30 September 2010

lelaki soleh dan wanita solehah, dan aku pula? (T__T)





subhanallah..alhamdulillah..Allahuakbar..(T__T)

"orang itu sedang menunggu kamu di hujung-hujung munajab dan doa kamu"..subhanallah..tinggi nilai kiasan ini..ia amat menusuk qolbi ini..

aku tak tahu apakah "kamu" masih menunggu aku yg masih tercari-cari jalan bagi brtemu kamu.."wahai sayangku, sesungguhnya aku sntiasa berusaha dlm mncari keredhaan Allah S.W.T, agar aku dapt brtemu denganmu secepat yg mungkin dan aku mngimpiknmu mnjadi zaujahi"..amin ya rabbi..

ketika aku bersendirian, lalu aku bermuhasabah diri dan hati..
aku yg jahil : apakah yang dimaksudkan dengan kiasan itu wahai qolbi?

qolbi : seseorang yang solehah pasti menunggu kamu andai kamu berjaya menjadi soleh..

aku yang jahil : masya Allah, astaghfirullah...apakah dia masih setia menunggu aku?

qolbi : segalanya bergantung kepada usahamu dalam mendekatkan diri kepada Allah S.W.T..

aku yang jahil : astaghfirullah..apakah aku kini masih berpeluang utk melamarnya?

qolbi : sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah..engkau sentiasa berpeluang dan engkau adalah insan yang bijak andai kamu berusaha mengabdikan diri pada Allah S.W.T..

aku yang jahil : astaghfirullah..tetapi aku kadang2 berasa risau dan resah, apakah aku dapat mempunyai dia yang solehah sedangkan aku masih jahil dan tidak soleh lagi?

qolbi : bukan kamu yang memutuskan apakah kamu soleh atau tidak..tetapi Allah S.W.T..tugas kamu hanyalah berusaha menjadi soleh, bukan membuat keputusan yang kamu soleh..selagi mana kamu memikirkan apakah aku soleh atau tidak, maka selagi itu lah kamu akan jauh dengan Allah S.W.T..sebaiknya, kamu memikirkan ia tetapi dengan nada bahawa itu sebagai motivasi kepada kamu utk lebih dekatkan diri kepada Allah S.W.T...misalnya, aku sangat malas melakukan amal ibadah kepada Allah, apakah aku bisa mendapat hawa yang rajin beramla ibadah, maka dengan itu kamu pun menjadi rajin dalam melakukan amal ibadah kepada Allah S.W.T

aku yang jahil : subhanallah..apakah boleh aku niat dihati aku utk beramal ibadah hanya semata-mata menginginkan seorang yang solehah?

qolbi : Allah S.W.T sentiasa berbicara dengan aku (hati)..dan Dia lebih mengetahui dari mu apakah amalan mu itu diterima atau tidak atau bagaimana...tugas kamu hanyalah mengabdikan dirimu pada-Nya..bukan mempersokannya..

aku yang jahil : astaghfirullah..ampunkan aku ya Allah..aku sudah melangkaui tugas aku sebagai hamba Allah...

qolbi : Allah sentiasa bersamamu dan mendengar setiap luahan hatimu...dan kamu sahaja yang selalu tidak bersamanya..

aku yang jahil : astaghfirullah..syukri fillah...

wallahua'lam..

"aku mencintai-Mu ya Allah, hadirkanlah insan yang juga mencintai-Mu kepadaku agar bertambah cintaku pada-Mu.." amin..


"andai kehadiran insan yang bergelar zaujati menyebabkan aku semakin jauh dengan-Mu, maka usah hadirkan ia kepadaku ya Allah, aku tidak sanggup untuk menukar cinta kepada-Mu dengan cinta kepada makhluk-Mu"..astaghfirullah..(T__T)

 

muhasabah ; "aku diberi sihat, ruang, tetapi kenapa tidak solah?" (T__T)



astaghfirullah..(T__T)

subhanallah..apakah tiada ruang utk mereka melakukan amal ibadah solah? wallahua'lam..

dan kita? apakah kita mempunyai ruang utk melakukan amal ibadah solah? astaghfirullah..sesungguhnya begitu banyak ruang utk kita melakukan amal ibadah solah di Malaysia..tetapi kita sahaja yang merelakan diri dan hati mengikut nafsu yang sememangnya menjadi musuh kepada diri kita dengan meninggalkan ibadat solah..astaghfirullah..

kita begitu sibuk dengan dunia..sibuk dengan makan, sibuk dengan kerja dunia, sibuk dengan berborak, sibuk dengan bermain, dan seumpamanya, sehingga kita terlupa atau lupa untuk berusaha melaksanakan amal ibadah solah..astaghfirullah..

maka..bertaubatlah pada Allah S.W.T..sesungguhnya Allah S.W.T Tuhan Yang Maha Pengampun..hargailah seluruh anugerah yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita hamba-Nya..

jika kita mengatakan kita sakit, maka, ketahuilah sesungguhnya masih ada yang lebih sakit dari kita..

dan seumpamanya..astaghfirullah..(T__T)

wallahua'lam..

