24 October 2010

indahnya tasawwuf dan kehidupan sufi..(T_T)



assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

pada suatu pagi yang indah, aku sedang duduk di atas sejadah sambil memutarkan tasbih..adikku datang dan duduk berhampiran denganku..

"assalammualaikum, maaf ganggu abang" adikku memulakan bicaranya..

aku tersenyum dan menjawab salam itu, "waalaikummusalam warahmatullahi wabarakatuh, tak ganggu pun dik, kenapa dik?"

adikku bertanya, "bang, boleh ceritakan sedikit tentang tasawwuf dan sufi, sebab adik selalu dengar abang kata tasawwuf ni pelengkap kepada ilmu dan amal yang lain terutama pelengkap kepada aqidah dan feqah..lagi pun, ada kawan adik kata tasawwuf ni menyebabkan susah untuk menjalani kehidupan seharian, bagaimana tu bang?"

aku tersenyum, "dik, ilmu tasawwuf dan amalnya itu sangat indah dik..kita mulakan takrifnya..


Tasawuf ialah mensucikan hati daripada terikat dengan makhluk, meninggalkan perangai tabi'e yang buruk, memadamkan sifar-sifat kemanusiaan yang buruk, menjauhi dorongan nafsu, bersifat dengan sifat kerohanian, berpegang dengan hakikat segala perkataan, mengutamakan Allah pada setiap masa, menasihati seluruh umat, menyempurnakan janji kepada Allah dan mengikut syar'iat Sayyiduna Rasulullah S.A.W

takrif tasawuf ini datangnya dari seorang ulama' salaf iaitu Sheikh Junaid al-Baghdadi..wallahua'lam..

adapun sufi pula ialah orang-orang yang mensucikan dirinya daripada kekotoran, memenuhi fikirannya dengan bertafakur iaitu memikirkan kebesaran Allah dan memutuskan hubungan yakni hatinya dengan manusia untuk menuju kepada Allah dan sama di sisinya antara emas dan lumpur..

takrif sufi ini datangnya dari seorang ulama' salaf iaitu Imam Sahl bin Abdullah al-Tustari..wallahua'lam..

takrif ini dipetik dari kitab "Intabih diinuka Fi Khatrin", karangan al-Imam al-Habib Abdullah bin Alawi  al-Haddad..wallahua'lam..

ok dik?"

adikku mengangguk, "dengar dari takrif tasawwuf dan sufi ini sahaja pun dah cukup indah andai seseorang itu mempelajarinya dan kemudian di amalkannya, kan bang?"

aku mengangguk, "benar tu dik, tetapi, ia mesti adanya ilmu aqidah dan ilmu feqah dulu, kemudian amal bagi kedua-duanya itu dulu wahai adikku"..

adikku mengerut, "maksud abang?"

aku tersenyum, "kalau tak ada ilmu dan amal aqidah dan feqah, bagaimana nak ikatkan hati kepada hal yang tak tahu?"

kerutan di dahi adikku bertambah, seolah-olahnya semakin tidak memahaminya..

aku tersenyum, "dik, ilmu dan amal aqidah mengenal kita kepada Allah, apabila kita mengenali Allah, maka kita akan kenal diri kita adalah hamba-Nya dan tugas kita sebagai hamba-Nya iaitu beramal ibadah kepada-Nya, maka di sini perlunya ilmu dan amal feqah..setelah itu, kita nak hadirkan keikhlasan, nak istiqomahkan amal ibadah, nak ikatkan hati kita sebagai hamba Allah dengan Allah dengan kecintaan yang suci dan kuat, maka di sini perlunya ilmu dan amal tasawwuf..

kalau awal-awal, kita tiada ilmu dan amal aqidah, maka kita tak mengenali Allah..apabila tak kenal Allah, maka nak beramal ibadah buat apa?..bila tak kenal Allah dan tak beramal ibadah, maka bagaimana nak ikatkan hati kita kepada Allah? astaghfirullah..wal iyya dzubillah.."

