01 October 2011

Kecintaanku pada al-Sayyid al-Imam al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad..


alhamdulillah, syukurku pada Allah Subhanahu wa Ta'ala diatas kurniaan-Nya, sama ada yang ku sedarinya, atau tidak kusedarinya, Subhanallahi wabihamdih..
 
alhamdulillah, diketika ini sedang berlangsungnya banyak sekali Majlis Haul iaitu Majlis memperingati seorang hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala yang mulia, sama ada di bumi Malaysia, di bumi Indonesia, dan lain-lainnya, majoriti umat Islam kini sedang meraikannya..

maka, disini, izinkan al-Faqir ambo yang hina ini untuk menceritakan sedikit mengenai hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala yang mulia ini..

namun, berat hati mengatakan al-Faqir ambo yang hina ini bukanlah selayak orangnya untuk menceritakannya, tetapi berilah keizinan kepada al-faqir ambo yang hina ini untuk menterjemahkan perasaan cinta ini kepada beliau di ruang maya ini..insya Allah, semoga Allah mengampuni dosaku ya Allah, amin..

ku mulai bicaraku disini dengan menceritakan tentang siapakah hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala yang mulia ini..


al-Sayyid al-Imam al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad telah dilahirkan pada malam Isnin, iaitu 5 Safar 1044H (atau bersamaan 30 Julai 1634M), iaitu pada kebanyakan riwayat, insya Allah..wallahua'lam..

Beliau telah dilahirkan disebuah perkampungan yang bersama Subair yang terletak berhampiran dengan kota Tarim di Wadi Hadramaut, iaitu di Selatan Yaman..alhamdulillah, subhanallahi wabihamdih, wallahua'lam..

Beliau membesar didalam lingkungan keluarganya yang terkenal dengan kesolehan, yang mana ayahnya adalah al-Habib Alawi bin Muhammad al-Haddad adalah seorang yang soleh dari keturunan orang-orang yang soleh..

disini, al-faqir ambo yang hina ingin menceritakan sedikit perihal keluarga sang Imam yang mulia ini, iaitu keluarganya al-Imam al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad..

Dimasa mudanya, iaitu masa mudanya ayahnya, al-Habib Alawi bin Muhammad al-Haddad, beliau telah pergi menziarahi kediaman al-Habib Ahmad bin Muhammad al-Habsyi Shahibusy Syi'ib (seorang yang soleh) untuk meminta doa..

al-Habib Ahmad bin Muhammad al-Habsyi lalu berkata kepadanya, "anak-anakmu adalah anak-anakku juga, mereka diberkahi Allah Subhanahu wa Ta'ala"..

Pada ketika dilafazkan ayat doa itu dari al-Habib Ahmad bin Muhammad al-Habsyi, al-Habib Alawi bin Muhammad tidak mengerti akan maksudnya..

Namun dengan takdir dan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala, dengan rahmat-Nya dan kasih sayang-Nya, al-Habib Alawi bin Muhammad al-Haddad telah menikahi al-Hababah Salma binti Idrus bin Ahmad al-Habsyi, iaitu cucunya al-Habib Ahmad bin Muhammad al-Habsyi, barulah beliau sedari akan makna doa al-Habib Ahmad bin Muhammad al-Habsyi..

sebagaimana al-Habib Alawi bin Muhammad al-Haddad adalah seorang yang soleh dari keturunan orang-orang yang soleh, maka begitu juga al-Hababah Salma binti Idrus bin Ahmad al-Habsyi adalah seorang wanita yang solehah dari keturuna orang-orang yang soleh..

dan, subhanallahi wabihamdih, pernikahan seorang lelaki yang soleh ini dan seorang wanita yang solehah ini, telah melahirkan putera dan puteri yang baik, yang soleh, yang solehah, dan diantaranya adalah al-Imam al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad, subhanallahi wabihamdih..

dari acuan yang soleh dan solehah, maka lahirkan anak-anak yang soleh dan solehah, subhanallahi wabihamdih..

dan, kemudiannya, si Imam yang kucintai ini, al-Sayyid al-Imam al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad mempelajari pelbagai ilmu dari ayahandanya sendiri, al-Habib Alawi bin Muhammad al-Haddad dan ibundannya sendiri, al-Hababah Salma binti Idrus bin Ahmad al-Habsyi..