Azan ; di antara penghormatan dan penghinaan..(T__T)


suatu petang, adikku bertanya : "bang, kalu kita dengar azan dan waktu tu kita tengah berjalan atau buat apa sahaja, kita kena berhenti ke atau macam mana bang?" 

aku tersenyum : "lagu negaraku, kita boleh berhenti, takkan azan pun tak boleh berhenti sedangkan di antara kedua itu, azan itu lebih bernilai di sisi Allah S.W.T" 

adikku senyum dan bertanya lagi : "leh abg terangkan lagi"

aku tersenyum : "baiklah, dik macam ni..

ada firman Allah S.W.T tentangnya iaitu,

Firman Allah S.W.T : "Apabila kamu menyeru (mereka) untuk (mengerjakan) solah, mereka menjadikannya buah ejekan dan permainan. Yang demikian itu adalah kerana m...ereka benar-benar kaum yang tidak mahu mempergunakan akal." (Surah Al-Maa'idah ayat 59)

wallahua'lam..

menyeru (mereka) untuk (mengerjakan) solah" itu adalah merujuk kepada azan wahai adikku..(^_^)

jadi..sebaiknya berhenti bagi memuliakan azan..

namun..kalau ketika itu sedang melakukan sesuatu pekerjaan yang lebih penting dan tidak dapat berhenti, maka utamakan yang itu terlebih dahulu..kerana menghormati azan hanyalah amal ibadah yang sunat, bukan wajib.."

adikku bertanya lagi : "tapi bang, kan ada ayat lain yang mengatakan apabila kita mendengar azan, maka segeralah kita mengerjakan solah, atau segera ke masjid, macam mana tu bang?"

aku tersenyum : "maksud abg di sini adalah, kita menghormati azan ketika kita melakukan sesuatu perbuatan yang harus seperti menonton televisyen, mendengar radio, dan seumpamanya..

atau pun mungkin kita duk relax, tapi tiba2 terdengar azan, maka berhenti seketika, hormat azan, habis aje azan, segeralah melakukan solah, begitu juga baik."

adikku mengangguk : "begitu ya..maksudnya, hormat azan, kemudian segera menyahutnya, begitu bang?"

aku mengangguk..

wallahua'lam..

orang beramal belum tentu masuk Syurga, aku pula? (T__T)


alhamdulillah..(^_^) 

pesanan tok guruku dalam memelihara hati dan akal ; "kalau kita dapat masuk Syurga Allah, maka bukan disebabkan amal soleh kita, tetapi disebabkan Allah Tuhan Yang Maha Pemurah, kalau nak diukur dengan amalan kita, satu manusia pun tak akan dapat masuk syurga Allah melainkan Allah mengizinkan dengan Rahman dan Rahim"..astaghfirullah...(T_T)

soalan : habis tu, kenapa kena beribadah siang dan malam?

jawapan : kerana kita adalah hamba..

wallahua'lam..astaghfirullah..(T_T)

soalan : bagaimana nak tahu adakah Allah terima ke tak amal ibadah kita?

jawapan : bukan kita yang menentukannya dan kita tidak berhak pun utk itu..tetapi Allah Yang Maha Kuasa..segalanya Allah yang tentukan..tugas kita, beramal ibadah kepada-Nya tanpa mempertikaikannya..

astaghfirullah..(T_T)

soalan : apakah Allah boleh masukkan orang soleh ke neraka, dan orang kafir ke syurga?

jawapan : boleh..kerana Allah Tuhan Yang Maha Kuasa..

astaghfirullah..(T_T)

soalan : kenapa begitu? mana adil begitu? Allah boleh masukkan orang soleh ke neraka, dan orang kafir ke syurga??

jawapan : kurang ajar kau! siapa kau nak mengatakan Allah tidak adil atau seumpamanya!

andai dikatakan tidak boleh iaitu Allah tidak boleh masukkan orang soleh ke neraka dan tidak boleh masukkan orang kafir ke syurga, maka Allah lemah! apakah Allah sebegitu??

sesungguhnya itu adalah mustahil bagi Allah..

maka..kita kena yakin bahawa Allah Tuhan Yang Maha Kuasa..Allah berkuasa sebegitu..

namun, kita pandang pula pada janji Allah..

