31 May 2012

Jangan hina manusia lain..T__T



Banyak orang di ketika ini memandang manusia disekelilingnya dengan penghinaan sehingga menghadirkan sikap meninggi diri serta takabur pada dirinya..

kadang-kadang ada hati yang berkata ; "erm...baik aku lagi pada dia."

sesungguhnya hatinya sedang ditipu oleh nafsu dan syaitan..

astaghfirullah, hindari ya Allah, hindari ya Allah, hindari ya Allah..

Allah hadirkan kesalahan manusia di hadapan kita, keburukan manusia di hadapan kita, BUKANLAH UNTUK KITA CACINYA, HINA DIRINYA, tetapi adalah UNTUK MENILIK DIRI KITA..

Kehidupan pengembara yang tiada henti, sehingga ke jurang 'misteri'..



Kehidupan ini ibarat sang pengembara yang mengembara..tiada persinggahan yang tetap buatnya, dia terus mengembara dan mengembara..sehinggalah bertemu dengan jurang yang lebar, tidak diketahui penghujungnya, jurang yang 'misteri', yang dalam, tidak diketahui kesudahannya..

begitulah kehidupan kita sebagai manusia, lebih-lebih lagi berada dalam ni'mat yang mulia, iaitu beriman kepada Allah..

kehidupan ini perlu diteruskan, jika tewas kepada nafsu, bangkit kembali, jangan akur dengan kalah itu, ia hanyalah persinggahan untuk dikutip pengalaman..

semua dari kita melalui kesilapan dan kesalahan, dan orang yang bijak adalah mengambil kesilapan dan kesalahan itu sebagai pengajaran buatnnya untuk lebih dewasa dan matang dalam meneruskan perjalanannya..

sehinggalah perjalanan itu menemui jurang 'misteri', iaitu kematian..maka tamatlah perjalanan si pengembara..

subhanallahi wabihamdih..

15 May 2012

Jangan 'leka' dengan kehidupan sendiri sehingga menguris hati manusia lain..T__T


Manusia itu kadang-kadang leka dengan 'kehidupannya' sehingga mengabaikan perasaan manusia disekitarnya..

seperti..

luahannya di dalam Facebook (contoh terkini..^_^)..

mungkin ia sekadar luahan, gurauan, tidak terniat pun untuk ada sindiran, perli atau seumpamanya..

tetapi ia telah menyakiti manusia disekitarnya..

06 May 2012

di antara 2 pilihan, pilihan mana yang akan aku pilih?




Dunia adalah tempat pilihan kepada manusia..^_^


Pilihan 1st ; berusaha menjadi manusia yang sebenar-benarnya cinta kepada Allah.


Pilihan 2nd ; terus-terusan leka dan lalai dalam keni'matan dunia.


^_^ apakah pilihan kita?






Firman Allah Subhanahu waTa'ala :


وَالْعَصْرِ، إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ، إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ 


yang bermaksud : "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran". 


(Surah al-Ashr, ayat 1-3)


Allah kurniakah ni'mat, rahmat kepada manusia bukan untuk melalaikan manusia, merugikan manusia, tetapi untuk memberi kekuatan kepada manusia agar menjadikan ni'mat dan rahmat itu 'jalan' mengenali-Nya dan menyemai perasaan cinta kepada-Nya..


dan, amat rugi lagi malang bagi manusia yang menjadikan ni'mat dan rahmat kurniaan Allah itu sebagai alasan buatnya untuk menjadi manusia terus-terusan lalai dan leka sehingga hatinya tidak 'berdenyut' perasaan cinta kepada Allah..


astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah..




Pilihan di tangan kita, kerana dunia adalah tempat membuat pilihan..


kelak, bermula di alam kubur sehingga ke alam akhirat, TIADA LAGI PILIHAN BUAT KITA..


astaghfirullah, subhanallahi wabihamdih..wallahua'lam..




