29 December 2010

subhanallah, selamat datang buat al-Imam al-Habib Umar, semoga dapat bertemu..(T_T)


alhamdulillah..(T_T)

setelah tahun 1431H iaitu tahun bagi umat Islam meninggalkan kita, 
maka tahun 2010M atau orang-orang tua kelate kata 'bulan ore puteh' juga akan berlalu meninggalkan kita nanti..

sesungguhnya terdapat banyak pengalaman, kenangan dan seumpamanya dapat diperolehi bagi tahun ini, dan hanya Allah S.W.T Tuhan Yang Maha Mengetahui, betapa hati dan minda ini semakin terisi dengan ilmu dan pengetahuan, dan membuatkan hati ini terasa dan minda terfikir, sesungguhnya ilmu dan pengetahuan Allah S.W.T itu amat luas, sehingga tidak dapat dijangkau, apa yang ambo perolehi adalah 'sekodar' sahaja, subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

maka, berusahalah diriku untuk mencari ilmu, jangan berasa cukup dengan apa yang ada..sesungguhnya semakin berilmu dan beramal seseorang itu, semakin dekat dirinya dengan Allah S.W.T..

Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) :

"sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun"

(surah al-Fatir ayat 28)

wallahua'lam..

sesungguhnya orang yang merasa gula itu lebih mengetahui tentang manisnya gula berbanding orang yang tidak pernah merasa gula..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

insya Allah..

al-Imam al-Habib Umar akan datang ke Malaysia nanti..
jom kita menuntut ilmu di majlisnya...
semoga Allah memberkati dan merahmati..
maka, luangkanlah sedikit masa untuk kesana..

insya Allah, wallahua'lam..

bermulanya tahun 2011 nanti..
seorang ahlulbait datang ke sini..
tidak disangka ia satu rahmat kepada diri..
dapat mengikat hati untuk cinta pada ilahi..

insya Allah, amin ya rabbi..wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~