Allah berjanji bahawa Allah akan masukkan orang soleh ke syurga-Nya, dan orang kafir ke Negara-Nya..

sesungguhnya Allah tidak mungkiri janji..

maka..pertamanya, kita kena YAKIN Allah Tuhan Yang Maha Kuasa..

kedua, kita kena YAKIN Allah tidak mungkiri janji, Allah Tuhan Yang Maha Adil, Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui..

wallahua'lam..astgahfirullah..(T_T)

dimanakah aku? astaghfirullah..

"ya Allah, aku banyak melakukan kemungkaran dan kemaksiatan kepada-Mu, namun aku tidak mampu untuk meredah Neraka-Mu, ampunilah dosaku ya Allah, agar aku mampu berada di Syurga-Mu dengan Ar-Rahman dan Ar-Rahim"..amin.. 

bersalaman dan berpelukan, pemangkin ukhuwah fillah..(^_^)


alhamdulillah..(^_^)

Dari Atha' bin Abu Muslim Abdullah al-Khurasani bahawa beliau berkata, Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) : "berjabat tanganlah kalian, pasti hilang kedengkian. Dan saling kalian memberi hadiah, pasti kalian saling sayang menyayangi dan hilanglah kebencian (sifat saling bermusuhan)." (Riwayat Dailami)..wallahua'lam..(^_^)

alhamdulillah..(^_^)

berjabatlah tangan selepas setiap solah fardhu, atau sebelumnya..atau ketika bertemu di mana-mana..kerana dengan itu dapat mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan kita sesama umat Islam..(^_^)

pandanglah pada matanya ketika ...berjabat tangan..insya Allah, adanya kejernihan hubungan di antara kalian..atau dengan lebih baik, peluklah ia seeratnya..insya Allah, perhubungan sesama kita akan lebih erat..amin..

**pesanan : berjabat tangan sesama jantina dan di antara mahramnya..(^_^)

wallahua'lam..

Taat kepada Ayah, Ibu yang mukmin..(T__T)


alhamdulillah..(^_^)

astaghfirullah..(T__T)

Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) : "sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa" (surah an-Nisaa' ayat 36)..wallahua'lam..(T_T) astaghfirullah..

sesungguhnya setiap anak itu terutama anak lelaki, tanggungjawabnya lebih ke arah kedua ibu bapanya..tidak kiralah sama ada yang sudah bernikah atau belum bernikah, berbeza dengan anak perempuan yang hanya sebelum bernikah, selepas bernikah dia lebih ke arah suaminya..

alhamdulillah, bersyukur aku kerana aku masih dikurniakan ibu dan ayah..sedangkan ada di antara sahabat serta saudara sudah tiada, atau yang memang tak pernah bertemu dengan mereka, aku doakan semoga dia dapat bertemu dengan mereka di Syurga Allah, amin..

taat kepada ibu dan ayat adalah perkara yang amat besar, bahkan pada huraian ayat di atas sudah cukup menjelaskan bahawa selepas mentaati Allah, maka ketaatan yang kedua adalah kepada ibu bapa..

bagaimana tu? taat kepada ibu bapa selagi mana mereka taat kepada Allah S.W.T

kalau mereka tidak taat kepada Allah, bagaimana? nasihatilah mereka secara berhikmah kerana mereka adalah ibu dan ayah kita..

ingatilah kisah seorang hamba Allah S.W.T dan Nabi Musa A.S

pada suatu hari, Nabi Musa A.S berdoa kepada Allah..

"ya Allah, siapakah temanku di syurga-Mu ya Allah"

maka, Allah hadirkan petunjuknya untuk ke sebuah tempat dan sebuah rumah..

sampai sahaja ke rumah itu, lalu Nabi Musa memberi salam dan meminta keizinan untuk bertemu..

lalu keluar seorang pemuda dengan senyuman dan mempelawa Nabi Musa A.S untuk masuk ke dalam..

maka, dia melayan Nabi Musa A.S sebagai tetamu dengan baik, berbual dan seumpamanya..

tiba-tiba, dia meminta izin kepada Nabi Musa A.S..

