24 October 2010

indahnya tasawwuf dan kehidupan sufi..(T_T)



assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

pada suatu pagi yang indah, aku sedang duduk di atas sejadah sambil memutarkan tasbih..adikku datang dan duduk berhampiran denganku..

"assalammualaikum, maaf ganggu abang" adikku memulakan bicaranya..

aku tersenyum dan menjawab salam itu, "waalaikummusalam warahmatullahi wabarakatuh, tak ganggu pun dik, kenapa dik?"

adikku bertanya, "bang, boleh ceritakan sedikit tentang tasawwuf dan sufi, sebab adik selalu dengar abang kata tasawwuf ni pelengkap kepada ilmu dan amal yang lain terutama pelengkap kepada aqidah dan feqah..lagi pun, ada kawan adik kata tasawwuf ni menyebabkan susah untuk menjalani kehidupan seharian, bagaimana tu bang?"

aku tersenyum, "dik, ilmu tasawwuf dan amalnya itu sangat indah dik..kita mulakan takrifnya..


Tasawuf ialah mensucikan hati daripada terikat dengan makhluk, meninggalkan perangai tabi'e yang buruk, memadamkan sifar-sifat kemanusiaan yang buruk, menjauhi dorongan nafsu, bersifat dengan sifat kerohanian, berpegang dengan hakikat segala perkataan, mengutamakan Allah pada setiap masa, menasihati seluruh umat, menyempurnakan janji kepada Allah dan mengikut syar'iat Sayyiduna Rasulullah S.A.W

takrif tasawuf ini datangnya dari seorang ulama' salaf iaitu Sheikh Junaid al-Baghdadi..wallahua'lam..

adapun sufi pula ialah orang-orang yang mensucikan dirinya daripada kekotoran, memenuhi fikirannya dengan bertafakur iaitu memikirkan kebesaran Allah dan memutuskan hubungan yakni hatinya dengan manusia untuk menuju kepada Allah dan sama di sisinya antara emas dan lumpur..

takrif sufi ini datangnya dari seorang ulama' salaf iaitu Imam Sahl bin Abdullah al-Tustari..wallahua'lam..

takrif ini dipetik dari kitab "Intabih diinuka Fi Khatrin", karangan al-Imam al-Habib Abdullah bin Alawi  al-Haddad..wallahua'lam..

ok dik?"

adikku mengangguk, "dengar dari takrif tasawwuf dan sufi ini sahaja pun dah cukup indah andai seseorang itu mempelajarinya dan kemudian di amalkannya, kan bang?"

aku mengangguk, "benar tu dik, tetapi, ia mesti adanya ilmu aqidah dan ilmu feqah dulu, kemudian amal bagi kedua-duanya itu dulu wahai adikku"..

adikku mengerut, "maksud abang?"

aku tersenyum, "kalau tak ada ilmu dan amal aqidah dan feqah, bagaimana nak ikatkan hati kepada hal yang tak tahu?"

kerutan di dahi adikku bertambah, seolah-olahnya semakin tidak memahaminya..

aku tersenyum, "dik, ilmu dan amal aqidah mengenal kita kepada Allah, apabila kita mengenali Allah, maka kita akan kenal diri kita adalah hamba-Nya dan tugas kita sebagai hamba-Nya iaitu beramal ibadah kepada-Nya, maka di sini perlunya ilmu dan amal feqah..setelah itu, kita nak hadirkan keikhlasan, nak istiqomahkan amal ibadah, nak ikatkan hati kita sebagai hamba Allah dengan Allah dengan kecintaan yang suci dan kuat, maka di sini perlunya ilmu dan amal tasawwuf..

kalau awal-awal, kita tiada ilmu dan amal aqidah, maka kita tak mengenali Allah..apabila tak kenal Allah, maka nak beramal ibadah buat apa?..bila tak kenal Allah dan tak beramal ibadah, maka bagaimana nak ikatkan hati kita kepada Allah? astaghfirullah..wal iyya dzubillah.."

adikku mengangguk, "betul juga ya bang..kalau tak kenal Allah, macam mana nak beramal ibadah..maka ia mesti bermula dengan ilmu dan amal aqidah, iaitu mengenal Allah..kemudian ilmu dan amal feqah, iaitu menjadi hamba Allah yang beramal ibadah kepada-Nya, iaitu melaksanakan perintah-Nya dan tinggalkan larangan-Nya...kemudian ilmu dan amal tasawwuf, iaitu menjadikan hati hamba Allah yang sentiasa terikat kepada Allah, setiap masa teringatkan Allah, begitu ya bang?"

aku mengangguk, "ya wahai adikku..

ingatlah wahai adikku..kata-kata kawanmu itu tidak benar..ilmu dan amal tasawwuf amat indah kepada golongan yang sudah adanya ilmu dan amal selainnya..ia adalah pelengkap kepada seorang hamba Allah S.W.T yang mahu kembali kepada Allah dengan selamat dan bahagia, amin..

dimana Imam Malik pernah berkata, yang bermaksud :

"Barangsiapa yang memahami feqah tanpa bertasawwuf maka fasiq, dan barangsiapa yang bertasawwuf tanpa memahami feqah maka zindiq, dan barangsiapa yang telah menghimpun antara keduanya bererti ia telah merealisasikan kebenaran"

dipetik dari kitab "Hasyiyah Allamah al Adawi", karangan Sheikh Ali al-Adawi..wallahua'lam.."

adikku bertanya, "apa itu fasiq, zindiq tu bang?"

aku tersenyum, "fasiq adalah merujuk kepada golongan yang tahu tentang sesuatu ilmu, tetapi dia tidak beramal dengan ilmu itu, iaitu tidak mentaati Allah..

contoh, "kenapa kamu tidak solah"..lalu dia menjawab, "aku tahu solah itu wajib, tetapi aku malas"..

ada pun zindiq adalah merujuk kepada golongan kafir yang berperwatakan seperti Muslim, pada hal dia kafir.."

adikku tersenyum, "oh, begitu ya bang.."

aku tersenyum, "dan adik, kenalilah ayah kita, iaitu Imam Syafie, Imam ini juga seorang ahli tasawwuf yang hebat..

