03 October 2010

kelirunya umat Islam --> huraian hadith al-Jariyyah..(T_T)



alhamdulillah..

ambo bukan orang selayaknya untuk menerangkan hal ini..namun disebabkan hal ini sudah menjadi kekeliruan kepada sahabat dan juga teman..maka, ambo terangkan sedikit sebagai panduan dan pedoman, untuk lanjutan, silalah bertanya kepada "ahlinya", amin..

satu soalan dari saudaraku :

Assalamulaikum m.tajuddin yg di rahmati Allah..sy sedang mncari jwpn org ilmuawa terutama agamawan spt akhi...moga2 bole bantu saya...
ini soal aqidah tentang dimana Allah
dari nota FB rakan>>>

Adakah soalan ini relevan untuk dijawab atau adakah ia perlu diabaikan kerana ia bukan urusan kita sebagai makhluk?

Sebenarnya, persoalan ini pernah ditanyakan sendiri oleh Rasulullah S.A.W kepada seorang hamba wanita kepunyaan Mu`awiyah bin Al-Hakam As-Sulamiy. Maka Nabi berkata kepadanya: "Di mana Allah?". Dia (wanita itu) berkata, “Di langit”. Dia (Nabi) berkata: "Siapa saya?". Dia (wanita itu) berkata, “Kamu ialah Rasulullah”. Dia (Nabi) berkata: "Bebaskanlah dia, maka sesungguhnya dia adalah wanita yang beriman". [Muslim/ 537]

Dalam hadis ini, Nabi sendiri yang bertanya soalan “Di mana Allah?”, justeru adalah tidak wajar jika ada pihak yang menghalang soalan ini daripada ditanya. Berkenaan dengan jawaban kepada soalan tersebut, Nabi tidak menegur atau membantah jawaban hamba wanita itu, sekali gus memberikan pengakuan atau iqrar bahawa jawabannya adalah benar dan dia adalah seorang wanita yang beriman.

Justeru, Allah berada di langit!

alhamdulillah..(^_^)

Berdasarkan suatu kajian yang meluas, hadith berkenaan dengan kisah Al-Jariyyah ini didapati diriwayatkan dalam banyak riwayat...Namun sebahagian mereka yang jahil meletakkannya secara "salah tempat"...Akhirnya mulalah mendakwa bahawasanya Allah s.w.t. wujud secara "bertempat"...Sudahlah mereka tersesat, namun masih terus mengajak manusia selain mereka untuk sama-sama sesat...

Mereka menggunakan hadith ini untuk membela kesesatan fahaman tajsim mereka, dengan harapan dapat mempengaruhi semua manusia..Namun, golongan ahli ilmu yang mempunyai latar belakang pendidikan dan pembelajaran yang meluas dalam ilmu agama, mana mungkin terpengaruh dengan pemahaman tajsim yang cuba dijaja ini..

astaghfirullah..(T_T)

Adapun tentang hadith ini, jika kita menyingkap seluruh riwayat yang berkaitan dengan kisah ini, maka kita dapati bahawasanya, situasinya adalah berkenaan dengan seorang sahabat Rasulullah S.A.W yang bernama Sayyidina Mu'awiyah R.A, yang ketika peristiwa dalam riwayat tersebut, masih baru memeluk Islam, dan tidak mempunyai latar belakang mengenai ilmu Islam yang banyak..wallahua'lam..

Kita mulakan huraian ini dengan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim terdahulu kerana ianya menceritakan dari awal peristiwa tersebut iaitu yang DITUTUP oleh golongan jahil tersebut.. 

Kisah ini bermula ketika Sayyidina Mu'awiyah R.A sedang mengerjakan solat, tiba-tiba beliau terdengar seseorang bersin..Lalu Sayyidina Mu'awiyah tersebut mengucapkan (mendoakan iaitu lafaz untuk orang yang mendengar orang bersin) :

(yang bermaksud) : "Semoga Allah merahmatimu".