05 May 2012

sahabat terutama ahli perubatan, jom utamakan yang ini ya..^_^



buat kawan-kawan, teman yang berada di lapangan pekerjaan, terutama sebagai anggota perubatan, tak kiralah, Jururawat ke, Penolong Pegawai Perubatan ke, Doktor ke dan sebagainya..


Sesibuk macam mana pun, jangan lupa untuk TUNAIKAN SOLAH BERJEMAAH FARDHU ISYA' DAN BERJEMAAH FARDHU SUBUH..


"tak sempat lah", "sibuk lah", "ramai patient lah"..


Ya, ya, saya tahu..^_^ saya pun mengalaminya..^_^


tapi, Solah Fardhu Berjemaah ni amat bernilai buat hati yang mencari-cari ketenangan..^_^


kalau tak dapat 'jaga' semua solah fardhu pun untuk dilakukan berjema'ah, tapi USAHALAH, KEJARLAH, TEKADLAH untuk melakukan sekurang-kurangnya BERJEMAAH FARDHU ISYA' dan BERJEMA'AH FARDHU SUBUH..


kenapa?


عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :


مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَهُوَ كَمَنْ قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ ، وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَهُوَ كَمَنْ قَامَ اللَّيْلَ كُلَّهُ


yang bermaksud : 


"Diriwayatkan dari (Sayyidina) Uthman bin Affan (Radhiyallahu 'anhu) bahawasanya Nabi (Shallallahu 'alaihi wa alihi waSahbihi waSallam) bersabda:


"Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah akan mendapat pahala seolah-olah bangun separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjemaah akan mendapat pahala bangun sepenuh malam."


(hadits riwayat al-Imam Muslim)


wah, kalau tak 'qiyamullail' pun tak pe ke ni? hehe..


bukan tak apa, kalau dah tak mampu, penat kerja, syif malam ke, memadai-lah adik-adik-ku sekalian, serta sahabatku, untuk berusaha dan melakukan kedua-dua Solah Fardhu berjema'ah ni..


kalau 'qiyamullail' macam mana? lagi baik, lagi mantap..hehe..


eh, solah fardhu lain tak payah ke? bukan tak payah, kalau syif petang ke, kan susah nak solah fardhu berjemaah, maka dilonggarkan sedikit, tetapi kalau dapat buat, lagi mantap..hehe..


jadi, 'moral of story', jangan sesekali tinggal solah fardhu berjema'ah, terutama Fardhu Isya' dan Fardhu Subuh tau..




"masjid jauh-lah", hehe..kan ada surau kat Jabatan Kecemasan dan Trauma tu, atau di tingkat-tingkat yang ada ward tu, boleh adik-adik dan sahabatku sekalian..


"Allah sentiasa menyediakan jalan keluar buat hamba-Nya yang mencari-cari jalan keluar untuk bertemu dengan Allah, untuk mendapatkan cinta Allah."


^_^


"Allah memandang kepada usahamu untuk meraih cinta-Nya, bahkan disediakan pahala, kemuliaan di atas setiap usahamu untuk mendapat cinta-Nya"..


Tunggu apa lagi? jom buat, hehe..^_^



Aku berdosa, apa aku nak buat? T__T



T_T ; "Aku berdosa, aku berdosa, bagaimanakah aku?"


♥ ♥ ♥ "Apabila diri terjerumus dalam dosa, janganlah hal itu membuatmu putus asa dalam meraih Istiqomahmu (berterusan memohon ampun) dengan Tuhanmu. Kadang-kadang, siapa tahu, itulah dosa terakhir yang ditakdirkan oleh Allah padamu."


(dari Syeikh Ibn Athaillah al-Sakandari رحمة الله تعالى عليه)


^_^ ~ "jangan berputus asa, jangan berputus asa, Allah sentiasa membuka ruang dan peluang buat hamba-Nya yang ingin menjadi baik, yang ingin berubah menjadi mulia, yang ingin mencintai Allah, yang ingin merindui Allah, istiqomahlah ia, insya Allah."



03 May 2012

Carilah perhimpunan yang menghadirkan perasaan cinta kepada Allah dan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa alihi wasahbihi waSallam..




