26 March 2012

Part 1 : Kisah Pengembara di bumi Brunei -> Tulisan Jawi dimuliakan.



alhamdulillah, segala puji-pujian itu bagi Allah Subhanahu waTa'ala..^_^


Allah jadikan alam ini begitu indah, begitu cantik, begitu sempurna, untuk menunjukkan kepada hamba-Nya Subhanahu waTa'ala, bahawa alam ini-lah sebagai bukti atau dalil bahawa adanya Pencipta Yang Maha Indah, Yang Maha Cantik, Yang Maha Sempurna..

Firman Allah Subhanahu waTa'ala :

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ

yang bermaksud :

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,"

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

yang bermaksud :

"(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."

(Surah al-Imran, ayat 190-191)


Subhanallahi wabihamdih..

alhamdulillah, Allah telah memuliakan jasad hamba-Nya Subhanahu waTa'ala ini di bumi Brunei Darussalam pada 26 Disember 2011 yang lalu..

Bertolak seawal pagi dengan kapal terbang dari bumi Kuala Lumpur pada 26 Dis 2011 itu, dan kemudian sampai di bumi Brunei pada hari yang sama, kira-kira pukul 7 pagi atau 8 pagi..wallahua'lam..

Hal yang pertama yang aku merasakan takjub dan kagum ketika menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Darussalam adalah 'Tulisan jawi dimartabatkan' disini..





Subhanallahi wabihamdih..

besar sungguh tulisan jawinya, ia diutamakan disana..Subhanallahi wabihamdih..

Para guru mulia ada memberitahu bahawa permulaan penggunaan tulisan jawi ini berkait-rapat dengan kedatangan Islam pada permulaannya, dan ia merupakan tulisan utama bagi golongan Melayu..

apabila dikatakan ayat, dan huruf penulisan bagi golongan Melayu, maka ia dirujuk kepada tulisan jawi dan penulisan ayat jawi..namun tulisan jawi ini kemudiannya dipinggirkan setelah kedatangan golongan barat, yang mana memanipulasikan tulisan golongan Melayu kepada tulisan kini iaitu penggunaan huruf-huruf barat..

sedangkan, tulisan Melayu asal itu adalah mengunakan huruf-huruf arab, yang kemudiannya disusun mengikut sebutan atau lafaz golongan Melayu, dan kemudian dinamakan ia sebagai 'tulisan jawi'..

Mengikut catatan oleh Ibnu Battutah dalam bukunya al-Rihlah yang menggelarkan Sumatera sebagai al-Jawah..Oleh itu, kata "Jawah" atau "Jawi" bukan sahaja merujuk pada orang Jawa, iaitu penduduk yang berasal dari Tanah Jawa, tetapi merujuk pada semua bangsa dan kaum peribumi Asia Tenggara termasuklah seluruh rumpun bangsa Melayu, Aceh, Banjar, Bugis, Campa, Jawa, Lombok, Mandailing, Minangkabau, Patani, Sunda, Filipina dan lain-lain..

Oleh sebab itu, kebanyakan ulama' dari Asia Tenggara sering menggunakan kata "al-Jawi" di hujung nama mereka sekalipun berlainan suku bangsa seperti Syeikh Abdul Samad al-Palembani al-Jawi, Syeikh Daud Abdullah al-Fatani al-Jawi, Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri al-Jawi dan ramai lagi..

Maka, hasilnya penggunaan tulisan jawi adalah tulisan utama di Asia Tenggara ini, maka sebab itulah, ia (Asia Tenggara) dikenali sebagai Tanah Jawi, iaitu merujuk kepada Asia Tenggara, itulah yang diberitahu oleh para guru mulia..bahkan itu, kaitan di antara Tanah Jawi dan golongan Melayu adalah kerana golongan Melayu merupakan 'tuan empunya Tanah Jawi ini'..

berpandukan kepada sejarah yang banyak diperkatakan, nama Melayu ini merupakan satu nama kepada golongan yang dimuliakan Allah Subhanahu waTa'ala di bumi Asia Tenggara ini..maka, sebab itulah dikatakan 'tuan empunya Tanah Jawi ini'..

Subhanallahi wabihamdih..

wallahua'lam.. 

Sedikit tatapan mata bahawa Brunei menjadikan tulisan jawi sebagai satu tulisan yang dimuliakan, sebagai satu tulisan Melayu yang sebenarnya..








No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~