30 September 2010

Taat kepada Ayah, Ibu yang mukmin..(T__T)


alhamdulillah..(^_^)

astaghfirullah..(T__T)

Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) : "sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa" (surah an-Nisaa' ayat 36)..wallahua'lam..(T_T) astaghfirullah..

sesungguhnya setiap anak itu terutama anak lelaki, tanggungjawabnya lebih ke arah kedua ibu bapanya..tidak kiralah sama ada yang sudah bernikah atau belum bernikah, berbeza dengan anak perempuan yang hanya sebelum bernikah, selepas bernikah dia lebih ke arah suaminya..

alhamdulillah, bersyukur aku kerana aku masih dikurniakan ibu dan ayah..sedangkan ada di antara sahabat serta saudara sudah tiada, atau yang memang tak pernah bertemu dengan mereka, aku doakan semoga dia dapat bertemu dengan mereka di Syurga Allah, amin..

taat kepada ibu dan ayat adalah perkara yang amat besar, bahkan pada huraian ayat di atas sudah cukup menjelaskan bahawa selepas mentaati Allah, maka ketaatan yang kedua adalah kepada ibu bapa..

bagaimana tu? taat kepada ibu bapa selagi mana mereka taat kepada Allah S.W.T

kalau mereka tidak taat kepada Allah, bagaimana? nasihatilah mereka secara berhikmah kerana mereka adalah ibu dan ayah kita..

ingatilah kisah seorang hamba Allah S.W.T dan Nabi Musa A.S

pada suatu hari, Nabi Musa A.S berdoa kepada Allah..

"ya Allah, siapakah temanku di syurga-Mu ya Allah"

maka, Allah hadirkan petunjuknya untuk ke sebuah tempat dan sebuah rumah..

sampai sahaja ke rumah itu, lalu Nabi Musa memberi salam dan meminta keizinan untuk bertemu..

lalu keluar seorang pemuda dengan senyuman dan mempelawa Nabi Musa A.S untuk masuk ke dalam..

maka, dia melayan Nabi Musa A.S sebagai tetamu dengan baik, berbual dan seumpamanya..

tiba-tiba, dia meminta izin kepada Nabi Musa A.S..

"maaf, hamba mahu ke dalam dulu"

dia lalu pergi meninggalkan Nabi Musa A.S diruang tamu..

Nabi Musa A.S berfikir..

"aku lihat pemuda ini seperti kebanyakan orang yang ku temui, maka apa kelebihannya menyebabkan dirinya menjadi temanku di Syurga Allah?"

lalu Nabi Musa A.S terus bangun dan mengintai ke dalam rumah pemuda itu disebalik tabir..

alangkah terkejutnya Nabi Musa A.S bahawa si pemuda itu sedang mengangkat seekor babi betina, kemudian di mandikannya, selepas dimandikannya, di bedakkannya, di selimutkannya..kemudian, dia mengangkat seekor babi jantan, dan dia lakukan seperti babi betina tadi..kemudian dia memberi makanan kepada kedua-duanya..

lalu Nabi Musa A.S duduk ditempat asalnya tadi dengan pelbagai persoalan..

kemudian, keluarlah kembali pemuda tadi..

Nabi Musa A.S, lalu terus bertanya..

"apakah kau tidak mengetahui bahawa perbuatan kita kepada babi adalah haram, dan kamu sedang melakukannya, bukan?"

pemuda itu tersenyum..

"maafkan aku wahai saudara..kedua-dua itu adalah ibu dan ayahku..mereka telah dijadikan sebegitu kerana mereka telah derhaka kepada Allah, tidak taat kepada Allah..namun aku sebagai seorang anak, sudah menjadi amanah dan tanggungjawab aku untuk memelihara mereka selagi aku mampu dan berupaya..sesungguhnya aku tidak mahu disebabkan hal ini pintu rahmat Allah tertutup untukku, dan ketahuilah mereka berdua yang melahirkan aku dan menjaga aku sehingga menjadi seperti ini..walaupun dia menjadi seperti itu, tetapi mereka tetap adalah ibu dan ayahku"

maka...pulanglah Nabi Musa A.S dengan gembira kerana temannya nanti adalah seorang yang mulia di sisi Allah S.W.T..subhanallah..

wallahua'lam..

maka..

"taatilah ibu dan ayah kalian SELAGI MANA mereka mentaati Allah, andai mereka SUDAH tidak taati Allah, nasihatilah mereka dengan BERHIKMAH"

wallahua'lam..aku mencintaimu wahai ibu dan ayah, dan aku teramat mencintai Allah S.W.T..wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~