Telah berkata Syeikhuna Muhammad Rohimuddin Nawawi al-Bentani:


"Carilah perhimpunan-perhimpunan yang membawa kepada CINTA Allah dan Rasulullah 
صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم
. Hindarilah perhimpunan-perhimpunan yang membawa kepada PERPECAHAN umat "


Allahumma Sallimna wa Sallim Biladana.."Ya Allah, selamatkan kami dan selamatkan negara kami"..Ya Robbal 'alamin..^_^

Perhimpunan yang memupuk perasaan cinta kepada Rasulullah 

صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم
, menghadirkan hati yang tenang, menghadirkan jiwa yang bahagia, menghadirkan jasad yang tabah..




jom Hayatinya..T___T




seorang hamba yang mengharapkan untuk mencintai Allah Subhanahu waTa'ala, maka bina-lah hatimu dengan mencintai Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم.. 

Firman Allah Subhanahu waTa'ala :


قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ


yang bermaksud :


"katakanlah jika benar-benar kalian orang-orang yang cinta kepada Allah, maka ikutilah aku (Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم) nescaya Allah akan mencintai kalian."


(surah Al-Imran, ayat 31)

Subhanallahi wabihamdih..

اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم


♥ ; Hati yang bercahaya dengan alunan kecintaan kepada baginda, Sayyiduna Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم, Hati itu akan bercahaya dengan cahaya kecintaan kepada Allah Subhanahu waTa'ala..




Teguran guru mulia buat kita semua agar menjaga hubungan di antara kita semua..




telah berkata Dr. Uthman el-Muhammady:


"Kita sedang mengundang LAKNAT (kemarahan) daripada Allah. Kita ada Rukun Iman, Rukun Islam. Dan sekarang kita sedang kacau Rukun Masyarakat. Hak jiran, hak masyarakat Islam, hal Pemimpin Islam, hak masyarakat bukan Islam.


Cuba kita fikirkan balik bagaimana Islam berkembang. Hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita sesama masyarakat (iaitu berkasih sayang). Inilah yang diajar oleh Baginda Rasulullah Shallallahu 'alaihi (wa alihi wasahbihi) wasallam. Membuat kekacauan adalah mengundang LAKNAT daripada Allah!"

astaghfirullah..T__T



Tidak terlepas lisan Dr. Uthman el-Muhammady daripada menyebut kalimah mulia "Ampun Ya Allah, Ampun Ya Allah..." T__T


Kita semakin risau akan masa depan generasi Melayu kita...T__T


Ampun Ya Allah...kerana meraka jahil tidak mengetahui...


Semoga kedatangan Guru Mulia, al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim al-Hafidz ke negara kita khususnya, bertemu dengan pemimpin-pemimpin negara, bertemu dengan pemimpin-pemimpin keselamatan negara, dengan harapan doa beliau supaya dijaga KEAMANAN di Malaysia ini..amin ya Allah..


Inilah harapan murni guru mulia, al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim al-Hafidz, supaya tidak berlaku perkara yang tidak di ingini sepertimana yang berlaku di negara-negara Islam yang lain...


luahan hatiku sendirian ; "Ya Allah, selamatkan kami daripada fitnah orang-orang yang ZALIM..Allahumma Amiin"..^_^

Syukran ya akhi al-Ustaz Khairi
di atas perkongsian ilmu ini, dapat jua hati ini mengambil isi-isi ilmu yang berguna, kilauan mutiara yang bercahaya buat mencerahkan perjalanan diri ini..^_^





Sahabat berbuat jahat kepada diri, apa aku nak buat?


alhamdulillah..tadi call ayah tercinta..


aku ; "ayah, apa perasaan ayah kalau seseorang tu, sahabat baik ayah, tapi kemudian 'menikam belakang ayah', berbuat jahat kepada ayah, menghina ayah, memburuk-burukkan ayah?"




ayah jawab ; 


"kehidupan di dunia ini adalah ibarat hiasan di dinding di rumah kita..


