24 October 2010

hargai kurniaan nur Islam dan nur Iman, pertahankannya, usah merungut..(T_T)




subhanallah..alhamdulillah..Allahuakbar..

suatu petang yang tenang..aku sedang duduk bersendirian di halaman rumah, bertemankan segelas air teh dan sedikit biskut...tiba-tiba terdengar ucapan salam daripada belakangku, "assalammualaikum"..

aku menoleh, dan tersenyum kerana mengenali orang yang memberi salam itu, "waalaikummusalam warahmatullahi wabarakatuh, adik rupanya"..

adikku tersenyum dan menarik bangku kayu yang ada berdekatan, lalu duduk berhampiranku..

adikku memulakan bicaranya, "abang, leh adik bertanya?"

aku tersenyum, "alhamdulillah, apa dik?"

adikku bertanya, "abang, Islam ni kadang-kadang susah juga ya nak amalkan.."

aku tersenyum, "dik, apa yang adik minat dan suka, tapi tak dapat lagi?"

adikku menjawab, "banyak yang minat dan suka, macam nak melancong ke luar negara ke.."

aku tersenyum, "kenapa tak pegi melancong?"

adikku mengerut, "ish, abang ni, macam mana nak pergi, tiket kapal terbang pun mahal, nak belanja kat sana lagi, macam2 lagi"..

aku tersenyum, "maka, sama lah juga dengan Islam wahai dikku..benda mahal, susah nak dapatkan..Islam dan Iman ni adalah sesuatu yang mahal..kita kena berusaha untuk mendapatkannya, tak boleh merungut dik..nanti hilang keikhlasan kerana ikhlas itu lagi mahal..

dan dik..abang nak ceritakan seorang pahlawan Islam yang berani, tidak merungut, bahkan mempunyai Iman yang tinggi, subhanallah....

pahlawan Islam itu adalah Mu'az bin Afra, Mu'az merupakah salah seorang pemuda dari golongan Ansar yang ikut berjuang dalam peperangan Badar..

Semangat yang dimiliki Mu'az bin Afra ini amat luar biasa iaitu dia bercita-cita mahu membunuh Abu Jahal tetapi dia tidak mengenali pun siapa Abu Jahal.

Maka, peperangan Badar pun berlaku..di dalam peperangan itu,  Mu'az bin Afra bersama temannya iaitu Auf bin Afra' mencari-cari siapakah Abu Jahal, lalu mereka bertemu dengan Abdul al-Rahman bin Auf, dan bertanya kepadanya, yang bermaksud :

"wahai Pakcik, adakah pak cik kenal Abu Jahal? tunjukkan dia pada saya.."

Abdul al-Rahman bin Auf terkejut dengan pertanyaan itu dan bertanya, yang bermaksud : "wahai anakku! Apa yang kamu hendak buat dengannya?" 

katanya pula, yang bermaksud : "Saya mendapat tahu yang ianya selalu memaki Rasulullah S.A.W, demi Tuhan yang nyawa ku di tangan-Nya, kalaulah aku ternampaknya nescaya diri ku tidak akan renggang dari dirinya, kecuali kematian sahaja yang akan meragut diriku" 

Abdul al-Rahman bin Auf bertambah terkejut dengan jawapan pemuda itu..Selepas itu, pemuda kedua juga menanyakan perkara yang sama kepada Abdul al-Rahman bin Auf..Abdul al-Rahman bin Auf pun terus mencari-cari Abu Jahal..

lalu Abdul al-Rahman bin Auf berkata kepada mereka berdua dan menunjuk ke arah seorang lelaki yang terkial-kial di tengah-tengah orang ramai itu, yang bermaksud : "Kamu tengok disana? Itu dia orang yang kamu tanyakan tadi"..

Belum sempat Abdul al-rahman bin Auf menghabiskan percakapannya, kedua-duannya sudah melompat menuju ke tempat Abu Jahal..Mereka merempuh barisan tentera kafir sambil menebas kiri dan kanan dengan pedang mereka..Akhirnya, mereka berjaya sampai kepada Abu Jahal dan memukul Abu Jahal dengan pedang mereka sehingga Abu Jahal jatuh...

Semua orang tidak menyangkakan tindakan kedua-dua pemuda tersebut..
 
Abu Jahal telah cedera parah namun masih lagi bernyawa..Auf bin Afra', iaitu salah seorang pemuda tersebut berada di tengah-tengah tentera bukan Islam dan telah di bunuh oleh Ikrimah iaitu anak Abu Jahal yang berada berhampiran dengan ayahnya..
 
Manakala, Muaz bin Afra' pula sempat berundur tetapi tangannya telah terpotong dan masih tergantung di badannya..
 
lalu berkata ia, yang bermaksud : "tangan ini menganggu pergerakan aku untuk melawan musuh, aku mesti putuskannya!"..
subhanallah..

Dia terus berperang dan akhirnya syahid dalam peperangan Badar...

subhanallah..alhamdulillah..Allahuakbar..

dik, cuba renungkan kisah yang abang ceritakan tadi..terutama kepada Mu'az bin Afra..dia tidak merungut dan tidak mengaduh sakit di ketika tangannya terpotong, bahkan dengan beraninya mencabut tangan tersebut bagi meneruskan perjuangan, dan akhirnya dia syahid..subhanallah..alhamdulillah..Allahuakbar..

maka, dik, begitu juga dengan diri adik, abang pun sama..Islam adalah sesuatu yang mahal, Iman juga adalah sesuatu yang mahal..kita kena berusaha, kita kena berjuang untuk mendapatkannya..

dan kita beruntung dik, kita sudah mendapatkannya..maka, kita kena pertahankannya..

ibarat emas..kita sudah mendapat emas, maka mesti ramai yang nak mencurinya, maka kita pertahankannya..

Islam dan Iman itu lebih WAJIB di pertahankan dik..kita nak kembali kepada Allah dalam keadaan muslim yang mukmin..insya Allah, amin.."

adikku mengangguk dalam keadaan kesedihan..

aku bertanya, "kenapa dik sedih ni?"

adikku menjawab, "hebat dua pemuda yang abang ceritakan tadi, mereka mempunyai Iman yang tinggi, kecintaannya kepada Islam dan Iman melebihi daripada kesakitan yang dirasai..subhanallah, hebatkan bang..mereka mendapat Iman dan Islam dalam keadaan susah di ketika itu, namun mereka pertahankannya dengan nyawa mereka sepenuhnya, subhanallah..dan adik pula, dah dapat, tetapi merungut pula..astaghfirullah"..

aku tersenyum, "dah lah dik, hal dah lepas, adik merungut tu yang dah lepas, sekarang, bangkit balik, hargai Iman dan Islam yang dikurniakan oleh Allah, pertahankannya dik, insya Allah, andai mati selepas ini, abang doakan adik mati dalam keadaan husnul khatimah iaitu mati dalam keadaan baik, amin"..

adikku menjawab, "amin"..



wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~