Imam Syafie berkata, yang bermaksud :

"Saya telah masuk dengan kaum Sufi selama 10 tahun, kemudian hanya mendapatkan pelajaran dua huruf" 

..dan dalam satu riwayat tiga ungkapan iaitu..

pertama..waktu itu umpama pedang, jika engkau tidak menggunakannya maka ia akan menebasmu..
 
kedua..nafsumu jika tidak kau sibukkan dengan yang haq yakni hal yang benar, maka ia menyibukkanmu dengan batil yakni hal yang salah..
 
ketiga..rasa ketiadaan daya yakni diri hanyalah hamba Allah dan wujudnya diri adalah dengan kekuasaan Allah, maka keadaan ini akan menyelamatkan hati dan jasad..

subhanallah..alhamdulillah..Allahuakbar"..

adikku hanya terdiam dan berkata, "mulianya mereka yang dapat menghayati ilmu dan amal tasawwuf selepas ilmu dan amal selainnya"..

aku tersenyum, "maka, mantapkanlah ilmu dan amal selain tasawwuf dan kemudian pelajarilah ilmu tasawwuf dan beramallah dengannya, insya Allah, amin"..

adikku mengangguk, "terima kasih bang"..

wallahua'lam..



hargai kurniaan nur Islam dan nur Iman, pertahankannya, usah merungut..(T_T)




subhanallah..alhamdulillah..Allahuakbar..

suatu petang yang tenang..aku sedang duduk bersendirian di halaman rumah, bertemankan segelas air teh dan sedikit biskut...tiba-tiba terdengar ucapan salam daripada belakangku, "assalammualaikum"..

aku menoleh, dan tersenyum kerana mengenali orang yang memberi salam itu, "waalaikummusalam warahmatullahi wabarakatuh, adik rupanya"..

adikku tersenyum dan menarik bangku kayu yang ada berdekatan, lalu duduk berhampiranku..

adikku memulakan bicaranya, "abang, leh adik bertanya?"

aku tersenyum, "alhamdulillah, apa dik?"

adikku bertanya, "abang, Islam ni kadang-kadang susah juga ya nak amalkan.."

aku tersenyum, "dik, apa yang adik minat dan suka, tapi tak dapat lagi?"

adikku menjawab, "banyak yang minat dan suka, macam nak melancong ke luar negara ke.."

aku tersenyum, "kenapa tak pegi melancong?"

adikku mengerut, "ish, abang ni, macam mana nak pergi, tiket kapal terbang pun mahal, nak belanja kat sana lagi, macam2 lagi"..

aku tersenyum, "maka, sama lah juga dengan Islam wahai dikku..benda mahal, susah nak dapatkan..Islam dan Iman ni adalah sesuatu yang mahal..kita kena berusaha untuk mendapatkannya, tak boleh merungut dik..nanti hilang keikhlasan kerana ikhlas itu lagi mahal..

dan dik..abang nak ceritakan seorang pahlawan Islam yang berani, tidak merungut, bahkan mempunyai Iman yang tinggi, subhanallah....

pahlawan Islam itu adalah Mu'az bin Afra, Mu'az merupakah salah seorang pemuda dari golongan Ansar yang ikut berjuang dalam peperangan Badar..

Semangat yang dimiliki Mu'az bin Afra ini amat luar biasa iaitu dia bercita-cita mahu membunuh Abu Jahal tetapi dia tidak mengenali pun siapa Abu Jahal.

Maka, peperangan Badar pun berlaku..di dalam peperangan itu,  Mu'az bin Afra bersama temannya iaitu Auf bin Afra' mencari-cari siapakah Abu Jahal, lalu mereka bertemu dengan Abdul al-Rahman bin Auf, dan bertanya kepadanya, yang bermaksud :

"wahai Pakcik, adakah pak cik kenal Abu Jahal? tunjukkan dia pada saya.."

Abdul al-Rahman bin Auf terkejut dengan pertanyaan itu dan bertanya, yang bermaksud : "wahai anakku! Apa yang kamu hendak buat dengannya?" 

katanya pula, yang bermaksud : "Saya mendapat tahu yang ianya selalu memaki Rasulullah S.A.W, demi Tuhan yang nyawa ku di tangan-Nya, kalaulah aku ternampaknya nescaya diri ku tidak akan renggang dari dirinya, kecuali kematian sahaja yang akan meragut diriku" 

Abdul al-Rahman bin Auf bertambah terkejut dengan jawapan pemuda itu..Selepas itu, pemuda kedua juga menanyakan perkara yang sama kepada Abdul al-Rahman bin Auf..Abdul al-Rahman bin Auf pun terus mencari-cari Abu Jahal..

lalu Abdul al-Rahman bin Auf berkata kepada mereka berdua dan menunjuk ke arah seorang lelaki yang terkial-kial di tengah-tengah orang ramai itu, yang bermaksud : "Kamu tengok disana? Itu dia orang yang kamu tanyakan tadi"..

