Waktu malam yang sunyi,
angin bertiup beralun perlahan,
awan di langit kelihatan berseri,
bertemankan ia dengan cahaya bulan..
"subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar.."
indahnya ciptaan Allah Subhanahu wa Ta'ala,
DIA lah yang mencipta kesemuanya,
segala-galanya di dalam pengetahuan-Nya,
kesemua ini hanya didapati oleh mereka yang bertaqwa..
(T__T) : astaghfirullah, astaghfirullah, astagfirullah..
Di dalam suluhan cahaya bulan di suatu malam, seorang pemuda kelihatan sedang duduk sendirian di bawah sebuah pohon, tempat itu tidak jauh daripada sebuah masjid yang dia sentiasa datang kepadanya untuk melakukan solah berjemaah dan amal ibadah selainnya..
Kelihatan di jarinya terselit seutas tasbih, bibirnya seakan-akan bergetar seperti mengalunkan suatu zikir..
Sedang dia sendirian begitu, tiba-tiba terdengar salam dari belakang, "assalammualaikum"..
terhenti seketika jarinya yang mengerakkan tasbih, berpusing wajahnya kepada suara itu, "waalaikummusalam warahmatullahi wabarakatuh"..
"alhamdulillah, Adam rupanya", jawab pemuda yang sendirian itu tadi..
Adam, "alhamdulillah, abang seorang sahaja ya, saya baru sahaja sudah membaca surah al-Mulk di masjid tadi, saya ingat nak terus pulang selepas tu, tapi ternampak abang pula di sini, nak berbual dengan sekejap, leh ke abang?"
pemuda itu tersenyum, "alhamdulillah, boleh, abang tak ada buat apa pun, abang duduk aje di sini"
lalu Adam duduk disebelah pemuda itu..
Adam, "abang, kita dah tak lama dengan bulan Rejab ya, tak salah saya, hari juma'at ini sudah 1 Rejab 1432H ya, waktu malaysia lah, kalau waktu lain, lain lah pula ya, hehe"..
pemuda itu tersenyum, "alhamdulillah, Allah mengurniakan hidayah kepadamu untuk dirimu menyedari bahawa Bulan Rejab yang mulia hampir tiba..ya, insya Allah, andai diizinkan Allah, hari juma'at nanti adalah 1 Rejab, insya Allah"..
Adam, "jadi, abang, leh tak saya nak tanya tentang Rejab ni?"
pemuda itu tersenyum, "insya Allah, tanya aje Adam, kalau abang leh jawab, insya Allah, abang akan jawab"..
Adam, "ia tentang beberapa hadits yang Adam dapati daripada beberapa teman, mereka katakan hadits itu palsu,
seperti hadits yang mengatakan bulan Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban bulan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, dan Ramadhan bulan ummat Islam. Barang siapa berpuasa di bulan Rejab dua hari, baginya pahala dua kali lipat, timbangan setiap lipatan itu sama dengan gunung gunung yang ada di dunia, kemudian disebutkan pahala bagi orang yang berpuasa empat hari, enam hari, tujuh hari, lapan hari, dan seterusnya, sampai disebutkan ganjaran bagi orang berpuasa lima belas hari..
ada di antara mereka mengatakan hadits itu palsu dan tidak boleh beramal dengannya, macam mana tu abang? saya senyap aje ketika dengar hujah mereka tu.."
pemuda itu tunduk seketika, tasbih yang terselit dijarinya di putar kembali..
lama juga pemuda itu mendiamkan diri..
Adam yang berada disisi hanya memandang pada mulanya, kemudian bertanya, "abang marah pada Adam ke?"
pemuda itu mendongak wajahnya dan tersenyum ke arah lelaki yang bernama Adam, "alhamdulillah, tidak wahai Adam, cuma abang berfikir"..
Adam, "kenapa abang? abang berfikir pasal apa?"
pemuda itu tersenyum, "berfikir, ada juga manusia yang cuba melarang manusia yang lain untuk beramal ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sedangkan tiada larangan tentangnya"..
Adam kelihatan bingung seketika memikirkan ayat yang diluahkan pemuda itu..
"maksud abang?" katanya Adam..
pemuda itu tersenyum, "wahai adikku, Adam, hadits yang dikatakan temanmu itu iaitu tentang kemuliaan bulan Rejab atau kelebihan bulan Rejab itu yang kebanyakan sedang beredar di kalangan kita sekarang, ia tidak ada yang shahih, sebahagian besarnya adalah dhaif..
namun adikku Adam, ia bukan bererti itu menafikan kemuliaan di bulan Rejab..abang hanya berkata-kata di sudut hadits nya sahaja, yakni hadits yang adik katakan itu ataupun yang banyak di dapati diluar sana..
namun seperti apa yang abang katakan tadi, ia bukan bererti untuk menafikan kemuliaan di bulan Rejab wahai adikku..
tidak ada satupun para Muhaddits yang mengharamkan puasa di bulan Rejab..
