17 October 2010

daripada al-Habib Umar..seorang Imam yang mempunyai Basiroh..(T_T)


al-'Allamah as-Sayyid al-Habib Umar ibn Hafiz



daripada al-Habib Umar (yang bermaksud) : "pada suatu ketika, seorang lelaki telah bersama dengan Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad di suatu tempat..lelaki itu mahu minum segelas air, namun belum sempat dia minum air tersebut, dia telah ditahan oleh Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad.."

al-Habib Umar menyambung (yang bermaksud) : "lalu berkata Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad (yang bermaksud) : "Jangan kau minum air itu kerana ada lalat di dalamnya"..lelaki itu terkejut kerana Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad adalah buta pada matanya..maka, mana mungkin di sudut fikirannya, bahawa Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad mengetahuinya"..

al-Habib Umar meneruskan (yang bermaksud) : "namun..lelaki itu mengakui bahawa Imam Abdullah bin Alawi al-Haddah buta pada mata zahirnya, namun pada mata hatinya, ia cerah, ia celik, bahkan lebih celik dari mata zahir manusia yang biasa"..subhanallah..

al-Habib Umar menceritakan keadaan Imam Abdullah bin Alawi al-Haddah tentang keadaan buta zahirnya (yang bermaksud) : "ketika Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad berusia 4 tahun, beliau terkena penyakit cacar air (chicken pock)..demikian hebat penyakit itu hingga butalah kedua matanya..Namun, musibah ini sama sekali tidak mengurangi kegigihannya dalam menuntut ilmu..beliau berhasil menghafal al-Quran dan menguasai berbagai ilmu agama ketika beliau masih kanak-kanak..rupanya Allah telah menggantikan penglihatan zahirnya dengan penglihatan batinya, sehingga kemampuan menghafal dan daya pemahamannya sangat mengagumkan..inilah Imam Abdullah bin Alawi al-Haddad yang mempunyai basiroh (mata hati) yang tajam, yang celik, yang cerah"..

subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..(T_T)

Rasulullah S.A.W telah bersabda (yang bermaksud) : 

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan perawakan kalian, tetapi Dia melihat kepada hati dan niat kalian."(Riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah dan selain mereka daripada Sayyidina abu Hurairah R.A)

dan..

Dalam sebuah hadith, Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) :

"Ketahuilah, bahawa dalam jasad (tubuh) itu ada segumpal daging. Jika ia baik maka baik pula seluruh jasad itu, dan seandainya ia rosak maka rosak pula seluruh jasad itu. Ketauhilah, bahawa segumpal daging itu adalah hati." (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

Kerana itu kita wajib memperhatikan hati, serta tumpukanlah segala perhatian untuk memperbaiki dan meluruskannya sebab hati itu cepat berbolak-balik dan selalu berubah-ubah..(T_T)

sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W (yang bermaksud): 

"Sesungguhnya hati itu lebih cepat bolak-baliknya dari air yang sedang mendidih di dalam periuk."

dan..

Rasulullah S.A.W sering berdoa :

يَامُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلى دِيْنِكَ

(yang bermaksud) : "Wahai Dzat yang membolak-balikan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu."(Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmidzi dan lainnya)

astaghfirullah..(T_T)

"ya Allah, sesungguhnya mata zahirku yang Engkau anugerahkan ini tersangat banyak dosanya, tersangat banyak maksiatnya, astaghfirullah, ya Allah, ampunkanlah diriku yang teramat jahil dan teramat hina ini ya Allah, kurniakanlah basiroh kepadaku ya Allah, kurniakanlah ketetapan hatiku kepada-Mu ya Allah, agar aku sentiasa menyintai-Mu, agar aku sentiasa beriman kepada-Mu, dan sesungguhnya segalanya adalah milik-Mu Allah Tuhan Yang Maha Kuasa"..

(T_T)

3 comments:

  1. Assalamualaikum w.b.t

    syukran ya akhi atas perkongsian yang sungguh bermanfaat..alhamdulillah wa syukrulillah..semoga dalam keberkatan dan ampunanNya subahanahu wa Ta'ala..ameen..

    ReplyDelete
  2. waalaikummusalam warahmatullahi wabarakatuh..(^_^)

    alhamdulillah..wallahua'lam..(T_T)

    ReplyDelete
  3. Mencintai dzurriyat Rasul yang saleh adalah bentuk kecintaan kita kepada Rasul.

    Di blog ana ada DOA FATIHAH 'ABDURRAHMAN AL-HABSYI, tolong disebarkan ya...

    ReplyDelete

~ Muhasabah ~