berwarna hitam, stokin berwarna hitam, dan seluruhnya berwarna hitam..subhanallah, sesungguhnya warna hitam lebih menyerap haba, dan bagaimana kepanasannya yang dialami hanya mereka sahaja yang mengetahui, dan sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui..(T_T)

Hal ini berbeza dengan musim dingin, kerana pakaian yang menutup aurat, atau pakaian yang menutup keseluruhan tubuh seperti menutup sehingga ke telinga dan leher untuk menghangatkan badan, ia adalah hal yang biasa..sesungguhnya jilbab memang memiliki multifungsi..wallahua'lam..

maka..

Dalam suatu perjalanan yang cukup panjang, dari Kairo ke Alexandria, sebuah mikrobus (sebuah kenderaan pengangkutan awam) sedang bergerak dengan kelajuan yang sederhana..

Di dalam mikrobus itu, ada seorang perempuan muda yang berpakaian yang mendedahkan aurat, iaitu dengan pakaian yang mencerminkan bahawa "panasnya, dan perlu membukanya"..dan dia duduk di sebelah hujung kerusi iaitu berhampiran dengan pintu keluar mikrobus itu..

Pakaian sebegitu sudah tentu mengundang "perhatian" bagi setiap mata yang memandang, sama ada lelaki atau perempuan..

wallahua'lam..

Kebetulan seorang lelaki dewasa duduk di sampingnya, dia telah berusaha mengingatkan bahawa pakaian yang dikenakan itu boleh mengakibatkan sesuatu yang tidak baik berlaku kepada dirinya sendiri..Di samping itu, pakaian tersebut juga melanggar aturan agama yakni tidak mengikut perintah Allah S.W.T dan tidak meninggalkan larangan Allah S.W.T, bahkan pakaian sebegitu juga bukan melambang kesopanan seorang wanita..Kelihatan lelaki itu berbicara dalam keadaan tegas tetapi berhati-hati pada setiap tutur katanya agar hal itu di dengari sebaiknya oleh perempuan muda itu..

apa respon perempuan muda tersebut?

Rupanya dia tersinggung, dia kelihatan marah seolah-olah hak privasinya atau hak peribadinya ditegur sebegitu..kemungkinan, hak berpakaian menurutnya adalah hak individu yang bebas dilakukan oleh sesiapa sahaja..

lalu dia berkata, "jika memang pak cik mahu, ini peribadi saya, ini diri saya. Tolong pesankan saya, tempat di neraka Tuhan pak cik!"

sebuah respon yang spontan dan tegas..lelaki itu tadi terkejut dan hanya mampu beristighfar..dia terus menggerakkan lidahnya dengan kalimah-kalimah untuk mengingati Allah S.W.T..

penumpang lain yang mendengar kemarahan si wanita muda itu terdiam sahaja..dan detik-detik berikutnya, suasana menjadi senyap..

Beberapa orang kelihatan sudah terlelap, mungkin kerana keletihan di dalam keadaan cuaca yang panas itu..keadaan begitu juga tidak terkecuali kepada perempuan muda itu yang kelihatannya terdiam dan matanya tertutup..

Maka, sampailah perjalanan di Terminal Terakhir iaitu Alexandria..

Kini, semua penumpang bersiap-siap untuk turun, tetapi mereka dihalangi oleh perempuan muda itu yang masih tidur kerana kedudukannya tadi, dia duduk berhampiran pintu dan menyebabkan kesukaran untuk penumpang lain keluar dari mikrobus..

"bangunkan saja!", kata seorang penumpang..

"iya, bangunkan saja!", teriak seorang penumpang yang lainnya..

Gadis itu tetap bersandar di situ, tiada sebarang reaksi..

Salah seorang penumpang mencuba mendekati si wanita itu, dan menggerak-gerakkan tubuh si wanita itu supaya kedudukannya dapat dialihkan..

namun, astaghfirullah..apakah yang terjadi? wanita itu benar-benar tidak bangung lagi..dia telah menemui ajalnya dalam keadaan memesan neraka!

astaghfirullah..wal iyya dzubillah..(T_T)

Penumpang di dalam mikrobus itu melafazkan istighfar, kalimah tauhid serta kalimah-kalimah yang mengingatkan hati kepada Allah..ada juga yang histeria dengan meneriak "Allahuakbar" bersama linangan air mata..