Belum sempat Abdul al-rahman bin Auf menghabiskan percakapannya, kedua-duannya sudah melompat menuju ke tempat Abu Jahal..Mereka merempuh barisan tentera kafir sambil menebas kiri dan kanan dengan pedang mereka..Akhirnya, mereka berjaya sampai kepada Abu Jahal dan memukul Abu Jahal dengan pedang mereka sehingga Abu Jahal jatuh...

Semua orang tidak menyangkakan tindakan kedua-dua pemuda tersebut..
 
Abu Jahal telah cedera parah namun masih lagi bernyawa..Auf bin Afra', iaitu salah seorang pemuda tersebut berada di tengah-tengah tentera bukan Islam dan telah di bunuh oleh Ikrimah iaitu anak Abu Jahal yang berada berhampiran dengan ayahnya..
 
Manakala, Muaz bin Afra' pula sempat berundur tetapi tangannya telah terpotong dan masih tergantung di badannya..
 
lalu berkata ia, yang bermaksud : "tangan ini menganggu pergerakan aku untuk melawan musuh, aku mesti putuskannya!"..
subhanallah..

Dia terus berperang dan akhirnya syahid dalam peperangan Badar...

subhanallah..alhamdulillah..Allahuakbar..

dik, cuba renungkan kisah yang abang ceritakan tadi..terutama kepada Mu'az bin Afra..dia tidak merungut dan tidak mengaduh sakit di ketika tangannya terpotong, bahkan dengan beraninya mencabut tangan tersebut bagi meneruskan perjuangan, dan akhirnya dia syahid..subhanallah..alhamdulillah..Allahuakbar..

maka, dik, begitu juga dengan diri adik, abang pun sama..Islam adalah sesuatu yang mahal, Iman juga adalah sesuatu yang mahal..kita kena berusaha, kita kena berjuang untuk mendapatkannya..

dan kita beruntung dik, kita sudah mendapatkannya..maka, kita kena pertahankannya..

ibarat emas..kita sudah mendapat emas, maka mesti ramai yang nak mencurinya, maka kita pertahankannya..

Islam dan Iman itu lebih WAJIB di pertahankan dik..kita nak kembali kepada Allah dalam keadaan muslim yang mukmin..insya Allah, amin.."

adikku mengangguk dalam keadaan kesedihan..

aku bertanya, "kenapa dik sedih ni?"

adikku menjawab, "hebat dua pemuda yang abang ceritakan tadi, mereka mempunyai Iman yang tinggi, kecintaannya kepada Islam dan Iman melebihi daripada kesakitan yang dirasai..subhanallah, hebatkan bang..mereka mendapat Iman dan Islam dalam keadaan susah di ketika itu, namun mereka pertahankannya dengan nyawa mereka sepenuhnya, subhanallah..dan adik pula, dah dapat, tetapi merungut pula..astaghfirullah"..

aku tersenyum, "dah lah dik, hal dah lepas, adik merungut tu yang dah lepas, sekarang, bangkit balik, hargai Iman dan Islam yang dikurniakan oleh Allah, pertahankannya dik, insya Allah, andai mati selepas ini, abang doakan adik mati dalam keadaan husnul khatimah iaitu mati dalam keadaan baik, amin"..

adikku menjawab, "amin"..



wallahua'lam..

20 October 2010

panggilan 'Sayyidina' kepada Sayyiduna Nabi Muhammad S.A.W..(T_T)



alhamdulillah..(T_T) rinduku kepada SAYYIDUNA Nabi Muhammad SAW..(T_T)

pada suatu pagi yang damai..
awam di langit berarak tanpa tanda hujan..
bunga berkembang di terangi cahaya matahari..
subhanallah, ni'mat dari Allah Tuhan Yang Maha Agung, Yang Maha Pengampun..

(T_T)

aku sedang duduk di halaman rumah, melihat keindahan pagi yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T..terdetik hatiku : "subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar"..

"assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh" tiba-tiba datang lafaz salam dari belakangku..aku segera menoleh ke belakang..

"waalaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh, adik rupanya" aku tersenyum melihat adikku yang kemudiannya duduk di sampingku..

adikku bertanya : "abang, leh adik tanya? maaf ganggu abang pagi-pagi ni"..

aku tersenyum dan mengosok kepalanya : "tidak, tak menganggu abang pun, abang duduk aje ni, apa dik?"

adikku bertanya : "abang, mengenai Nabi Muhammad S.A.W, apakah boleh kita menambah Sayyidina di hadapannya?"

aku tersenyum : "alhamdulillah..sebelum abang bagi tahu boleh atau tidak, abang nak tanya, adik tahu apa maksud Sayyidina?"

adikku mengeleng kepala..

aku tersenyum : "Sayyidi atau Sayyiduna atau Sayyidina adalah bermaksud 'penghuluku' atau 'penghulu kami' atau 'penghulu kita'..dan sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W adalah penghulu kepada seluruh alam..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) :

"dan Kami tidak utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekalian alam" (surah al-Anbiya' ayat 107)

dan..

Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) : 

"maka orang-orang yang beriman kepadanya (Nabi Muhammad S.A.W), mengagungkannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang diturunkan bersamanya (yakni al-Quran), mereka itulah orang-orang yang memperoleh keberuntungan" (surah al-A'raf ayat 157)

wallahua'lam..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

Allah yang memuji Sayyiduna Nabi Muhammad S.A.W di dalam al-Quran dengan memberi baginda S.A.W dengan gelaran "penghulu"..maka, mengapa kita sebagai makhluk mengatakan tidak boleh untuk memanggil Rasulullah S.A.W sebagai penghulu?

maka, dikku, Sayyiduna Rasulullah S.A.W adalah penghulu kepada seluruh alam, kepada seluruh manusia, seluruh hidupan..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

di antara cara memelihara adab kita kepada Sayyiduna Nabi Muhammad S.A.W adalah dengan menggandingkan namanya dengan sebutan yang mulia seperti Kekasih Allah, Nabi termulia atau penghulu yang agung..atau menggandingkan nama Sayyiduna Nabi Muhammad S.A.W dengan lafaz 'siyadah' (ketuanan) seperti Sayyidi atau Sayyiduna atau Sayyidina yang bermaksud 'penghuluku' atau 'penghulu kami' atau 'penghulu kita'..

maka, dibolehkan kita memanggil Sayyiduna Nabi Muhammad S.A.W dengan panggilan Sayyidina yang membawa maksud 'penghulu kita', bahkan ia adalah adab kita dalam memuliakan manusia yang agung, Sayyiduna Nabi Muhammad S.A.W...subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar"

adikku tersenyum dan mengangguk : "alhamdulillah, tapi abang, ada kawan adik kata, kalau benar begitu, kenapa di dalam azan tak disebut begitu iaitu untuk Nabi Muhammad S.A.W?"

aku tersenyum : "alhamdulillah..kalimah 'sayyiduna' pada adzan dan iqomah, mengikut apa yang abang tahu, tidak ada kalimah itu, kerana tiada dalil yang sahih yang menyatakan Sayyiduna Nabi Muhammad S.A.W ada mengajarkan para sahabatnya mengenai tata cara selawat kepada beliau S.A.W yang adanya kalimah 'sayyiduna'..

dan, amal ibadah adalah tauqifiyyah iaitu harus ada dalil untuk dilaksanakannya..tidak boleh seseorang menambah amal ibadah yang tiada dalilnya..

adapun lafaz 'Sayyiduna' selain tempat-tempat tadi seperti tasahud, adzan dan iqomah, tidak mengapa..

dari sebuah hadith yang sahih..

dari Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :


 أَنَا سَيِّدُ النَّاسِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

(yang bermaksud) : "aku adalah sayyidunnas (tuannya manusia) pada hari kiamat nanti (riwayat Imam Muslim)

maka..dibolehkan untuk menggadingkan kalimah 'sayyiduna' dengan Nabi Muhammad S.A.W..wallahua'lam"..

adikku tersenyum dan mengangguk : "alhamdulillah, terima kasih abang"..
wallahua'lam...

"aku mencintaimu wahai Sayyiduna Nabi Muhammad S.A.W"

17 October 2010

pengalaman dan kenangan yang indah dan amat indah..(T_T)


alhamdulillah..

pengalaman dan kenangan indah..
pembakar untuk terus istiqomah dalam mencari ilmu Iman dan Islam..
mempelajari ilmu Iman dan Islam, mengamali ilmu Iman dan Islam..amin..

tarikh 8 Zulkaedah 1431H / 16 Oktober 2010M akan diingati..tempat Masjid Shah Alam akan diingati..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..syukri fillah..(T_T)

pengalaman dan kenangan indah yang amat indah..(T_T)

teringat kisahku kepada seorang lelaki yang meminta Rasulullah S.A.W membuka bajunya dan kemudian dipeluknya tubuh Rasulullah S.A.W..subhanallah..insya Allah, tubuh dan jasad lelaki itu ti...dak diazab oleh api neraka Allah, amin..

alhamdulillah, Allah menganugerahkan kepada aku untuk bertemu dengan al-Habib Umar, walaupun tidak bertemu dengan Rasulullah S.A.W, namun aku bisa melihat keturunannya, mencium tangan keturunannya, memeluk keturunannya, mencium leher dan pipi keturunannya..astaghfirullah..(T_T)

"ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu, aku begitu rindu kepada Rasulullah S.A.W, sehinggakan aku merasakan aku telah bersama Rasulullah S.A.W walaupun dengan melihat, mencium tangan, memeluk, mencium leher dan pipi al-Habib Umar, seorang Habib dari keturunan Rasulullah S.A.W melalui Sayyidina Hussin.."
 
..subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..

astaghfirullah..(T_T)

daripada al-Habib Umar..seorang Imam yang mempunyai Basiroh..(T_T)


al-'Allamah as-Sayyid al-Habib Umar ibn Hafiz



daripada al-Habib Umar (yang bermaksud) : "pada suatu ketika, seorang lelaki telah bersama dengan Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad di suatu tempat..lelaki itu mahu minum segelas air, namun belum sempat dia minum air tersebut, dia telah ditahan oleh Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad.."

al-Habib Umar menyambung (yang bermaksud) : "lalu berkata Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad (yang bermaksud) : "Jangan kau minum air itu kerana ada lalat di dalamnya"..lelaki itu terkejut kerana Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad adalah buta pada matanya..maka, mana mungkin di sudut fikirannya, bahawa Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad mengetahuinya"..

al-Habib Umar meneruskan (yang bermaksud) : "namun..lelaki itu mengakui bahawa Imam Abdullah bin Alawi al-Haddah buta pada mata zahirnya, namun pada mata hatinya, ia cerah, ia celik, bahkan lebih celik dari mata zahir manusia yang biasa"..subhanallah..

al-Habib Umar menceritakan keadaan Imam Abdullah bin Alawi al-Haddah tentang keadaan buta zahirnya (yang bermaksud) : "ketika Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad berusia 4 tahun, beliau terkena penyakit cacar air (chicken pock)..demikian hebat penyakit itu hingga butalah kedua matanya..Namun, musibah ini sama sekali tidak mengurangi kegigihannya dalam menuntut ilmu..beliau berhasil menghafal al-Quran dan menguasai berbagai ilmu agama ketika beliau masih kanak-kanak..rupanya Allah telah menggantikan penglihatan zahirnya dengan penglihatan batinya, sehingga kemampuan menghafal dan daya pemahamannya sangat mengagumkan..inilah Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad yang mempunyai basiroh (mata hati) yang tajam, yang celik, yang cerah"..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T_T)

Rasulullah S.A.W telah bersabda (yang bermaksud) : 

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan perawakan kalian, tetapi Dia melihat kepada hati dan niat kalian."(Riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah dan selain mereka daripada Sayyidina abu Hurairah R.A)

dan..

Dalam sebuah hadith, Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) :

"Ketahuilah, bahawa dalam jasad (tubuh) itu ada segumpal daging. Jika ia baik maka baik pula seluruh jasad itu, dan seandainya ia rosak maka rosak pula seluruh jasad itu. Ketauhilah, bahawa segumpal daging itu adalah hati." (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

Kerana itu kita wajib memperhatikan hati, serta tumpukanlah segala perhatian untuk memperbaiki dan meluruskannya sebab hati itu cepat berbolak-balik dan selalu berubah-ubah..(T_T)

sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W (yang bermaksud): 

"Sesungguhnya hati itu lebih cepat bolak-baliknya dari air yang sedang mendidih di dalam periuk."

dan..

Rasulullah S.A.W sering berdoa :

يَامُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلى دِيْنِكَ

(yang bermaksud) : "Wahai Dzat yang membolak-balikan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu."(Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmidzi dan lainnya)

astaghfirullah..(T_T)

"ya Allah, sesungguhnya mata zahirku yang Engkau anugerahkan ini tersangat banyak dosanya, tersangat banyak maksiatnya, astaghfirullah, ya Allah, ampunkanlah diriku yang teramat jahil dan teramat hina ini ya Allah, kurniakanlah basiroh kepadaku ya Allah, kurniakanlah ketetapan hatiku kepada-Mu ya Allah, agar aku sentiasa menyintai-Mu, agar aku sentiasa beriman kepada-Mu, dan sesungguhnya segalanya adalah milik-Mu Allah Tuhan Yang Maha Kuasa"..

(T_T)

15 October 2010

daripada al-Habib Umar..kisah yang menyedarkan aku yang jahil..(T_T)

  
al-'Allamah as-Sayyid al-Habib Umar ibn Hafiz



Daripada al-Habib Umar (yang bermaksud) : "telah datang seorang lelaki kepada Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad, di mana ketiga-tiga jari lelaki itu seakan-akan terbakar akibat menulis sesuatu yang dimurkai Allah S.W.T..namun selepas beberapa ketika mengikuti Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad, lelaki itu telah berkata : "tiada faedah pun aku bertemu dengannya (Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad)"

al-Habib Umar menyambung kisahnya (yang bermaksud) : "kemudian, lelaki itu telah termimpi, di mana di dalam mimpi itu, dia telah kembali kepada Allah S.W.T, dia dimasukkan ke dalam kubur..kemudian dia telah didatangi dua Malaikat yang seakan-akan mahu menghetamnya, mahu menengkingnya.."

al-Habib Umar meneruskan kisahnya (yang bermaksud) : "lalu dirinya berkata diketika itu : "apa akan jadi pada aku nanti?? aku akan dihentam teruk ni, aduh, seksanya"..namun, belum sempat dua malaikat itu berbuat apa-apa kepada dia, Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad telah datang di dalam mimpinya, lalu berkata kepada dua malaikat itu : "jangan engkau apa-apakan dia, sesungguhnya dia telah bertaubat kepada Allah, dia telah berada di dalam majlis ilmuku"..lalu, selamatlah dia dari dua malaikat itu, dan diketika itu juga, dia tersedar dari mimpinya.. "

al-Habib Umar meneruskan kisahnya (yang bermaksud) : "apabila tersedar dari mimpinya, lalu lelaki itu berkata : "rupa-rupanya ada faedah aku bertemu dan bersama dengan Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad"..kemudian, dia telah menghadiri majlis ilmu Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad.."

al-Habib Umar meneruskan kisahnya (yang bermaksud) : "selesai sahaja majlis Ilmu Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad, Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad akan bersalaman dengan ahli majlisnya, dan apabila tiba pada lelaki itu, dia lalu bersalam dan berkata kepada lelaki itu : "sesungguhnya mimpimu itu adalah benar"..terkejut lelaki itu, dan bermula pada hari itu, dia bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan menghadiri majlis ilmu Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad"

astaghfirullah..(T_T) bagaimanakah aku yang jahil ini? 

