23 December 2011

Jaga hati dari sifat dengki dan pedengki, astaghfirullah..



astaghfirullah..(T__T) : "ya Allah, jernihkanlah hatiku dari segala sifat-sifat, dari segala perkara-perkara, iaitu yang menjauhkan aku daripada-Mu, menjadikan adanya di dinding kepada hatiku untuk mengingati-Mu, untuk merindui-Mu, amin ya Allah."


Subhanallahi wabihamdih..


Hati manusia itu seringkali berubah-ubah, seringkali berpusing-pusing..kadang-kadang hendak menjadi baik, kadang-kadang hendak menjadi buruk..kadang-kadang ingin solat, kadang-kadang rasa malas..begitu juga hati, kadang-kadang adanya perasaan ingin mencintai Allah, dan kadang-kadang adanya perasaan ragu-ragu untuk mencintai Allah..


maka ini semua adalah kita yakni manusia yang biasa, yang tidak terlepas dari kekalahan kepada tipu daya nafsu dan syaitan..


maka, Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa alihi wa Sahbihi waSallam mengajarkan kita untuk sentiasa berdoa kepada Allah Subhanahu waTa'ala, iaitu :


يَامُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلى دِيْنِكَ

(yang bermaksud) : "Wahai Tuhan (ya Allah) yang membolak-balikkan hati (yang mengubah-ubah keadaan hati, keadaan diri dari baik kepada buruk, buruk kepada baik), maka tetapkanlah hatiku atas agama-Mu (kepada keimanan kepada-Mu, kepada kecintaan kepada-Mu)"


amin ya Allah..


dan..


di antara sifat-sifat yang amat buruk di dalam hati manusia itu adalah dengki..dengki adalah suatu sifat yang cukup sulit, sukar untuk dibuangnya..sukar untuk diubatinya..


Jika diusahakan sekalipun, ia memakan masa yang cukup lama, namun ia bukan satu alasan kepada manusia itu untuk tidak memikirkannya..


Para guru sentiasa berpesan ; "cara yang mudah dan tersangat mudah untuk menghilangkan sifat mazmumah, iaitu sifat yang buruk, misalnya seperti dengki atau seumpamanya, adalah hati yang sentiasa mengingati Allah, merindui Allah, dan kemudian mengalir air mata kerana kerinduan dan kecintaan kepada Allah, maka hadirlah kesejukan kepada hati, dan hati menjadi tenang dan lembut, maka seluruh penyakit hati seperti dengki akan gugur dan hati menjadi jernih dan sentiasa tenang di dalam keredhaan-Nya, didalam keadaan mengingati-Nya."


Sesungguhnya dengki itu bermula dengan pandangan seseorang manusia kepada kelebihan seseorang manusia yang lain..

seperti, seorang yang kaya, kaya disudut harta, rumah dan seumpamanya
..maka seseorang telah memandang hal ini, dan timbul di dalam hatinya "aku mahu menjadi sepertinya, dan aku berharap aku lah ditempatnya.", ini adalah satu sifat yang dengki, yang mana "ia mahu menjadi sepertinya dan mengurangkan kelebihannya"..

dan,
yang paling teruk dengki adalah, "ia tidak mahu menjadi sepertinya, tetapi mahu hal itu kurang atau tiada padanya"..iaitu seorang yang kaya, dan seseorang telah memandangnya, tetapi tidak timbul di dalam hatinya bahawa dia inginkan kekayaan itu, maka dia tidak ingin pun kekayaan itu, tetapi dia amat berharap bahawa kekayaan itu tiada pada seorang tadi..maka ini lebih teruk dengkinya kerana "sudahlah dia tidak nak, dan berharap pula orang yang ada itu tiada pula"..

astaghfirullah,
hindari ya Allah kedua-duanya, amin..(T__T)



   

Astaghfirullah,
amat bahaya sekali sifat dengki ini..(T__T)

Sehinggakan para guru yang mulia ada berpesan kepada hatiku sendiri :
"dengki adalah satu sifat yang buruk, dan pendengki pula ada manusia yang buruk"..

telah berpesan guru mulia :
"sentiasalah berdoa, memohon kepada Allah agar dijauhkan dari sifat dengki dan mereka yang berdengki dengan diri."

Firman Allah Subhanahu waTa'ala :

وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

(yang bermaksud) : "dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki"

(Surah al-Falaq, ayat 5)


iaitu memohon dijauhkan dari kejahatan si pendengki bila ia menzahirkan dengkinya..kerana jika seseorang itu dengki sahaja tetapi ia tidak menzahirkannya, maka selamatlah diri kita..

tetapi bila ia menzahirkannya, seperti menyihirkan orang yang dia dengki atau mengkhianatinya, atau seumpamanya, maka ia amat berbahaya..

Maka, mohon hindari ya Allah..

Di zaman kini, amat banyak berlaku hal ini, apabila seseorang itu dengki kepada seseorang yang lain, lalu dia "membomohkannya", atau menyihirkannya, atau mengkhianatinya, maka sakitlah seseorang itu..

astaghfirullah, hindari ya Allah..

maka, marilah bersama-sama kita berdoa agar dijauh kedua-duanya, iaitu dari sifat dengki bagi diri sendiri dan dari segala dengki yang dizahirkan oleh pendengki, amin ya Allah..(T__T)


No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~