bila sampai satu masa, hiasan itu mungkin ia masih cantik, atau tidak cantik..jika ia buruk, kita tolong bersihkannya untuk jadi cantik lagi..tapi jika ia masih tetap buruk, maka tinggalkannya buat sementara, berdoa-lah kepada Allah, mudah-mudahan ia menjadi cantik nanti..


maka begitulah kehidupan kita ini anakku..


kawan, sahabat, teman datang kepada kita, menghiasi kehidupan kita..


mereka mencantikkan kehidupan kita..


dan, sampai satu masa, atau kadang-kadang mereka berkelakuan buruk kepada kita, menjadikan hiasan itu buruk, maka kita yang sedar, insya Allah, bantulah, tolonglah sedarkan mereka untuk kembali berkelakuan baik..


tapi jika mereka tetap seperti itu, maka tinggalkanlah buat sementara waktu kerana bimbang dirimu akan mengikuti mereka pula, dan berdoa lah kepada Allah, mudah-mudahan mereka kembali berkelakuan baik, dan tempatkan kita semua di kalangan hamba-Nya dicintai-Nya..


jangan sedih, dan jangan berduka, sahabat ini ada yang membantu perjalananmu, dan ada yang cuba menghalang perjalananmu..


jika ia membantu perjalananmu, ucaplah terima kasih padanya, kerana membantumu, terutama mengingatkanmu pada Allah..dan jika ia menghalang perjalananmu, ucaplah terima kasih padanya, kerana membantumu jua, kembali berharap kepada Allah..




Sesungguhnya segala-gala yang Allah ciptakan itu sungguh indah, sungguh sempurna, sungguh bijaksana..maka gunalah akalmu dan hatimu untuk memahaminya.."


terima kasih ayah..sayang sama kamu.. ♥ ♥ ♥




02 May 2012

Kehidupan 'pekerja baru'..^_^


Alhamdulillah..^_^


Kehidupan sebagai 'pekerja baru'..




Arahan yang dikeluarkan oleh ketua jabatan Kecemasan dan Trauma,


"Saya nak kamu semua ni, ada pada setiap pagi dari ahad sehingga ke selasa, pukul 8 pagi, ada morning round..kemudian rabu pun kena ada pukul 8 pagi untuk CME emergency, kalau tak ada CME, hadir juga untuk morning round..dan khamis, pukul 8 pagi, CME hospital di ACC..kamu off ke, cuti ke, syif petang ke, pagi tu, pukul 8 pagi, sy nak kamu ada juga."


Mula-mula dapat arahan tu, banyak terdengar keluhan, luahan tidak berpuas hati, dan seumpamanya..


Tapi..

kini ambo rasa bersyukur pula, Allah menyayangi hamba-Nya jika ingin disayangi, amin..





Dengan sebab itu lah, tubuh yang malas, letih pun, bangun jugak untuk hadir pukul 8 pagi, dan selesai dalam pukul 9 pagi, leh pulak buat ;


1~ solah sunat dhuha
2~ baca ratib al-Haddad
3~ baca surah al-Waqi'ah


Alhamdulillah..kadang-kadang apa yang kita tidak suka, sebenarnya itu baik untuk kita.. ♥


Seperti hal ini, kalau tidak ada arahan macam ni, agak susah nak bangun dan buat, terutama bila tubuh yang tak sempat lagi rehat dari penat dan letih kerna kerja sebelum tu..mungkin hanya terbuat solah fardhu subuh aje yang wajib bangun dan buat..


Tapi dengan arahan tu, leh jugak bangun dan buat, alhamdulillah..


Terima kasih ya Allah, bantuan-Mu sentiasa ada, rahmat-Mu sentiasa Engkau curahkan, kasih sayang-Mu sentiasa Engkau berikan, alhamdulillah, subhanallahi wabihamdih..


^_^ positive thinking..hehe..♥ ♥


Sentiasa bersangka baik kepadan Allah, sentiasa bersyukur dengan ni'mat Allah, sentiasa bersabar dengan kejadian kurniaan Allah..subhanallahi wabihamdih..



