22 February 2012

Bagaimana mahu menemui Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم?



Bagaimana untuk menjadikan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم itu di depan mata KITA?


Dijawab oleh Syeikh Usamah as-Sayyid al-Azhari:


--> Sentiasa membaca kalam Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم iaitu Hadith-Hadith-nya dan Sirah Baginda صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Jadikan ia rutin harian.


Tambahan Syeikh lagi:


"Syeikh 'Ali Jumaah (Mufti Mesir) membaca 40 kitab mengenai Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم hingga beliau dapat mimpi Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم"


Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda:


من رآني في المنام فقد رآني فإن الشيطان لا يتمثل بي 

(Hadith Riwayat al-Imam Muslim)



yang bermaksud : "Siapa melihat aku dalam mimpi, maka dia telah melihatku, kerana sesungguhnya syaitan tidak menyerupaiku."


--> Sentiasa membersihkan hati agar apa yang dibaca tentang Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم itu memberi kesan.


--> Hati dipenuhi dengan penuh rasa keagungan dan hormat terhadap Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم.


--> Menghilangkan hijab yang ada dalam hati iaitu Kibr (Sombong) sehingga kita ini menyerahkan diri kita kepada-Nya dengan mengikut segala suruhan-Nya secara sempurna.

Subhanallahi wabihamdih, Insya Allah, amin.

اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم

No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~