12 October 2010

Aqidah Umat Islam yang BENAR : Allah tidak bertempat..(T_T)



alhamdulillah..(^_^)

Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) :

"(iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib..........." (surah al-Baqarah ayat 3)

mereka di sini adalah merujuk kepada golongan mukmin..astaghfirullah..(T_T)

mereka beriman kepada Allah S.W.T yang mereka sendiri tidak dapat gambarkan dengan akal dan hatinya..sesungguhnya, akal dan hati kita tidak dapat membayangi Allah S.W.T..

andai ada manusia yang dapat membayangi Allah dengan akal dan hatinya, maka itu bukan Allah tetapi adalah makhluk Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T :

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

(yang bermaksud) : "Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat" (surah al-Syura ayat 11)

sesungguhnya Allah S.W.T tidak menyerupai makhluk-Nya..subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar..

dan..
Sabda Rasulullah S.A.W :
 
كَانَ اللَّهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ

(yang bermaksud) : "Sesungguhnya Allah sediakala (ada-Nya tanpa permulaan), kewujudan-Nya tanpa ada sesuatu pun di samping-Nya" (Riwayat Imam al-Bukhari)

sesungguhnya Allah S.W.T adalah ADA, bilakah Allah ada? wallahua'lam..persoalan ini tidak mampu dijawab oleh kita sebagai hamba Allah yang kerdil di sisi-Nya..

subhanallah..
apakah Allah ada sesuatu di samping-Nya? teman? tempat? wallahua'lam..sesungguhnya, Allah S.W.T tidak memerlukan apa-apa pun di sampingnya seperti tempat, teman dan seumpamanya..dan hal itu adalah mustahil bagi Allah Tuhan Yang Maha Esa..

logikal kita sendiri boleh menjawab persoalan ini..

andai tuhan itu lebih daripada satu, maka alam dunia ini akan hancur lebur kerana berlakunya perebutan kuasa..wallahua'lam..astaghfirullah..(T_T)

sesungguhnya, hal itu adalah mustahil bagi Allah Tuhan Yang Maha Esa..

andai Allah mempunyai tempat, maka Allah adalah lemah kerana memerlukan sesuatu..dan hal itu adalah mustahil bagi Allah Tuhan Yang Maha Kuasa..

wallahua'lam..astaghfirullah..(T_T)

dari Imam Abu al Hasan al Asyari:
 
كَانَ اللهُ وَلاَ مَكَان فَخَلَقَ الْعَرْشَ وَالْكُرْسِيَّ وَلَمْ يَحْتَجَّ إِلَى مَكَانٍ وَهُوَ بَعْدَ خَلْقِ الْمَكَانِ كَمَا كَانَ قَبْلَ خَلْقِهِ

(yang bermaksud) : " Allah sedia ada dan tidak ada tempat, Dia mencipta arasy dan kursi dan tidak berhajat pada tempat, dan selepas Dia mencipta tempat, Dia tetap seperti sebelum terciptanya tempat." (diriwayatkan dalam kitab Tabyin Kazibil Muftari, karangan Imam Ibnu Asakir)

sesungguhnya arasy yang Allah cipta adalah bukan tempat baginya..jauh sekali untuk diduduki..
sesungguhnya tempat dan duduk adalah sifat bagi makhluk Allah S.W.T..dan ia adalah mustahil bagi Allah S.W.T yang tidak menyerupai makhluk-Nya..astaghfirullah..

alhamdulillah..hal ini adalah AQIDAH UMAT ISLAM YANG SEBENARNYA..

apa itu Aqidah?

Aqidah membawa erti pegangan dan kepercayaan seseorang..

Aqidah yang benar adalah kunci kepada segala penerimaan ibadah..andai ilmu aqidah tiada, maka ibadah yang dilaksanakan hanyalah sia-sia, dan tiada nilai di sisi Allah S.W.T..

hal inilah yang membezakan di antara umat Islam dengan orang kafir..

golongan kafir boleh melakukan amal, seperti zikir, solah, namun mereka tidak ada aqidah, maka amal mereka hanyalah sia-sia, ibarat mendapat letih dan peluh sahaja..astaghfirullah..wal iyya dzubillah..

Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) :
 
"Dan barangsiapa melakukan amalan soleh dari kalangan lelaki ataupun wanita dalam ia beriman (beraqidah dengan aqidah yang betul) maka merekalah yang akan dimasukkan ke dalam syurga dan tidak akan dizalimi walaupun sedikit". (surah al-Nisa' ayat 124)

astaghfirullah..(T_T)

sesungguhnya, aqidah adalah hal yang pertama perlu diperiksa oleh setiap umat Islam..

apakah benar aqidah kita? apakah salah aqidah kita? muhasabahlah diri..ingatlah, amal tanpa ilmu adalah BUKAN ibadah, dan ia adalah sia-sia sahaja..astaghfirullah..(T_T)

wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~