"maaf, hamba mahu ke dalam dulu"

dia lalu pergi meninggalkan Nabi Musa A.S diruang tamu..

Nabi Musa A.S berfikir..

"aku lihat pemuda ini seperti kebanyakan orang yang ku temui, maka apa kelebihannya menyebabkan dirinya menjadi temanku di Syurga Allah?"

lalu Nabi Musa A.S terus bangun dan mengintai ke dalam rumah pemuda itu disebalik tabir..

alangkah terkejutnya Nabi Musa A.S bahawa si pemuda itu sedang mengangkat seekor babi betina, kemudian di mandikannya, selepas dimandikannya, di bedakkannya, di selimutkannya..kemudian, dia mengangkat seekor babi jantan, dan dia lakukan seperti babi betina tadi..kemudian dia memberi makanan kepada kedua-duanya..

lalu Nabi Musa A.S duduk ditempat asalnya tadi dengan pelbagai persoalan..

kemudian, keluarlah kembali pemuda tadi..

Nabi Musa A.S, lalu terus bertanya..

"apakah kau tidak mengetahui bahawa perbuatan kita kepada babi adalah haram, dan kamu sedang melakukannya, bukan?"

pemuda itu tersenyum..

"maafkan aku wahai saudara..kedua-dua itu adalah ibu dan ayahku..mereka telah dijadikan sebegitu kerana mereka telah derhaka kepada Allah, tidak taat kepada Allah..namun aku sebagai seorang anak, sudah menjadi amanah dan tanggungjawab aku untuk memelihara mereka selagi aku mampu dan berupaya..sesungguhnya aku tidak mahu disebabkan hal ini pintu rahmat Allah tertutup untukku, dan ketahuilah mereka berdua yang melahirkan aku dan menjaga aku sehingga menjadi seperti ini..walaupun dia menjadi seperti itu, tetapi mereka tetap adalah ibu dan ayahku"

maka...pulanglah Nabi Musa A.S dengan gembira kerana temannya nanti adalah seorang yang mulia di sisi Allah S.W.T..subhanallah..

wallahua'lam..

maka..

"taatilah ibu dan ayah kalian SELAGI MANA mereka mentaati Allah, andai mereka SUDAH tidak taati Allah, nasihatilah mereka dengan BERHIKMAH"

wallahua'lam..aku mencintaimu wahai ibu dan ayah, dan aku teramat mencintai Allah S.W.T..wallahua'lam..

wanita solehah ; "perhiasan yang mahal"..(T__T)


"wanita solehah adalah wanita yang menutup seluruh auratnya (termasuk memakai purdah, iaitu menutup wajah dan dahinya dan hanya dua biji matanya sahaja kelihatan andai tiada fitnah)"..wallahua'lam..

Haramkah memakai purdah?? Wajibkah memakai purdah??

wallahua'lam..

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan dan isteri-isteri orang mu'min : Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu dan Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (Surah Al-Ahzab ayat 59)..wallahua'lam..

Jilbab adalah merujuk kepada kain yang berfungsi untuk menutup kepala dan dilabuhkan sehingga ke dada (telekung)..

Ummu Salamah R.A berkata (yang bermaksud) : (ketika ayat di atas dinyatakan) :

"Para wanita kaum Ansar, apabila mereka keluar dari rumah untuk suatu keperluan, maka mereka akan berjalan tertunduk dan di kepala mereka nampak kerudung hitam (jilbab hitam) menutupinya."..wallahua'lam..

maka..jelaslah kepada kita semua bahawa seseorang wanita WAJIB menutup kepalanya sehingga ke dadanya..

apakah ia termasuk dengan wajahnya sekali?

Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) :

"Apabila seseorang di antara kamu melamar seorang wanita, maka dibolehkan baginya untuk melihat wajah wanita itu sekiranya si pelamar itu belum pernah melihat wajahnya sama sekali." (Riwayat Imam Ahmad)..wallahua'lam..

Hadith Rasulullah S.A.W ini menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W menafikan dosa ke atas seorang peminang melihat wajah wanita yang dilamarnya itu dengan syarat bahawa wanita yang dilihatnya itu akan menjadi isterinya pada waktu yang ditentukan dan disepakati bersama..

Adapun selain peminangan, maka sama sekali dilarang melihat wajah wanita itu dan berdosa bila hal ini dilakukannya juga..