Muhasabah diri sendiri, membina hati yang lebih tenang..




Sheikh Abdul Qadir Isa Rahimahullahu Ta'ala 'anhu berkata:


"Orang yang sentiasa muhasabah dirinya, (adalah orang yang) sentiasa berusaha untuk menjauhi dirinya daripada jalan-jalan yang membawa kepada kemaksiatan, dan sentiasa menyibukkan dirinya dengan ketaatan." 


(Haqo'iq 'ani At-Tasawwuf mukasurat 235)


muhasabah adalah merenung ke dalam diri sendiri, melihat keaiban diri, melihat kesalahan sendiri..


untuk apa? untuk mengucapkan syukur kepada Allah, betapa Allah Maha Baik, kerana telah memperlihatkan kesalahan sendiri, keburukan sendiri, kepada diri sendiri..


untuk apa lagi? untuk memperbaikinya, untuk berusaha tidak mengulanginya lagi..


Jom sama-sama perbaiki kesalahan, kesilapan, keburukan sendiri..T__T


insya Allah, wallahua'lam..

01 May 2012

Demonstrasi? perhimpunan? dipimpin oleh bukan muslim? Bolehkah itu?


Ada sahabat, adik-adik, serta teman bertanya kepada ambo, "apa hukum menyertai sesuatu perhimpunan atau demonstrasi?"

ambo hanya mampu tersenyum dan menjawab ;

"jika di tanya hukum itu kepada ahli Feqah atau Fuqaha, maka ia pasti timbulnya pelbagai ta'rif dan syarahan dalam menjelaskannya, sama ada hukum itu dikatakan wajib atau harus atau makhruh, wallahua'lam..

namun, jika di tanya hukum itu kepada ahli Tasawuf atau Sufi, maka mereka akan menjawab secara umum iaitu ;

"sesuatu hal yang ada padanya itu kelalaian hati kepada Allah, maka hukum haram ke atasnya untuk dilaksanakan ia."


wallahua'lam..

al-Habib Munzir bin Fuad al-Musawa pernah ditanya tentang hal ini, jawabnya beliau ;

"perhimpunan menentang keputusan pemimpin adalah hal yang dilarang dalam syariah, namun jika ada sebahagian muslimin yang melakukannya, maka mereka sudah semestinya sudah sanggup memikul tanggungjawab itu dan kelak mereka akan ditanya tentangnya, dan kita tidak perlu memusuhinya."

subhanallahi wabihamdih, hebat sekali susunan ayat guru mulia, al-Habib Munzir bin Fuad al-Musawa..

Inilah hamba-Nya yang begitu teliti di dalam menyatakan sesuatu hukum agar ia menjadi kesejahteraan dan kedamaian buat masyarakat..

guru yang ada padanya Feqah dan Tasawwuf..subhanallahi wabihamdih..

guru mulia juga ada ditanya tentang hukum memilih pemimpin non-muslim atau bukan Muslim di dalam sesuatu tujuan..

jawabnya beliau ;

"memilih pemimpin non-muslim walau demi kemaslahatan muslimin sekalipun tidak dibenarkan di dalam syariah."



maksudnya, apa lagi jika bukan demi kemaslahatan muslimin, lagi lah tidak dibenarkan..

astaghfirullah, hindari ya Allah dari mengolongkan aku ke dalam golongan yang ingkar dengan perintah-Mu..

Firman Allah Subhanahu waTa'ala :

بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا 

yang bermaksud : "(beri) Khabar (beritahu) kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat seksaan yang pedih,"

الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا 

yang bermaksud : "(iaitu) orang-orang (mereka itu) yang mengambil (yang memilih) orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong (pemimpin/penguasa) dengan meninggalkan orang-orang mukmin (orang yang beriman). Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan milik Allah.

(Surah an-Nisaa', ayat 138-139)

wallahua'lam.."


~ Muhasabah ~