sebuah pengakhiran yang menakutkan..Mati dalam keadaan tidak menutup aurat, Mati dalam keadaan melanggar perintah Allah S.W.T..astaghfirullah..wal iyya dzubillah..(T_T)


seandainya begitu gambaran neraka yang dibuat oleh manusia, kelihatannya sudah pedih, maka neraka yang sebenarnya, neraka Allah S.W.T, jauh berkali-kali ganda lebih dahsyat daripada gambaran itu..astaghfirullah..wal iyya dzubillah..(T_T)

Seandainya setiap orang mengetahui akhir hidupnya….
Seandainya setiap orang menyedari hidupnya boleh berakhir setiap saat…
Seandainya setiap orang takut bertemu dengan Tuhannya dalam keadaan yang buruk…
Seandainya setiap orang tahu bagaimana kemurkaan Allah…
Sesungguhnya Allah masih menyayangi kita yang masih terus dibimbing-Nya.
Allah akan semakin mendekatkan orang-orang yang dekat dengan-NYA.

Dan mereka yang terlena seharusnya segera sedar…
selagi kesempatan itu masih ada! tutuplah aurat kalian semua..lakukanlah setiap perintah Allah S.W.T, tinggalkan larangan Allah S.W.T..sesungguhnya dunia adalah sementara sahaja, dan dunia bukan tempat kita..astaghfirullah..wallahua'lam..


Apakah "booking" kita di alam sana ? astagfirullah..Wallahua'lam.


16 November 2010

Khutbah sempena hari raya Aidil Adha 1431H pada 10 Zulhijjah 1431H / 17 Nov 2010


اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا

الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا

وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ 

أَمَّا بَعْدُ

فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ

فرمان الله تعالى دالم أية 1-3 سورة الفجر :
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ
 
(yang bermaksud) : "Demi waktu fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;" (surah al-Fajr ayat 1 hingga 3)

Selamat menyambut hari raya Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.

Kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya korban yang juga dipanggil Aidil Akbar bermakna hari raya besar. Sepatutnya hari raya korban lebih dirasai kemeriahan sambutannya berbanding hari raya puasa yang juga dipanggil Aidil Asghor iaitu hari raya kecil.

Sesungguhnya Aidil Adha mengingatkan kita kepada Saiyidina Umar bin Al-Khattab yang memberikan ucapan beliau (yang bermaksud) ; "Sesungguhnya al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan, lalu ia disambut dengan Aidil Fitri. Manakala hari penurunan terakhir al-Quran pula ialah pada bulan Zulhijjah ketika Rasulullah S.A.W menunaikan ibadah haji yang terakhir (Haji Wada'), maka ia disambut dengan Aidil Adha"

Maka jelaslah Aidil Adha adalah hari merayakan kesyumulan Islam sebagai satu-satunya cara hidup yang lengkap dan sempurna, yang mengatur, menyusun segala aspek kehidupan manusia, akidah, syariat, politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, perundangan, akhlak dan sebagainya. 

Sempena berada pada hari yang mulia ini marilah kita sama merebut kelebihan yang dijanjikan oleh Allah sebagaimana yang disebut oleh Allah pada awal surah al-Fajr di mana Ibnu Abbas dan Mujahid menyatakan bahawa malam sepuluh yang dimaksudkan ialah 1 hingga 10 Zulhijjah di mana pendapat ini dikuatkan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas R.A :

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ قَالُوا وَلَا الْجِهَادُ قَالَ وَلَا الْجِهَادُ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ” – رواه البخاري

(yang bermaksud) : "Tidak ada dari hari-hari yang dilakukan amal soleh padanya yang lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini. Sahabat r.a bertanya, Wahai Rasulullah! Dan tidakkah juga berjihad fi sabilillah (lebih afdal daripada beramal pada hari-hari ini)? Rasulullah SAW bersabda, "Tidak juga berjihad fi sabilillah, kecuali orang yang berjihad dengan diri dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun"."

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah S.W.T,

Bulan Zulhijjah mempunyai kelebihan tersendiri di mana al-Hafiz Ibnu Hajar menjelaskan sebab keutamaan 10 hari pertama Zulhijjah ialah kerana pada hari-hari tersebut terkumpul ibadat-ibadat yang induk seperti solat, puasa, sedekah, ibadat korban dan haji yang mana hal-hal itu kesemuanya tidak terdapat secara serentak pada bulan-bulan lain. 