Demikian juga si peminang bila melihat wajah wanita itu bukan tujuan untuk meminangnya namun hanya sekadar menikmati kecantikan dan keindahan wajah wanita itu sahaja, ia adalah BERDOSA..wal iyya dzubillah..

maka..

Bila kita teliti dan fikirkan bersama bahawa para wanita yang membiarkan kepala dan wajahnya terbuka di hadapan lelaki asing, apalagi kalau kaum hawa itu merayau-rayau kesana kemari tanpa maksud dan tujuan..maka kita akan dapati bahawa hal itu banyak menimbulkan akibat negatif yang boleh menjerumuskan kaum wanita ke lembah kehinaan dan kecelakaan...wal iyya dzubillah..wallahua'lam..

sesungguhnya kalian (wanita) amat indah..kalian amat cantik..kalian amat sopan..

namun, andai kalian tidak memeliharanya, maka tergolonglah kalian dalam golongan hamba-Nya yang rugi...wal iyya dzubillah..

suka aku ibaratkan kalian seperti emas...kerana emas di Alam Dunia ini secara zahirnya, ia sesuatu yang amat bernilai, bahkan nilainya tidak pernah turun, bahkan sentiasa meningkat..maka begitulah dirimu wahai
wanita yang ku cintai sekalian..

maka..apabila emas tidak dipelihara sebaiknya..tidak dibaluti ia, tidak disembunyikan ia..maka emas itu AKAN DICURI...

tetapi..andai emas itu dipelihara sebaiknya..dibaluti ia, disembunyikan ia..maka insya Allah, emas itu TIDAK DICURI..

maka..muhasabahlah diri di ketika ini..

sesungguhnya tubuh, jasad, wajah, dan sebagainya adalah anugerah dari Allah S.W.T...dan ia akan kelak ditanya : "APAKAH YANG KAU BUAT PADA KURNIAAN-KU?! APAKAH ENGKAU TIDAK BERSYUKUR DENGAN MEMELIHARANYA?"

wallahua'lam..

Alam Dunia tempat persinggahan..(T__T)


alhamdulillah..(^_^)

Syurga dunia, tidak sukar utk mencari..Syurga Akhirat, tidak mustahil utk mencari..

wallahua'lam..

Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) :

"Apalah dunia bagiku! seumpama aku dan dunia adalah seumpama pejalan yang berjalan di tengah terik, lalu berteduh di (bawah) sebatang pohon dan kemudian meninggalkannya." (Riwayat Imam Ahmad, Imam Tirmidzi, Imam Ibnu Majah, dan Imam Hakim)..wallahua'lam..

sesungguhnya Syurga dunia seperti duit, kereta, kawan, rumah, pakaian, makanan, dan seumpamanya tidak sukar untuk mencarinya..

namun..apabila sudah memperolehinya, agak senang untuk LALAI dengannya, sehingga ada yang berkata :

"duit ni milik aku, aku yg carinya, siang malam bekerja"..

dan seumpamanya..astaghfirullah..wal iyya dzubillah..

apakah manusia yang beriman pada Allah itu sanggup berkata begitu sedangkan segalanya milik Allah S.W.T? astaghfirullah..wallahua'lam..

sesungguhnya Syurga Akhirat seperti bidadari, sungai madu, sungai susu, sungai arak, taman, dan seumpamanya tidak mustahil untuk mencarinya..

namun..apakah caranya untuk mencarinya? sesungguhnya ni'mat syurga tidak seperti apa yang dibayangi kita sama ada dengan mata, telinga, hidung, lidah dan sebagainya..

seperti bidadari? apakah dia seperti wanita dunia? wallahua'lam..sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui..

seperti sungai yang dinyatakan itu? apakah ia seperti sungai dunia? wallahua'lam..sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui..

dan..segalanya perkara ghaib itu hanyalah Allah S.W.T Tuhan Yang Maha Mengetahui..

kita tidak bisa utk membayanginya..terutama bagi golongan fasiq dan munafik, dan jahil..bahkan lagi golongan kafir..wal iyya dzubillah..

namun..kita percaya, ia ada..dan ia adalah "mahal", dan "orang yg kaya" sahaja yang layak utknya..

siapakah "orang yg kaya" itu? orang kaya itu adalah orang muslim yang mukmin...subhanallah..amin ya rabbi..

wallahua'lam..

siapakah isteriku? wallahua'lam..


alhamdulillah..(^_^)

Cinta adalah anugerah..
Cinta adalah fitrah..
Andai salah wasilah..
Cinta bisa menjadi barah..