Lalu para sahabat R.A yang lain di samping Sayyidina Mu'awiyah menoleh ke arah Sayyidina Mu'awiyah R.A dengan pandangan seolah-olah memarahi perbuatan tersebut (membaca doa kepada orang yang sedang bersin ketika dalam solat).

Lalu, Sayyidina Mu'awiyah menoleh ke arah mereka lalu berkata :

(yang bermaksud) : "Apa sebab kamu semua memandang kepadaku?"

Lalu para sahabat R.A meletakkan tangan mereka pada mulut mereka sebagai isyarat menyuruh Sayyidina Mu'awiyah berdiam..Lalu Sayyidina Mu'awiyah R.A pun tidak berkata-kata lagi..

Setelah selesai solat, Rasulullah S.A.W tanpa marah walau sedikitpun, sebaliknya memberi nasihat secara berhikmah kepada Sayyidina Mu'awiyah dengan bersabda:


(yang bermaksud) : "Sesungguhnya solat ini tidak boleh padanya ada perkataan manusia (tidak boleh berkata-kata). Sesungguhnya yang disebut hanyalah tasbih, takbir dan bacaan Al-Qur'an."

wallahua'lam..

maka, apakah yang sebenarnya yang ingin diberitahu oleh Imam Muslim sebelum hadith al-Jariyyah tersebut?

Peristiwa ini secara jelas diriwayatkan oleh Imam Muslim di bahagian awal hadith al-Jariyyah itu yang sering diabaikan oleh sebahagian golongan mujassimah atau pun SENGAJA MENGABAIKANNYA..

Peristiwa ini yang paling penting dalam hadith al-Jariyyah ini khususnya di sisi Imam Muslim ketika meriwayatkan hadith ini dalam kitab Sahih beliau..Ia merupakan suatu peristiwa di mana seorang sahabat tidak mengetahui bahawa tidak boleh berkata-kata ketika dalam solat..Inilah tujuan sebenar Imam Muslim meriwayatkan hadith ini dalam kitab sahihnya, namun sebahagian mujassimah yang mengikut hawa nafsu mereka, membuang peristiwa di atas lalu memfokuskan kepada kisah Al-Jariyyah (yang berlaku setelah peristiwa pertama ini), sedangkan maksud Imam Muslim adalah pada peristiwa pertama ini (iaitu: dalil tidak boleh berkata-kata di dalam solat)..

wallahua'lam..

tambahan lagi yang jelas bahawa ketika hadith al-Jariyyah itu diperolehi, Sayyidina Muawiyah masih baru memeluk Islam adalah pengakuan sendirinya iaitu :

Sayyidina Mu'awiyah R.A. berkata kepada Rasulullah S.A.W. (yang bermaksud) :

"Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya ini masih baru tempohnya dengan waktu jahiliyyah (maksudnya, masih baru memeluk Islam dan masih baru meninggalkan zaman Jahiliyyah. Oleh yang demikian, banyak perkara tentang Islam yang beliau perlu kepada lebih penjelasan)."

wallahua'lam..

maka..dalam ayat ini menggambarkan latar belakang kedudukan sahabat (Sayyidina Mu'awiyah) yang meriwayatkan hadith ini..iaitu masih baru memeluk Islam dan tidak banyak tahu tentang Islam sehingga tidak tahu bahawasanya tidak boleh berkata-kata di dalam solat..

wallahua'lam..

maka...dari sinilah, kita teruskan pula kepada sambungan hadith dari Sahih Muslim iaitu..