Rasulullah S.A.W sendiri begitu gemar untuk berpuasa sunat pada 9 awal bulan Zulhijjah terutama pada hari Arafah. Kita juga disunatkan untuk bertakbir bermula dari waktu subuh hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah dan berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah yang menunjukkan bagaimana besarnya kelebihan dan sambutan hari raya korban berbanding hari raya puasa tetapi kita di sebelah Asia Tenggara adalah sebaliknya di mana lebih meriah menyambut Aidil Fitri daripada Aidil Adha. 

Ketika kemeriahan menyambut Aidil Adha marilah kita sama-sama menghayati isi penting yang pernah disampaikan oleh junjungan besar Nabi Muhamamd S.A.W dalam khutbah haji wada' atau perpisahan.

Antaranya, perkara pertama (1) , pengharaman riba yang menindas manusia di mana Islam sentiasa menanamkan kasih sayang dalam setiap aspek kehidupan agar tidak wujudnya sikap suka mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. 

Riba telah menghancurkan ekonomi dunia dan membawa kepada penderitaan seperti keganasan terhadap peminjam sehingga ada yang dibunuh dan tidak kurang yang membunuh diri sendiri.

Takutilah amaran Allah melalui ayat 278 -279 surah al-Baqarah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَإِنْ تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ

(yang bermaksud) : "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa"

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 179 :

وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


(yang bermaksud) : "Dan di dalam hukuman Qisas (balasan yang seimbang) itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa"

Perkara kedua (2), yang disentuh dalam khutbah wada' iaitu Islam sentiasa menjamin perlindungan jiwa manusia daripada diceroboh samada dengan pembunuhan langsung atau tidak langsung. 

Kes bunuh yang terus meningkat tanpa mengira usia dan pangkat bagaikan tiada penyudahan. Begitu juga masalah kemalangan maut yang berlaku silih berganti di mana disarankan agar Kerajaan melaksanakan hukum Islam dalam menanganinya sebagai contoh kes jika seseorang melanggar orang hingga mati maka dia kena bayar diyat kepada keluarga si mati berbanding undang-undang hari ini di mana pesalah hanya dikenakan bayaran kompaun kepada kerajaan sedangkan keluarga mangsa hanya menerima kematian dan kesedihan tanpa pembelaan atau pun pampasan sewajarnya.

Perkara ketiga (3), Rasulullah S.A.W turut menekankan agar menghindari peperangan kerana Islam adalah agama yang sejahtera yang membenci perang kecuali setelah terpaksa bagi mempertahankan agama, negara dan diri. 

Pelbagai cara dilakukan oleh musuh Islam dalam menuduh Islam sebagai agama pengganas disamping sekatan demi sekatan termasuk pembinaan masjid, pakaian purdah bagi menghalang kebangkitan Islam namun usaha mereka tetap digagalkan oleh Allah. 

Kewajipan kita umat Islam ialah menerangkan tentang keindahan Islam melalui kefahaman terhadap agama kita sendiri dan pengamalan dalam kehidupan seharian
 
Muslimin dan muslimat yang diberkati Allah S.W.T,
 
Firman Allah dalam ayat 59 surah al-Ahzab:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

(yang bermaksud) : "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"

Sesuai dengan kedatangan Nabi Muhamamd S.A.W pembawa rahmat kepada sekalian alam maka jasa baginda terhadap golongan wanita begitu banyak yang menukar pandangan masyarakat yang dulu menganggap wanita setaraf dengan syaitan, binatang, hamba abdi kepada kedudukan yang tinggi sehingga perkara keempat (4), Nabi Muhammad S.A.W menyentuh berkaitan kewajipan menjaga hak wanita tetapi malangnya semakin ramai yang menzalimi wanita dan ramai pula wanita sendiri yang rela maruah mereka dilacurkan dengan mendedah aurat dan bergaul bebas sehingga keadaan akhlak semakin parah. 

Apa yang lebih malang jasa Nabi Muhammad S.A.W seperti dilupakan apabila berlakunya penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad S.A.W dalam Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu di mana kebanyakan yang terlibat sebagai peganjur adalah beragama Islam. 

Pertunjukan itu bukan sahaja tidak menutup aurat dengan sempurna malah menghina Nabi Muhammad S.A.W di pakaian seksi mereka dengan menamakannya sebagai Islam seolah-olah meghalalkan apa yang jelas diharamkan oleh Allah demi menjaga hati musuh Islam. 