adikku mengangguk, "betul juga ya bang..kalau tak kenal Allah, macam mana nak beramal ibadah..maka ia mesti bermula dengan ilmu dan amal aqidah, iaitu mengenal Allah..kemudian ilmu dan amal feqah, iaitu menjadi hamba Allah yang beramal ibadah kepada-Nya, iaitu melaksanakan perintah-Nya dan tinggalkan larangan-Nya...kemudian ilmu dan amal tasawwuf, iaitu menjadikan hati hamba Allah yang sentiasa terikat kepada Allah, setiap masa teringatkan Allah, begitu ya bang?"

aku mengangguk, "ya wahai adikku..

ingatlah wahai adikku..kata-kata kawanmu itu tidak benar..ilmu dan amal tasawwuf amat indah kepada golongan yang sudah adanya ilmu dan amal selainnya..ia adalah pelengkap kepada seorang hamba Allah S.W.T yang mahu kembali kepada Allah dengan selamat dan bahagia, amin..

dimana Imam Malik pernah berkata, yang bermaksud :

"Barangsiapa yang memahami feqah tanpa bertasawwuf maka fasiq, dan barangsiapa yang bertasawwuf tanpa memahami feqah maka zindiq, dan barangsiapa yang telah menghimpun antara keduanya bererti ia telah merealisasikan kebenaran"

dipetik dari kitab "Hasyiyah Allamah al Adawi", karangan Sheikh Ali al-Adawi..wallahua'lam.."

adikku bertanya, "apa itu fasiq, zindiq tu bang?"

aku tersenyum, "fasiq adalah merujuk kepada golongan yang tahu tentang sesuatu ilmu, tetapi dia tidak beramal dengan ilmu itu, iaitu tidak mentaati Allah..

contoh, "kenapa kamu tidak solah"..lalu dia menjawab, "aku tahu solah itu wajib, tetapi aku malas"..

ada pun zindiq adalah merujuk kepada golongan kafir yang berperwatakan seperti Muslim, pada hal dia kafir.."

adikku tersenyum, "oh, begitu ya bang.."

aku tersenyum, "dan adik, kenalilah ayah kita, iaitu Imam Syafie, Imam ini juga seorang ahli tasawwuf yang hebat..

Imam Syafie berkata, yang bermaksud :

"Saya telah masuk dengan kaum Sufi selama 10 tahun, kemudian hanya mendapatkan pelajaran dua huruf" 

..dan dalam satu riwayat tiga ungkapan iaitu..

pertama..waktu itu umpama pedang, jika engkau tidak menggunakannya maka ia akan menebasmu..
 
kedua..nafsumu jika tidak kau sibukkan dengan yang haq yakni hal yang benar, maka ia menyibukkanmu dengan batil yakni hal yang salah..
 
ketiga..rasa ketiadaan daya yakni diri hanyalah hamba Allah dan wujudnya diri adalah dengan kekuasaan Allah, maka keadaan ini akan menyelamatkan hati dan jasad..

subhanallah..alhamdulillah..Allahuakbar"..

adikku hanya terdiam dan berkata, "mulianya mereka yang dapat menghayati ilmu dan amal tasawwuf selepas ilmu dan amal selainnya"..

aku tersenyum, "maka, mantapkanlah ilmu dan amal selain tasawwuf dan kemudian pelajarilah ilmu tasawwuf dan beramallah dengannya, insya Allah, amin"..

adikku mengangguk, "terima kasih bang"..

wallahua'lam..



4 comments:

  1. insya'allah..moga2 kita sama-sama dapat mempelajari ilmu,tasauf ni..tapi sebelum kita nak dapat ilmu tasauf perlu ada ilmu fiqh agar dapat kita amalkan...ilmu itu akan kita dapat jika kita amal...insya'allah......

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.....ya akhi...tolonglah doakan agar ana menjadi hamba Allah yang bertaqwa...insyaallah...

    ReplyDelete
  3. insya Allah..

    ya akhi farid, amin ya rabbi..(^_^)

    ReplyDelete

~ Muhasabah ~