03 October 2010

zikrullah, istiqomahkannya, insya Allah, hati terikat dengan-Nya..(T_T)


suatu pagi yang diselubungi kabus, aku sedang duduk di atas sejadah, lalu kawanku menegur : "oi kawan, buat apa lama di atas sejadah tu, waktu subuh dah habis la"..

aku tidak menjawab, sebaliknya terus duduk diatas sejadah..kawanku itu terus baring di atas katil..kemudian, lebih kurang pukul 7.30 pagi, aku berdiri untuk melakukan solah sunat dhuha..

sesudah itu, barulah aku pergi duduk ditepinya.."kawanku, dah tidur?"

kawanku : "belum, aku hanya baring, tadi kenapa kau tak menyahut panggilan aku?"

aku tersenyum : "aku tengah berzikir wahai kawanku"

kawanku memandang wajahku : "bukankah zikir itu tidak mengapa kalau dihentikan sekejap dan kau menjawab panggilanku atau menjawab pertanyaanku?"

aku tersenyum : "boleh, di sudut ilmu feqah, ia tidak apa-apa, kerana zikir itu tidak terikat dengan mana-mana perbuatan yang membatalkannya kecuali gila, mati dan seumpamannya"

kawanku bertanya lagi : "maksudnya?"

aku tersenyum : "contoh seperti solah, apabila kita sedang solah, maka kita mempunyai perbuatan yang boleh membatalkan solah kita seperti makan, minum, berbual dalam solah, perbuatan anggota besar melebihi 3 kali secara berturut-turut dan seumpamanya, tetapi di dalam zikir, tiada yang itu, bila-bila masa boleh berzikir, walaupun dalam keadaan tidak berwudhu' sekalipun, tetapi...", aku menghentikan ayat aku seketika..

kawanku memandang aku untuk kali kedua dengan kerutan di dahinya : "tetapi?"

aku menjawab : "di sisi ulama' tassawuf, zikir dalam keadaan adanya perbuatan lain adalah zikir yang sia-sia kerana hati sedang lalai kepada Allah S.W.T, astaghfirullah"..

kawanku terus bangun dari baringannya dan bertanya : "zikir yang sia-sia kerana hati lalai? bagaimana tu?"

aku tersenyum : "amal ibadah yang sebaiknya dan semulianya adalah amal ibadah yang disertakan gerak geri hati seseorang itu, bukan setakat pada zahirnya sahaja, tetapi juga hatinya..dan hal ini yang kita titik beratkan, bahkan ketika solah pun, kita masih teringat pada hal dunia, "kerja pejabat aku masih belum selesai tu", "sayur tak beli lagi", "petang nanti nak gi jumpa kawan tu kejap" dan sebagainya, iaitu contog-contoh ketika amal ibadah tetapi hati berbuat hal dunia, maka di sisi ulama' tassawuf, hal ini adalah maksiat kepada hati, maka sia-sialah amal ibadahnya, bahkan dikatakan mendapat dosa pula, astaghfirullah.."

kawanku itu mengangguk : "jadi, kita kena jaga hati kita baik-baikkan, gitu?"

aku tersenyum : "insya Allah, zikir ini adalah salah satu cara untuk menjaga hati, kenapa? sebab apabila hati sudah adanya zikir, maka kuranglah sifat mazmumah atau kelalaian yang berlaku, insya Allah..dan aku ingat lagi, ayah aku tak kan keluar dari masjid selagi tidak melihat matahari terbit dan akan berzikir sebelum itu"..

kawanku bertanya lagi : "kenapa? waktu tu bagus ke?"

aku tersenyum : "wahai kawanku, hayati firman Allah S.W.T (yang bermaksud) :

"Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka." (Surah al-Dhuha ayat 1-5 )

sesungguhnya kita baru sahaja melepas waktu yang sepi, di mana pada waktu malam itu terutama di pengakhirnya, Allah teramat hampir dengan kita, Allah suka kepada hamba-Nya yang beramal ibadah kepada-Nya di ketika itu..

dan, apabila matahari terbit iaitu lebih kurang pukul 7 pagi atau sebelumnya atau selepasnya, maka hati kita pun, kita teruskan dengan zikir, supaya hati terus terikat kepada Allah selepas bangun daripada tidur..kita mulakan kehidupan kita di pagi itu dengan mengingati Allah, dengan mengingati siapakah kita, dengan mengingati kita tidak lama di dunia, dengan mengingati bekalan yang ada masih belum mencukupi..dan sebagainya..

maka, insya Allah, kehidupan kita pada hari itu menjadi lebih tenang, kerana hati sudah tenang, insya Allah.

kemudian zikir, kita sudahilah ia dengan solah sunat dhuha, kemudian, bersiaplah untuk urusan dunia"

kawanku mengangguk : "begitu ya..mulianya bagi golongan yang sedar tentang Allah di awalnya, maka dipertengahan dan akhirnya selamat"..

aku tersenyum dan aku pula bertanya : "maksud kamu?"

kawanku tersenyum pahit : "aku sedar, aku ni banyak buat dosa..mungkin sebab hati aku pada awalnya, maksudnya bangun ajr dari tidur terus melupai Allah, solah fardhu subuh pun dalam keadaan terpaksa, maka tidak hairanlah kehidupan aku di pertengahan (siang hari) dan akhirnya (malam hari) dalam keadaan tidak teratur, hati aku tidak bersih di awalnya lagi, jauh dengan Allah"

aku memegang bahunya dan tersenyum : "Allah tidak jauh darimu, Allah sentiasa hampir denganmu, tetapi kamu aje tidak sedar tentangnya..maka, banyakkan zikir, senang aje zikir, di mana-mana boleh, baca sahaja astaghfirullah, untuk memohon pada Allah agar diampunkan dosa, dan bacalah pula alhamdulillah, subhanallah, allahuakbar sebanyaknya, bila-bila sahaja, senang kan.insya Allah, hati kita akan sentiasa merasakan tenang"..

kawanku tersenyum..

wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment

~ Muhasabah ~