Mereka yang terlibat belum lagi memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam sehingga hari ini. Mereka sepatutnya takut kepada Allah dan azabnya yang begitu dahsyat disamping malu kepada masyarakat barat sendiri yang mula merasai bagaimana pakaian seksi dan menjolok mata boleh menyebabkan masalah kerosakan akhlak dan merebaknya kes jenayah. 

Kita dapat baca berita terbaru di mana ada sebuah Bandar persisiran pantai di Itali akan menyaman sehingga RM 2000 kepada mereka yang memakai skirt pendek atau menjolok mata sedangkan kita di sini rasa malu dan rimas menutup aurat .

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Perkara kelima (5), yang ditekankan dalam Khutbah haji wada' ialah Islam menghalang penindasan melalui penyalah gunaan kuasa oleh pemimpin ke atas rakyat jelata seperti hukum rimba ISA dan sebagainya.

Semasa rakyat terus dihimpit dengan kenaikan harga minyak RON97 dan ketika minyak RON95 sedang dikaji kerana banyak kes menyebabkan kenderaan mudah terbakar disamping harga barangan yang terus naik ditambah lagi dengan saman ekor yang jelas zalim kerana ia memeras wang rakyat bukan untuk mendidik rakyat supaya cermat di jalanraya. 

Begitu juga pemimpin terus menambah hutang negara dengan nisbah setiap rakyat terpaksa menanggung 14 ribu seorang hutang akibat penyelewengan dan pembaziran disamping kerugian akibat rasuah RM 10 bilion setahun. 

Pemimpin juga terus bernafsu untuk melakukan pembaziran dengan cadangan pembinaan Menara Warisan setinggi 100 tingkat bernilai lebih RM 5 bilion di samping Pusara Negara bersebelahan tugu negara memuatkan 250 lubang kubur VIP Islam dan 250 VIP bukan Islam dengan kos RM 70 juta dengan anggaran RM 140 ribu selubang. 

Akibat pemimpin bernafsu besar maka rakyat jelata terus menderita. 

Ingatlah peringatan Nabi Muhammad S.A.W :

قَالَ أَنْ تَلِدَ الْأَمَةُ رَبَّتَهَا وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُونَ فِي الْبُنْيَانِ

(yang bermaksud) : "Sabda Nabi tentang tanda-tanda qiamat bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya mengembala kambing berlumba-lumba untuk membina bangunan tinggi-tinggi lambang kemegahan"

Ulama' menerangkan pada akhir zaman akan timbul golongan miskin yang mendirikan bangunan tinggi dengan cara berhutang di mana tidak pelik walau hutang negara terus meningkat tetapi nafsu untuk membazir terus bertambah. 

Penyakit suka berhutang turut ditiru oleh rakyat sehingga ramai yang sanggup berhutang melebihi kemampuan demi memiliki rumah atau kenderaan mewah. Penafsiran yang lain mengatakan golongan miskin menjadi orang kaya secara tiba-tiba termasuk melalui rasuah pilihan raya sehingga dapat membina bangunan tinggi.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah S.W.T,

Perkara keenam (6), Khutbah wada' turut menekankan persamaan nilai kemanusiaan tanpa mengira bangsa dengan membuang semangat perkauman sempit yang boleh menghancurkan perpaduan rakyat. 

Kerajaan sepatutnya menjadikan pelajaran agama sebagai mata pelajaran Teras di sekolah bukannya mata pelajaran Sejarah bagi menangani masalah sosial, perpaduan dan semangat cintakan negara kerana pelajaran sejarah yang banyak lagi kekurangan dibimbangi hanya melahirkan masyarakat yang memuja pemimpin bukannya yang cintakan perpaduan dan negara.

Perkara ketujuh (7), yang ditekankan oleh Nabi Muhammad S.A.W iaitu Islam membanteras sistem monopoli yang menghakis rasa kasih sayang dengan menggalakkan penindasan terutama menerusi sistem kapitalis yang digunapakai. 

Akhirnya syarikat tertentu menguasai harga barangan di pasaran yang membolehkan mereka sesuka hati menaikkan harga yang sepastinya menindas rakyat jelata.

Wasiat nabi yang kelapan (8), yang paling penting sekali iaitu wajib menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai panduan di mana kejayaan umat Islam bergantung kepada sejauh mana mereka berpegang teguh kepada 2 sumber utama ini dalam kehidupan. 

