16 March 2013

kisah 'jururawat' dan 'bayi'..^_^

Seketika tadi, aku "menziarah" dari Fb sahabat ke sahabat yang lain, dan aku menemui "satu foto" dan "satu ayat", kemudian aku menziarah lagi, lalu aku perasan akan beberapa status Fb dari sahabat dan teman jururawat..^_^

Iaitu, foto berkenaan seorang bayi yang comel, tapi dari foto itu kelihatannya kakinya berdarah atau mempunyai kesan ditempat cucuk jarum untuk "set line", mungkin..


kesian baby comel ni..

Baik lah, saya lihat ramai yang kritik, ramai yang berkata kata, yang positif, yang negatif,

Just my opinion...

Buat sahabat dan teman di luar sana, atau yang di luar "bidang kami" sebagai anggota perubatan..



Pertamanya, kami mohon maaf jika rawatan atau perkhidmatan kami tidak sebaik yang kalian jangkakan atau bayangkan..

Terutama di dalam "set line", atau memasukkan 'branula' atau satu jarum ke bahagian tangan (kebiasaannya), dengan tujuan untuk masukkan ubat, atau 'air', atau ambil darah pesakit, dan lainnya..

Sebenarnya, walau hebat mana pun teknik yang digunakan, walau betul macam mana pun kedudukan tangan untuk 'set-kannya', walau teliti sekalipun untuk cucuk dengan jarum ke bahagian nak 'set-kan' tu,

Tetap ia mempunyai 1% atau 0.1 % kegagalan untuk memasukkannya..

Banyak sebabnya..

Bukan hanya pengalaman, bukan hanya sikap, 

Tetapi kami cuba beri yang terbaik, tapi ketentuannya milik Allah..

Seperti seorang bayi ini, tanyalah mana mana jururawat pun, kebanyakan jururawat, mereka adalah perempuan, perempuan mana yang tak "jatuh hati" apabila melihat seorang bayi yang comel, akan terusik jiwa mereka, akan sensitif perasaan mereka,

Kenapa? Kerana mereka jua perempuan, bakal menjadi ibu,bakal mempunyai anak, atau sudah pun menjadi ibu, atau sudah pun mempunyai anak,

Maka tak mungkin dia main main di dalam melayani bayi yang comel itu,

Dia cuba yang terbaik untuk memberi keselesaan buat bayi itu, sama ada nak 'set-kan branula' itu atau seumpamanya,

Tapi keputusannya, sama ada berjaya or tak, tetap ia milik Allah,

Mungkin dia dah 'set-kan' branula tu baik-baik kat bayi itu, kemudian bayi bergerak gerak, mungkin kerana tak selesa, sakit atau selainnya dengan tiba tiba tempat itu tercabut tanpa disedari, dan terkeluar darah tanpa disedari staf yang lain atau seumpamanya kemungkingan..

Dan saya jua pernah berada di tempat dia, tempat yang lain, 

Ada ketika, mudah melakukan sebarang prosedur, ada ketikanya, sukar untuk melakukan prosedur..

Kerana usaha itu, kita lakukan, kita usaha beri yang terbaik, tapi keputusannya, berjaya atau tidak, ia adalah milik Allah..^_^

Maka saya mohon maaf jika 'kami' ada terlaku demikian, dan 'kami' akan cuba perbaiki kesilapan dari semasa ke semasa..

Dan,

Soal jawapan jururawat itu ketika di tanya kenapa jadi macam tu, kenapa jadi macam ni,

Mungkin jawapannya itu tidak baik, atau kasar, atau tidak sepatutnya,

Wallahua'lam..

'Kami' jua manusia, kadang kadang melakukan kesalahan, kadang kadang terikut dengan emosi, perasaan, sensitif, cepat marah, atau seumpamanya,

Maka, maafkanlah 'kami', Insya Allah, 'kami' akan cuba dari waktu ke waktu untuk lebih beradab dan bersikap yang baik,

As a muslim, Nabi kami Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi wasallam amat mencintai umatnya yang mempunyai sikap yang baik, berakhlak yang baik, Insya Allah, 'kami' cuba yang terbaik, doakannya..

Dan,

Buat sahabat yang sama sama di dalam bidang perubatan,

Apabila kita melihat, atau mengetahui, seseorang daripada kita, melakukan kesalahan, kesilapan, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja,

First of all, bersangka baik lah kepada mereka, doakan mereka supaya di dalam kebaikan..

Kita pun tak tahu apa kisah sebenarnya, mungkin yang kita tahu, yang kita dengar itu hanyalah dari sebelah pihak sahaja,

Pihak yang kena itu pula, kita tak tahu lagi, apa kisah sebenarnya,

Maka, walau jelas macam mana kisahnya, walau beribu orang berkata kata tentangnya,

Tapi jika empunya diri masih belum berkata kata, masih belum jelas darinya apa kisahnya,

Maka, jika saya, saya memilih untuk bersangka baik kepadanya..

Kenapa?

Allah pernah berpesan buat hambaNya,

"Aku bersama dengan apa sangkaan hambaKu, jika baik sangkaannya, maka baiklah ia, jika sebaliknya, maka sebaliknya lah ia.."

Kita nakkan orang sangka baik kepada kita, maka kita kena mula mula sangka baik kepada orang lain,

Insya Allah, Allah akan memberi apa yang kita lakukan..

^_^


Kepada jururawat yang terlibat, saya doakan, mudah mudahan Allah merahmatimu dan menyayangimu, amin..

Kepada ibu bapa dan bayi yang terlibat, saya doakan, mudah mudahan Allah jua merahmatimu dan menyayangimu, amin..

No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~