13 October 2010

Bedtime Story ; Muhasabah Hati (kisah Pengemis Yahudi yang buta)..(T_T)



alhamdulillah..(^_^)

pada suatu malam yang indah, cahaya bulan bersinar di celahan awam..

"ayah, ceritalah kisah apa-apa pun ayah, nak tidur ni" kata anakku yang sedang berbaring di katilnya..aku tersenyum..

"baiklah, malam ni ayah ceritakan suatu kisah yang baik untuk kita muhasabah diri, nak dengar" kataku pada anakku..

anakku tersenyum riang : "nak, nak.."

aku tersenyum dengan gelagatnya : "baiklah..

Di Kota Madinah di zaman Rasulullah S.A.W, terdapat seorang pengemis Yahudi yang buta..dia ni selalu memfitnah Rasulullah S.A.W..dia menghina Rasulullah S.A.W dengan pelbagai lafaz yang negatif, astaghfirullah..wal iyya dzubillah..

Dia juga meminta orang ramai yang mendengar fitnahnya itu supaya membenci Rasulullah S.A.W dan memulaukannya..

namun, hal ini diketahui oleh Rasulullah S.A.W..anakku, cuba teka, apa yang Rasulullah S.A.W buat?"

anakku menjawab : "erm...kalau adik, adik mesti marah kat pengemis tu, fitnah orang pulak, Rasulullah mesti marah juga kan ayah?"

aku tersenyum dan mengeleng : "tidak anakku, Rasulullah S.A.W tidak marah, bahkan Rasulullah S.A.W sentiasa mengunjunginya dan membawa bersamanya makanan..

Rasulullah S.A.W bukan sahaja tidak marah, bukan sahaja membawa makanan sahaja, tetapi Rasulullah S.A.W menyuapkan makanan itu kepada pengemis tersebut tanpa bersuara..dalam kebanyakan riwayat..

dan, pengemis itu tidak mengetahui pun bahawa yang menyuapkan makanan itu adalah Rasulullah S.A.W, dan pengemis itu terus-terusan menghina dan mengfitnah Rasulullah S.A.W, namun Rasulullah S.A.W tetap menyuapkan makanan dengan lembut, sopan, mesra, dan seumpamanya, tanpa sedikit pun layanan kasar dari Rasulullah S.A.W..subhanallah..mulianya Rasulullah S.A.W..kan anakku?"

anakku mengangguk : "mulianya Rasulullah S.A.W, kalau adik, pasti adik marah, erm...akhirnya macam mana ayah? pengemis tu tak tahu sampai bila-bila ke yang Rasulullah menyuapkan makanan ke mulutnya?"

aku tersenyum dengan bicara anakku yang semakin minat mendengar dan mengetahui kisah tersebut..

balasku : "tidak anakku, pengemis tu tahu tetapi selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, ayah sambung kisahnya ya?"..

anakku mengangguk..

aku menyambung : "maka, hal itu berterusanlah, Rasulullah S.A.W membawa makanan, dan menyuap makanan tersebut kepada pengemis itu, dan pada masa yang sama  mendengar fitnah dan penghinaan yang diberikan oleh pengemis tersebut kepada dirinya..namun anakku, setiap manusia itu pasti akan kembali kepada Allah S.W.T,  maka Rasulullah S.A.W pun wafat, maka tiada lagi orang yang membawa makanan kepadanya.."

anakku berkerut : "tadi, ayah kata pengemis itu tahu selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, habis tu, macam mana pengemis boleh tahu sedangkan tiada lagi orang yang membawa makanan kepadanya?"

aku tersenyum : "sayang, ada sambungan lagi, sabar ya, ayah cerita perlahan-lahan, biar ia dijadikan pedoman kepada hati, biar ia meresap ke jiwa kita, insya Allah.."

anakku mengangguk..

aku tersenyum dan mengusap kepalanya..

"anakku, sambungannya adalah..pada suatu hari, Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq yang mengantikan tempat Rasulullah S.A.W selepas wafatnya telah datang kepada seorang isteri Rasulullah S.A.W yang juga anaknya, teka siapa dia?"

anakku terus menjawab : "tahu, tahu..Sayyidatina Aisyah kan ayah?"

aku tersenyum : "pandai anak ayah..Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq telah bertanya pada anaknya, Sayyidatina Aisyah al-Humaira, yang bermaksud : "apakah amalan Rasulullah S.A.W yang belum pernah ayahanda lakukan?"..lalu jawablah Sayyidatina Aisyah al-Humaira, yang bermaksud : "semua perkara telah ayahanda lakukan kecuali satu sahaja iaitu setiap pagi, Rasulullah S.A.W pergi ke hujung pasar dengan membawa makanan untuk pengemis yahudi buta disana"

lalu, Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq terus menuju ke pasar tersebut bersama makanan..sampai di sana, Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq terus sahaja membuka makanan yang dibawa itu dan menyuapkan makanan tersebut kepada pengemis yahudi yang buta itu..lalu marah pengemis itu sambil berteriak : "siapakah kamu? kamu bukan orang biasa yang menyuapkan makanan kepadaku, dia selalu menghaluskan makanan terlebih dahulu sebelum menyuapkan makanan ke mulutku"..ketika itu, Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq tidak dapat menahan air matanya sambil berkata : "aku memang bukan orang yang biasa datang kepadamu..orang yang mulia itu sudah tiada..orang itu ialah Muhammad Rasulullah S.A.W"

Pengemis itu terkejut dan terus menangis, lalu berkata ia : "benarkah demikian? selama ini aku sering mencacinya dan memfitnahnya..tetapi dia tidak pernah memarahiku..bahkan dia melayanku seolah-olah bapa kandungnya"

akhirnya, pengemis itu memeluk Islam di hadapan Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq..

subhanallah, mulianya Rasulullah S.A.W..orang memberi api kepadanya, tetapi dia membalas dengan air..subhanallah.."

anakku mengangguk : "mulianya Rasulullah S.A.W, hebatnya dia, kan ayah.."

anakku menyambung : "apa maksud ayat terakhir ayah tu, orang memberi api kepadanya, tetapi dia membalas dengan air?"

aku tersenyum : "maksudnya, marahkan seperti api, sabarkan seperti air..walaupun pengemis itu marahkannya iaitu Rasulullah S.A.W, tetapi Rasulullah S.A.W bersabar dan berlembut kepada pengemis itu..subhanallah"

anakku mengangguk..

aku tersenyum : "time to sleep..dah lah tu, tidur ya, esok nak bangun solah fardhu subuh pula, jangan lupa, baca doa tidur dan lafazkan kalimah syahadah dan tidur ya"

anakku mengangguk..aku terus menyelimutkannya..wallahua'lam..

2 comments:

  1. hebat akhlak rasulullah.berdakwah tak perlukan lisan,tetapi berdakwah dengan akhlak dan perbuatannya.harap2 kita pun dapat berakhlak seperti akhlak rasulullah SAW.Ya Allah semuga kami dapat berakhlak seperti akhlak rasulullah,percakapan,perbuatan,tingkah laku dan amal ibadah dan apa saja yg ada pada diri rasulullah yg kami cintai dapat kami terapkan dLm diri kami n keluarga kami.....Amin

    ReplyDelete

~ Muhasabah ~