06 October 2010

rinduku pada abi..(T_T)


subhanallah..alhamdulillah..Allahuakbar..(T_T)

alhamdulillah..(T_T)

walau jauhku dari negeriku..namun Allah S.W.T masih mengurniakan kepadaku kekuatan akal dan hati..

astaghfirullah..(T_T)

ketika hatiku yang lemah ini bimbang akan setiap majlis ilmu yang ada di sekelilingku..aku bimbang dengan timbulnya pelbagai fahaman dan pembaharuan ilmu yang semakin jauh dari asal, dan sesungguhnya hatiku amat lemah dan semoga ia terhindari dari jiwaku, amin..namun aku masih gagah apabila dapat mendengar setiap nasihat dan teguran dari ayahku yang jauh di negeriku..

wahai abi..
setiap ayat yang dituturmu menjadi kekuatan kepadaku utk terus gagah melangkah di dalam aliran Ahlul Sunnah Waljamaah..

wahai abi..
setiap teguranmu menjadi ketabahan kepadaku utk terus sabar dalam melangkah memperjuangkan panji Ahlul Sunnah Waljamaah..

wahai abi..
setiap alunan suaramu menjadi keriangan kepadaku utk terus bersyukur dalam melangkah bersama lafaz "Alhamdulillah" pada setiap ujian dan dugaan yang melanda padaku..

maka..wahai abi..teruslah "membentuk" anakmu yang lemah ini dengan ilmu Iman dan Islam yang diamalkan pada jasadmu dan hatimu..amin ya rabbi..wallahua'lam..

engkaulah Tok Guruku di ketika aku membuka mata..engkaulah Tok Guruku di ketika aku mendengar alunan azan..engkaulah Tok Guruku di ketika aku kealpaan..

dan..sesungguhnya Allah S.W.T Tuhan Yang Maha Kuasa, Tuhan Yang Maha Mengetahui..

wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~