sesungguhnya cinta di antara lelaki dan perempuan itu adalah fitrah..namun apakah ia menjadi alasan dalam membenarkan perhubungan yang haram?

wallahua'lam..

andai mahukan seorang isteri yang tidak pernah bercouple, maka seorang lelaki itu juga tidak boleh bercouple...

andai mahukan seorang suami yang tidak pernah bercouple, maka seorang lelaki itu juga tidak boleh bercouple..

wallahua'lam..

andai mahukan seorang isteri yang tidak pernah "sms" pada lelaki yang haram baginya, maka seorang lelaki itu juga tidak boleh "sms" pada perempuan yang haram baginya..

andai mahukan seorang suami yang tidak pernah "sms" pada perempuan yang haram baginya, maka seorang perempuan itu juga tidak boleh "sms" pada lelaki yang haram baginya..

wallahua'lam..

dan sesungguhnya..

Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) :

"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)" (Surah An-Nur ayat 26)

amin...insya Allah..

wallahua'lam..

apakah seseorang lelaki itu boleh mengatakan kepada seorang perempuan "engkaulah isteriku", pada hal di antara mereka masih belum ada apa2 perhubungan yang sah, hanya "percintaan" yang haram sahaja..

apakah seorang perempuan itu boleh mengatakan kepada seorang lelaki "engkaulah suamiku", pada hal di antara mereka masih belum ada apa2 perhubungan yang sah, hanya "percintaan" yang haram sahaja..

dan..sesungguhnya..

Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) :

"Dan tidaklah patut bagi seorang lelaki Muslim dan perempuan Mukmin apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan satu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka, dan sesiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata" (surah Al-Ahzab ayat 36)

wallahua'lam..

sesungguhnya..

jangan salahkan pada anak-anak nanti andai mereka juga bercouple kelak andai perhubungan suami isteri itu di dasarkan pada suatu perkenalan dan kaedah yang haram di sisi Islam...wal iyya dzubillah..

sesungguhnya...setiap buah yang cantik datangnya dari benih yang baik...

wallahua'lam..

andai mahukan kehidupan suami isteri yang bahagia dan diredhai Allah S.W.T, dan mempunyai anak2 yang comel dan soleh dan solehah, maka mulakanlah ia dengan kaedah yang halal...

sesungguhnya Islam itu mudah, namun mudah Islam adalah apabila engkau memudahkan dirimu dalam mengamalinya dengan sebenar-benarnya amalan..

wallahua'lam..

Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) :

" Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Surah Al-Furqan ayat 74)

amin..insya Allah..



wallahua'lam..

kepada perempuan dan lelaki yang ku sayangi, hayatilah kisah ini..(T__T)



cinta adalah fitrah manusia..kita tidak dapat lari dari "cinta"..

Nabi Adam A.S sendiri di Syurga Allah S.W.T...yang dikurniakan pelbagai nikmat dari Allah S.W.T..tetapi juga berasa sunyi dan sepi...maka hadirlah Hawa sebagai asbab utk membahagiakan Nabi Adam A.S...

utk apa semua itu? Allah S.W.T Tuhan Yang Maha Mengetahui..

maka..cinta itu sememngnya ada di dalam setiap hati manusia..

tetapi cinta yang bagaimana? adakah cinta yang kalah dgn nafsu? atau cinta yang menang dgn Iman fillah?

insya Allah...mujahadahlah hati, semaikan hati dgn cinta Ilahi, insya Allah..cinta hakiki akan diperolehi..amin ya rabbi..

wallahua'lam..
Muka Surat 1

Muka Surat 2

 Muka Surat 3

Muka Surat 4
 Muka Surat 5

Muka Surat 6

 Muka Surat 7

Muka Surat 8

 Muka Surat 9

Muka Surat 10

 Muka Surat 11

 Muka Surat 12

Muka Surat 13

Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) :

"Dan tidaklah patut bagi seorang lelaki Muslim dan perempuan Mukmin apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan satu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka, dan sesiapa menderhakai Allah dan RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata" (surah Al-Ahzab ayat 36)

dan..apakah ketetapan Allah S.W.T tersebut?


Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) :

"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)" (surah An-Nur ayat 26)

maka..andai mengimpikan seorang isteri yang tidak bercouple sebelum pernikahan, maka jadikanlah diri juga tidak bercouple, itu secara rumusan..

kesimpulan..Allah S.W.T Tuhan Yang Maha Adil..setiap lelaki yang soleh sudah ditakdirkan utknya isteri yang solehah..amin..

wallahua'lam..

suara wanita, apakah pilihan kalian?



alhamdulillah..(^_^)

Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) : "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik." (Surah Al-Ahzab ayat 32)..wallahua'lam..

mutakhir ini, perempuan telah disediakan pelbagai platform utk "menonjol..."..apakah mereka tidak sedar, mereka diperalatkan, atau bagaimana?

ana postkan ayat Al-Quran di atas bukan utk menangkan lelaki atau menghina perempuan..namun, ia hanyalah utk perkongsian bersama dan utk kesedaran bersama..

sesungguhnya perempuan adalah fitnah andai salah amalnya..(^_^)

di sebabkan itulah, perempuan tidak boleh menjadi Imam..tidak boleh menyaringkan bacaan ayat Al-Quran seperti menyertai Pertandingan Tilawah Al-Quran...dan sebagainya..

kerana suara perempuan adalah "suara emas"..(^_^) nilainya sangat tinggi..(^_^)

"abang, sayang nak keluar kejap", kata isteri pada suaminya dengan "nada manja"..

"ibu, fatimah mahu bernikah", kata si anak pada ibu dengan "nada lembut"..

dan sebagainya..itu adalah contoh atau keadaan yang dibenarkan kaum hawa utk menipiskan bicara bibir dan suaranya atau melembutkannya..

andai berhadapan dengan bukan muhrim, maka ia merujuk kepada 3 hukum iaitu harus, makhruh dan haram,..bahkan mutakhir ini, ia lebih kepada haram..

contoh yang paling hangat..penyanyi wanita yg semakin ramai..pelakon wanita yang semakin ramai..

pertandingan seperti Akademi fantasia, dan sebagainya telah melibatkan penyertaan wanita yang majoriti..

tidak kurang juga dengan pertandingan yang katanya Islam, seperti Pertandingan Tilawah Al-Quran, di sediakan penyertaan kepada wanita tetapi ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat..

dan sebagainya..

wallahua'lam..

dari Usamah bin Zaid R.A, Rasulullah S.A.W bersabda {yang bermaksud) : "Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah yang lebih dahsyat bagi para lelaki selain fitnah wanita."..

astaghfirullah..wal iyya dzubillah..

semoga kalian tidak termasuk di dalam golongan wanita yang menjadi fitnah kepada wanita dan lelaki serta kehidupan..

wallahua'lam..

Kebenaran ilmu, Kebenaran amal, dan Kebenaran Ulama'


alhamdulillah..(^_^)

Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) : "Jangan tangisi agama ini apabila masih ditangani oleh ahlinya, namun tangisilah agama ini apabila ditangani oleh orang yang bukan ahlinya." (Riwayat Imam Ahmad dan Al-Tarbani)..wallahua'lam..alhamdulillah..(^_^) 

keadaan ini sudah berlaku di zaman ini..apabila ahlinya berkata,maka ditolak..apabila bukan ahlinya berkata, maka diterima..astaghfirullah..wal iyya dzubillah..

ahlinya menyuruh diperbanyakan amalan sunat..ahlinya yang menyuruh pula adalah dikalangan orang thiqah (orang yang dipercayai), golongan mukmin (insya Allah), golongan yang mempunyai karamah, dan mendapat keredhaan Allah S.W.T (insya Allah).....

namun..orang-orang pelik itu berhujah jua berkenaan amalan sunat..dengan alasan bukan sunnah, maka bidaah, tidak boleh di amalkan..

sesungguhnya amalan sunat pelengkap kepada amalan wajib..

apakah kalian (orang-orang pelik) mengetahui bahawa amalan wajib kalian sudah diterima oleh Allah S.W.T?

dan juga kalian (seluruhnya) mengetahui jua bahawa amalan wajib kalian sudah diterima oleh Allah S.W.T?

jangan berbicara andai bukan ahlinya..

maka..wahai saudara sekalian..lakukanlah seperti kelazimannya (kebiasaannya)..buat aje amalan sunat tu sebanyak mungkin..

solah fardhu subuh, baca sahaja qunutnya..andai mengikut Imam yang tidak membaca qunut, andai tidak mahu mufaroqah (sebab tidak mengetahui tentang imam), maka teruskan sahaja solah itu, dan lakukanlah sujud sahwi, kerana ia sunat bagi makmun andai imam tidak melakukannya..