"ya Allah, tempatkanlah aku di dalam golongan yang sentiasa menuntut ilmu Iman dan Islam, terutama golongan para ulama' Ahlus Sunnah Wal Jamaah"..amin..

Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) : "Barangsiapa yang mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka dia berada di dalam Syurga Allah kelak satu darjat dengan para nabi"

subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..(T_T)

maka, hargailah para Imam, para ulama' Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang masih ada di hadapan kita, insya Allah, adanya barakah dan rahmat dari Allah di situ, amin ya rabbil alamin..(T_T)

13 October 2010

hati yang resah, tidak tenang..astaghfirullah..(T_T)

"hatiku tidak tenang!!"...

"hatiku resah"...(T_T) astaghfirullah..

bagaimanakah hendak tenangkan hati? hanya satu sahaja caranya iaitu berusahalah mencari Ilmu Iman dan Islam, pelajarilah ia, dan amalilah ia..

Nabi Muhammad S.A.W bersabda (yang bermaksud) :

"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap Muslim, baik laki-kali mahupun perempuan." (Riwayat Ibn Abdulbari)..wallahua'lam..

sesungguhnya orang yang berilmu Iman dan Islam sahaja yang akan mengenali agamanya, mengenali dirinya, mengenali tuhannya..masya Allah..

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

"Hanya sanya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang berilmu." (surah Al-Faatir ayat 28)..wallahua'lam..

dan..

kata seorang sahabat Rasulullah S.A.W, Yahya bin Muaz Al-Razi (yang bermaksud) :

"Barangsiapa mengenal dirinya maka sesungguhnya mengenal ia akan Tuhannya"...wallahua'lam..

masya Allah..astaghfirullah..(T_T)

apakah aku sudah berilmu?

andai aku tidak berilmu, bagaimanakah aku?

andai aku tidak mengenali diriku, bagaimanakah agamaku? perlukah aku beragama?

andai aku tidak beragama, bagaimanakah aku mengenali tuhanku?

astaghfirullah..jauhnya aku dari-Mu ya Allah..(T_T) maka, hatiku sentiasa tidak akan tenang..astaghfirullah..wal iyya dzubillah..

maka, berusahalah mencari ilmu Iman dan Islam kerana dengan ilmu itulah kita akan menjadi tenang kerana mengenali Allah S.W.T iaitu dengan keizinan Allah S.W.T. (biiznillah)...(T_T)

15 Oktober 2010M : Di antara menghadiri Majlis Ilmu al-Habib Umar dan Konsert Maher Zain..(T_T)


subhanallah...alhamdulillah..Allahuakbar..(T_T) astaghfirullah..

sesungguh di antara 2 majlis itu, konsert maher zain adalah berada di hukum harus dan makhruh..maka hal itu di anggap sia-sia di sisi ulama' kerana makhruh dan harus tidak membawa ke arah pahala..

ada pun Majlis Ilmu Habib Umar adalah berada di hukum sunat dan wajib..apabila di katakan sunat dan wajib, maka jelaslah akan mendapat pahala, insya Allah..

ada pun perbezaan kedua adalah, majlis ilmu, malaikat akan ada bersama, amin, wallahua'lam..manakala konsert hiburan, muzik, malaikat akan menjauhi, astaghfirullah, wal iyya dzubillah..

wallahua'lam..

ingatlah kita semua..

malaikat izrail sentiasa mengunjungi kita, majoriti ulama' mengatakan 70 kali kunjungan malaikat izrail di sisi kita, astaghfirullah..(T_T)

cuba bayangkan, kalau kita mati ketika berada di konsert maher zain, di manakah kita di sisi Allah S.W.T selepas itu? bagaimanakah kematian kita? astaghfirullah..

dan..

kalau kita mati ketika berada di dalam majlis ilmu, di kelilingi para ustaz, para ilmuan Iman dan Islam, para ulama', masya Allah, sedikit sebanyak tempias nur Iman dan Islam akan mengena kita, insya Allah, kita akan mulia di sisi Allah S.W.T, amin..


amin..wallahua'lam..

alhamdulillah..(^_^)

semoga Allah memberi kecelikan hati dan minda kepada seluruh umat Islam untuk menilai yang manakah batil dan manakah benar..amin..
 




Kenali al-'Allamah as-Sayyid al-Habib Umar ibn Hafiz..(^_^)



siapakah al-'Allamah as-Sayyid al-Habib Umar ibn Hafiz?

al-Habib ‘Umar
Muhammad
Salim
Hafiz
Abd-Allah
Abi Bakr
‘Aidarous
al-Husain
al-Shaikh Abi Bakr
Salim
‘Abd-Allah
‘Abd-al-Rahman
‘Abd-Allah
Al-Shaikh ‘Abd-al-Rahman al-Saqqaf
Muhammad Maula al-Daweela
‘Ali
‘Alawi
al-Faqih al-Muqaddam Muhammad
‘Ali
Muhammad Sahib al-Mirbat
‘Ali Khali’ Qasam
‘Alawi
Muhammad
‘Alawi
‘Ubaidillah
al-Imam al-Muhajir to Allah Ahmad
‘Isa
Muhammad
‘Ali al-‘Uraidu
Ja’far al-Sadiq
Muhammad al-Baqir
‘Ali Zain al-‘Abidin
Hussain
Ali

dan..

