20 March 2012

wanita solehah : "Jangan halang kami untuk menutup wajah kami"..



alhamdulillah..^_^


Mudah-mudahan rahmat-Nya Subhanahu waTa'ala dan kasih sayang-Nya Subhanahu waTa'ala sentiasa menerangi hati, jiwa dan jasad kita semua, amin ya Rahman, amin ya Rahim..


Mutakhir ini, banyak wanita muslimah telah berani untuk berpakaian mengikut acuan yang diredhai Allah Subhanahu waTa'ala..Hal ini menjadikan mereka lebih selamat dan membawa keselamatan kepada manusia disekelilingnya..


Sesungguhnya apabila wanita itu menutup auratnya sebaiknya, maka ia telah menyelamatkan dirinya dan menyelamatkan manusia disekelilingnya..


apakah itu aurat?


ta'rif 'aurat ; 'aurat daripada bahasa 'arab عوره, bermakna keaiban. Pada istilah Feqah, ia diertikan bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.


maka, disini, ambo tidak berkehendak untuk memanjangkan huraian mengenai aurat ini, tetapi ambo hanya berkehendak untuk memanjangkan tentang aurat bagi seorang wanita muslimah sahaja..


Firman Allah Subhanahu waTa'ala :




yang bermaksud :


"dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, hendaklah mereka menahan (sebahagian) daripada pandangan mata mereka, (daripada memandang lelaki yang ajnabi), dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka (anak tiri), atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba 'abdi yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka memukul kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu mendapat keuntungan, kemenangan atau kebahagiaan yang hakiki."


(Surah an-Nur, ayat 31)


wallahua'lam..


al-Habib Munzir bin Fuad al-Musawa berkata ;


"berdasarkan ayat ini, jelas sekali bahawa memakai purdah atau kain pada muka itu adalah wajib hukumnya. Namun di dalam madzhab Syafii terdapat keringanan bagi wanita yang bekerja untuk membuka kainnya itu, hingga terlihat wajahnya dan kedua telapak tangannya. dan Allah tidak memaksa lebih dari kemampuan kita."


alhamdulillah..al-Habib Munzir bin Fuad al-Musawa jelas sekali mengatakan ia wajib, cumanya ia diberi keringanan di dalam madzhab Syafi'i JIKA seorang wanita itu belum bersedia, atau masih baru di dalam agama Islamnya.


Maka, ambo disini hanya untuk MENYOKONG wanita-wanita muslimah yang akan memakai 'penutup wajahnya', atau sedang memakai 'penutup wajahnya'..


wallahua'lam..


ayat al-Qur'an di atas ini juga melarang perempuan beriman daripada mendedahkan 'aurat atau perhiasan mereka..


para ulama' berselisih pendapat dalam menafsirkan :


إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا


yang bermaksud : "..kecuali yang biasa nampak daripadanya.."


Ibnu Mas'ud, Ibrahim Nakhai, dan Hasan al-Basri ( رضي الله عنه ) menafsirkan sebagai pakaian luar yang dipakai oleh perempuan untuk menutup perhiasan yang dalam, atau mereka menafsirkan sebagai kain tutup muka.


Sesetengah ulama' tafsir yang lain, seperti Ibnu 'Abbas, Mujahid, 'Ata, Ibnu Umar, Anas, Sa'id Ibn Jubayr, al-Awza'i, dan lainnya, mengatakan bahawa yang dikecualikan itu ialah ; muka dan dua telapak tangan, termasuk cincin, inai, celak, dan seumpamanya yang dibuat perhiasan.


Qaul yang mu'tamad dalam mazhab Syafi'i berpegang kepada tafsir bahawa "kecuali yang biasa nampak daripadanya", itu ialah baju luar dan tutup muka, diperkuatkan pula dengan nas surah al-Ahzab ayat 53 dan 59 (sila rujuk), dan beberapa buah hadits yang Shahih seperti hadits yang meriwayatkan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم menyuruh isteri-isteri berselindung di balik hijab, daripada 'Abdullah Ibn Umm Maktum, dan hadits yang meriwayatkan bahawa ada di antara isteri Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم yang melindungkan muka mereka semasa di dalam ihram daripada pandangan lelaki ajnabi.


alhamdulillah..


ambo kembali semula kepada ayat ambo di atas, iaitu :


"Sesungguhnya apabila wanita itu menutup auratnya sebaiknya, maka ia telah menyelamatkan dirinya dan menyelamatkan manusia disekelilingnya.."


