06 October 2010

binaan pada kubur di tanah wakaf? astaghfirullah..(T_T)




alhamdulillah..(^_^)

pada suatu malam yang tenang, hanya ditemani alunan zikrullah dari laptop, aku berehat di ruang tamu..adikku datang dan duduk disampingku..aku memandangnya..

lalu aku bertanya : "kenapa dik?"

adikku menjawab : "abang, adik hairanlah bang..hari jumaat minggu lepas, kita pergi kubur datuk dan nenek kita kan, tapi kubur datuk dan nenek kita tu hanya anak-anak batu aje di atasnya, dan tadi kat sekolah, kawan adik cerita pengalaman dia dan ayahnya membuat tembok simen di kubur datuknya yang baru meninggal"

aku tersenyum : "jadi?"

adikku menjawab : "ya lah, adik hairanlah, kenapa ayah kita tak bina tembok simen juga kat kubur datuk dan nenek kita, kita miskin sangat ke bang sampai tak leh buat gitu?"

aku tersenyum dan memegang tangannya : "tidak dik, bukan gitu dik"

wajah adikku berkerut : "habis tu, kenapa bang?"

aku tersenyum : "macam ni dik..sebenarnya, membuat binaan di atas kubur iaitu di tanah wakaf untuk perkuburan adalah haram, dik..dan tidak boleh dibuat binaan"..

adikku merenungku dengan wajah yang berkerut : "binaan? bukannya kawan adik tu buat rumah ke apa bang, dia buat tembok simen sikit aje, tak leh ke?"

aku tersenyum : "dik, sesuatu ilmu itu bermula dengan takrifnya..apa itu takrif? takrif adalah erti, makna, maksud, definisi..contoh, apa itu bola? bola adalah benda bulat atau bujur, padat atau berongga, digunakan dlm permainan atau sukan, maka ayat "benda bulat atau bujur, padat atau berongga, digunakan dlm permainan atau sukan" itu adalah takrifnya..maka sebelum adik faham tentang sesuatu, adik kena tahu takrifnya dulu, iaitu takrif binaan, rasa-rasa adik, apa takrif binaan?"

adikku menjawab : "ermm..binaan ni rasanya macam bangunan sekolah yang adik tengok tu, mula kena tanam tiang besi apa entah, lepas tu, dia bina macam tapak bangunan, lepas tu baru buat dindingnya, dan jadilah bangunan, macam tu ke bang? ke salah?"

aku tersenyum dengan jawapannya dan mengusap kepalanya : "dah betul tu dik, tapi abang nak tambah sikit, boleh?"

adikku mengangguk..

aku menyambung : "binaan ni seperti adik katakan adalah kita membina ia bermula dengan tapak..maka tapak tu memerlukan tanah..dan bangunan sekolah tu di atas tanah yang sudah dibeli dan disediakan untuknya..tetapi bagi kubur, tapak kubur itu adalah tanah yang diwakafkan untuk perkuburan..maka, sebab itulah binaan tidak boleh kerana ia tanah wakaf"..

adikku mengerut lagi sekali : "tanah wakaf? apa tu bang?"

aku tersenyum : "tanah wakaf ni adalah tanah yang didermakan atau untuk kegunaan orang ramai terutama perkuburan..jadi, tidak adil kalau kita yang membuat binaan, orang lain tak buat pun, tak gitu dik, logik tak?"

adikku mengangguk..

aku menyambung lagi : "itu secara logik la dik..kalau mengikut ilmu Iman dan Islam pula bagaimana..

Dari Abi Sa'id al-Khudri R.A (yang bermaksud) :
 
 أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يُبْنَى عَلَى الْقَبْرِ

"Sesungguhnya Nabi (Muhammad) S.A.W menegah dari membuat binaan di atas kubur" (Riwayat Imam Ibnu Majah).

dan dikku..

عن جابر رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قال: نهى رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم أن يجصص القبر وأن يقعد عليه وأن يبنى عليه. رَوَاهُ مُسْلِمٌ.

(yang bermaksud) : Daripada Jabir R.A berkata "Rasulullah menegah dari melapisi kubur dengan kapur putih, dari duduk di atasnya dan dari membuat binaan di atasnya" (Riwayat Imam Muslim).

wallahua'lam..

maka, jelaslah membuat binaan di atas kubur itu iaitu pada tanah wakaf yang digunakan orang ramai itu haram..dan mengikut tasawwuf pula, untuk apa kita membina binaan yang mewah di kubur pada hal dengan menziarahi kubur kita akan ingat pada mati tetapi kalau adanya binaan mewah apakah kita akan ingat pada mati lagi..astaghfirullah..."

adikku mengangguk : "erm..tapi bang, ramai yang buat tu macam mana?"

aku tersenyum : "ramai yang buat tu mungkin dia meletakkan rangka batu simen yang boleh diangkat itu, kalau yang itu tidak haram kerana ia bukan binaan kerana binaan seperti apa yang abang bagi tahu tadi, yang ada tapaknya dan tidak boleh dialihkan, ada pun yang rangka itu, maaf, abang lupa namanya, tidak haram kerana ia boleh dipindahkan, dan ia bukan binaan"

adikku mengangguk : "sebaiknya macam mana bang, baik letak atau tidak rangka itu?"

aku tersenyum : "alhamdulillah...ketika Rasulullah S.A.W mengebumikan jenazah seorang sahabat bernama Usman bin Madz'un R.A, baginda S.A.W hanya meletakkan tanda di kuburnya dengan seketul batu sahaja di bahagian kepalanya dan baginda bersabda;
 
"أتعلم بها قبر أخي، وأدفن إليه من مات من أهلي"

"Supaya aku mengenali dengan tanda batu ini kubur saudaraku dan agar aku dapat mengkebumikan di tepinya sesiapa yang mati dari ahli keluargaku"

maka, sebaiknya letak sahaja 2 batu nisan iaitu di kaki dan kepala dan letak beberapa anak batu di atas kubur sebagai tanda itu adalah kubur supaya tidak diduduki oleh orang lain, dan dipijak akan ia..

ada pun untuk menghiasi kubur dengan simen, marmar dan sebagainya, di sudut pandangan zahir, ia adalah membazir dan dibimbangi kubur itu disembah dan diagungkan, wal iyya dzubillah.."

adikku mengangguk : "begitu ya bang, alhamdulillah, jadi apa yang kita buat untuk nenek dan atuk sudah betullah ya?"

aku tersenyum : "ya dikku dan untuk kawan adik tu, bagi tau lah dia, buangkanlah simen itu, kalau nak letak juga, letaklah yang rangka batu tu, senang nak dialihkan, dan ia bukan binaan, kerana tanah perkuburan adalah tanah wakaf"...

adikku mengangguk..aku mengosok kepala adikku "dahlah dik, pergi tidur"..

adikku menyalamiku dan terus berlalu ke kamarnya..

wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~