Kita merasa kecewa bila pemimpin masih gagal mengasingkan antara sumber halal dengan haram seperti hasil judi bernilai RM2.3 bilion yang terdapat dalam akaun hasil yang disatukan di Kementerian Kewangan pada tahun 2009. 

Hasil inilah yang telah digunakan oleh kerajaan untuk membayar gaji kepada seramai 1.2 juta penjawat awam dan semua projek pembangunan termasuk untuk manfaat masyarakat Islam. 

Begitu juga cadangan untuk menggadaikan maruah dan akhlak rakyat demi mengaut keuntungan dengan mengisytiharkan Malaysia sebagai Hab hiburan malam yang bakal menyaksikan masalah semakin bertambah bukan semakin kebah. 

Sepatutnya pemimpin melahirkan rakyat bertaqwa untuk mendapat berkat bukan manusia derhaka yang mengundang laknat Allah dunia akhirat.

Firman Allah dalam ayat 7 surah al-Hasyru :

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

(yang bermaksud) : "……Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya)."

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 KHUTBAH KEDUA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي
 
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا
 
الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَه
 
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
 
أَمَّا بَعْدُ
 
فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ
 
فرمان الله تعالى دالم أية 103-107سورة الصافات :
فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاَءُ الْمُبِينُ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ
 
(yang bermaksud) : "Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya : "Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu". Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar."
 
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Ketika mengingati pengorbanan hebat Nabi Ibrahim A.S yang terpaksa menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S melalui suatu arahan dalam mimpi benarnya maka umat Islam pada hari ini mesti disuburkan kembali rasa yakin tentang keadilan dan kehebatan sistem Islam dalam menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. 

Kira pernah menyaksikan bagaimana Suraqah bin Malik terlalu yakin dengan janji Nabi Muhammad S.A.W yang belum lagi menjadi pemimpin Daulah Islamiah di Madinah bahawa dia bakal dikalungkan dengan gelang kerajaan Kisra, Parsi ditambah lagi dengan keyakinan para sahabat yang lain sehingga kerajaan Islam yang mulanya hanya dianggap kecil akhirnya berjaya menumbang Empayar Kristian, Rom dan Majusi,Parsi pada zaman Sayyidina Umar al-Khottab seterusnya menguasai Empayar Hindu, India dan Budha, China. 

Begitu juga keyakinan pejuang Islam terhadap janji Nabi Muhammad S.A.W bahawa sebaik-baik ketua ialah yang berjaya membuka kota Intanbul dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya sehingga Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menawan kota Istanbul yang begitu kukuh kubunya. 

Oleh itu bila umat Islam berjaya menyuburkan rasa yakin terhadap janji Allah untuk membebaskan Masjid Aqsa maka kemenangan semakin dekat dan hampir.

Muslimi dan muslimat yang dirahmati Allah,

Sempena berada pada hari raya korban juga kita mesti meningkatkan tahap pengorbanan dalam memperjuangkan Islam dan membantu saudara seagama. 

Jika semasa menyambut Aidil Fitri kita diwajibkan membayar zakat untuk meringankan bebanan saudara seagama begitulah kedatangan Aidil Adha yang digalakkan kita mengerjakan ibadat korban untuk diagihkan daging kepada saudara yang memerlukan di mana ia semua bertujuan melahirkan masyarakat yang penyayang dan mengambil berat tentang penderitaan saudara seagama yang lain. 

Penderitaan umat Islam yang sedang dibunuh di Selatan Thailand, Filiphina, Palestin, Iraq, Afghanistan dan sebagainya menuntut pembelaan sewajarnya daripada kita. Begitu juga mangsa Gunung Berapi dan Tsunami di Indonesia. 

Tidak lupa kita ucapkan takziah kepada mangsa banjir di Kedah, Perlis dan Kelantan sendiri di samping hulurkanlah bantuan setakat termampu. Ringankanlah bebanan dan penderitaan mereka terutama dalam susana hari raya di mana Allah pasti meringankan bebanan kita di akhirat kelak.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Eidil Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.

قَالَ الرَّسُوْلُ
مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواية ابن ماجه
 
(yang bermaksud) : "Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami"

اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ 

اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ 

اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا 

اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ  

اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى لبنان وَفِى سوريا وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا 

اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ

اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ

اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

wallahua'lam..


13 November 2010

Bulan Zulhijjah..amal ibadah "qiyamullail" dan berpuasa..(T_T)




alhamdulillah..

selepas solah fardhu asar, aku melangkah untuk keluar dari sebuah masjid..

