30 September 2010

orang beramal belum tentu masuk Syurga, aku pula? (T__T)


alhamdulillah..(^_^) 

pesanan tok guruku dalam memelihara hati dan akal ; "kalau kita dapat masuk Syurga Allah, maka bukan disebabkan amal soleh kita, tetapi disebabkan Allah Tuhan Yang Maha Pemurah, kalau nak diukur dengan amalan kita, satu manusia pun tak akan dapat masuk syurga Allah melainkan Allah mengizinkan dengan Rahman dan Rahim"..astaghfirullah...(T_T)

soalan : habis tu, kenapa kena beribadah siang dan malam?

jawapan : kerana kita adalah hamba..

wallahua'lam..astaghfirullah..(T_T)

soalan : bagaimana nak tahu adakah Allah terima ke tak amal ibadah kita?

jawapan : bukan kita yang menentukannya dan kita tidak berhak pun utk itu..tetapi Allah Yang Maha Kuasa..segalanya Allah yang tentukan..tugas kita, beramal ibadah kepada-Nya tanpa mempertikaikannya..

astaghfirullah..(T_T)

soalan : apakah Allah boleh masukkan orang soleh ke neraka, dan orang kafir ke syurga?

jawapan : boleh..kerana Allah Tuhan Yang Maha Kuasa..

astaghfirullah..(T_T)

soalan : kenapa begitu? mana adil begitu? Allah boleh masukkan orang soleh ke neraka, dan orang kafir ke syurga??

jawapan : kurang ajar kau! siapa kau nak mengatakan Allah tidak adil atau seumpamanya!

andai dikatakan tidak boleh iaitu Allah tidak boleh masukkan orang soleh ke neraka dan tidak boleh masukkan orang kafir ke syurga, maka Allah lemah! apakah Allah sebegitu??

sesungguhnya itu adalah mustahil bagi Allah..

maka..kita kena yakin bahawa Allah Tuhan Yang Maha Kuasa..Allah berkuasa sebegitu..

namun, kita pandang pula pada janji Allah..

Allah berjanji bahawa Allah akan masukkan orang soleh ke syurga-Nya, dan orang kafir ke Negara-Nya..

sesungguhnya Allah tidak mungkiri janji..

maka..pertamanya, kita kena YAKIN Allah Tuhan Yang Maha Kuasa..

kedua, kita kena YAKIN Allah tidak mungkiri janji, Allah Tuhan Yang Maha Adil, Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui..

wallahua'lam..astgahfirullah..(T_T)

dimanakah aku? astaghfirullah..

"ya Allah, aku banyak melakukan kemungkaran dan kemaksiatan kepada-Mu, namun aku tidak mampu untuk meredah Neraka-Mu, ampunilah dosaku ya Allah, agar aku mampu berada di Syurga-Mu dengan Ar-Rahman dan Ar-Rahim"..amin.. 

No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~