Sayyidina Mu'awiyah berkata (yang bermaksud)

"Aku memiliki seorang hamba wanita yang mengembala kambing di sekitar pergunungan Uhud dan Juwaniyah. Pada suatu hari aku melihat seekor serigala menerkam dan membawa lari seekor kambing di bawah tugas pemeliharaannya (hamba perempuan tersebut). Dan aku adalah termasuk salah seorang anak Adam, oleh yang demikian aku juga ada perasaan tidak berpuas hati sebagaimana mereka (manusia lain juga yang ada rasa tidak puas hati). Namun (apabila kambingnya dimakan serigala) aku menampar hamba perempuan tersebut dengan tamparan (pukulan) yang kuat. Maka aku pergi lagi berjumpa Rasulullah S.A.W, lalu Baginda menyalahkanku atas perbuatanku."

lanjutan..

Sayyidina Mu'awiyah berkata (yang bermaksud) : "Wahai Rasulullah! Adakah aku harus memerdekakannya?"

Rasulullah S.A.W menjawab (yang bermaksud) : "bawakan kepadaku"

setelah hamba wanita (jariyyah) tersebut dibawa..

Rasulullah S.A.W bertanya (yang bermaksud) : "AinaLlah? (Salah satu lafaz mutasyabihat) iaitu mana Allah?".

wallahua'lam..

hamba wanita itu menjawab (yang bermaksud) : "Di langit"..

wallahua'lam..

Rasulullah S.A.W bertanya lagi (yang bermaksud) : "siapakah aku?"

hamba wanita itu menjawab (yang bermaksud) : "Kamu Rasulullah"

Rasulullah S.A.W lalu bersabda (yang bermaksud) : "Merdekakanlah dia. Sesungguhnya dia seorang yang beriman."

wallahua'lam..

hadith di atas itu dari Imam Muslim melalui Sahih Muslim..

alhamdulillah..wallahua'lam..

riwayat kedua..

Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan dalam tuhfah al-Asyraf..

Daripada Sayyidina Mu'awiyah (yang bermaksud) : "Nabi S.A.W menghulurkan tangannya seolah-olah memberi faham bahawa siapa di langit? Lalu hamba perempuan tersebut berkata: Allah".

riwayat ketiga..

Imam al-Baihaqi meriwayatkan dalam as-Sunan al-Kubra pada kitab al-Zhihar dalam bab I'taq al-Khurasa' Iza Asyarat Bil Iman..

Daripada Abu Hurairah R.A (yang bermaksud) : "Bahwasanya ada seseorang (iaitu Mu'awiyah) datang dengan membawa hamba perempuan yang berkulit gelap. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Di mana Allah?"

Lalu hamba perempuan menunjukkan isyarat ke arah langit dengan jarinya.

maka..PERBANDINGAN di antara Hadith Riwayat Imam Muslim, Riwayat Imam al-Hafiz al-Mizzi, dan Riwayat Imam al-Baihaqi adalah..

Dalam riwayat Muslim:

Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) : "Di mana Allah?"

Hamba perempuan menjawab (yang bermaksud) : "Di langit".
 
Dalam riwayat kedua (al-Mizzi):

Rasulullah S.A.W menggunakan isyarat tangan yang mana difahami oleh Sayyidina Mu'awiyah bahawa yang dimaksudkan adalah, siapa yang di langit, tanpa sebarang lafaz daripada Rasulullah S.A.W

Hamba perempuan menjawab (yang bermaksud): "Allah".

Dalam riwayat ketiga (al-Baihaqi) :

Sabda Rasulullah S.A.W (yang bermaksud) : "Di mana Allah?"

Hamba perempuan menunjukkan isyarat ke langit.

wallahua'lam..

Menurut Imam al-Baihaqi lagi, hamba perempuan itu bisu..

Jadi, riwayat Imam Muslim yang mana hamba perempuan tersebut berkata "di langit" jika dinilai dari sudut komen Imam al-Baihaqi, maka ianya bukan daripada perkataan hamba perempuan itu sendiri, tetapi daripada Sayyidina Mu'awiyah yang meriwayatkan hadith ini dengan makna (secara maknawi) dan secara jelasnya bahawa Sayyidina Mu'awiyah ketika baru sahaja memeluk Islam..

wallahua'lam..