"assalamualaikum" terdengar lafaz salam dari belakangku..aku segera menjawabnya dan menoleh ke arah lafaz itu, "waalaikummusalam warahmatullahi wabarakatuh, alhamdulillah, kamu rupaya ya sahabat"..aku tersenyum apabila melihat orang yang memberi salam itu adalah sahabatku..

dia tersenyum, "maaf ya sahabat, aku mahu bertanya, boleh?"

aku tersenyum, "alhamdulillah, boleh, nak bertanya pasal apa ya? kalau tentang ilmu Iman dan Islam, baik kita ke dalam masjid..kalau selainnya, kita diluar sahaja"..

dia tersenyum, "aku mahu bertanya tentang amal ibadah di bulan Zulhijjah"..

aku tersenyum, "alhamdulillah, kita berkongsi di dalam masjid sahaja ya"..

lalu, aku duduk bersamanya di satu sudut di dalam masjid tersebut..

kemudian, dia memulakan pertanyaannya, "aku mahu bertanya tentang kelebihan bulan Zulhijjah, bolehkah kamu ceritakannya sedikit?"

aku tersenyum, "alhamdulillah..ambo ceritakan sedikit mengenai puasa dan 'qiyamullail ya"..

dia tersenyum..

aku menyambung, "di dalam satu hadith, dari SayyidinaAbu Hurairah R.A, Sayyiduna Nabi Muhammad S.A.W bersabda, yang bermaksud :

"tidak ada hari-hari yang lebih dikasihi Allah untuk beribadah kepada-Nya melebihi sepuluh hari bulan Zulhijjah. Berpuasa pada setiap hari daripadanya menyamai ganjaran berpuasa setahun, dan beribadah pada setiap malam daripadanya menyamai ganjaran beribadah pada Lailatur Qadr".

Riwayat Imam Tirmidzi..wallahua'lam..

maka, ya sahabat, kalau berpuasa di siang harinya iaitu pada 9 hari terawal bulan Zulhijjah, maka ganjarannya ibarat berpuasa setahun..manakala, beramal ibadah pada waktu malamnya, iaitu qiyamullail, bermula malam pertama Zulhijjah, sehingga malam kesepuluh Zulhijjah, ganjarannya ibarat beribadah pada Lailatul Qadr"

dia tersenyum, "alhamdulillah, kenapa berpuasa 9 hari sahaja, dan qiyamullail pula 10 malam?"

aku tersenyum, "alhamdulillah, berpuasa yang disunnahkan di bulan Zulhijjah adalah bermula 1 Zulhijjah sehingga 9 Zulhijjah, ada pun 10 Zulhijjah sudah haram untuk berpuasa kerana hari raya Idul Adha..manakala amal ibadah 'qiyamullail' pula di sunnahkan di bulan Zulhijjah adalah bermula malam 1 Zulhijjah sehingga malam 10 Zulhijjah"..

dia mengangguk, "alhamdulillah..begitu ya, mulia sungguh bulan Zulhijjah ni ya"

aku tersenyum, "alhamdulillah..bulan Zulhijjah memang mulia wahai sahabatku, maka manfaatkanlah bulan ini dengan sebaiknya terutama 10 hari terawalnya..

andai malas untuk berpuasa 9 hari berturut-turut yakni bermula 1 Zulhijjah sehingga 9 Zulhijjah, maka puasalah pada 9 Zulhijjah iaitu pada hari Arafah, kerana ada kelebihan yang besar di situ..andai malas untuk 'qiyamullail' seperti solah sunat tahajjud di malam hari bagi sepuluh hari terawal ini, maka sekurang-kurangnya solah fardhu isya' berjemaah dan solah fardhu subuh berjemaah jangan tinggal untuk mendapatkan kelebihan yang besar di situ..

apa yang ambo katakan itu adalah sekurang-kurangnya, kalau nak ganjaran yang mahal, maka berpuasalah bermula 1 Zulhijjah sehingga 9 Zulhijjah, dan bangunlah untuk 'qiyamullail' di setiap malam pada 10 malam terawal Bulan Zulhijjah"..

dia tersenyum, "alhamdulillah, terima kasih ya sahabat"..

aku tersenyum, "alhamdulillah, segalanya dari Allah ya akhi, maka ucapkanlah kesyukuran kepada Allah S.W.T"..

dia mengangguk, dan kami berpisah di situ..

wallahua'lam..

~ Muhasabah ~