alhamdulillah..
pada suatu malam yang indah, cahaya bulan menembusi awan, kelihatannya tiada awam mendung yang membawa hujan..
ketika itu, aku duduk di halaman rumah, tiba-tiba terungkap kalimah yang agung ; "alhamdulillah"..tanpa ku sedari, adikku menghampiriku.."assalammualaikum"
aku menoleh ke arah suara itu ; "waalaikummusalam warahmatullahi wabarakatuh, adik rupanya"..aku tersenyum..
adikku membalas senyumanku ; "boleh adik duduk kat sini juga?"
aku tersenyum ; "boleh, duduklah, tak menganggu abang pun dik"..
adikku terus bertanya ; "abang, apa beza memberi dan menjawab salam assalammualaikum dan assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh?"
aku tersenyum ; "bezanya yang satu itu kita mendoakan kesihatan dirinya dan semoga Allah memberi rahmat kepadanya, dan satu lagi mendoakan kesihatan dirinya sahaja, itu umum"..
adikku berkerut ; "maksud abang bagaimana?"
aku menyambung ; "assalammualaikum, kita mendoakan orang Islam di hadapan kita itu supaya sihat, tak kiralah sihat mental ke, sihat badan ke, dan assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, kita mendoakan orang Islam di hadapan kita itu supaya sihat dan semoga Allah mengurniakan rahmat-Nya kepada dirinya, amin"..
adikku mengangguk ; "oh, begitu ya, kalau bukan Islam?"
aku menjawab ; "untuk orang bukan Islam, haram kita memberi salam, sebab kita mendoakan kesihatannya pada dirinya, sebaiknya, ucapkan sahaja 'hadakallah', bermaksud semoga Allah memberi hidayah kepadanya, amin"..
adikku mengangguk ; "oh, begitu ya, alhamdulillah, apa yang abang buat malam-malam kat sini?"
aku tersenyum ; "abang tengok keindahan ciptaan Allah dik, Allah ni hebat kan dik, tengok tu, bulan bercahaya, awam bergerak perlahan-lahan, apabila kita lihat alam macam ni, terdetik bahawa ada yang menciptanya, dan penciptanya pasti hebat kerana dapat mencipta semua ini"
adikku mengangguk ; "betul bang, adik pun rasa macam tu, hebatkan Allah, tapi ada juga manusia yang tidak beriman kepada-Nya?"
aku tersenyum ; "benar tu dik, esok dah mula bulan baru, tau dik?"
adikku berkerut ; "sudah bulan baru ya, syawal sudah habis ke bang?"
aku mengangguk ; "esok sudah bulan zulkaedah, bulan untuk berehat-rehat"
adikku berkerut lagi ; "bulan untuk berehat-rehat? kenapa bang?"
aku tersenyum ; "zul adalah merujuk kepada 'yang empunya' dan qa'dah adalah merujuk kepada 'duduk', maka maksud penuhnya adalah bulan untuk berehat-rehat..dan bulan zulkaedah adalah satu dari empat bulan haram..adik tahu apa itu bulan haram?"
adikku mengeleng..
aku menyambung ; "bulan haram adalah bulan yang amat dimuliakan..dulu, Masyarakat kafir quraisy menangguhkan permusuhan dan peperangan di bulan haram, maka di bulan haram ini juga dikenali bulan persaudaran, perdamaiaan, dan bermaafan..kalau orang kafir pun hormat dan mulia bulan ini, kenapa kita umat Islam tidak boleh, kan dik?"
adikku mengangguk..
aku terus menyambung ; "sebenarnya, susunan bulan bagi takwin hijrah itu memang baik..baru sahaja kita bermaafan di bulan syawal, kita teruskan bermaafan di bulan zulkaedah pula..subhanallah, dari sinilah, kita dapat menahan diri dari adanya sifat mazmumah iaitu sifat yang dimukai Allah, dan menanamkan sifat mahmudah iaitu sifat yang disukai Allah"..
adikku mengangguk ; "betul juga kan, tak terfikir pun adik, rupanya ada hikmah di dalam penyusunan bulan itu, subhanallah.."
aku tersenyum ; "alhamdulillah, bulan zulkaedah ini juga bulan untuk kita bermuhasabah diri, ya lah, bila dah nama bulan untuk berehat-rehat, maka kita rehatkan minda, kita rehatkan hati, muhasabah diri, periksa balik diri kita, bagaimanakah iman aku, bagaimanakah amal aku, astaghfirullah, kemudian kita berusahalah untuk membaikinya"
adikku terus senyap..
aku menyedari perubahan itu ; "kenapa dik?"
adikku menjawab dalam keadaan riak wajahnya yang kesedihan ; "adik sedih bang, adik ni banyak buat salah, dosa pun banyak, rasanya bulan ni lah adik mesti berubah, kan bang?"
aku pula yang sedih..
"kenapa bang?" adikku bertanya..
aku menjawab ; "abang pun sama dik, abang pun banyak dosa, banyak buat salah......"
adikku terus memotong ayatku ; "dah lah tu bang, syukur kepada Allah kerana menganugerahkan hati kita yang celik, minda kita yang celik, sebab kalau Allah tak bagi ia celik, kita tidak akan menyedari kesilapan kita, kesalahan kita, tengok hamba Allah yang diluar sana, berapa ramai yang Allah tak kurniakan celik hati dan minda, sebab itu lah mereka hanyut dengan ni'mat dunia sehingga tidak teringat kepada mati, tidak teringat kepada Allah, astaghfirullah"
aku tersenyum ; "alhamdulillah, benar dik..bagus adik abang ni..jom kita muliakan bulan zulkaedah ini dengan berehat bersama ilmu..esok, abang nak gi pondok, adik nak gi?"
adikku tersenyum keriangan ; "nak, nak..boleh juga, kita rehat kat sanalah bang"..
aku tersenyum ; "alhamdulillah, insya Allah, nanti kita bincang dengan ayah, sekarang dah malam, jom kita tidur"
aku dan adikku terus berlalu dari halaman rumah dan menuju ke kamar tidur..alhamdulillah..
MasyaAllah..
ReplyDeletexpernh trfikir slama ni..
syukran akhi perkongsian ni..