Sayyidina Ali adalah suami kepada Sayyidatina Fatimah az-Zahra, anak kepada Rasulullah S.A.W..
alhamdulillah..wallahua'lam..
al-Habib Umar mempunyai keturunan yang mulia iaitu dari keturunan Rasulullah S.A.W melalui Sayyidina Ali dan Sayyidatina Fatimah..subhanallah..wallahua'lam..

maka..jom kita "pakat" ramai-ramai "menyambut" kedatangan beliau pada 15 Oktober 2010 di Masjid al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur..
adab anak murid adalah berusaha mencari guru..tetapi kini guru sudah ada di hadapan mata, apakah anak murid tidak menghargai usaha guru?

astaghfirullah.."ya Allah, tempatkanlah aku di dalam golongan para ulama' Ahlus Sunnah Wal Jamaah"..amin..

JADUAL KEDATANGAN GURU MULIA HABIB UMAR BIN HAFIDZ DI MALAYSIA 2010


Program Da’wah dan Ilmiah Guru Mulia al-Allamah al-Habib Umar Ben Hafidz al-Hadrami ke Malaysia / Zulkaedah 1431H

Bersempena acara Haul Imam Abdullah al-Haddad :

15 Oktober 2010 = Masjid Al-Bukhari Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur / 1730 PM

16 Oktober 2010 = Masjid Negeri Shah Alam / 1700 PM

17 Oktober 2010 = Masjid Al-Falah USJ 9, Subang Jaya Selangor / 1730 PM
Pemberitahuan – Majlis-majlis Haul Imam al-Haddad

Siri Majlis-Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad sedang di selaraskan di beberapa bandar di sekitar Malaysia selain dari di Lembah Kelang mulai 09 Oktober 2010 hingga 24 Oktober 2010
tetamu terulung dari golongan ulama' antarabangsa terdiri dari al-Allaamah al-Habib Zein bin Ibrahim bin Semait dari Madinah, al-Allaamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz dari Yaman dan al-Habib Abdullah Attas al-Habshi dari Makkah. 
Selain mereka, beberapa lagi ulama' dari Malaysia dan rantau ini akan sampaikan kata-kata hikmah, sebahagiannya dari kalam Imam al-Haddad berkaitan dengan tajuk tema tahun ini iaitu 'YAKIN' dengan selingan ghasidah dan nasyid masyhur dari ratusan syaír nukilan al-Imam.

Tarikh :

09 Oktober 2010
Musalla Imam Asy-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis

12 Oktober 2010
Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
Masjid Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan

13 Oktober 2010
Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah
Masjid Sultan Ahmad, Kemaman, Terengganu

14 Oktober 2010
Masjid Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah
Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang
15 Oktober 2010
Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur

16 Oktober 2010
Masjid Negeri Selangor D.E., Shah Alam, Selangor

17 Oktober 2010
Masjid Al-Falah, USJ 9, Selangor
18 Oktober 2010
Masjid Jame’, Bandar Maran, Pahang
Masjid Sultan Iskandar, Batu Pahat, Johor

19 Oktober 2010

Masjid Jame’, Bandar Mersing, Johor
Masjid Al-Adzhim, Bandar Melaka, Melaka

20 Oktober 2010
Masjid Jame’ Kampung Melayu Majidi, Johor Baru, Johor
Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor

21 Oktober 2010
Yayasan Assofa, Rembau, Negeri Sembilan
Masjid Layang-Layang, WP Labuan 
22 Oktober 2010
Masjid Wan Alwi, Kuching, Sarawak
Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak

23 Oktober 2010
Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur

24 Oktober 2010
Masjid Habib Abdulrahman, Tawau, Sabah
Madrasah Darul Faqih, Jalan Gelang Cincin, Segamat, Johor

**sebarang perubahan tarikh, waktu, insya Allah akan segera dimaklumkan..andai terlewat, mohon maaf..

Bedtime Story ; Muhasabah Hati (kisah Pengemis Yahudi yang buta)..(T_T)



alhamdulillah..(^_^)

pada suatu malam yang indah, cahaya bulan bersinar di celahan awam..

"ayah, ceritalah kisah apa-apa pun ayah, nak tidur ni" kata anakku yang sedang berbaring di katilnya..aku tersenyum..

"baiklah, malam ni ayah ceritakan suatu kisah yang baik untuk kita muhasabah diri, nak dengar" kataku pada anakku..

anakku tersenyum riang : "nak, nak.."

aku tersenyum dengan gelagatnya : "baiklah..

Di Kota Madinah di zaman Rasulullah S.A.W, terdapat seorang pengemis Yahudi yang buta..dia ni selalu memfitnah Rasulullah S.A.W..dia menghina Rasulullah S.A.W dengan pelbagai lafaz yang negatif, astaghfirullah..wal iyya dzubillah..

Dia juga meminta orang ramai yang mendengar fitnahnya itu supaya membenci Rasulullah S.A.W dan memulaukannya..

namun, hal ini diketahui oleh Rasulullah S.A.W..anakku, cuba teka, apa yang Rasulullah S.A.W buat?"

anakku menjawab : "erm...kalau adik, adik mesti marah kat pengemis tu, fitnah orang pulak, Rasulullah mesti marah juga kan ayah?"

aku tersenyum dan mengeleng : "tidak anakku, Rasulullah S.A.W tidak marah, bahkan Rasulullah S.A.W sentiasa mengunjunginya dan membawa bersamanya makanan..