kenapa? kita orang awam, dan kita nak "lari" dari "berbicara" tentang khilaf..(^_^) maka, seeloknya buat sahaja..(^_^) pahala pun dapat..sebab amalan sunat ni, buat dapat pahala, tak buat tak dapat apa-apa..jadi, orang dah hulur 1 juta ringgit, kita pulak miskin, kalau kita menolak, maka kita sama sahaja dengan orang "kurang akal"..(^_^) wallahua'lam..


sama juga dengan baca yaasin malam jumaat..andai ada majlis itu di mana-dimana surau atau masjid, pergi sahaja dan buat..dan kemudian, pahalanya sedekahkanlah kepada simati (arwah datuk, nenek, ayah, ibu, abang, kakak, adik dan seluruh Umat Islam)..andai ada makanan, makan sahaja..(^_^) kerana mungkin dengan cara itu, kita dapat memupuk hati kita utk dekat dengan rumah Allah, mengeratkan silaturrahim di antara jiran..jika sebelum ni tak kenal pun siapa jiran, maka insya Allah, dapat kenal jiran..(^_^) wallahua'lam..


sama juga dengan ziarah kubur..ziarah sahaja andai ada kelapangan atau "mewajibkan diri" utk ziarah pada setiap pagi jumaat ke, tak apa..kerana antara cara-cara utk mengingatkan hati yang lalai kepada Allah adalah dengan mengingati kematian..(^_^) wallahua'lam..

dan sebagainya..(^_^) wallahua'lam..

usah hirau dengan penyataan orang-orang pelik diluar sana..kerana orang terdahulu lebih baik dari orang terkini..(^_^) ulama' Ahlul Sunnah Waljamaah dahulu buat tiada apa2 pun, bahkan diri mereka semakin hampir dengan Allah S.W.T..maka, kita orang terkini ni, ikutilah apa yang baik itu..insya Allah..wallahua'lam..

29 September 2010

Bedtime Story ; Muhasabah Hati (kisah Masyitah, wanita mulia)..(T_T)


seorang Ayah mendodoikan anaknya, "sayang, nak ayah citer satu kisah?" anaknya mengangguk..

"pada suatu masa dahulu, ada seorang raja yang zalim, namanya Firaun, dan dia mempunyai anak perempuan, anak perempuan ini pada setiap hari akan di sisir oleh seorang perempuan, namanya Masyitah..Masyitah ini adalah antara kaum hawa yang dijamin Syurga Allah"..

 

anaknya bertanya : "peliknya"..

 

ayah : "Apa yang pelik sayang?"

anaknya : "seorg perempuan yg menyisir anak raja zalim dapat masuk Syurga, macam mana tu Ayah?"

ayahnya mencium dahi anaknya.."macam ni sayang, pada suatu hari, ketika Masyitah menyisir rambut anak raja zalim tu, sisirnya terjatuh ke lantai, dan tiba-tiba dengan izin Allah, terkeluar kalimah Allah dari bibirnya, "Allah""

"jadi, anak raja zalim tu terkejut..dan bertanya : "apa yang kau sebut tadi"..dan Masyitah menyatakan itulah tuhannya..maka anak raja zalim tu pun bagi tau kat ayahnya..

dan ayahnya memanggil Masyitah.."cuba kau ulang, siapa tuhan kau"

masyitah dengan tenang "Allah tuhanku"..maka Raja Zalim itu memerintahkan seluruh keluarga Masyitah di rendam di dalam kawah yang panas sangat..

maka..dipendekkan cerita..tiba di hari hukuman itu..satu persatu ahli keluarga Masyitah di lontarkan ke dalam kawah itu sebab Masyitah masih berkeras mengatakan Allah tuhannya..

dan..di akhirnya..Masyitah mempunyai seorang anak yang masih kecil di dakapannya..

ketika itulah hatinya berbelah bagi..dan diizinikan Allah, anaknya boleh bercakap..

"ibu, andai kau pilih di antara hidup dalam keadaan kufur dan mati dalam keadaan beriman, maka aku memilih uk mati dalam keadaan beriman wahai ibu"..

Masyitah yang mendengar anaknya berkata begitu, terus sahaja dia terjun ke dalam kawah itu..

subhanallah, hebatkan sayang?"

anaknya mengangguk : "macam mana nak jadi macam Masyitah ayah?"

ayahnya mencium pipi anaknya : "cintai Allah.."

anaknya mengangguk..ayahnya terus menyambung..

"tidur sayang.." (sambil menarik selimut), dan tidurlah anaknya dalam pelukan ayahnya..

wallahua'lam..

~ Muhasabah ~