Subhanallahi wabihamdih..

Di rumah sendiri adalah merupakan tempat asas pendidikan bagi zahir dan batin bagi seseorang itu, dari sanalah terbinanya seorang pemuda yang soleh atau seorang wanita yang solehah atau kedua-duanya, amin..

seandainya didikan itu bermula dari rumah sendiri, maka beruntunglah mereka yang memperolehinya, subhanallahi wabihamdih..

seandainya tidak bermula dari rumah sendiri, maka sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala Tuhan Yang Maha Bijaksana, pasti ada yang lebih baik untuknya yang Allah Subhanahu wa Ta'ala sediakan untuknya, amin..Subhanallahi wabihamdih..

alhamdulillah, ku sambung kembali bicaraku tentang si Imam yang kucintai ini..

telah diceritakan oleh para guru yang mulia, bahawa ketika mana al-Sayyid al-Imam al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad berumur 4 tahun, beliau telah terkena suatu penyakit yang akhirnya telah menyebabkan kedua-dua matanya menjadi buta, sedih terasa hati ini mendengarnya..(T__T)

namun, amat luar biasa sekali kejadiaannya, walaupun kedua-dua matanya yang zahir itu buta, tetapi Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mengurniakan sesuatu yang lebih baik darinya iaitu "celiknya mata hatinya", iaitu basiroh..Subhanallahi wabihamdih..

Sewaktu kecilnya lagi, beliau tidak menghabiskan waktunya dengan bermain seperti mana kanak-kanak yang sebaya dengannya, sebaliknya, beliau begitu tekun, tabah, dan gigih di dalam mempelajari ilmu dan amal agama Islam, menghafal ayat-ayat yang mulia dari kitab mulia, Al-Qur'an, melakukan amal ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, subhanallahi wabihamdih..

apabila Allah memuliakan hamba-Nya, maka berbahagialah hamba itu kerana telah mendapat "syurga dunia", subhanallahi wabihamdih..

Beliau sangat bersungguh-sungguh di dalam melakukan amal ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dari usianya masih kanak-kanak lagi, Subhanallahi wabihamdih..

Beliau telah mengunjungi seluruh masjid di Kota Tarim, Hadramaut, Yaman untuk beramal ibadah, subhanallahi wabihamdih..

Beliau sentiasa berjaga malam untuk beramal ibadah, Subhanallahi wabihamdih..Hampir 40 tahun beliau bersolah subuh dengan wudhu' solah fardhu Isya', subhanallahi wabihamdih..

Beliau banyak berzikir dan membaca al-Quran, dan biji tasbihnya yang dilakukan untuk berzikir adalah berjumlah 1000 biji, subhanallahi wabihamdih..

Sungguh hebat sekali ibadah si Imam yang ku cintai ini, begitulah yang dapatku kongsikan, sedangkan masih banyak ibadah yang lain yang mana tidak dapat ku kongsikan kerana kefaqiranku, astaghfirullah..

Akhlaknya si Imam yang mulia ini, al-Sayyid al-Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad adalah mencontohi akhlak datuknya, Sayyiduna Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam, sama ada perkataannya, atau perbuatannya..


Beliau terkenal sebagai seorang yang pemurah, sentiasa manis dengan senyuman dan mengembirakan orang lain..Keperibadian beliau amat mulia, seperti mana apabila datangnya kejahatan, tetapi dibalasnya dengan kebaikan, Subhanallahi wabihamdih..

Beliau sangat memberi perhatian kepada penuntut ilmu dan majlis ilmu..Beliau sangat merendahkan diri, wara' sekali, begitu juga pada perkara-perkara Syubhah..