Rasulullah S.A.W bukan sahaja tidak marah, bukan sahaja membawa makanan sahaja, tetapi Rasulullah S.A.W menyuapkan makanan itu kepada pengemis tersebut tanpa bersuara..dalam kebanyakan riwayat..

dan, pengemis itu tidak mengetahui pun bahawa yang menyuapkan makanan itu adalah Rasulullah S.A.W, dan pengemis itu terus-terusan menghina dan mengfitnah Rasulullah S.A.W, namun Rasulullah S.A.W tetap menyuapkan makanan dengan lembut, sopan, mesra, dan seumpamanya, tanpa sedikit pun layanan kasar dari Rasulullah S.A.W..subhanallah..mulianya Rasulullah S.A.W..kan anakku?"

anakku mengangguk : "mulianya Rasulullah S.A.W, kalau adik, pasti adik marah, erm...akhirnya macam mana ayah? pengemis tu tak tahu sampai bila-bila ke yang Rasulullah menyuapkan makanan ke mulutnya?"

aku tersenyum dengan bicara anakku yang semakin minat mendengar dan mengetahui kisah tersebut..

balasku : "tidak anakku, pengemis tu tahu tetapi selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, ayah sambung kisahnya ya?"..

anakku mengangguk..

aku menyambung : "maka, hal itu berterusanlah, Rasulullah S.A.W membawa makanan, dan menyuap makanan tersebut kepada pengemis itu, dan pada masa yang sama  mendengar fitnah dan penghinaan yang diberikan oleh pengemis tersebut kepada dirinya..namun anakku, setiap manusia itu pasti akan kembali kepada Allah S.W.T,  maka Rasulullah S.A.W pun wafat, maka tiada lagi orang yang membawa makanan kepadanya.."

anakku berkerut : "tadi, ayah kata pengemis itu tahu selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, habis tu, macam mana pengemis boleh tahu sedangkan tiada lagi orang yang membawa makanan kepadanya?"

aku tersenyum : "sayang, ada sambungan lagi, sabar ya, ayah cerita perlahan-lahan, biar ia dijadikan pedoman kepada hati, biar ia meresap ke jiwa kita, insya Allah.."

anakku mengangguk..

aku tersenyum dan mengusap kepalanya..

"anakku, sambungannya adalah..pada suatu hari, Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq yang mengantikan tempat Rasulullah S.A.W selepas wafatnya telah datang kepada seorang isteri Rasulullah S.A.W yang juga anaknya, teka siapa dia?"

anakku terus menjawab : "tahu, tahu..Sayyidatina Aisyah kan ayah?"

aku tersenyum : "pandai anak ayah..Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq telah bertanya pada anaknya, Sayyidatina Aisyah al-Humaira, yang bermaksud : "apakah amalan Rasulullah S.A.W yang belum pernah ayahanda lakukan?"..lalu jawablah Sayyidatina Aisyah al-Humaira, yang bermaksud : "semua perkara telah ayahanda lakukan kecuali satu sahaja iaitu setiap pagi, Rasulullah S.A.W pergi ke hujung pasar dengan membawa makanan untuk pengemis yahudi buta disana"

lalu, Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq terus menuju ke pasar tersebut bersama makanan..sampai di sana, Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq terus sahaja membuka makanan yang dibawa itu dan menyuapkan makanan tersebut kepada pengemis yahudi yang buta itu..lalu marah pengemis itu sambil berteriak : "siapakah kamu? kamu bukan orang biasa yang menyuapkan makanan kepadaku, dia selalu menghaluskan makanan terlebih dahulu sebelum menyuapkan makanan ke mulutku"..ketika itu, Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq tidak dapat menahan air matanya sambil berkata : "aku memang bukan orang yang biasa datang kepadamu..orang yang mulia itu sudah tiada..orang itu ialah Muhammad Rasulullah S.A.W"

Pengemis itu terkejut dan terus menangis, lalu berkata ia : "benarkah demikian? selama ini aku sering mencacinya dan memfitnahnya..tetapi dia tidak pernah memarahiku..bahkan dia melayanku seolah-olah bapa kandungnya"

akhirnya, pengemis itu memeluk Islam di hadapan Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq..

subhanallah, mulianya Rasulullah S.A.W..orang memberi api kepadanya, tetapi dia membalas dengan air..subhanallah.."

anakku mengangguk : "mulianya Rasulullah S.A.W, hebatnya dia, kan ayah.."

anakku menyambung : "apa maksud ayat terakhir ayah tu, orang memberi api kepadanya, tetapi dia membalas dengan air?"

aku tersenyum : "maksudnya, marahkan seperti api, sabarkan seperti air..walaupun pengemis itu marahkannya iaitu Rasulullah S.A.W, tetapi Rasulullah S.A.W bersabar dan berlembut kepada pengemis itu..subhanallah"

anakku mengangguk..

aku tersenyum : "time to sleep..dah lah tu, tidur ya, esok nak bangun solah fardhu subuh pula, jangan lupa, baca doa tidur dan lafazkan kalimah syahadah dan tidur ya"

anakku mengangguk..aku terus menyelimutkannya..wallahua'lam..

~ Muhasabah ~