19 January 2012

hati yang tenang adalah Syurga dunia.



Subhanallahi wabihamdih..

Firman Allah Subhanahu waTa'ala :

وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً


yang bemaksud : "dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut (penuh kecintaan kepada-Nya).."

(Surah al-'Araaf, ayat 205)


wallahua'lam..

Hati yang resah, hati yang gelisah, adalah hati yang sunyi dari mengingati Allah Subhanahu waTa'ala..Hati yang sunyi akan menjadikan jiwa yang kelam dan sayu, jasad yang tidak bermaya..

walaupun kelihatan diluar ia senyum tetapi hatinya tidak senyum, kerana hati yang tidak ada ingatan pada Allah, ia akan menjadi masam tanpa sedikit pun ukirsan senyum..

Sesungguhnya, hati yang mengingati Allah (yakni berzikir) akan menjadikan hati itu bisa senyum tanpa masam, tenang tanpa gelisah, tabah tanpa sayu..

"Wahai Saudaraku yang mulia, janganlah merasa aneh bila mendapati seorang muslim yang berzikir kepada Allah di setiap waktu dan (sehingga) terkesan terhadap keindahan kalimat-kalimat fasih itu yang berasal dari (Sayyiduna) Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi (wa alihi waSahbihi) waSallam, baik berupa zikir, doa, syukur, tasbih, tahmid di dalam setiap keadaan (yakni apa sahaja perbuatan yang mengingatkan hatinya kepada Allah Subhanahu waTa'ala)."

(dari al-Imam Hasan al-Banna)


Subhanallahi wabihamdih, alangkah indahnya hamba-Nya yang sentiasa berzikir, yakni sentiasa hatinya ingat kepada Allah, dirinya sentiasa tenang dalam kehidupannya, ini-lah yang dinyatakan oleh para ulama' yang mulia sebagai Syurga yang segera, Syurga yang sudah diperolehi oleh seorang hamba-Nya yang sentiasa hatinya berhubung kepada Allah, iaitu hatinya sentiasa tenang dan bahagia..

Subhanallahi wabihamdih..


أهْلُ اْلإتِّصَالِ مَعَ اللهِ اَمَْلَئَ اللهُ قُلُوْبَهُمْ بِالرَّحْمَةِ فِى كُلِّ لَحْظَةٍ


yang bermaksud : "Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah, Allah akan memenuhi hatinya dengan rahmat di setiap waktu."

(dari al-'Allamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim al-Hafiz al-Tarimi al-Yamani)


Subhanallahi wabihamdih..

Maka, binalah hatimu wahai diriku dengan hati yang sentiasa mengingati Allah, sentiasa berhubung dengan Allah, maka apabila hatimu "sibuk" dengan ingatan kepada Allah, maka hatimu tidak akan sempat memikirkan hal selainnya..

Subhanallahi wabihamdih..

maka, binalah hatimu dengan riadah (latihan) iaitu dengan sentiasa membiasakan lidahmu menyebut nama Allah, mengingati Allah, dan mujahadah (berjuang) iaitu dengan sentiasa berusaha menjadikan hatimu jua menyebut nama Allah, mengingati Allah dan istiqomah-lah, kerana ada rahmat dan kasih sayang dari Allah yang sentiasa mendampingimu wahai hati..

Subhanallahi wabihamdih..

Wallahua'lam..





No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~