Beliau juga seorang yang amat menyayangi golongan fakir miskin, beliau pernah berkata ; "seandainya aku berupaya atau mampu, tentu akan aku penuhi segala keperluan semua kaum miskin, sebab pada awalnya, agama ini ditegakkan oleh kaum mu'minin yang lemah.", beliau juga ada berkata ; "dengan sesuap makanan, tertolaklah berbagai bencara"..subhanallahi wabihamdih..

Beliau juga seorang yang tidak menyukai kemasyhuran atau kemegahan dan tidak suka dipuji..Beliau ada berkata ; "banyak orang membuat syair-syair untuk memujiku. Sesungguhnya aku hendak mencegah mereka, tetapi aku khuatir tidak ikhlas dalam berbuat demikian. Maka kubiarkan mereka berbuat sekehendaknya. Dalam hal ini aku lebih suka meneladani Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam kerana Baginda Shallallahu 'alaihi wa Sallam pun tidak melarang ketika sahabat baginda Shallallahu 'alaihi wa Sallam membacakan syair-syair pujian kepada baginda Shallallahu 'alaihi wa Sallam"..Subhanallahi wabihamdih..

dan akhirnya, beliau dikenali sebagai Sultan Aali Baa 'Alawi
, iaitu "Sultan bagi seluruh golongan baa 'Alawi"

Subhanallahi wabihamdih, begitu mulia anugerah yang Allah Subhanahu wa Ta'ala kurniakan kepada hamba-Nya ini, Subhanallahi wabihamdih..

Sungguh banyak sekali kemuliaannya bagi si Imam yang mulia ini, tetapi aku menyedari bahawa aku ini hanyalah seorang manusia yang faqir disudut ilmu dan amalannya, maka ku pendekkan nukilan dari jari hina ini disini sahaja, insya Allah, jika ada sambungannya, akan ku usahakan sebaiknya agar ku terhindar dari "golongan hamba-Nya yang mana apabila dikurniakan amanah dari-Nya tetapi tidak melaksanakannya"..astaghfirullah..

maka, ku akhiri bicaraku disini dengan kisah yang mendukacitakan seluruh manusia diketika itu..iaitu pada hari khamis, 27 Ramadhan 1132H, si Imam yang mulia, al-Sayyid al-Imam al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad mulai sakit, dan sakitnya berlanjutan selama 40 hari, sehinggalah akhirnya pada malam selasa, 7 ZulQaedah 1132H (atau bersamaan 10 September 1720M), sang Imam ini dijemput oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala..Ketika itu, dikatakan sang Imam ini berusia 89 tahun, subhanallahi wabihamdih, rahmat-Nya dan kasih sayang-Nya mencurahi sang Imam ini, amin..

Kemudiannya, makam sang Imam ini ditempatkan di Zanbal, Kota Tarim, hadramaut, Yaman..insya Allah, semoga aku sampai disana, amin..



اَلَّلهُمَّ انْشُرْنَفَحَاتِ الِّرضْوَانِ عَلَيْهِ، وَأَمِدَّنَا بِالأَسْرَارِ الَّتِي أَوْدَعْتَهَالَدَيْهِ. 


اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلىَ جَدِّهِ النَّبِيِّ الأَمِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعْيْنَ

yang bermaksud : "Ya Allah, Sebarkanlah hembusan keredhaan-Mu ke atasnya dan limpahkanlah ya Allah, kepada kami segala rahsia yang Engkau simpan disisinya. Ya Allah, Kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan keatas nendanya, Nabi al-Amin, penghulu kami Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan keatas keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian"

الفاتحة إلى حضرة النبي محمد صلى الله عليه وآله وسلم وإلى روح سيدنا قطب الإرشاد وغوث العباد والبلاد الحبيب عبد الله بن عاوي بن محمد الحداد وأصوله وفروعهم أن الله يعلي درجاتهم في الجنة ويكثر من مثوباتهم ويضاعف حسناتهم ويحفظنا بجاههم وينفعنابهم ويعيد علينا من بركاتهم وأسرارهم وأنوارهم وعلومهم ونفحاتهم في الدين والدنيا والآخرة - الفاتحة

No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~