dari al-Hafiz al-Muhaddits al-Imam Nawawi Rahimahullahu Ta'ala :
ولم يثبت في صوم رجب نهى ولا ندب لعينه ولكن أصل الصوم مندوب إليه وفي سنن أبي داود أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ندب الى الصوم من الأشهر الحرم ورجب أحدها
(yang bermaksud) : "tidak ada ketentuan jelas yang menguatkan pelarangan puasa pada bulan Rejab, tidak pula ada keterangan sunnah melakukannya, akan tetapi asal dari ibadah puasa adalah sunnah, dan pada riwayat sunnah Abu Dawud, bahawa (Sayyiduna) Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam mensunnahkan puasa di bulan haram, dan Rejab adalah salah satu dari bulan Haram"
maka jelaslah kepada kita wahai adikku, Adam, bahawa sunnah berpuasa di bulan Rejab, dan segenap bulan haram iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab itu adalah sunnah..
tidak ada larangannnya wahai adikku, Adam..
maka, barangsiapa yang mengharamkannya, maka ia merupakan kemungkaran, kerana sebagaimana yang dijelaskan oleh al-'Allamah al-Imam Nawawi tadi, bahawa hal ini tidak ada dalil yang melarangnya, maka sunnah berpuasa di hari-hari yang tidak diharamkan puasa padanya..
barangsiapa yang ingkar, iaitu "mahu mengatakan haram berpuasa di bulan Rejab" atau seumpamanya, maka hal itu adalah mungkar..
Hal ini amat menyedihkan wahai adikku, Adam..
sebahagian besar muslimin berpuasa di bulan Rejab, sebahagian yang lain tidak mempedulikannya, dan sebahagian yang lain sibuk melarang yang berpuasa..
maka, sebahagian yang ketiga inilah yang berbahaya wahai adikku Adam, melarang orang muslim beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, berpuasa kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala, astaghfirullah..
Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda :
إن أعظم المسلمين في المسلمين جرما من سأل عن شيء لم يحرم على المسلمين فحرم عليهم من أجل مسألته
(yang bermaksud) : "Sesungguhnya sebesar-besar kejahatan muslimin pada muslimin yang lainnya, adalah yang bertanya tentang hal yang tidak diharamkan ke atas muslimin, (kemudian) menjadi diharamkan atas mereka kerana pertanyaannya"
hadits riwayat al-Imam Muslim..
maka, wahai adikku, usah kau hiraukan kata mereka, tiada larangan dan pengharaman untuk kau berbuat amal ibadah di bulan Rejab yang mulia..
adikku, para guru abang pernah berpesan kepada abang, "untuk sah sesuatu amal ibadah adalah mudah, tetapi untuk mendapat kesempurnaannya adalah susah"..
maka, di bulan yang mulia inilah, iaitu Rejab nanti kita berusaha mencari kelebihan, menyempurnakn segala amal ibadah yang sebelum ini kurang, banyak cacatnya..
ibarat seseorang itu sedang berlumba kereta, litarnya itu begitu susah, dan dia mempunyai beberapa ruang untuk dia memintas kereta di hadapannya..
maka, begitulah bulan Rejab wahai adikku, amal ibadah kita sebelum ini mungkin banyak kekurangan, banyak kesalahan, maka di bulan yang mulia ini, yang dirahmati ini lah, kita mencari ruang-ruang yang banyak kerahmatan untuk dimanfaatkan, agar kedudukan kita di sisi Allah bertambah mulia, insya Allah"..
Adam tersenyum, "alhamdulillah, panjang lebar abang menjelaskannya, terima kasih abang, insya Allah, Adam ingat nak mulakan puasa pada 1 Rejab nanti, nak berpuasa 3 bulan, Rejab, Sya'ban dan Ramadhan, kalau diizinkan Allah, insya Allah, doakan ya abang"..
pemuda itu tersenyum, "alhamdulillah, Allah menganugerahkanmu hidayah serta taufiq, semoga Allah menetapkan hatimu di jalan keredhaan-Nya, insya Allah..jangan lupa, banyakkan istighfar dan berdoa di bulan yang banyak kerahmatan dan keberkatan itu nanti, insya Allah"
Adam, "insya Allah, terima kasih abang"..
Pemuda itu tersenyum, "alhamdulillah, abang rasa dah lewat ni, kita pulang dulu, esok kita jumpa pula di Masjid untuk solah subuh berjemaah, insya Allah"..
Adam, "oh ya, dah lewat, insya Allah, kita jumpa esok ya abang"..
berlalulah kedua-dua insan yang sedang membina jalan ke arah keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala, insya Allah..(T__T)
wallahua'lam..
pesanan : "semoga penerangan bercerita ini menjadi manfaat kepada semua, insya Allah, segala-galanya adalah kurniaan Allah Subhanahu wa Ta'ala"..
subhanallah....blog saudara sangat baik isi kandungannye....saye sangat tersentuh dan kagum dgn anda.....
ReplyDeletealhamdulillah..
ReplyDeleteya ukhti al-Ustazah Nik Amirah, segala-galanya adalah kurniaan Allah Subhanahu wa Ta'ala..
diri ini hanya melaksanakan amanah yang Allah Subhanahu wa Ta'ala kurniakan, tanpa kurniaan-Nya, tiada apa-apa pun diri yang faqir lagi hina ini..