apa yang hendak dikaitkan tentang menutup auratnya sebaiknya itu dengan "menyelamatkan dirinya" dan juga "menyelamatkan manusia disekelilinya" adalah, cuba kita bersama-sama membayangkan..


di antara dua wanita, yang dikanan adalah seorang wanita yang menutup auratnya sebaiknya, dan yang dikiri adalah seorang wanita yang 'seksi', yang auratnya terbuka, ke manakah pandangan kita sekalipun yang memandang itu wanita?


keadaannya seperti ini ;




ambo jawab dengan jujur, jika ambo-lah yang berada di keadaan ini, maka pandangan akan terarah kepada wanita disebelah kiri ini, yang auratnya tidak ditutup sebaiknya..


kerana itu-lah kerjanya nafsu dan tipu daya syaitan..


maka, apabila hal ini terjadi, maka wanita di sebelah kiri itu akan berada dalam 'keadaan tidak selamat', yakni sentiasa dipandang oleh mata yang tidak sepatutnya dan ia mungkin membuka ruang kepada berlakunya hal-hal yang tidak sepatutnya seperti dirogol, dicabul dan seumpamanya, nauzubillah..


wanita sebegini juga ia telah menyebabkan 'orang disekelilingnya tidak selamat', kerana nafsu dan syaitan sentiasa menghasut manusia untuk mendekati kemurkaan Allah, maka ia membuka ruang buat 'hamba-Nya yang lemah' menjadi perogol, pencabul dan seumpamanya, nauzubillah..


berbeza dengan wanita yang dikanan, keadaannya itu menyebabkan mata-mata yang mungkin juga memandangnya akan menunduk malu untuk melihatnya, atau ada yang melarikan atau menjauhkan diri dari mendekatinya dan melihatnya kerana malu dengan diri sendiri atau malu dengannya, maka hal ini menyelamatkan dirinya dan menyelamatkan orang yang disekelilingnya..




alhamdulillah, wallahua'lam..


jika ada yang menjawab : "alah, tak ada lagi-lah, wanita yang hanya nampak muka sahaja, tak pakai purdah atau penutup wajah dirogol, tak payah-lah pakai purdah atau penutup wajah ni?"


maka, cuba kita renung kembali, kehidupan yang diredhai Allah Subhanahu waTa'ala adalah 'prevent' atau cegah, yakni cegah dari mendekati kemurkaan Allah, cegah dari mendekati kemaksiatan..dan ia bukan merujuk kepada 'control' atau kawal, yakni kawal dari mendekati kemurkaan Allah..


contohnya di dalam hal ini..


apakah bila terjadinya kes rogol, kes cabul, baru-lah kita nak memikirkan bagaimana hendak 'mengawalnya'?


sebab itulah Islam ini adalah agama yang terkumpul padanya rahmat-Nya Subhanahu waTa'ala dan kasih sayang-Nya Subhanahu waTa'ala, tidak ada istilah zalim atau menzalimi hamba-Nya Subhanahu waTa'ala..


pemakaian seperti itu iaitu menutup auratnya sebaiknya itu, contohnya pemakaian kain pada wajahnya, pemakaian tudung labuh yang sempurna yakni menutup dadanya, pemakaian jubah atau pakaian yang menutup tubuh dengan baik tanpa membalutnya, pemakaian sarung lengan, pemakaian sarung tangan, pemakaian sarung kaki, hal ini bukan untuk menzalimi wanita, TETAPI IA ADALAH UNTUK MENCEGAH BERLAKUNYA SEBARANG KECELAKAAN BUAT WANITA..


maka, telah berpesan para guru mulia ; "manusia yang bijak adalah mencegah dirinya dari mendekati kemaksiatan dan kemurkaan Allah, mencegah dirinya dari berada dalam kesusahan yang membuat dirinya akan berasa hina."




wallahua'lam..


maka, jika wanita muslimah memakai pakaian seperti di atas sekali itu, maka JANGAN HALANGNYA, kerana jika MENGHALANGNYA TANPA SEBAB YANG TIDAK SEPATUTNYA, maka MANUSIA PENGHALANG ITU TELAH MEMILIH UNTUK BERADA DI DALAM KELOMPOK BUKAN PENCINTA RASULULLAH صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم kerana pencinta Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم adalah umatnya  yang mengikuti setiap jejaknya صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, yakni apa yang dibuatnya صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم dilaksanakan, dan APA YANG TIDAK DILARANGNYA صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, maka DIA TIDAK MELARANGNYA..

wanita solehah
: "jangan halang kami untuk menutup wajah kami."



No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~