Jika seseorang yang berinteraksi dengan seseorang yang bisu juga terkadang juga menggunakan isyarat..

Kemungkinan ini jugalah yang menjawab persoalan mengapa dalam riwayat al-Mizzi bahawasanya Rasulullah S.A.W juga menggunakan isyarat tangan juga..

Kesimpulan..

Taufiq (Penggabungan): Kemungkinan daripada gabungan ketiga-tiga riwayat ini adalah, Rasulullah S.A.W berinteraksi secara isyarat dengan hamba perempuan tersebut (riwayat al-Mizzi) kerana dia seorang yang bisu dan perempuan itu juga menjawab juga secara isyarat (sebagaimana dalam riwayat al-Baihaqi)..Adapun riwayat Imam Muslim adalah olahan daripada Sayyidina Mu'awiyah yang memahami peristiwa tersebut sebegitu lalu diolah dengan lafaznya sendiri kerana ingin menjelaskan lagi peristiwa tersebut kepada perawi setelah beliau, sedangkan lafaz tersebut tidaklah daripada Rasulullah S.A.W dan tidak juga daripada hamba perempuan tersebut...

dan bukti jelas lagi adalah dari..

Sheikh Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buti menjawab dalam fatwanya ketika ditanya mengenai hadith Al-Jariyyah tersebut:

(yang bermaksud) : "Hamba perempuan yang ditanya oleh Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang bisu. Lalu hamba perempuan itu menunjukkan dengan jarinya ke langit…"

wallahua'lam..

Kedudukan Sayyidina Mu'awiyyah itu sendiri pada ketika itu adalah seorang sahabat yang baru memeluk Islam sehingga dia sendiri tidak tahu bukti hamba perempuannya itu seorang mu'minah, sehingga perlu meminta bantuan Rasulullah S.A.W

wallahua'lam..

maka, kesimpulan muktamadnya..

hadith al-Jariyyah itu adalah hadith mutasyabihat..

maka, apabila dikatakan mutasyabihat, maka ayatnya tidak boleh diambil terus makna kalimahnya, sebaliknya perlu dipelajari dari ahlinya supaya pemahamannya lebih jelas..

alhamdulillah..Allah S.W.T tidak bertempat, Allah tidak dilangit..

wallahua'lam..

3 comments:

  1. assalamualaikum..mungkin ambo ni termasuk dalam golongan org yg jahil..cuma ambo nok tanyo..dimana Nabi muhammad berjumpa dgn Allah semasa israk dan mikraj...??

    ReplyDelete
  2. waalaikummusalam..(^_^)

    alhamdulillah..

    pertama..Allah tidak dilangit..

    andai ada yang bertanya ; "dimana Allah"..jawab ambo ; "wallahua'lam..golongan yang mengetahuinya, hanyalah mukmin, ambo hanyalah orang jahil, maka ambo tidak tahu"

    kedua..kisah Nabi Musa A.S yang dikatakan "bercakap" dengan Allah..

    Nabi Musa A.S. tidak bercakap dengan Allah, tetapi Allah jadikan suatu makhluk yang mempunyai suara bagi menyatakan perintah Allah S.W.T..(^_^)

    ketiga..peristiwa Isra' Mikraj..bagaimana ia berlaku sebenarnya? wallahua'lam..

    sesungguhnya Allah tidak di langit..

    "kenapa?"

    sebab di langit adalah "tempat", adalah "dapat dibayangi dengan akal dan hati"..

    sesungguhnya Allah tidak dapat dibayangi dengan akal dan tidak dirasai dengan hati..

    "kalau dapat?"

    maka, itu bukan Allah, tetapi sesuatu bentuk yang datang dari tipudaya Syaitan laknatullah..

    wallahua'lam..

    ReplyDelete
  3. terima kasih diatas jwpan saudara walaupun tidak berapa jelas..wassalam.

    ReplyDelete

~ Muhasabah ~