06 January 2011

Renung dan Fikirkannya --> Movie : Season Of The Witch


assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Tahun 2011 bermula dengan Januari..
majoriti manusia masih gembira meraikan tahun baru ini..
persoalannya apakah ia "diraikan" secara Islami..
atau diraikan dengan adat budaya yahudi nasrani..

wallahua'lam..

Pada 6 Januari 2011M yakni hari ini, ambo telah terusik untuk "merenung" suatu "kisah" atau "movie" baru di pawangan..

Secara kebetulannya, "kisah" itu mula disiarkan di pawangan di Malaysia pada hari ini (6 Januari 2011M)..

wallahua'lam..

Apa yang ambo ingin kongsikan adalah "jalan ceritanya" yang sangat "menarik"..

wallahua'lam..

adegan pertama :

Kisah itu bermula di suatu penempatan..seorang Paderi sedang menjalankan hukuman ke atas 3 wanita yang "dikenalpasti" sebagai ahli sihir, namun tanda dan bukti adalah kurang jelas untuk menunjukkan mereka sebagai ahli sihir..

maka, berdasarkan "pengetahuan" paderi tersebut, seseorang yang dikatakan ahli sihir apabila dibunuh ia, ia tidak akan mati..

maka, Paderi ini telah melaksanakan hukuman gantung kepada 3 wanita itu, dan 2 darinya telah mati dan 1 lagi tidak mati..wanita yang tidak mati itu adalah ahli sihir yang mana mempunyai "syaitan" di dalam tubuhnya..

adegan kedua :

Suatu pertempuran atau peperangan telah berlaku di suatu kawasan, di mana salah satu pihaknya adalah tentera kristian..

Secara ringkasnya, adengan kedua itu dipaparkan kemenangan tentera kristian dari satu medan ke satu medan yang lain..

Di dalam tentera Kristian itu, terdapatnya 2 tentera yang digelar "knight" atau sateria yang gagah dan bijaksana, mereka berdua dapat berlawan dengan puluhan dan ratusan tentera musuh..

dan, diringkaskan lagi, peperangan demi peperangan itu akhirnya tiba di suatu kota, di mana tentera kristian akhirnya dapat menawannya..

namun, 2 sateria itu tadi terkejut apabila mereka memasuki kota itu, mereka telah membunuh kanak-kanak dan wanita..

pada hal, pada mulanya, paderi yang mengetuai tentera kristian telah berkata seperti "kita berjuang demi tuhan, untuk mengangkat agama kita yang suci", namun akhirnya mereka terasa seperti tertipu..

dan, mereka berdua meninggalkan tentera kristian itu, dan berlalu pergi dari kota itu..

adegan ketiga :

dua sateria itu tadi telah menjadi pengembara, mereka mengembara dari satu kawasan ke suatu kawasan..dan akhirnya mereka tiba di sebuah rumah..

Mereka lalu masuk ke rumah itu untuk mendapatkan makanan dan tempat berehat..

namun, alangkah terkejutnya mereka berdua kerana penghuni rumah itu telah mati di atas katilnya dengan keadaan wajah yang seperti terkena penyakit..

mereka berdua lalu meninggalkan kawasan itu bersama kuda yang diperolehi di kawasan rumah itu..

adegan keempat :

Mereka berdua kemudiannya tiba di sebuah kota..

Di kota ini, mereka masuk dalam keadaan menutup wajah kerana risau tentera di sana menyedari siapakah mereka berdua..

Di kota itu, mereka cuba mendapatkan kuda yang sebenarnya bagi memudahkan perjalanan kerana kuda tadi adalah kuda ternakan..

namun, malangnya, kehadiran mereka telah disedari oleh tentera di sana, mereka lalu ditangkap dan dibawa untuk dipenjara..

wallahua'lam..andai mahu diceritakan semua, rasanya tidak dapat untuk mengukirnya..

namun, sahabat dan rakan sekalian boleh merujuk disini secara "trailer" :


apa yang ambo mahu kongsikan dan simpulkan di sini adalah..

Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) :

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehingga engkau mengikut cara hidup mereka"

(surah al-Baqarah ayat 120)

setiap "kisah" yang dipaparkan, yang ditayangkan, lihatlah dan hayatilah dengan Ilmu Iman dan Islam, serta amalnya..

perkongsian pertama :

adengan pertempuran yang berlaku di antara dua pihak itu adalah salah satunya tentera kristian, dan satu lagi, tenteranya kurang jelas..

lambang "salib" dan bendera "salib" ditayangkan hampir setiap masa di dalam kisah itu..

tentera satu lagi kelihatannya memakai serban dan berpakaian seperti tentera Islam..

andai ada yang kata : "eh, tak lah, itu tentera arab"..maka, pandangan ambo adalah "di dalam banyak-banyak tentera di dunia ini, kenapa memilih untuk mengambil pakaian dan perwatakan seperti tentera Islam?"

wallahua'lam..

dan, seperti yang diberitahu, pertempuran yang ditayangkan di dalam kisah itu, dari satu medan ke satu medan, kemenangan adalah milik tentera kristian..

dan, yang paling "menarik", tentera kristian itu diketuai oleh seorang paderi yang sentiasa memberi "kata-kata perangsang" seperti "kita berjuang demi tuhan kita dan anaknya Jesus Crist", "kita membela agama suci kita"..dan seumpamanya..

perkongsian kedua :

andai boleh ambo umpamakan..

salah satu di antara dua sateria itu adalah "hero" kisah itu, iaitu "knight bremen" yang dilakonkan oleh Nicolas cage..

dimana, sateria "hero" ini seperti "nabi Isa" atau "Imam Mahdi"..
wanita yang ada "syaitan" seperti dajjal atau yakjuj makjuk..

di dalam kisah itu, secara jelasnya ingin menunjukkan, bahawa di dalam al-Quran nanti, akan hadir Nabi Isa A.S dan Imam Mahdi untuk memimpin seluruh umat Islam di dalam memerangi setiap musuh Islam..

namun, di dalam kisah itu, mereka seolah-olah menukar..

kitab "bible" diagungkan sehingga menjadi "senjata" di dalam memenangi pertempuran dengan wanita yang ada "syaitan" pada tubuhnya..

akhirnya, sateria itu berjaya membunuh syaitan itu dengan "ayat-ayat" dari kitab "bible" itu..

sungguh "luar biasa" kisahnya..dan bertambah "menarik", ia ditayangkan di Malaysia yang merupakan "majoritinya umat Islam"..dan mungkin majoriti itu hanya di sudut keturunan..

dan..

kesimpulannya..Kristian dan Yahudi semakin "memperkasakan" taktik dan serangan mereka ke atas umat Islam..dan ketahuilah hanya Iman sahaja yang dapat menumpaskannya..

dan, renungkanlah pada suatu kisah diketika Sepanyol hendak ditakluki kembalo oleh Kristian dari tangan umat Islam, berbagai strategi diatur dengan begitu rapi..dan, pemimpin mereka berpesan (yang bermaksud) :

"Jika kamu melihat mata umat Islam itu cerah (tiada tanda kurangnya tidur), waktu itu seranglah mereka. Selagi kamu melihat mereka beramal ibadah pada waktu malam, kamu tidak akan dapat menumpaskan mereka"

wallahua'lam..

maka, kembalilah kepada beriman kepada Allah S.W.T, kembalilah beramal ibadah kepada Allah S.W.T dengan istiqomah, binalah kekuatan rohani, binalah kekuatan jasmani, insya Allah..

"Islam akan tertegak setelah Islam tertegak di dalam tubuh setiap muslimin dan muslimat"

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!


No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~